Tuesday, 24 July 2012

Cinta Itu Indah! 16

Pada hari Jumaat selepas tamat waktu bekerja, Khadija mengajak aku ke Tesco. Katanya mahu membeli bahan untuk membuat karipap.

“Kau pandai buat karipap ke?” Soalku ketika kami sama-sama berjalan menuju ke kereta di basement. Kami akan ke tesco dengan kereta Khadija kerana hari ini Khadija memang berniat supaya aku menemankannya ke Tesco jadi awal pagi tadi, dia yang menjemputku dari rumah untuk ke tempat kerja. 

“Bukan aku yang nak buat karipap tapi mak aku. Kau pun agak-agaklah, aku ni mana pandai sangat buat benda tu semua,”

“Hari tu kau masak bihun goreng best aje aku rasa,” Komenku ringkas merujuk pada bekal sarapan pagi yang pernah dibawanya.


“Kalau nak diikutkan dalam sistem keluarga, karipap bukan adik beradik kandung dengan bihun goreng. Aku pandai masak adik beradik bihun goreng aje. Sebut aje mee goreng, nasi goreng, kuey teow goreng semua aku pandai dan sebutlah apa aje karipap, kuih lapis, kuih talam semua aku tak pandai,” Aku menggeleng kepala mendengar penjelasan Khadija. Sepatah aku tanya lima puluh patah yang dijawabnya.

“Aqilah,” Tiba-tiba satu suara menegurku. Aku dan Khadija yang ketika itu sudah hampir ke kereta berpaling. Ikmal!

“Eh, Ikmal. Awak buat apa kat sini?” Selepas sukan antara staf dulu, inilah kali pertama aku terserempak dengan Ikmal. Dia seolah sudah hilang jejak sementalah dia bekerja di jabatan yang berlainan aras denganku. Agak susah untuk terserempak.

“I dah nak baliklah ni tapi tak sangka boleh terserempak dengan you,” Ujarnya sambil tersenyum. Aku perasan Khadija dah buat wajah ketat. Kenapalah Khadija tak puas hati sangat dengan Ikmal ni.

“Saya pun tak sangka yang kita boleh terserempak dekat sini,” Aku cuba mencari topik perbualan. Serius aku memang tak pandai sangat beramah mesra dengan orang yang aku kurang rapat.

“Susah betul nak terserempak dengan you. Lepas sukan staf hari tu I cuba juga cari you tapi tak jumpa,” Kenapa pulak nak cari aku? Apa yang aku fikir dulu tu memang betul ke? Dia nak usha aku? Sejak aku bekerja di Berjaya Holding aku seperti terkena sumpahan penyakit perasan sehingga Tuan Ray pun aku fitnah sukakan aku. Tak serik lagi ke Qila?

“Saya tak sangka pulak yang awak nak cari saya?” Biasalah dah tak tahu nak jawab apakan?

“Bukan saya dah cakap yang pelawaan saya tu bukan ajak-ajak ayam? Saya serius,” Aku telan liur. Khadija dah cubit-cubit tangan aku yang digenggamnya. Geram betullah tu.

“Saya tak tahu nak cakap apa sekarang,” Ujarku terus terang. Ikmal tersenyum kecil.

“I tak paksa you buat keputusan sekarang. You nak pergi mana ni?” Ikmal masih ramah lagi walaupun aku tak berapa ada modal nak bercakap dan Khadija dengan muka ketatnya.

“Kami nak pergi Tesco beli barang. Dah lambat ni, kami pergi dulu ya,” Khadija terus menyampuk. Aku jeling Khadija. Kalau ya pun nak minta diri cakaplah elok-elok. Mesti Ikmal boleh rasa yang Khadija tak suka dia.

“You kawan Aqilah?” Ikmal senyum.

“Ya,” Khadija jeling.

“Sebelum pergi Tesco, kalau tak keberatan, saya nak belanja kamu berdua minum dekat gerai dulu. Boleh? Sekejap aje,” Pinta Ikmal beria-ia. Aku pandang Khadija. Khadija pun pandang aku sambil memberi isyarat supaya aku menolak ajakan Ikmal. Ikmal siap satukan kedua telapak tangannya lagi. Kesian pun ada aku tengok. Susah jugak kalau mempunyai hati yang baik macam aku ni. Mudah kesian.

