Saturday, 9 June 2012

Cinta Itu Indah! 4

Kereta terus bergerak meninggalkan bangunan Berjaya Holdings. Aku perasan Tuan Ray tersenyum sinis. Sukalah tu buat jahat, ugut-ugut orang macam tu.

“Kan senang kalau naik awal-awal tadi, ini tak, saja nak membazir masa,” Amboi-amboi, banyak mulut dah sekarang ini. Dah tak sayang tongkol emas dalam mulut dah ke Tuan Ray oi? Aku cuma diam. Kalau aku balas, mesti dia semakin enak kutuk-kutuk aku. Malas aku nak layan.

“Marah ke?”

“Saya tak marah tapi boleh tak tuan cepat sedikit? Kita dah lambat ni,” Nak tak nak aje aku jawab. Tersentaplah katakan dan tanpa sebarang amaran tiba-tiba aku rasakan kelajuan kereta bertambah. Aku menelan liur. Aku berpaling sekilas. Tuan Ray dah bertukar rupa. Ini Tuan Ray versi kejam ni. Tuan Ray versi mengada-ngada tadi dah hilang. Aku intai meter kelajuan. MasyaAllah, seratus dua puluh kilometer sejam! Semua kereta yang ada dihadapan dipotongnya. Aku mengucap panjang.

“Erk, tuan kenapa drive laju sangat ni? Bawa mengucap tuan,” Takut-takut aku cuba menegurnya. Demi nyawa, aku mesti pertahankannya.

“Awak juga yang cakap kita dah lewatkan? So you better keep your mouth shut up,” Tuan Ray sempat menjeling aku. Aku betul-betul tak faham dengan feel mamat ni. Sekejap okey, sekejap tsunami. Masalah betul! Kereta masih dipandu laju dan aku tidak berani lagi menegur, kang aku tegur kang dia bawa lagi laju. Aku hanya mampu berdoa supaya kami selamat sampai ke airport.

Dua puluh minit kemudian, aku dan Tuan Ray sudah selamat sampai di airport. Lepas dia sound aku sebab tegur dia drive laju, aku sudah tidak berani bercakap dengannya lagi. Dia pun senyap dan tidak ramah seperti awal-awal tadi.  Aku hanya membuntuti langkahnya yang sedikit laju. Tahu lambat, tadi sibuk nak ugut-ugut orang. Suasana di airport tidak begitu sesak. Tuan Ray sibuk menelefon Encik Irfan bertanya kedudukannya sekarang. Akhirnya kami sampai di hadapan balai berlepas. Rupa-rupanya Encik Irfan dah siap check in dan hanya menunggu masa untuk masuk ke balai berlepas.

Aku cepat-cepat berlari ke arah Encik Irfan mendahului Tuan Ray lalu menyerahkan dokumen tersebut.

“Thanks Qila. Tak sangka awak pun datang sekali,”

“Saje nak bagi semangat dekat bos,” Banyaklah kau punya semangat Qila oi. Kau tu kena paksa tahu tak?

“Dah nak masuk ke?” Tuan Ray menegur kawannya

“Aah, aku dah kena masuk ni. Thanks Ray and thanks again Qila. Bye,” Encik Irfan sempat berjabat tangan dengan Tuan Ray dan berlalu masuk ke dalam balai berlepas sambil melambai tangan ke arahku. Aku membalas lambaian tangannya.

“Jom balik,” Tuan Ray terus berpaling pergi. Aku mengeluh perlahan sambil mengikut langkahnya perlahan.

“Tuan,” Panggilan aku tidak bersahut. Tuan Ray masih berjalan tanpa berhenti.

“Tuan, tunggu sekejap,” Aku cuba menyaingi langkahnya dan menghalangnya daripada terus melangkah.

“Apa lagi?” Soalnya tidak puas hati.

“Erm, tuan baliklah dulu,”

“Habis tu awak? Tak nak balik? Nak ponteng kerja?” Serius dia bengang dengan aku.

“Tak, maksud saya, saya tak nak balik dengan tuan. Saya balik dengan teksi ajelah,” Aku cuba membetulkan salah faham yang berlaku ketika ini.

“Kenapa?” Tuan Ray sempat angkat kening melontarkan pertanyaan. Aku tarik nafas panjang-panjang.

