Sunday, 2 September 2012

Cinta Itu Indah! 24

Acara riadah bakal bermula sebentar saja lagi. Aku dan Khadija duduk santai di atas bangku sementara menunggu pengumuman permulaan acara. Zafril aku lihat sangat sibuk dengan tugasnya sebagai urus setia majlis. Dalam asyik aku meneroka pemandangan yang dipenuhi orang ramai, mataku menangkap kelibat Tuan Ray. Dia kelihatan leka berdiri sambil merenung pantai. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang?

Seperti dipanggil suara hatiku, Tuan Ray berpaling dan melangkah ke tempat yang dipenuhi orang ramai sekarang. Lama kelamaan kelibatnya hilang di celah-celah manusia lain. Aku mengeluh perlahan. Kenapa aku rasakan seperti susah sangat untuk aku mencari waktu yang sesuai berbicara dengannya dari hati ke hati? Aku kira Tuan Ray juga sudah lelah hatinya menungguku untuk meluahkan rahsia sebenar hatiku terhadapnya.


Khadija menarik tanganku untuk bangun. Kenapa? Aku masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga sewaktu kami berebut beratur di hadapan meja urus setia.

“Weh, kenapa kita beratur ni?” Tanyaku pada Khadija. Khadija sengih lebar.

“Kau berangan ke tadi? Si Zafril umum siapa yang nak masuk bertanding ‘musical chair’ sila beratur,” Terbeliak mataku merenung Khadija. Khadija ni memang sengaja.

“Kau gila? Aku tak nak main,” Ujarku sambil cuba keluar dari barisan. Sejujurnya aku tidak gemar permainan yang menuntut peserta merebut sesuatu barang. Sangat tidak suka.

“Alah, jomlah kita main. Takkanlah kau nak daftar main tarik tali? Atau pertandingan mewarna untuk kanak-kanak? Nak?” Dalam pada Khadija memujuk aku sempat lagi dia menyindir. Elok sangatlah tu, ini mesti berjangkit dengan bos dia.

“Kita main pertandingan ala-ala amazing race nak?” Cadangku pula. Mintak-mintaklah Khadija setuju.

Khadija ketawa besar. Aku angkat kening. Lawak sangat ke aku ajak dia join amazing race?

“Huh, itu acara wajib. Aku dah register kita punya group awal-awal. Inilah untungnya kalau berkawan dengan orang dalam,” Ujar Khadija sambil tersengih licik.

“Siapa?” Soalku. Masih blur dengan penjelasannya.

“Our dearest Zafril,” Khadija kenyit mata. Aku pula rasa teruja. Best betul. Tak sabar nak main.

“Tapi aku still tak nak main benda ni,”

Khadija melepaskan tanganku perlahan. Senyumannya ikut pudar. Sudah! Dia dah nak mula dah!

“Tak apalah, kalau kau tak nak main, aku pun tak nak main jugak walaupun aku nak sangat main ‘musical chair’ ni. Jomlah gerak,” Khadija mula menolakku keluar dari barisan. Aku pula yang rasa serba salah.

“Kau memang sengajakan?” Mataku tajam memanah wajahnya. Khadija angguk. Aku cubit lengannya sebelum kembali menarik tangannya masuk beratur dalam barisan. Khadija gelak kuat.

“Ya, memang aku sengaja sebab aku tahu kau punya hati tu sikit punya baik,”

Aku menggeleng kepala. Macam-macamlah Khadija ni. Selepas membuat pendaftaran nama, semua peserta menunggu sebelum dipanggil untuk bermain. Ramai juga yang masuk bertanding, adalah dalam tiga puluh orang. ‘Musical chair’ terbesar di Malaysia ke ni? Berapa banyak lagu yang nak kena dimainkan dan aku bakal tersingkir sebagai peserta keberapa? Lama menunggu menambahkan debaran. Bila-bila masa sahaja kami akan dipanggil.

Aku cuba menenangkan perasaan dengan menyaksikan pertandingan  tarik tali. Tapi perasaan gementarku tetap tidak hilang.

Dua minit berlalu, peserta ‘musical chair’ dipanggil. Mak oi, banyaknya kerusi yang disusun dalam bulatan. Seram sejuk tanganku. Jantung juga sudah berdegup kencang. Malu pun ada bila banyak mata mula tertumpu untuk melihat pertandingan ini.

Lagu pertama dimainkan. Aku rasa nak tergelak. Siapa punya idealah yang pilih lagu tamil ni? Sepatah haram aku tak faham. Aku hanya dapat tangkap penyanyi itu sebut perkataan ‘appalam’. Apa tu? Boleh dikatakan semua peserta berjalan mengelilingi kerusi sambil tergelak. Bijak strategi penganjur untuk mengalihkan perhatian kami. Tapi orang yang paling serius adalah Khadija. Dia berjalan cepat dihadapanku. Sedikitpun tidak ketawa. Huh, memang dia betul-betul bersemangat nak menang nampaknya.

Seperti yang dijangka tanpa amaran lagu itu dihentikan, aku pantas duduk di atas sebuah kerusi. Yes! Berjaya. Erm, best jugak main benda ni. Cuba dulu baru tahu. Aku cuba mencari Khadija. Susah sebab ramai sangat yang bermain. Tak apa, mungkin lepas ni aku kembali bertemu dengannya. Seorang peserta lelaki tersingkir. Satu kerusi dikeluarkan. Lagu kedua dimainkan. Kali ini semua peserta senyap dan cuba menghayati lagu nasyid ‘Pergi Tak Kembali’ nyanyian kumpulan Rabbani. Rasa takut pulak dengar lagu ni.