“Err, mungkin lain kalilah Ikmal…,” Helahku.

“Sekejap aje Qila, kita minum aje lepas tu you dengan kawan you nak pergi Tesco ke Giant ke pergilah,” Amboi, menyindir ke apa ni? Siap potong line aku bercakap lagi. Aishh, lemah betul aku kalau orang merayu-rayu ni. Apa patut aku buat? Tapi ini sahaja waktu yang sesuai untuk keluar dengan dia, sekurang-kurangnya Khadija ada untuk teman aku. Bukan ingin bersangka buruk tapi aku bukannya kenal lama dengan Ikmal. Baru sekali sahaja berbual dengannya dan itu bukanlah boleh dijadikan kayu ukur jenis perangainya dan yang penting sekali kalau terserempak dengan Tuan Ray pun, Khadija ada sebagai saksi alibi. Huh Qila, Tuan Ray jugak yang kau risau.

“Kita pergi sekejap aje Ija ek?” Setelah menimbang baik buruk pelawaan Ikmal, aku cuba memujuk Khadija. Khadija ketap bibir. Aku tayang wajah  kesian.

“Nak minum dekat mana?” Soal Khadija. Ikmal mula tersenyum lebar.

“Gerai mamak depan bangunan pejabat okey?” Cadang Ikmal.

“Okey, jumpa dekat sana dalam masa lima minit,” Ujar Khadija lantas menarik tanganku ke kereta. Aku lihat Ikmal terpinga-pinga sebelum berpaling pergi. Ish, Khadija ni, kesian Ikmal. Ada ke patut dia layan Ikmal macam tu?

Masuk sahaja ke dalam kereta Khadija mula membebel.

“Kau ni Qila saja nak cari penyakit ke? Aku fahamlah taktik lelaki tu setakat nak belanja minum ni tak ada niat lain dah, nak jual minyaklah tu. Dahlah bahasakan diri I you I you, naik kembang tekak aku ni!”

“Kau ingat aku ni bodoh? Aku pun tahulah,” Khadija berpaling menghadapku sambil berkerut.

“Habis tu kenapa kau mesti nak setuju dengan pelawaan dia ni? Kau ada niat nak jadikan dia buah hati kau ke?” Erk, bila difikirkan masa aku jumpa dia dulu, adalah sedikit timbul niat dalam hati tu tapi entah kenapa sekarang semuanya dah kabur.

“Ish, tak adalah,” Nafiku.

“Habis tu kenapa setuju nak keluar minum dengan dia?” Khadija dah bertukar jadi askar pencen. Ish, macam mana nak cakap ni?

“Macam ni Ija, cuba kau fikir. Sekarang, kita memang dah boleh agak yang dia nak usha aku, dan dia akan terus berusaha untuk date dengan aku. Sekurang-kurangnya kalau aku terima pelawaan dia hari ini, nanti masa akan datang aku dah tak payah nak setuju ikut dia dah. Lagi pun aku berani terima sebab kau ada dengan aku sekarang,” Aku kira dah cukup logik alasan aku setuju keluar minum dengan Ikmal. 
Khadija masih dengan wajah tak puas hatinya.

“Apa lagi yang tak kena ni?” Soalku. Khadija mendengus perlahan.

“Kau tak cakap dengan dia ke yang kau dah ada Tuan Ray?” Ya Allah Khadija. Bertuah punya kawan. Aku sangka otaknya sudah sihat tetapi malangnya makin rosak. Aku ketuk kepalanya perlahan.

“Cakap baik-baik sedikit. Aku cubit mulut kau tu,” Ujarku geram.

“Huh, tak apa. Kalau mamat tu susah nak faham, aku akan fahamkan dia. Kau tunggulah,” Azam Khadija dengan serius sekali. Hai, apa-apalah Ija. Khadija cepat-cepat menghidupkan enjin sebelum memandu keluar dari bangunan Berjaya Holding.

Sampai sahaja di gerai, Ikmal sudah sedia menunggu di sebuah meja bulat. Kami cepat-cepat melangkah ke arahnya.

“So, nak minum apa?” Ikmal memandang aku dengan Khadija silih berganti.

“Aku nak sirap bandung, kau?” Soal Khadija padaku.

“Teh ais,”

Ikmal memanggil seorang pelayan dan membuat pesanan. Setelah pelayan itu berlalu pergi, Ikmal mula membuka sesi suai kenal.