“Tuan bawa kereta laju sangat. Saya tak nak kemalangan. Kalau tuan nak, tuan rasa sorang-sorang. Saya tak nak,” Selamba aku menjawab. Barangkali dah lali dengan tuan pengurus besar yang banyak kerenah ini.

“What?” Tuan Ray seolah-olah terkejut mendengar alasan aku yang tidak mahu balik bersamanya.

“Tadi tu kita dah lambat, lagipun bukan ke Cik Qila jugak yang desak saya bawa laju? So jangan nak bagi alasan bodoh,”

“Tapi tuan saya tetap…,” ayat aku mati di situ apabila mataku menangkap sekumpulan juruterbang melintas kami berdua. Aku menelan air liur. Aku diserang penyakit. Aku memang sakit. Aku tak boleh tengok orang yang berpakaian kemas lebih-lebih lagi pilot. Semuanya muda-mudi dan boleh dikatakan tampan-tampan. 

Aku menarik nafas panjang. Pandanganku sedikit pun tidak lepas daripada menilik mereka. Sepatutnya aku yang malu-malu nak pandang mereka tetapi situasi sudah terbalik sekarang apabila mereka pula yang kelihatan malu-malu apabila aku asyik memandang. Menunduk pulak jalannya, dah macam lelaki melayu terakhir. Habis aku ni apa? Perempuan melayu pertama buat muka tak malu tilik anak teruna orang? Rosak kau Qila!

“Tapi apa?” Suara Tuan Ray kedengaran sayup-sayup di telingaku.

“Qila,” Aku merasakan ada tangan yang melambai-lambai menghalang pandanganku. Aku menepis perlahan.

“Shh, jangan kacau boleh tak?” Aku mendengus perlahan dan terus memerhatikan sekumpulan juruterbang itu sehinggalah mereka hilang dari pandangan.

“Perghh, smart giler pilot tadi. Tuan nampak tak tadi?” Aku menyoal sambil berpaling menghadap Tuan Ray. Wajahnya masam. Aku ada buat silap ke? Opps, apa kau buat ni Qila? Ni tak lain tak bukan confirm dia cop aku perempuan gatal. Arghh..gasak kaulah!    

“Owh, suka tengok pilot smart tu? Hmm?” Tuan Ray ketap bibir. Aku tayang sengih malu.

“Sorry tuan, saya memang tak boleh tengok pilot. Kalau saya tengok automatik saya tertarik. Diorang memang smart dari segi pemakaian. Saya suka..,”

“Stop. Saya tak mahu dengar lagi. Jom balik,” Tuan Ray berpaling selepas menghadiahkan sebuah jelingan maut. Salah ke aku minat pilot? Ikut suka hati akulah.

“Kan saya dah cakap saya balik naik teksi?” Aku mengingatkannya sekali lagi. Apa sebenarnya masalah Tuan Ray ni? Payah faham? Pekak?

“Nak balik naik teksi? Bayar pakai apa? Daun?” Soalan Tuan Ray itu berjaya membuatkan aku tercengang. Aku melihat kedua tanganku. Kosong. Aku tepuk dahi. Kenapalah kau bodoh sangat Qila? Suka buat saham kau jatuh. Malu tahu tak?  Kenapa keluar tak bawa beg tangan?  Mana sempat nak fikir ambik beg tangan kalau kena paksa keluar macam ni? Aish..malu malu malu!

Aku menarik nafas panjang dan cepat-cepat berlalu mendahului Tuan Ray ke parking lot. Aku meloloskan diri ke dalam perut kereta apabila Tuan Ray membuka kunci pintu kereta. Tuan Ray masuk apabila aku sedang menarik tali pinggang keledar. Seat belt ni buat hal pulak. Berkali-kali aku tarik tapi ia seakan-akan tersekat. Tiba-tiba tangan Tuan Ray sudah mencapai tali pinggang keledarku. Aku berpaling dan terkejut kerana dia begitu hampir sekali denganku. Dapat kurasakan hembusan nafasnya menampar pipiku. Aku mengeraskan badan. Kang kalau aku bergerak kang, sesuatu yang tidak diingini pulak berlaku.

“Kenapa kalut sangat ni?” Tegurnya perlahan sambil menarik tali pinggang keledarku dengan mudahnya dan dipasang siap. Aku senyap tidak membalas pertanyaannya. Seram! Tuan Ray memulakan pemanduan dengan kadar kelajuan yang standard, tidak lagi laju seperti tadi. Aku tidak berani berpaling dan bercakap dengannya. Kenyataan ‘Tuan Ray syok kat aku’ menghentam-hentam benakku tanpa henti. Boleh tak kau jangan buat kesimpulan ngeri macam tu? Jangan! Jangan! Jangan! Aku bergelut dengan perasaanku.