Selepas berpusing untuk berapa kali pusingan entah, sekali lagi muzik dihentikan dan aku juga berjaya mendapatkan tempat. Nasib baik. Aku ketawa gembira.

“Seronok?” Tegur peserta disebelah kananku.

Aku terkedu. Aku kenal suara itu.

“Tuan buat apa kat sini?” Memang sah Tuan Ray. Macam mana aku boleh tak perasan dia?

“Awak rasa?” Sindirnya pula.

“Tuan ikut saya?” Soalku berani.

“Saya tak akan biarkan awak dengan Ikmal suka-suka join pertandingan ‘musical chair’ ni,”

“Ikmal?” Sejak bila pulak aku ajak Ikmal main sekali? Aku memandangnya dengan pandangan tidak faham. Tuan Ray menjeling.

“Itu siapa?” Tuan Ray menunjuk ke arah belakang kami. Ikmal sedang bersorak kerana berjaya merebut kerusi.  Erk..Ikmal pun join?

“Itu Ikmal and I have no idea why he was here,”

“Oh really? Then you have any explanation when he became your lunch partner?”

“He just a friend!” Bisikku geram. Bimbang juga perlakuan kami dihidu orang lain. Siapa tak kenal Tuan Ray. Nanti orang ingat aku sengaja nak ambil kesempatan. Tidak ke naya?

“Okay a friend. So, who am I to you?” Aku terdiam mendengar soalannya. Matanya tidak berkelip langsung memandangku sehingga naik segan aku dibuatnya. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan lagu ‘Satu Malaysia’. Aku bingkas bangun

“Third round sir,” Ujarku lalu pantas berjalan mengikut orang di hadapanku. Nampaknya aku kena berhati-hati selepas ini. Setelah bermain untuk lima belas minit, dua puluh orang peserta tersingkir. Aku, Khadija, Tuan Ray dan Ikmal termasuk dalam sepuluh peserta terakhir.

Masuk sahaja pusingan yang entah keberapa, giliran Ikmal pula duduk di sebelahku. Malang apalah yang menimpa. Aku berpaling melihat Tuan Ray. Dia sedang memerhatikan kami. Aku telan liur. Ya Allah, Kau tetapkanlah kepercayaan dia terhadapku.

“You risau Rayyan marah I duduk sebelah you?” Soal Ikmal. Aku menggeleng menafikan.

“Eleh..macamlah I tak tahu,” Ikmal kenyit mata lantas bangun untuk bersedia berebut kerusi sekali lagi. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku rasakan seperti satu dunia tahu apa yang aku sorokkan dalam hati aku. Rasa macam nak gila pun ada.

Aku melihat Khadija yang berjalan keluar dari bulatan. Wajahnya menggambarkan kekecewaan. Sempat dia berbisik padaku supaya melakukan kemenangan untuknya. Aku hanya mengangguk tapi bila tengok semua lawanku macam nak putus harapan pun ada. Boleh ke aku menang? Sememangnya permainan ini hanya bergantung pada tuah semata-mata.

Kami terus bermain. Orang ramai mula bersorak. Tidak melampau kalau aku kata yang Mira tersangatlah over apabila tidak henti-henti menjerit nama Tuan Ray memberi sokongan. Nasib baik tak luruh telingaku. Fokusku untuk bermain sedikit terganggu dengan gelagat Mira menyebabkan aku terpinga-pinga sewaktu muzik dihentikan. Mataku melilau mencari kerusi kosong. Jumpa! Lantas aku berlari ke arah kerusi itu dan terus duduk. Fokusku sekarang hanyalah kerusi itu, keadaan sekeliling tidak aku hiraukan.

Entah apalah nasibku apabila aku mendarat cantik di atas riba seseorang. Pantas aku bangun dan berpaling. Alangkah terkejutnya aku melihat Tuan Ray turut mendongak memandangku dengan satu pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

“Ma..maaf tuan,” Ujarku gugup sambil menunduk. Wajahku usah cakaplah. Rasa berbahang gila. Malu yang teramat sangat dengan Tuan Ray dan para penonton yang pastinya tidak terlepas menyaksikan adegan tadi.

Tuan Ray bangun berdiri menghadapku. Aku masih menunduk melihat kaki.

“It’s okay. Tak rugi apa-apa pun,” Aku terlopong. Tuan Ray tersenyum sinis sebelum bergerak untuk melakukan pusingan baru. Terundur-undur aku berjalan keluar menjauhi tempat pertandingan. Masih terkejut dengan ayat gatal Tuan Ray. Kurang asam betullah! Jerit hatiku.

Cepat-cepat aku berjalan pada Khadija yang sedang ketawa galak di bangku. Mesti perempuan ni tengok apa yang berlaku tadi. Aku masamkan wajah dan duduk disebelahnya.

“Macam mana? Best tak duduk dipangkuan Abang Ray?” Sindir Khadija. Aku tampar lengannya berulang kali. Geram betul aku. Makin kuat Khadija ketawa dengan reaksiku.

“Aku malu tahu tak? Malu!!!” Jeritku geram tapi perlahan sajalah sebab masih ada lagi mata-mata yang menyibuk memerhatikan aku.

“Alah biasalah tu main permainan ni, itulah risikonya. Nasib baik kau terduduk atas riba bos aku yang hot tu, kalau terduduk atas orang lain macam mana? Tak ke rugi?” Aku sekeh jugak minah ni.