“Dah lama kerja dekat Berjaya Holding?”

“Baru lagi, adalah dalam lima bulan. Ikmal?”

“I dah lama dah. Tahun ni dah nak masuk dua tahun,” Aku mengangguk.

“You minat dengan Qila ke?” Aku terkejut mendengar soalan yang diajukan oleh Khadija pada Ikmal. Aku menjelingnya geram tetapi Khadija masih menentang pandangan dengan Ikmal. Ikmal juga terkedu dengan soalan Khadija.

“Kalau I minat kenapa? Salah ke?” Soal Ikmal berani. Oh, tidak! Jangan bongkarkan isi hati awak terlalu mendadak macam ni. Boleh luruh jantung aku mendengar soalan balasnya pada Khadija.

“Ija dahlah tu. Sorry Ikmal, Khadija selalu macam ni, jangan ambil serius apa yang dia tanya tadi,” Ikmal hanya tersenyum. Khadija ni memang merumitkan keadaan betullah.

“Tak apa Qila. Memang saya serius dengan jawapan saya tadi yang saya memang..,”

“Encik Irfan!” Jerit Khadija tiba-tiba sekaligus memotong percakapan Ikmal sebentar tadi. Aku melihat ke depan. Benar, Encik Irfan sedang melambai tangan sambil melangkah ke arah kami.

“Hai semua, boleh saya join?” Ek eleh Encik Irfan, tanya bukan main lagi, belum kami bagi jawapan dia sudah melabuhkan duduk di sebelah kanan Ikmal. Mereka seperti sudah kenal antara satu sama lain apabila saling bertanya khabar. Ikmal juga kelihatan menghormati Encik Irfan.

“Saya kenal dengan Ikmal ni, pernahlah bekerjasama dengan dia dalam satu projek. Bagus orangnya,” Ikmal kelihatan bangga dengan pujian Encik Irfan. Sukalah tu.

“Encik datang seorang saja ke?” Khadija mencelah. Aku pandang wajahnya dengan penuh tanda tanya. Dah sah-sah Encik Irfan seorang kat sini, masih nak tanya lagi ke?

“Awak ada nampak orang lain selain saya ke?” Tanya Encik Irfan pula. Hah, padan muka Khadija. Kan dah kena dengan Encik Irfan.

“Manalah tahu bos saya datang jugak. Encik dengan diakan macam belangkas,” Tidak semena-mena aku berdebar menantikan jawapan Encik Irfan. Tuan Ray? Janganlah dia datang. Nak mati kalau dia tengok aku keluar minum dengan Ikmal?

“Saya ada juga ajak dia datang singgah minum sekejap tapi tak tahulah dia nak datang ke tak,” Jawapan kabur daripada Encik Irfan masih tidak dapat meredakan gemuruh hatiku ini. Entah kenapa dengan perasaanku sekarang. Kenapa aku takut sangat kalau Tuan Ray salah faham? Mungkin sebab aku dah berjanji dengan dia untuk tidak melayan Ikmal selepas pertandingan badminton dulu. Kalau setakat Khadija kawan baikku ini susah nak terima kenyataan aku setuju keluar minum dengan Ikmal, apatah lagi Tuan Ray merangkap kekasih palsuku itu. Oh tuhan, kau tutupkanlah pintu hati Tuan Ray untuk singgah di gerai ini. Amin.

“Hah itu pun dia. Bos, kat sini. Sini!” Ternyata doaku tidak dimakbulkan Allah SWT. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Terimalah dugaan yang Allah berikan pada kau dengan tabah Qila. Aku cuba memotivasikan diri. Khadija sudah teruja tahap dewa melihat bosnya berjalan ke arah kami. Aku menundukkan pandangan seperti orang bersalah. Tak berani aku nak angkat wajah tengok dia.

“Tak sangka pulak ramai yang join. Dah lama ke?” Aik, kenapa suaranya macam biasa-biasa saja? Dia tak marah ke? Perlahan-lahan aku mendongak. Tuan Ray tersenyum segak sambil menghulurkan salam pada Ikmal.

“Eh, you ni pasangan regu Qilakan?” Ikmal masih ingat lagi dengan Tuan Ray.

“Yes I am,” Jawab Tuan Ray pendek sambil tunduk dan menghadiahkan senyuman padaku. Aku buat selamba. Pening otakku nak balas atau tidak senyumannya itu. Nampak macam plastik aje.