“Kenapa ni Qila? Awak nampak macam gelisah aje?” Tuan Ray memecah suasana hening di dalam kereta.

“Tak ada apa-apa. Saya okey je,” Aku cuba mengawal keadaan setenang yang mungkin. Nak mampus kalau dia tahu aku buat kenyataan palsu yang dia syok kat aku?

“Are you sure?” Tuan Ray seperti tidak puas hati dengan jawapan aku.

“100% sure,” Aku tambahkan sedikit keyakinan semasa menjawab biar dia percaya. Tuan Ray sekadar mengangguk.

Di pertengahan perjalanan, kenderaan di atas jalan raya semakin bergerak perlahan. Kenapa pulak ni? Nak kata kesesakan lalu lintas, jam baru menunjukkan hampir ke pukul dua belas tengah hari.

“Kenapa ni tuan? Ada kemalangan ke kat depan tu?” Aku bertanya sambil sibuk memerhati kenderaan di hadapan.

“Tak ada apa-apa, cuma polis buat road block aje,” Tuan Ray menyandar tenang dengan tangan kiri memegang stereng manakala tangan kanan disandarkan pada tingkap.

“Owh, road block,” Aku menarik nafas tenang. Kenapa mesti ada road block pada waktu tengah hari macam ni? Tak panas ke abang-abang polis ni? Dengan uniform diorang yang warna gelap lagi tebal. Lemas! Road block? Kenapa aku rasa macam tak sedap hati? Aku ada buat kesalahan ke?

“Polis biasa ke polis JPJ?” Aku cuba mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

“Biasanya JPJ,” Tuan Ray menjawab pendek.

“Owh JPJ..hah? JPJ? Maksud tuan Jabatan Pengangkutan Jalan?” Aku mula cemas.

“Iyelah. Apa kena dengan awak ni? Owh, saya tahu. Awak mula rasa excited sebab nak jumpa orang berpakaian smart? Hurmm? Abang beruniform? Macam tu?” Tuan Ray melemparkan pandangan sinis ke arahku.

“Erm..macam mana ni tuan? Matilah saya. Ini semua tuan punya pasal tau. Kalau tuan tak paksa saya ikut tuan tadi saya tak akan berada kat sini dan lalui semua ni tau,” Aku mula membebel. Tanganku tergawang ke sana sini. Aksi bila aku panik.

“Boleh terangkan dengan lebih jelas? I don’t understand,” Tuan Ray masih kabur dengan masalah yang aku hadapi sekarang.

“Apasal tuan masih tak faham lagi ni? Sebab tuan paksa saya ikut tuan tadilah sampai saya terlupa bawa purse saya. Sekarang kalau dia nak saman saya sebab saya tak bawa kad pengenalan dan lesen memandu macam mana? Beratus-ratus ringgit duit saya melayang tahu tak? Tuan ingat saya banyak duit sangat ke nak bayar saman tu?” Aku seperti lupa diri. Aku lupa aku bercakap dengan siapa sekarang. Entah kenapa aku mudah lupa diri kalau berada dengannya.

Tuan Ray ketawa perlahan setelah mendengar penjelasanku. Dia boleh ketawa dalam keadaan darurat macam ni? Dah gila ke mamat ni?

“Qila boleh tak kalau awak berhenti buat lawak dalam masa satu hari ni?” Tuan Ray masih ketawa sambil kepalanya tergeleng-geleng. Aku buat lawak ke atau dia yang buat lawak bodoh sekarang ni?

“Tuan merepek apa ni? Saya buat lawak apa pulak ni? Saya serius ni! Apa saya nak buat ni? Saya tak nak kena saman tuan faham ke tak ni?” Aku rasa takut yang teramat sangat sekarang ini.

“Siapa yang drive sekarang ni?” Tuan Ray berpaling ke arahku apabila kereta berhenti sekejap menunggu giliran untuk diperiksa.

“Tuan.” Jawabku ringkas.

“So, kalau dia nak check lessen ke apa ke, dia check yang pemandu punya atau penumpang punya?” 
Soalnya lagi.

“Pemandulah,” Jawabku yakin.