“Kalau kau rasa nak sedut oksigen lebih lama lagi, baik kau jaga sikit mulut tu,” Kataku geram. Khadija terus angkat tangan gaya penjenayah sambil menutup rapat bibirnya. Aku lihat Tuan Ray dari jauh. Dia sedang berjalan keluar dari tempat tadi. Dah tersingkir agaknya. Langkahnya yang semakin mendekati bangku yang aku duduk membuatkan aku rasa kurang selesa.

“Dah kalah bos?” Laung Khadija kuat. Ish minah ni, sungguh di luar kawalan.

Tuan Ray tersenyum sambil mengangguk. Hati kecilku tidak dapat berbohong apabila melihat senyumannya itu. Sangat sinis okey!

***

Selepas berehat untuk setengah jam, giliran peserta ‘amazing race’ pula yang perlu melapor diri di meja pendaftaran.

“Jomlah,” Ajakku kurang sabar. Rasa teruja sangat-sangat nak main game ni. Kalau sebelum ni aku selalu tengok rancangan ‘The Amazing Race’ dalam channel AXN saluran Astro, kali ini aku pula yang bakal beraksi. Biar pun aku tidak berpeluang menjelajah dunia seperti game yang sebenar, cukuplah untuk aku merasai dan mengalami pengalaman seronok menyiapkan tugas-tugas yang diberi.

“Erk,.kejap,” Khadija sibuk menghubungi seseorang. Saat-saat genting macam ni pun sibuk nak call orang.

“Cepatlah Ija, kita dah lambat ni. Semua orang dah daftar pun,” Tangannya aku tarik.

“Kau tolong pergi daftar untuk aku dulu, aku nak call orang kejap nanti aku datang,” Selepas meninggalkan pesanan terakhir, Khadija terus melangkah pergi.

Tanpa membuang masa aku terus bergerak ke meja pendaftaran. Sudah ramai yang mendaftar rupanya.

“Nurul Aqilah,” Aku memaklumkan namaku supaya senang dia mencari borang.

“Sekejap,” Staf wanita yang bertugas itu membelek-belek kertas yang bertimbun di atas meja sebelum menghulurkan sehelai borang padaku.

“Sign kat sini,” Tunjuknya pada satu ruangan kosong. Baru sahaja mata pen itu mendarat atas kertas, tanganku terhenti daripada mencoretkan tandatanganku. Mataku dipejam celik berulang kali. Biar betul!!

“Eh, saya rasa awak dah tersilap. Partner saya untuk race ni Khadija,” Tegurku tidak puas hati pada seorang staf yang bertugas pada meja pendaftaran. Takkanlah Khadija buat khianat dekat aku macam pertandingan badminton dulu? Aku tendang betul-betul minah tu.

“Ya, memang betul partner cik sebelum ni Cik Khadija tapi atas arahan seseorang, kami terpaksa tukar,” Jelas staf wanita itu takut-takut. Kalau macam ni baik tak payah buat race.

“Siapa yang arahkan awak buat semua ni?” Soalku garang. Kalau ya pun nak tukar partner aku tak payahlah letak nama bekas pasangan regu aku dulu tu. Dah tak ada orang lain? Aku bakal mengalami masalah jantung kalau berdepan dengannya sepanjang masa.

Setiap kali aku menghadapi situasi yang memalukan dengannya pasti aku akan berdepan dengannya. Tadi aku dah melakukan sesuatu yang bodoh masa main ‘musical chair’. Aku tak dapat bayangkan apa pula yang bakal berlaku kalau kami berpasangan dalam game ini.

“Saya yang arahkan kenapa?” Tuan Ray tiba-tiba menyampuk dan berdiri di sebelahku. Selamba sahaja dia mencapai pen dan menurunkan tandatangan pada ruangan yang disediakan untuk mengesahkan kehadiran. Selesai menurunkan tandatangannya dia menolak borang itu padaku.

“Sign!” Arahnya.

Aku menjeling sambil berpeluk tubuh menghadapnya.

“Kenapa tuan arahkan dia tukar nama Khadija?” Soalku tidak puas hati. Tanganku menuding tepat pada staf wanita itu. Wajah staf itu sudah lain macam. Macam nak menangis pun ada aku tengok. Mungkin sudah serba salah agaknya.

“Ikut suka hati sayalah. Dah hati saya memang nak awak yang jadi pasangan saya so, by hook or by crook, it has to be you and no one can stop me including you,” Ucapnya dengan penuh angkuh. Aku terpana. Sudah lama aku tidak berdepan dengan Tuan Ray versi kejam ni. Kenapa tiba-tiba perangainya boleh berubah?

“Saya tak nak,” Bentakku perlahan.

“Kenapa?” Tuan Ray angkat kening.

“Saya malu tahu tak? Malu dengan tuan,” Bisikku terus terang. Tuan Ray tersenyum sebelum melepaskan gelak. Bersungguh-sungguh dia ketawa.

“Pasal kes tadi?” Soalnya sambil menahan gelak. Geram betul aku!

“Gelaklah. Gelak banyak-banyak,” Ujarku sakit hati melihatnya. Tuan Ray pantas menarik senyum.

“So sorry. Kenapa pulak nak malu? Bukan salah awak pun. Awak terduduk dan bukannya sengaja duduk. Lagipun saya tak marah pun.  Atau awak sebenarnya nak terduduk atas Ikmal?”