“Korang dah kenal?” Sampuk Encik Irfan yang masih terpinga-pinga melihat Ikmal dan Tuan Ray.

“Iya, I kenal dia waktu sukan staf dulu. I kalah dengan dialah,” Ikmal dah semangat membuka nostalgia lama.

“Eh, duduklah,” Pelawa Ikmal apabila Tuan Ray masih tercegat di sebelahku. Pergilah duduk, gumamku dalam hati. Tuan Ray menarik kerusi yang tersedia elok di sebelah Encik Irfan dan meletakkannya betul-betul di sebelahku. Dengan selambanya dia melabuhkan duduk di situ. Aku dah mula rasa gelisah. Kenapa aku rasa macam bersalah sangat ni? Relaks Qila. Kau tak salah. Kau berada pada jalan yang benar sekarang.

“Nak minum apa?” Entah bila pelayan sudah tercegat di meja kami.

“Bagi saya teh ais,” Ujar Encik Irfan.

“Encik?” Pelayan itu memandang Tuan Ray pula. Jari Tuan Ray mengetuk-ngetuk permukaan meja.

“Erm, bagi saya teh panas satu,” Apabila pelayan itu mahu berpaling pergi Tuan Ray memanggilnya sekali lagi.

“Dik, pastikan teh tu betul-betul panas!” Aku rasakan dekat aje suaranya pada telingaku. Siap ditekan lagi perkataan ‘panas’ itu. Aku berpaling sedikit melihat dia. Tuan Ray masih setia tersenyum. Aku rasakan senyumannya itu kelihatan sedikit mengerikan.  

“Amboi, kau mimpi ke apa tiba-tiba nak minum teh panas ni? Kau tak rasa cuaca panas hari ni?” Encik Irfan sengih menyindir.

“Panas! Cuaca hari ni sangat panas dan aku rasa macam nak minum air panas. Banyak-banyak!” Jawapan Tuan Ray buat anggota badanku rasa lemah serta merta. Aku pun dapat rasa aura membahang duduk disebelahnya.

“Abang! Jawab jujur dengan saya, abang keluar dengan siapa semalam? Saya nampak abang keluar makan dengan seorang perempuan!” Tidak semena-mena suasana gerai yang aman damai petang itu digegarkan dengan suara perempuan menjerit memarahi lelaki yang dipanggilnya abang. Suaminya barangkali. Kami semua berpaling melihat sketsa rumah tangga itu. Opps, bukan kami aje, tetapi semua pelanggan gerai dan ada juga manusia yang prihatin sanggup berhenti berjalan untuk menyaksikan drama hebat tanpa pengarah dan krew penggambaran itu.

“Ya, betul abang keluar dengan kawan sepejabat abang, Sarah,” Lelaki yang diserang itu kelihatan tenang memberi penjelasan.

“Abang tipu! Keluar makan berdua, waktu malam pulak tu. Abang simpan perempuan lainkan? Jawab bang!” Perempuan itu bagai dirasuk. Suaranya tinggi boleh lawan halilintar.

“Abang tak tipu, kebetulan sebelum makan tu kitaorang ada kerja dekat luar, kalau tak percaya sayang boleh call tanya dia,” Si suami masih bersemangat membela diri.

“Oh, siap ada nombor telefon lagi. Betullah abang ada skandal dengan perempuan itukan?”

“Normallah tu abang simpan nombor telefon kawan sepejabat. Cukup-cukuplah dengan perangai cemburu awak ni. Abang dah bosan. Awak tak malu ke memekik tengah orang ramai ni?” Si suami sudah bangun bercekak pinggang. Jangan bukak gelanggang gusti sudah.

“Saya pun dah naik meluat dengan abang yang punya banyak alasan. Saya benci abang,”
Aduhai, inilah yang terjadi bila virus cemburu menular tanpa kawalan. Inilah jadinya. Rumah tangga yang aman damai boleh bergolak. Di mana letaknya sifat saling mempercayai antara pasangan? Hilang ditelan emosi gamaknya. Aku menggeleng kepala, pening melihat dan mendengar pertelingkahan yang tidak sudah-sudah itu.

Berpaling ke sisi sekilas, aku bertembung pandang dengan Tuan Ray. Orang lain masih khusyuk menonton drama. Pandangan matanya tajam melihatku.