“Settle masalah, sebab diorang akan check yang saya punya, yang awak kalut sangat ni kenapa?” Tuan Ray masih tergelak perlahan. Tidak percaya dengan kebodohanku barangkali.

“Tuan tak berada kat tempat saya. Tuan tak faham apa saya rasa sekarang.” Tegasku.

“Apa awak rasa sekarang?” Tuan Ray mengeluh perlahan.

“ Sekarang ini saya rasa saya macam pendatang asing sebab saya tak ada kad pengenalan diri tuan tahu tak?” Tanpa sedar aku telah meninggikan suaraku tetapi ajaibnya Tuan Ray masih mampu ketawa saat aku menjerkahnya.

“Jangan risaulah dia tak akan check yang awak punya,”

“Dia mesti check,” Dadaku seakan mahu meletup menahan debaran kerana giliran kami semakin hampir.

“Tak,” Balas Tuan Ray.

“Check!” Tekanku lagi.

“Tak,” Dibalasnya lagi.

“Check! Check! Check! Arghh.. saya tak kira, saya nak keluar dari kereta ni sekarang jugak,” Lantas aku terus menarik pemegang pintu tetapi malangnya pintu kereta berkunci.

“Qila, rileks jangan panic boleh tak?” Tuan Ray dah mula hilang sabar dengan perangaiku.

“Tak boleh, saya takut. Buka pintu ni tuan. Macam mana ni tuan?” Tahap kepanikan aku semakin tinggi. Tidak cukup dengan tidak boleh duduk diam di tempat duduk, lengan baju Tuan Ray aku tarik-tarik sehingga terlepas sebelah tangannya daripada memegang stereng.

“Qila!” Tiba-tiba Tuan Ray menjerit memanggil namaku sambil menangkap pergelangan tanganku yang tidak henti-henti menarik lengan bajunya tadi.

“Rileks okay! Trust me, nothing gonna be happen to you! Awak pura-pura tidur, yang lain saya akan uruskan,” Tegas sekali arahan Tuan Ray. Tanpa banyak soal aku terus menyandarkan badan pada seat kereta dan berpura-pura tidur. Bijak jugak Tuan Ray ni. Kenapa tak cakap awal-awal? Buat malu aje aku meroyan macam orang gila tadi.

Beberapa minit kemudian, tibalah giliran kami, aku dapat merasakan seolah-olah jantungku bakal meletup sebentar lagi. Tuan Ray menurunkan cermin tingkap kereta.

“Assalamualaikum Tuan,” Sapa Tuan Ray mesra

“Waalaikummussalam. Boleh minta kad pengenalan dan lesen memandu encik?” Kedengaran suara pegawai bertugas.

“Okey, encik boleh jalan,” Mungkin kerana berpuas hati dengan bukti yang ditunjukkan Tuan Ray maka kami dilepaskan.

“Terima kasih tuan. Ermm…. lesen dengan kad pengenalan orang sebelah saya tuan tak nak check?” Aku rasa macam nak cekik leher Tuan Ray apabila dia berani bagi soalan maut macam tu dekat pegawai JPJ.

“Owh tak perlu,” Ringkas sahaja jawapan pegawai bertugas itu.

“Okey terima kasih tuan,” Serentak itu aku dapat rasakan kereta kembali bergerak lancar di atas permukaan jalan.

“Kenapa dengan tuan ni? Saja nak suruh saya kena saman? Saja nak kenakan saya?” Terus aku menyerangnya. Eeii, mamat ni tak lama jugak aku sekeh kang!

“Kan saya dah cakap tadi tak ada apa-apa. Awak yang terlebih risau dan kalau betul awak kena saman sebab saya sekalipun, insyaAllah saya yang akan bertanggungjawab bayar semua saman-saman awak tu. Apa yang nak dikecohkan sangat?” Panjang lebar dia mempertahankan dirinya.

“Habis,  rekod saya sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab tu, tuan jugak yang nak bertanggungjawab bersihkan? Tuan sanggup pergi hapuskan rekod saman saya tu?” Aku mula loyar buruk semata-mata untuk mematahkan hujahnya.

“Kalau itu yang boleh membahagiakan awak, saya okey je,” Jawabnya ringkas. Aku mengeluh panjang, ada sahaja jawapan mamat ni lah. Tak sah kalau tak menjawab. 