“Tuan ni tak habis-habis dengan Ikmal. Berapa kali saya nak cakap yang dia tu kawan saya aje. Tak lebih daripada tu. Lainlah dengan tuan,” Mulutku membebel dengan lajunya sehingga perkataan yang tidak sepatutnya keluar secara tidak sengaja. Tuan Ray meletakkan tangannya pada bahagian tepi telinga.

“Apa? Saya tak dengar. Awak sebut apa ayat yang last tadi?” Soalnya sambil menunduk ke arahku.

“Tak ada apa-apa,” Aku menapak setapak ke belakang kerana jarak kami yang terlalu rapat. Ramai mata-
mata yang menyaksikan, nanti apa pula gosip yang bakal melanda kami.

“Team korang ni nak join ke tak?” Setelah sekian lama berbalas kata, staf wanita tadi menyampuk. Barangkali meluat melihat gelagatku dengan Tuan Ray.

“Nak,” Cepat sahaja Tuan Ray menjawab seraya mencapai pen sekali lagi dan menconteng ikut suka hatinya di ruang kosong milikku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa dengan tindakannya.

“Okay, semua peserta sila tunggu dekat kawasan zon B kat depan tu, nanti pihak bertugas akan memberi taklimat ringkas tentang game ni. Terima kasih,” Staf wanita itu lega setelah pertengkaran kami berakhir di situ.

“Jom,” Ajak Tuan Ray sambil melangkah ke tempat yang dimaksudkan staf tadi. Aku berjalan cepat untuk menyaingi langkahnya dan berjalan disisinya.

“Kenapa tuan suka paksa saya?”

“Sebab awak degil!”

“Saya degil?” Soalku tidak percaya.

“Ya, saya tak pernah jumpa orang sedegil awak. Sepanjang race ini, saya akan pastikan awak luahkan isi hati awak,” Matanya dikenyit.

“Kita tengoklah macam mana,” Cabarku pula. Dia ingat nak luahkan isi hati ni macam luah muntah ke? Mungkinkah sebelum ini dia pernah melalui pengalaman bercinta? Patutlah dia yakin dengan segala luahan dan perlakuannya.

Selepas mendengar taklimat, kami diberi masa lima minit untuk bersedia. Permainan ini agak menarik apabila kami ditugaskan untuk menyelesaikan satu tugasan di setiap check point. Kata penganjur lagi tugasan yang diberi ada juga yang tidak masuk dek akal. Tak masuk dek akal tahap mana tu? Risau jugak aku.

Dalam kelompok orang ramai, aku ternampak Khadija. Dia tersenyum gembira melambaiku sebelum mencuit Encik Irfan di sebelahnya. Encik Irfan berpaling dan turut melambai ke arah kami. Diorang dah jadi satu team agaknya. Ceh, kurang asam. Aku bermati-matian pertahankan dia, dia senang hati terima Encik Irfan jadi partner. Sampai bilik, siaplah minah ni aku kerjakan.

Di check point pertama, kami semua diberi satu sampul tugasan. Tuan Ray membuka sampul itu. Kami sama-sama membacanya

‘Anda berdua dikehendaki mencari kad kuning dibawah timbunan pasir di sepanjang pantai’

Aku dengan Tuan Ray saling berpandangan.

“Nak start dari mana? Arahan tak ada bagi boundary kawasan pun,” Keluhku. Gila luas pantai ni nak kena teroka.

“Kita mula dari sana,” Tunjuk Tuan Ray ke satu arah. Gayanya seperti seorang nakhoda kapal perang menunjuk pada kapal lanun yang akan diserang. Patutlah dia boleh pegang jawatan tinggi dalam syarikat. Tuan Ray mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin. Dia tahu apa yang dia buat.

Kami berjalan ke tempat yang tidak menjadi tumpuan peserta lain. Manalah tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam, ada rezeki aku dengan Tuan Ray untuk jumpa kad itu. 

“Pakai ni,” Tuan Ray hulurkan sepasang sarung tangan padaku. Erk, benda ni pun dia ada?

“Tuan punya ke?” Nampaknya ada orang lain yang lebih bersemangat bermain permainan ni daripada aku.

“Ya, dan banyak lagi barang-barang kecemasan macam ni dalam beg saya,” Aku lihat sahaja Tuan Ray meletakkan beg galasnya di atas pasir. Dia juga turut memakai sepasang sarung tangan.

“Apa lagi termenung tu? Orang lain dah start cari dah,” Bebelnya lagi. Tanpa kuduga, sepasang tangannya yang bersarung itu mencapai sarung tangan daripada tanganku. Dia memakaikan sarung tangan itu pada tanganku. Seperti biasa, aku tidak dapat menghalangnya kerana orang yang menolongku itu adalah Tuan Ray. Orang yang mempunyai tempat istimewa dihatiku. Aku biarkan sahaja. Aku mengambil peluang ini untuk melihat wajahnya diwaktu fokusnya pada tanganku. Sepanjang aku bersamanya, mataku agak susah untuk menjatuhkan pandangan betul-betul pada sepasang mata indah miliknya. Bukan Tuan Ray tidak memberi peluang tetapi aku yang tidak berani mengambil risiko.

“Siap!” Katanya sambil melepaskan tanganku. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan dan duduk menyelak pasir pantai untuk meredakan perasaan hati. Tuan Ray pula bergerak ke kawasan hadapan dan turut melakukan perkara yang sama. Setelah sepuluh minit mencari, kami masih tidak menjumpai kad yang dikehendaki.

Aku perasan sudah ada peserta yang menjumpainya tetapi sedikitpun tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan permainan.

“Qila,” Panggil Tuan Ray. Aku bangun dan berjalan ke tempat Tuan Ray duduk elok bersila.