“Kita-kita?” Bisiknya perlahan.

“Kita apa?” Aku juga turut berbisik. Tuan Ray menghalakan pandangan pada Ikmal sebelum kembali padaku. Ikmal? Memang aku dah agak!

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia,” Bisikku geram. Siap buat silang pangkah guna jari telunjuk lagi untuk menguatkan bukti. Tuan Ray mencebik dan masih statik memberi pandangan mengancam. Aku menggeleng geram. Masih menafikan.

Pandangan matanya seperti menuduhku bermain hubungan dengan lelaki lain di belakangnya. Aku curang? No! Dia tak sedar ke yang selama ini aku setia dengan dia seorang sahaja walaupun dia hanyalah kekasih palsu dan gelapku?

 Tuan Ray mendengus perlahan sebelum mengalihkan pandangan. Spontan aku menarik lengan kemejanya memaksa dia menumpukan pandangan padaku. Dia kembali memandangku. Aku menggeleng kepala dengan bersungguh-sungguh! Sekali lagi dia mencebik. Eeii, geram aku dengan mamat ni!

“Saya tak curang!” Jeritku kuat pada Tuan Ray. Terkejut Tuan Ray dibuatnya. Itulah, tak faham sangat orang guna bahasa isyarat. Dah guna bahasa lisan kalau tak faham lagi tak tahulah.

“Malu orang tengok!” Bisik Tuan Ray geram sambil menarik tanganku supaya duduk kembali. Tidak sedar aku menjerit sambil berdiri. Khadija, Encik Irfan dan Ikmal terpinga-pinga melihatku. Perhatian orang ramai mula teralih ke arahku. Pasangan suami isteri yang bergaduh tadi juga sudah senyap. Aku cuba relaks dan buat muka biasa-biasa.

“Kenapa dengan kau ni Qila?” Khadija memandangku kehairanan.

“Erk, saja test suara. Serabut dengar orang bergaduh!” Aku buang pandang ke jalan raya. Sampai bilalah aku akan memalukan diriku? Ikmal tergelak.

“You ni kelakarlah Qila,” Komennya ringkas.

“Sebab itulah you suka diakan?” Itu dia mulut tak ada insuran. Ada jugak mulut nak kena staple kat sini. Aku cubit lengan Khadija.

“Aduh! Sakitlah Qila!” Marah Khadija.

“Oh. Wait wait, siapa suka Qila? Ikmal? You suka Qila?” Inilah bahana bila mulut tak ada insuran Khadija berganding dengn mulut kepoh Encik Irfan. Masalah!

“Ya, tapi Qila macam jual mahal sedikit. You boleh tolong pujukkan dia?” Aduh! Aku rasa nak pengsan dah ni. Encik Irfan tolonglah jangan dilayan sangat Ikmal tu. Aku lihat Tuan Ray dah berpeluk tubuh dengan wajah tanpa senyuman.

“Pujuk Aqilah? Kau okey ke Ray?” Soalan Encik Irfan itu seperti menjerut leherku. Kenapa Encik Irfan minta pendapat Tuan Ray? Tuan Ray berdehem sebelum membuka mulut.

“Ikut suka hati kaulah. Aku tak ada kena mengena dengan dia!” Jawapan balas Tuan Ray membuatkan hatiku sedikit terguris. Aku tak ada kena mengena dengan dia? Aku Aqilah tak ada kena mengena dengan dia, Rayyan? Tak ada kena mengena? Mengapa hati perlu merasa tidak selesa dengan kenyataannya tadi? Semacam ada rasa asing yang bergayut sekarang. Sedih? Sakit hati? Aku pandang wajahnya. Tuan Ray masih selamba berpeluk tubuh memandang ke hadapan. Apa selama ini pertolongan aku padanya tidak meninggalkan apa-apa kesan pada dirinya? Aku masih lagi dianggap seperti orang luar yang tiada kena mengena dengannya?

Kenapa dengan aku ni? Sedar diri Aqilah! Dia siapa dalam hidup kau sampai kau nak ambil hati dengan kata-kata dia? Serta merta mood aku hilang dibawa virus sakit hati dengan kenyataan Tuan Ray tadi. Kau bodoh Qila! Bodoh kerana mengharapkan sesuatu yang mustahil dari dia.