Hari ini kurasakan sangat panjang dan waktu yang bergerak agak lambat, sementalah aku menghadap tuan pengurus besar. Aku merasakan berasa dalam kondisi yang sangat tidak selesa. Cepatlah sampai ke pejabat, aku dah tak tahan menghadap manusia kat tepi aku sekarang. Sepuluh minit perjalanan, aku mula merasakan hala tuju kereta Tuan Ray tidak memungkinkan kami sampai ke pejabat. Aku dapat merasakan bahawa Tuan Ray bakal menimbulkan masalah sekali lagi.

“Bukan ke kita nak balik ke pejabat?” Aku sudah tidak boleh bertahan lagi.

“Memang kita nak balik ke pejabat,” Tuan Ray mengiakan pertanyaan aku.

“Habis tu kenapa saya rasa yang kita sekarang tak lalu jalan biasa ke pejabat?”

“Memang kita akan balik ke pejabat tapi hanya selepas kita lunch!” Aku terpempan. Ini yang susah kalau naik kereta dipandu oleh orang yang suka mengarah dan memaksa.

“Masalahnya sekarang belum masuk waktu lunch hour,” Aku cuba membantah

“Kalau kita sampai ke pejabat sekalipun then beberapa minit lepas tu dah masuk lunch hour pun. Apa salahnya kita terus lunch?” Dia memang betul-betul maksudkan alasan itu atau dia punya agenda lain? Agenda apa? Kau faham-faham sendirilah Qila. Aku rasa kalau aku buat questionnaire dekat public, hasil ujian akan mengatakan bahawa Tuan Ray memang sengaja nak date dengan aku. Aku rasa aku bukan masuk kategori perasan dah sekarang ini.

“Tuan,” Aku menarik nafas panjang. Perlu ke aku tanya dia terus untuk menghilangkan kusut di kepala aku ni?

“Ya?” Sahutnya

“Saya nak tanya tuan sesuatu boleh?” Tenang Qila. Cool!

“Apa dia?”

“Tuan..erk..tuan nak..erm tuan suka..,” Kenapa kau gagap pulak ni Qila oi. Tanya ajelah.

“Saya suka apa?” Pintas Tuan Ray. Barangkali tidak sabar dengan aku yang diserang penyakit gagap tiba-tiba.

“Tuan selalunya suka lunch kat mana?” Ambik kau! Berterabur soalan.

“Owh, saya kat mana-mana okay je. Awak nak makan kat mana?”

Baik kau lupakan aje soalan kau tu Qila! Anggap aje kau dah salah faham dengan dia. Habis cerita. Full stop!

“Itu, kita makan kat gerai tu,” Aku menuding pada satu gerai yang agak luas di tepi jalan. Kelihatan ramai orang, mungkin makanan yang disajikan di situ enak semuanya.

“Erk, makan kat gerai? Are you sure?” Macam nak tak nak aje Tuan Ray ni.

“Dah tuan tanya saya kita nak makan kat mana saya jawablah. Kalau tuan tak suka makan kat gerai kita makan kat tempat lain, tak pun kita balik pejabat terus,” Tanya orang tapi bila orang dah bagi cadangan tak nak terima pulak. Baik tak payah tanya kalau macam tu.

“Eh, tak! Siapa cakap saya tak nak makan kat gerai? Saya cuma nak dapatkan kepastian aje,” Dalam berbalas jawab kami akhirnya sampai di hadapan gerai. Pelanggan mula memenuhi ruang gerai yang agak luas dan penuh dengan meja dan kerusi. Kami melabuhkan duduk pada satu meja yang kebetulan kosong di tengah-tengah ruang. Aku dapat merasakan ada mata-mata yang memandang kami. Tapi kalau nak diikutkan perkiraan sebenar, mata-mata itu sebenarnya asyik menumpukan perhatian pada Tuan Ray. Maklumlah sesiapapun yang tengok Tuan Ray pasti akan berkalih pandang lebih daripada dua kali termasuklah aku. Tapi itu dulu sebelum aku belum kenal perangai dia yang kejam ni. Sekarang? Entahlah perasaan aku sekarang rasa macam terdera sebab kena paksa lunch. Pagi tadi breakfast dan jangan kata dinner jugak dengan dia. Boleh demam aku seminggu menghadap wajahnya. Bukan senang nak kawal perasaan bila berdua-duaan dengan Tuan Ray yang wajahnya persis bidadara. Wajah ajelah tapi perangainya tak!
 Dua minit menunggu, pelayan masih tidak kunjung tiba.