“Tuan dah jumpa?” Hairan, aku tidak nampak sebarang kad kuning pada tangannya. Apa yang membuatnya memanggilku beria-ia ke sini?

“Tengok ni,” Tunjuknya pada permukaan pasir. Mataku singgah di situ. Aku terkedu. Terdapat satu ukiran ayat di atas permukaan pasir itu. Aku tahu Tuan Ray yang mengukirnya menggunakan kayu buruk di tangannya.

‘Love you thousand times’

“Seribu kali sahaja?” Soalku padanya penuh makna. Aku seorang yang tamak kerana aku mahukan lebih daripada itu.

Tuan Ray mendongak melihatku yang berdiri di hadapannya. Dia tersenyum.

“Awak nak lebih dari ni ke?” Soalnya pula. Aku telan liur. Aku kira dia sudah membuka jalan untuk aku meluahkan isi hatiku, dan sememangnya aku juga sudah tidak sanggup menanggung beban yang aku simpan selama ini dalam hatiku. Hari ini biarlah Tuan Ray tahu yang aku juga mengharapkannya. Biar dia tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan. Biar dia tahu yang Nurul Aqilah turut merasakan apa yang Rayyan Amrif rasa. Dengan yakin aku mengangguk. Aku lihat Tuan Ray terpana. Mungkin dia terkejut dengan tindak balasku pada soalannya. Perlahan bibirnya semakin melebarkan senyuman.

“Awak akan dapat lebih lepas jadi isteri saya. Nak?” Lamarankah ini? Ceh, tak romantik langsung.

“Tak apalah, cukup yang itu aje dulu,” Ujarku sambil mula berpaling. Tuan Ray gelak besar. Suka sangat dia sekarang. Dia dah faham hint aku ke?

“Qila!” Jeritnya lagi.

“Apa?” Soalku geram. Tanganku masih lincah menggali pasir. Siapa punya idealah buat task ni?

“Tak nak ni?” Aku berpaling. Tuan Ray melayang-layangkan kad kuning di tangan kanannya. Aku bangun dan melompat kegembiraan.

“Tuan jumpa kat mana?” Aku menjerit sambil berlari ke arahnya.

“Kat sini,” Tunjuknya pada tempat ukiran tadi. Aku tercengang.

“Dari awal lagi tuan dah jumpa dan tuan tak cakap dengan saya? Tuan saja nak bazirkan masakan?” Aku rampas kad kuning di tangannya.

“Tadi tu saya memang nak tunjuk kad ni tapi awak yang pergi melulu, tak sempat saya nak cakap. Dah, jom!”

Tuan Ray bangun sambil menepuk seluarnya dan memikul kembali beg galasnya. Aku membaca perkataan yang tertulis di atas kad itu yang pastinya telah dibaca Tuan Ray awal-awal tadi.

‘Sila bawa kad ini ke meja urus setia’

Aku pantas bangun dan mengikut langkah Tuan Ray. Sempat lagi menjeling ukiran ayat di atas pasir tadi. Debaran hati muncul tanpa dipaksa. Jiwang jugak bos Khadija ni.

Sampai sahaja di meja urus setia aku terpandang board kecil yang tertulis ‘check point 2’. Oh, rupanya kami sudah berjaya menyiapkan tugasan pertama.

“Ini merupakan pilihan tugasan untuk task kedua. Anda berdua perlu pilih mana-mana kertas dalam balang ini yang akan menentukan tugas anda,” Jelas staf yang bertugas. Baru sahaja tanganku mahu mencapai kertas dalam balang, balang itu ditarik.

“Sebelum tu, untuk mendapatkan hint ni, kamu berdua kena saling bertentang mata selama lima belas saat tanpa berkelip sekalipun,”

“What?” Tak masuk akal langsung! Apa dia ingat senang ke nak buat macam tu? Kalau senang tak pula benda itu dipanggil tugas Qila oi.

“Hmm, good,” Komen Tuan Ray sepatah.

“Good tuan kata?” Soalku tidak percaya. Tuan Ray mengangguk.

“Yes, I like it. Kenapa? Awak tak berani nak lawan pandang dengan saya?” Tiba-tiba aku rasa tercabar. Aku hentakkan tanganku di atas meja. Terangkat bahu staf yang bertugas di meja itu. Terkejut dengan aksi samsengku sekejap.

“Siapa kata saya tak berani?” Aku sudah berdiri menghadap Tuan Ray. Dia tidak habis-habis mahu mendugaku. Kami saling berhadapan dengan jarak satu langkah. Aku terpaksa mendongak melihatnya dari jarak dekat disebabkan perbezaan ketinggian yang sangat ketara. Kalau diikutkan aku tinggi setakat bahunya sahaja.

Ini dah bukan macam kerja berkumpulan tapi kerja individu. Dia ingat aku takut? Aku tak takut langsung tahu! Tapi aku malu! Malu nak tatap matanya yang seperti biasa sangat menawan. Mungkin dia selalu amalkan minum pati prun Innershine agaknya?

“Okey sabar jangan bergaduh ya. Kita mulakan lima belas saat dari sekarang!”

Aku tatap terus ke matanya. Begitu juga dengan dia. Kali ini kelihatan jelas raut wajahnya di pandanganku. Cukup tampan dan memikat hati. Pandanganku seperti tembus ke mata dan terus timbul di hatinya. Inilah orang kata, dari mata turun ke hati. Kalau abah dan mak tahu aku sedang tilik anak teruna orang macam ni, nak juga aku kena hambat dengan batang penyapu. Bahaya bila terjebak dengan virus cinta yang sememangnya sudah berjaya menyerang antibodiku. Rasa syok pun ada berbalas pandang dengannya.