“Erm, saya rasa awak kena usaha sendirilah Ikmal. Saya tak pandai sangat nak jadi orang tengah ni,” Encik Irfan menepuk bahu Ikmal sebelum kedua-duanya ketawa. Apa lucu sangat ke benda ni semua? Apabila hati sudah meluat dengan situasi ini, aku sudah tidak nampak di mana lucunya jenaka diorang. Menyampah adalah. Wahai hati, sabarlah buat dua tiga minit ini. Sudahlah Qila! Jangan disebabkan kau sakit hati dengan orang sebelah kau, orang lain pulak yang jadi mangsa.

“Jom Ija,” Khadija tersentak dengan ajakanku. Beg tangan di atas riba aku capai. Lagi lama aku kat sini, lagi rumit perasaanku. Aku perasan Tuan Ray berpaling sekilas melihat aku yang sudah bersedia untuk meninggalkan gerai. Pandangannya tidak aku hiraukan. Encik Irfan dan Ikmal yang ketawa galak juga terpinga-pinga melihatku.

“Eh, takkan dah nak pergi? Order air pun tak sampai lagi,” Protes Khadija. Eei, minah ni tadi dia jugak yang beria-ia nak tolak ajakan Ikmal. Sekarang tak nak bangun pulak dah.

“Aku lupa petang ni nak bawa mak aku melawat rumah kawan dia. Nanti kalau kita balik lambat membebel pulak dia, nak singgah Tesco lagi. Kau tahulah mak aku tu macam mana?” Aku cuba berhelah. Sejujurnya aku tidak tahan lagi untuk terus duduk di sebelah Tuan Ray. Betul-betul kecil hati dengannya. Lantak dialah nak fikir aku perasan ke apa. Tambah stress dengan Ikmal yang terang-terang tunjuk minatnya padaku. Aku dah tak nak peduli lagi. Khadija tanpa banyak soal lagi, turut bangun. Pada Ikmal, aku sempat memohon maaf dan dia hanya menerimanya, faham dengan situasi yang aku bohongkan tadi. 

Cepat-cepat aku berjalan keluar dari gerai mendahului Khadija tanpa sedikitpun menyapa Tuan Ray.
Masuk sahaja dalam kereta, Khadija menyoalku

“Kau okey?”

“Aku tak okey! Dan tolong jangan tanya aku apa-apa,” Ujarku jujur. Sudah penat mahu berbohong dengan kata-kata tipu. Penat sangat. Khadija memandu dengan senyap menghormati permintaanku tadi. Tidak lama memulakan perjalanan, Samsung Galaxy Note mula memainkan irama lagu ‘I Am The Best’ nyanyian kumpulan 2NE1. Aku meraba telefonku di dalam beg tangan, tertera nama Tuan Ray di skrin telefon. Aku biarkan. Malas nak dengar suaranya. Malas nak berbicara dengannya. Pokoknya aku malas. Akhirnya talian putus begitu sahaja. Bukan Muhammad Rayyan Amrif kalau mudah putus asa. Sekali lagi irama lagu itu berkumandang. Kali ini, aku matikan terus telefonku. Buat habis bateri telefon aku aje. Aku perasan Khadija memandangku sekilas tetapi dia bertindak bijak dengan tidak menghiraukanku. Love you Khadija! Kau memang faham aku.  

13 comments:

  1. want more! Hehe... Jeles ckp jer la jeles..hish tuan rayyan ni..

    ReplyDelete
  2. adoiiiiiiiiiiii..nak lagi..best sesangat...tuan rayyan tu kalo jeles kata la..

    ReplyDelete
  3. Tuan ray mesti jealous kannn...... Hehehe tak sabar for the next n3

    ReplyDelete
  4. best la shiroe...x sabar nak tunggu next entry... :)

    ReplyDelete
  5. basttt
    qila jealous gn ray
    smbung lg nak tw macam nama ray pujuk qila

    ReplyDelete
  6. best giler giler... tuan ray jealous cute!!! sambung2 jgn x sambung... :)

    ReplyDelete
  7. Tuan Ray tu mmg degil! Haha
    tq semua sudi bc n komen :)
    n3 br otw..sabor sat ek :)

    ReplyDelete
  8. cepat sambung

    ReplyDelete
  9. bezzzz!!!!!!
    nak lagi... cpat lar sambung!

    ReplyDelete