“Awak pernah datang sini ke? Servis apa layan pelanggan sampai lambat macam ni?” Tuan Ray mula membebel dan menayangkan wajah ketatnya.

“Sekejap saya ke kaunter,” Aku bangun melangkah ke kaunter dan bertanya petugas di kaunter. Katanya servis di sini layan diri. Pelanggan perlu ke ruang hadapan kedai untuk menulis pesanan dan tunggu sehingga nama pelanggan dipanggil dan pelanggan perlu ke bahagian itu sekali lagi untuk mengambil pesanan. Owh, begitu rupanya, kalau aku tak ringankan mulut bertanya alamatnya tak merasalah makan kat gerai ini dengan Tuan Ray. Aku kembali ke meja di mana Tuan Ray sedang menunggu dengan kurang sabarnya.

“Jomlah balik, kita cari kedai lain,” Tuan Ray sudah mula bangun.

“Janganlah tuan, saya rasa makanan kat kedai ni sedap sebab tu ramai pelanggan. Kita kena pergi tulis order dan tunggu diorang panggil nama kita. Ada dua kaunter, satu kaunter air dan satu lagi kaunter makanan. Self service. So tuan nak makan apa? Biar saya pergi order” Aku menawarkan diri.

“Tak payah, biar saya yang pergi order. Awak nak makan apa?” Tuan Ray pulak yang sibuk nak ambil alih tugas aku.

“Tak apa, biar saya order lagipun lepas order saya nak ke tandas sekejap, jadi tuan tak payahlah nak berulang alik. Kalau saya lambat, tuan tolong pergi ambil makanan okey? Nanti saya letak nama tuan dekat kertas order,” Tuan Ray setuju dan setelah mengambil pesanannya aku bergerak ke hadapan kedai untuk membuat pesanan. Aku menempah nasi goreng kampung untuk Tuan Ray dan nasi goreng cina untukku, kemudian bergerak ke kaunter minuman untuk order teh ais dan sirap bandung.  

Selepas membuat pesanan, aku berlalu ke tandas. Lima minit kemudian aku keluar dari tandas dan menyorok di sebalik dinding yang memisahkan kawasan tersebut dengan tempat makan. Aku memerhatikan tingkah laku Tuan Ray di meja makan. Dia sibuk melayan IP4 tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Oleh kerana aku merasakan dia sengaja mendera aku hari ini, maka aku telah membuat keputusan untuk mengenakannya. Dia marah ke tak itu belakang cerita dan yang penting aku puas hati.

Lama jugaklah aku mengintip apabila tiba-tiba seorang pekerja gerai menjerit

“Rayyan handsome!” Serta merta keadaan gerai yang bising dan hiruk pikuk tadi menjadi sunyi. Mungkin agak terkejut dengan nama pelanggan yang unik ataupun ingin mengenal pasti pelanggan manakan yang perasan wajahnya handsome? Aku lihat Tuan Ray tersentak kuat. Aku ketawa dalam hati. Padan dengan muka dia. Paksa aku lagi.

“Rayyan handsome!” Kulihat Tuan Ray berkalih pandang kiri dan kanan. Mungkin dia ingat orang lain. Memang kaulah tu Tuan Ray oi.

“Siapa Rayyan handsome ni? Rayyan handsome yang order nasi goreng kampung dengan nasi goreng cina ni? Mari ambik order cepat. Handsome sangat ke?” Jeritan petugas gerai disambut dengan sorakan pelanggan di situ. Aku ketawa tertahan. Wajah Tuan Ray dah merah bak udang yang dibakar. Barangkali malu atau marah dengan aku? Ada aku kisah?

Perlahan-lahan Tuan Ray berdiri. Makin kuat sorakan pelanggan gerai. Sorakan berterusan saat Tuan Ray berjalan ke kaunter sehinggalah dia kembali ke meja. Kedengaran pekerja gerai berkata

“Memang handsome. Sahih!” Sekali lagi pelanggan gerai bersorak. Ku lihat wajah Tuan Ray merah membara dan masam bak cuka. Mampus aku! Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dia akan berfikir banyak kali sebelum mengenakan aku selepas ini. Huh! Tengok oranglah. Aku cuba bertenang dan perlahan-lahan mengatur langkah menghampiri meja dan  melabuhkan duduk. Sedikitpun aku tidak memandang wajahnya dan cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dari ekor mataku aku tahu dia sedang menghadiahkan pandangan maut padaku.