“Tahniah! Kamu berdua berjaya dan boleh pilih salah satu kertas dalam balang ini,” Tersentak aku dengan suara kuat staf bertugas. Tidak sedar bahawa lima belas saat itu terlalu singkat, seakan mataku masih tidak puas meneroka orang di hadapanku.

“Wajah merah semacam saya tengok. Best tak?” Tuan Ray cuba menambah seganku. Tanpa mempedulikan usikannya, aku mencapai sekeping kertas di dalam balang dan membukanya.

“Salah seorang dari anda perlu menggunakan bahasa isyarat menerangkan satu ayat dan seorang lagi perlu menjawab dengan betul ayat yang dikemukakan berdasarkan bahasa isyarat itu,” Bacaku kuat supaya mesej itu sampai kepada Tuan Ray.

“Awak nak jawab ke soal?” Tuan Ray meminta pendapatku terlebih dahulu.

“Biar saya jawab,” Putusku kerana aku tidaklah mahir sangat untuk beraksi seperti orang bisu. Takut kang terkeluar suara.

“Apa ayat itu?” Tuan Ray bertanya. Staf itu memberi sehelai kertas pada Tuan Ray.

“Awak pilih aje awak nak ayat mana,” Ujar staf itu. Tuan Ray kelihatan begitu teliti memilih ayat yang sesuai. Bebola matanya bergerak dari atas ke bawah.

“Pilih yang senang-senang aje tuan,” Cadangku padanya. Mata Tuan Ray masih terpaku pada kertas ditangan saat bibirnya tersenyum lebar.

“Ayat senang?” Soalnya ambil mengangkat wajah memandangku. Aku mengangguk.

“Okay. Are you ready?” Tuan Ray meletakkan kertas itu ke atas meja setelah menunjukkan ayat pilihannya pada staf itu. Staf itu mengangguk sambil tersenyum nakal. Dah apa kena dengan diorang asyik tersenyum dari tadi ni?

Aku sekadar mengangguk. Tuan Ray mula menggerakkan kedua-dua tangannya. Dengan hanya sekali gerakan aku sudah dapat tangkap ayat apa yang dimaksudkannya. Gerakannya sebijik dengan gerakan yang diajar oleh seorang budak lelaki pada Shah Rukh Khan dalam filem Hindustan bertajuk Kuch Kuch Hota Hai. Tuan Ray pun tengok filem tu ke?

Tuan Ray angkat kening berulang kali. Aku ketap bibir. Nak jawab ke tak? Malu kot nak sebut ayat tu depan dia. Kalau Khadija yang jadi partner aku, dari tadi lagi kami dah siap.  

“Hah, jawablah, tadi kata nak ayat senang,” Desak Tuan Ray.

“I..I..,”Aku masih tergagap. Ketar rasanya bibirku.

“Nak jawab tu pandang saya dulu,” Helah Tuan Ray lagi.

“Perlu ke?” Soalku musykil pada staf yang sudah tersengih seperti kerang busuk tu.

“Wajib…..!” Panjang jawapannya.

Aku mengangkat wajah memandangnya. Aku tahu dia sedang tahan senyum. Eei..menyesal aku pilih jawab soalan. Kuatkan semangat! Rileks Qila, kau sekarang bukan nak luahkan perasaan kau pada dia tapi nak siapkan tugasan. Jawab aje.

“I love you,” Ucapkan perlahan. Ya Allah, rasa macam nak putus nafas kot! Sayup-sayup sahaja kedengaran ditelingaku. Seperti jangkaanku wajah itu tersenyum.

“Apa?” Tiba-tiba staf menyibuk menyampuk.

“Awak tak dengar ke?” Soalku marah.

“Tak,” Selamba saja staf itu menjawab.

“Tuan pun tak dengar?”

Tuan Ray hanya mengangkat bahu.

“Kawan awak dengar atau pun tak, tak jadi hal sebab saya orang penting yang kena dengar, sayakan juri?” Sampuk mulut tak malu itu lagi. Aku picit dahi yang dah mula tumbuh rintik-rintik peluh. Minah juri ni lebih-lebihlah pulak.

“I love you! Puas hati?” Ulangku kuat. Staf itu ketawa sambil mengangguk. Banyak songeh betul dia ni.
Hint seterusnya dihulurkan padaku. Aku membuka kad itu perlahan-lahan.

‘Pergi ke dewan’

“Dewan? Jomlah,” Aku terkejut kerana suara Tuan Ray begitu dekat sekali kedengaran di tepi telingaku. Entah bila dia bergerak ke belakangku dan mencuri baca kad itu. Kus semangat. Tanpa melayan perasaan yang berombak, aku mengikut langkahnya menuju ke dewan.

Sampai sahaja di sana telingaku menangkap ada suara-suara sumbang yang sedang menyanyi. Huh, Qila ikut suka hati kau saja nak cakap suara orang lain sumbang. Suara kau sedap sangat ke? Di dalam dewan, terdapat satu platform kecil dan bulat disediakan di mana salah seorang daripada peserta akan menyanyi. Betul ke aku daftar game ala-ala amazing race ni? Ini amazing race atau nonsense race? Tak mencabar langsung!

Kami bergerak ke kerusi kosong dan duduk. Staf bertugas menghulurkan satu kad pada Tuan Ray. Tuan Ray menunjukkan kad itu padaku.

“Salah seorang kena nyanyi lagu yang disukai,” Aku baca perlahan.

“Tuan nyanyi,” Arahku cepat-cepat. Kalau nak rasa guruh berdentum kuat, bolehlah suruh aku nyanyi, tambah-tambah nyanyi depan lelaki pujaan hati, boleh banjir Cherating dibuatnya.

“Kenapa pulak saya?”

“Sebab saya tak nak,” Jawabku sambil meletakkan kembali kad itu dalam genggamannya.

Tuan Ray merenungku sekejap sebelum bangun mengikut staf. Mereka menuju ke meja sistem audio. Mungkin Tuan Ray kena membuat pilihan lagu di sana. Lagu apa yang dia nak nyanyi agaknya? Aku pun dah tak sabar nak dengar. Tuan Ray nyanyi? Boleh ke? Tuan Ray membuat isyarat telefon sewaktu kami bertembung pandang dari jauh. Aku mengangguk faham sambil meraba telefonku yang disimpan dalam beg galasnya.

Satu bentuk sampul surat tertera di skrin. Aku sentuh item itu.

‘Let’s hear voice of my heart’

Saat aku mengangkat wajah, orang ramai sudah bertepuk dan bersorak. Kenapa? Lelaki itu sudah berdiri di atas platform dan memegang mikrofon. Cepat betul giliran dia. Sempat dia menghadiahkan senyuman padaku sebelum memberi isyarat supaya muzik dimainkan.

Tidak pernah aku mendengar muzik ini. Muzik yang menghadirkan satu perasaan asing dalam diriku. Pandangan lelaki itu masih setia padaku.

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Bait-bait lagu itu sudah cukup untuk meruntunkan perasaanku. Betapa lelaki itu bersungguh-sungguh menyatakan rasa cintanya dan aku semakin hanyut.

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Perasaanku semakin kuat. Kasihan Tuan Ray. Terseksakah dia sebelum ini menunggu jawapanku yang masih tidak terluah?  Ya, aku dapat merasai deria cintanya yang luar biasa.

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Sepatutnya aku tidak perlu lagi ragu-ragu. Aku percayakan pengakuan cintanya dan aku tahu Tuan Ray tidak pernah main-main dengan setiap perlakuan dan perbuatannya.

Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku

Apabila dia mengulang chorus lagu itu, untuk kesekian kalinya air mata membasahi pipiku. Hanya Tuan Ray yang mampu melakukan aku sebegini rupa. Hanya dia mampu membuatkan aku menitiskan air mata yang mempunyai pelbagai maksud. Kalau dulu air mataku menitis kerana takutkannya, sekarang dia mengarahkan air mataku menitis kerana cintanya.

Sebelum dia berjalan turun dari platform, aku bingkas bangun dan bergerak keluar dari dewan. Mata-mata yang melihat tidak aku pedulikan. Perasaan hatiku yang aku kisahkan sekarang. Perasaan yang membuak seakan mahu pecah dadaku. Air mata masih setia menemani langkahku yang tidak tentu arah. Ke mana aku hendak sorokkan lara hatiku ini? Tidak terungkap perasaan kasihan aku pada lelaki yang baru mendapat tempat dalam hatiku ini.

Saat kaki melangkah pada destinasi yang aku sendiri tidak ketahui, tiba-tiba ada tangan yang menarikku kuat memaksa aku berpusing dan menghadapnya.

Mata kami bertentang. Air mataku semakin lebat mencurah. Genggaman tangannya pada tanganku seakan mengalirkan suatu virus. Aku tidak tahu sudah berapa kali hatiku menjerit ingin mengatakan perasaan cintaku. Bukan hanya dia yang punya perasaan itu terhadapku. Seperti yang aku cakapkan pada Ikmal, aku ingin berkongsi perasaan itu dengan orang yang aku sayang dan orang itu sedang berdiri di hadapanku.

Wajahnya menggambarkan perasaan risau terhadap kelakuanku sekarang.

“Ikut saya,” Arahnya sambil menarikku mengikut langkahnya. Aku ikutkan sahaja ke mana arah yang ingin ditujunya. Buat masa sekarang, aku tidak mahu mempedulikan pandangan dan tanggapan orang lain. Biarlah Tuan Ray mendapat perhatian yang lebih tinggi daripadaku berbanding orang lain hari ini. Dia yang aku patut pedulikan dari dulu. Maafkan saya tuan.

“Kenapa menangis sampai macam ni sekali?” Soalnya lembut.

Waktu ini, kami berdiri di kawasan pantai yang jauh daripada pandangan orang ramai. Aku senyap. Lidahku kelu tetapi hatiku tidak pernah diam. Saat tangannya menyapu air mataku menggunakan sapu tangan kecemasan, air mataku tanpa segan silu semakin melimpah ruah. Dia terlalu baik.

“Sa..sayaa..nak cakap sesuatu,” Aku cuba melawan esakan yang makin menjadi-jadi. Aku juga tidak faham dengan diriku sekarang. Kenapa rasa nak menangis sangat? Sepatutnya sekarang merupakan saat bahagia aku dengannya

“Kalau Qila tak bersedia lagi, tak payah paksa diri. Saya tak marah dan saya tak akan mendesak lagi,” Kata Tuan Ray. Mungkin keadaanku yang susah nak bercakap mendorongnya mengeluarkan ayat itu.

“Tak, saya nak cakap sekarang jugak!” Ujarku tegas sambil menepis tangannya yang setia mengelap air mataku. Melayang sapu tangan di tangannya menyembah pasir pantai. Aku dapat kesan wajah Tuan Ray yang terkejut. Tanganku pantas menghapuskan segala sisa air mata sebelum aku mengumpul semangat menatap matanya.