“Erm, bestnya bau nasi ni, saya makan dulu ye, selamat menjamu selera tuan,”

“Awak sengaja cari peluang kenakan saya tadikan Qila? Patutlah awak sanggup pergi order makanankan?” Tuan Ray menyoalku sambil menahan kemarahannya. Aku masih selamba menyuapkan makanan

“Tak adalah tuan. Kenakan tuan? Apa tuan merepek ni?” Aku pura-pura buat tidak faham.

“Ni, kenapa tulis nama saya dekat kertas order macam ni?” Tiba-tiba kertas order tadi melayang di hadapan pingganku. Nasib baik tak mendarat dalam pinggan kalau tak, ada jugak aku hempuk Tuan Ray dengan pinggan ni.

“Kenapa? Saya salah eja nama tuan ke? Rasa macam dah betul,” Lagi dia marah lagi aku suka.

“Sekarang awak sengaja nak sakitkan hati saya pulak?” Tuan Ray masih tidak berpuas hati denganku.

“Dahlah tuan, jemput makan. Tak baik biarkan makanan terbiar depan mata. Lagipun betul apa yang saya tulis tu? Tuan memang handsome apa?” Aku cuba mengambil hatinya apabila mendengarkan tone suaranya yang dah lain macam. Silap haribulan dia tinggalkan aku seorang dekat sini macam mana? Tak ke haru?

“Saya tahu tapi tak payahlah awak nak malukan saya macam tadi tu!” Terbatuk aku dibuatnya. Perasan jugak mamat ni. Aku hanya mampu tersengih.

“Makanlah tuan, nanti kita lambat pulak,” Tuan Ray masih dengan muka ketatnya menzahirkan rasa tidak puas hati dengan aku. Aku mendengus perlahan. Tidak senang ditenung sebegitu rupa waktu aku sedang enak mengunyah makanan. Rasa macam dalam bila-bila masa lagi aku kena terkam.

“Okay, saya minta maaf. Tapi janganlah tengok saya macam tu,” Aku mencebik kurang senang dengannya.

“Awak tak berada kat tempat saya jadi awak tak akan faham apa saya rasa. So untuk fair and square, awak ambil order air lepas ni okey?” Senyumannya? MasyaAllah, sinis gila. Aku mengangkat bahu. Kerja senang aje tu buat apa nak malu.

“Okay,” Malas bertekak aku hanya menurut. Malulah tu nak bangun sekali lagi. Sambil makan aku tunggu nama ‘Rayyan handsome’ dijerit sekali lagi. Tiba-tiba

“Awek Rayyan,” Perkataan itu bergema saat aku sedang menelan nasi. Tersedak aku dibuatnya. Semua mata memandangku diikuti sorakan dan gelak ketawa. Aik,. bila masa pulak dia tukar nama order?

“Apa tuan dah buat ni? Nak balas dendam?” Aku menjeling Tuan Ray yang tersenyum nakal menyuap makanan. Cehs, dia dah buat plan serangan balas.

“Bukan balas dendam, saya cuma nak awak rasa perasaan saya tadi. Itu aje,” Selamba aje jawapannya sambil terus menyambung suapan. Aku bangun perlahan-lahan ke kaunter air. Saat aku berjalan ke kaunter semua pelanggan ketawakan aku. Ya Allah, malunya. Sumpah lain kali aku tak nak main lagi dengan Tuan Ray. Sekali aku kenakan dia, berkali ganda dia balas. Kebudak-budakan betul perangai dia.

“Berapa bang?” Aku bertanya harga air. Aku ketap bibir. Mana aku bawa duit. Malanglah weh!

“ Rayyan handsome dah bayarkan semua tadi, awek Rayyan cuma perlu ambik aje,” Aku hanya mampu tersengih malu. Gila!

“Unik nama kamu berdua. Sekali-sekala dapat pelanggan macam kamu ni boleh ceriakan suasana dah hilangkan stress pekerja kat sini,” Memanglah bang, kamu semua ceria tapi yang tak cerianya aku dengan Tuan Ray.

Aku duduk di kerusi sekali lagi sambil menyisip air untuk menyejukkan hati.

“Macam mana tadi? Best?” Tak habis-habis nak menyindir aku.

“Langsung tak best okey!”  Aku kembali menyambung suapan. Tuan Ray kelihatan berpuas hati dengan jawapanku dan terus menyambung suapan.

“Hai, dating ke?” Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu suara. Aku mendongak dan sekali lagi tersedak. Terbatuk-batuk dibuatnya. Zafril!

“Calm down Qila. Betullah tu sampai batuk-batuk macam ni,” Zafril masih dalam mood mengusik aku.

“Are you okay?” Tuan Ray nampak macam risau. Aku mengangguk sahaja.

“Hai tuan,” Zafril berjabat salam dengan Tuan Ray.

“Apa kau buat kat sini?” Aku bertanya setelah batukku reda.

“Datang lunch lah tak kan nak main golf pulak,” Sekali lagi aku terkena.

“Join us?” Tuan Ray mempelawa.

“Eh, tak apalah tuan. Kami tak nak kacau daun,” Zafril tersengih-sengih.

“Kau jangan nak mengada-ngada buat gossip ek,” Aku mengetap bibir geram. Kacau daun kepala hotak kau! Aku curi pandang Tuan Ray. Dia kelihatan rileks.

“Ada aku cakap apa-apa? Tak adakan? Kau tu yang terlebih fikir Qila. By the way kenalkan tunang aku, Natasya Haiza,” Aku bersalam dengan si gadis manis itu. Cantik orangnya.

“Your fiance?” Tuan Ray seolah-olah terkejut apabila Zafril memperkenalkan tunangnya.

“Yes my fiance. Kenapa tuan? Cantik sangat ke?” Zafril tersenyum lebar. Tunangnya tersipu-sipu malu.

“Cantik. So bila majlis langsungnya?” Tuan Ray bertukar menjadi seorang yang peramah pulak hari ini.

“Hujung bulan ni tuan. Jangan lupa datang tau. Ini kadnya,” Zafril menghulurkan kad jemputan kahwinnya. Kad yang berada di tangan Tuan Ray itu masih boleh dihidu bau wanginya olehku.

“Aku punya mana?’ Aku buat muka tak malu mintak kad.

“Sekalilah tu. Aku kenalah save budget. Jangan lupa ek kau datang dengan Tuan Ray. Kami tunggu,” Tergamam aku dengan jawapan balas Zafril. Memang mamat ni nak kena sekeh dengan aku. Banyaklah kau punya save budget. Kedekut!

“Kami pergi cari tempat duduk dulu. Enjoy your lunch date,” Zafril sempat menjelir lidah padaku. Tuan Ray masih rileks. Aku tidak berani memandangnya. Zafril ni memang suka menimbulkan masalah antara aku dengan Tuan Ray.

“Are you okay?” Tuan Ray merenungku. Aku menarik nafas perlahan.

“I’m okay,”

“Are you sure?” Soalnya lagi. Apa lagi yang dia tak puas hati ni?

“I’m okay. Setakat gossip apalah sangat. Nama lagi gossip bukannya betul pun. Tuan jangan risau, buat bodoh aje,” Nampak saja okey tapi hakikatnya aku mula rasa nak pitam. Mampus aku kalau gossip aku keluar lunch dengan Tuan Ray tersebar. Nak cover macam mana? Kalau aku ni setiausaha dia lainlah. Encik Irfan pun tak ada kat sini nak tolong back up. Mintak-mintaklah Zafril jangan pecah rahsia.

“No, benda tu memang saya tak kisah. I mean pasal jemputan majlis Zafril tu, it is okay with you kalau kita pergi berdua?” Tuan Ray masih tersenyum merenungku. MasyaAllah, malunya aku! Kalau dah macam ini gayanya mesti dia boleh tebak yang aku risau aku kena gossip dengan dia. Tenang Qila. Tenang! Cover balik.

“Yes, I’m okay with it,” Yakin sekali aku menjawab, pandai-pandailah aku elak bila tiba waktunya. Gila aku nak pergi berdua dengan dia.

“Then okay,” Tuan Ray berpuas hati dan kami terus menyambung makan sebelum kembali ke pejabat.

3 comments:

  1. wakakaka...tak boleh blah..rayyan handsome ngan awek rayyan...kahkahkah..senak perut aku gelak....

    ReplyDelete
  2. Kahkahkahkah btui2 mantop gilosss la!!! Sampai termenangis den, sbb gelak x hengat. Huahahahahaaaa

    ReplyDelete
  3. bab ni seyes lawak !! i like it !! huhu

    ReplyDelete