“Let make it short and simple,” Aku menarik nafas.

“Saya juga sukakan tuan!” Luahku dengan yakin sekali.

Wajah itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi, hanya matanya terpaku melihatku. Mungkin dia tidak percaya. Wajahnya semakin kabur disebabkan mataku yang digenangi air sebelum bertukar jelas kembali selepas air itu mengalir melalui pipiku.

“Ya, saya suka tuan. Suka!” Luahku lagi sebelum perlahan-lahan tubuhku melurut duduk di atas pasir pantai menyambung tangisan. Aku sedih sangat. Sayu kerana mataku masih jelas untuk melihat matanya yang sedikit berair tadi. Legakah dia setelah mendengar pengakuanku?

“Qila,”

Aku angkat wajah. Tuan Ray sudah duduk berlutut menghadapku.

“Cengeng!” Kutuknya perlahan. Aku tersenyum dan dia membalas. Bahagia, sudi-sudikanlah menjenguk kehidupan kami di hadapan hari. 

32 comments:

  1. Puas hati korang semua? Bkn sy tny tapi Qila yg tny..hu2..enjoy..sori n3 pjg sgt

    ReplyDelete
  2. Wahhhhhhhhh... Yes yes yes.........akhirnya terluah juga......tq cik writer......

    ReplyDelete
  3. Omg sangat puas hati but we want more.......... This ia amazing..... At last, Qila luahkan juga perasaannya. Whoa.... Ingatkan tuan ray nak lamar qila melutut macam tue......

    ReplyDelete
  4. SUKA SUKA SUKA... bestnyer lepas ni nak tgk pulak mcm mana their relatioship lepas dah declare ni..soooo sweeet

    ReplyDelete
  5. Ahhh..at last! Now can sleep peacefully..tapi cik writer jgn tido sbb kena siapkan next entry secepat mungkin, ya..me want to sleep with a smile on my face..suka sgt dgn qila! - chu

    ReplyDelete
  6. so sweet..senyum2 jer bca n3 kli ni.best....
    ~saza~

    ReplyDelete
  7. So sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet.
    Xsabar nak tunggu for the next entri. Huhu

    ReplyDelete
  8. Tq Qila buat sy rasa jatuh cinta jg...
    Penulis penulisan anda semaki baik



    ReplyDelete
  9. Shiroe, tima kaseh utk n3 ini. Sukee..
    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
  10. memang cita itu sangat indah...tahniah..memang puas hati membacanya.....tapiiii sambung lagi please..terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah korang sume puas hati :)
    Tq semua utk komen membina n maklum bls box tickers tu...
    sy pn nak ucp sama2 sbb korang ucap time ksh..heh2

    ReplyDelete
  12. Sukaaaaaa!! Can't wait for nxt n3

    ReplyDelete
  13. Akhirnya....ada lg x n3 lps nie?

    ReplyDelete
  14. Arg.... Lega rasanya... Macam saya pula yang meluahkan perasaan sy... Huhuhu.... Puas hati sgt2... Akhir

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Akhirnyaaaa.... Terluah jg perasaan Qila pd Rayyan.... Cik writer.... Next n3
    plssssss.... x sabar nak tahu citer selanjutnya... Pls... Pls.... Cik write yg baik hati....

    ReplyDelete
  17. Next n3 masih ada n akn d post jg..sabo sumenyer..tak lari ke mana pn Qila n T.Ray tu..hu2..tq nurizzwo, cik nony. Nuriesyazura suka sgt tu. Tqvm..he2..sbr ye :)

    ReplyDelete
  18. yeah! finally..
    tak sabar rasenye nak tau ending cite ni!

    ReplyDelete
  19. sweetnyer!!! at last qila mengaku jugak!!! bila the next entry? jgn la lama2....

    ReplyDelete
  20. oh,,bestnyer....tq shiroe sherry...teruskan usaha

    ReplyDelete
  21. best... ucapan yang mahu diucap sudah terungkap ...bila majlis perkahwinan nak dibuat,... tak sabar nak tunggu,..

    ReplyDelete
  22. ya allah sukanya akhirnya qila luahkan jugak xsabar menanti smbungannya huhuhuhu

    ReplyDelete
  23. tq sume sbb sudi baca dan suka n3 ni...sorang cik nony tny bila majlis kahwin? Erk?..insyaAllah dgn kuasa yg sy ada (as a writer) sy akn kahwinkan diorang tp tak tahu bila..huhu..sy tahu sume pembc mmpunyai ksbrn yg tggi..n sy hargainya :)

    ReplyDelete
  24. Bestnya..cepat2lah sambung ceta.
    Sgt2 x sabar menunggu!

    ReplyDelete
  25. Ala... bila nak sambung lagi ni.. mcm dah lama tunggu :(

    ReplyDelete
  26. tetiba terluah dalam hati..'bestnya klau ada bf cam tn ray..'

    ReplyDelete
  27. Walaaaa ... cepatnye dia luahkan perasaan .., sabaq sat bg suspen dlu..

    ReplyDelete
  28. haha..perasaan susah utk dinafikan apatah lagi ditahan..heh2

    ReplyDelete
  29. Bestnya3x!!! thumbs up!!
    rugi betul baru jumpa blog shiroe ni!! :'(
    anyway,saya minat sngt!keep it up sis!ajaja hwaiting!! (^_<)

    ReplyDelete