Monday 8 May 2017

BABAK CINTA DAH JADI NOVEL



TAJUK NOVEL: BABAK CINTA
HARGA: RM32 (SM) / RM35 (SS) ~ including postage
PENERBIT: CUTE PUBLICATION 

~ BLURB ~

Naurah dan Fahin! Kedua-duanya bukan orang asing kerana mereka bekerja di Hotel Perwira kepunyaan Datuk Kamal. Disebabkan tugas di hotel, mereka terpaksa ‘baik’ demi menjamin masa depan Hotel Perwira. Tetapi hakikatnya? Seperti ada yang tidak kena antara mereka.

“You ni tak berperikemanusiaan, tahu?” Kenyataan Fahin mencabar Naurah. Saat itu dia rasa Fahin yang paling jahat.

“Habis tu you berperikemanusiaan sangatlah?” Sesungguhnya Naurah geram. Bermula dari saat inilah Naurah terang-terang menunjukkan kemarahannya tetapi tidak Fahin. Semakin Naurah marah, semakin enak dia mencabar.

Campur tangan ahli Caca Marba, Kak Salmah, pelanggan hotel dan peragut yang tidak bertanggungjawab merapatkan hubungan mereka. Baru sahaja mereka memulakan babak bahagia tidak semena-mena Datuk Kamal mengeluarkan mandat yang mengejutkan semua staf Hotel Perwira

“Untuk elakkan benda tak elok pada masa akan datang, saya buat peraturan baru di mana staf hotel tidak boleh menjalin hubungan cinta sesama staf”

Bagaimana penerimaan Fahin dan Naurah dengan peraturan baru Hotel Perwira? Keadaan bertambah kalut dengan kehadiran Hanif yang digilai ramai dan juga Rujhan yang misteri. Babak-babak daripada kisah hidup Naurah dan Fahin bercantum menjadi satu kisah cinta. 

PS: Assalamualaikum & selamat sejahtera....akhirnya ss update jugak blog. Nasib baik masih ingat password. Tujuan update bukan sebab nak up story baru tapi nak bagitahu uolllss yang BABAK CINTA (Fahin & Naurah) dah keluar dalam bentuk novel. Mungkin ada pembaca yang follow babak cinta waktu zaman dulu2 tak follow ss dekat facebook & tak tahu pasal berita gembira ni (^_^). Kepada yang sudah memiliki BABAK CINTA, selamat membaca dan semoga terhibur. Maafkan ss sekiranya ada terkurang dalam BABAK CINTA. Jangan lupa order BABAK CINTA through @Penerbitan Cutekreatif  atau @CUTE Publication di facebook. LOB UOLLLSSS <3 <3 <3


Thursday 20 June 2013

Babak Cinta 10

Bukan aku kata tapi orang lain yang kata bahawa kadang-kadang bila seorang lelaki atau perempuan itu berperangai pelik dengan pasangan berlainan jantina, itu bermakna mereka sedang cuba melakukan sesuatu di luar pengetahuan pasangan mereka. Apa sebenarnya yang mereka nak?

“Kak Rara!” Si kecil Asmahani berusia enam tahun berlari ke arahku. Aku yang sedang berkira-kira mahu menuang kopi ke dalam cawan baba terus tak jadi tuang.

“As, bila masuk pagar rumah jiran kita kena cakap apa?”

“Assalamualaikum Kak Rara, baba, ibu,” Senang hati aku melihat Asmahani bersalam dengan baba dan ibu sebelum mencapai tanganku.  Asmahani, anak tunggal Kak Jane dengan Abang Jamal yang tinggal di rumah sebelah selalu sangat datang bertandang ke sini.

Monday 17 June 2013

Babak Cinta 9

“OM!!!” Jerit Kak Maria, Marisa, Sarina dan Fifi perlahan. Aku pejam mata. Kepala dah jatuh sedikit. Kenapa aku selalu kena macam ni?

“Dah nak dekat pukul dua ni, dah boleh ready masuk kerjakan?” Fahin secara halus menghalau ahli Caca Marba yang lain.

“Ya OM. Kami pergi ready sekarang jugak!” Kelam kabut empat manusia itu cuba menembusi pintu lobi hotel. Aku pun nak join jugak. Buat bodoh ajelah. Baru satu langkah berjalan ke depan tidak semena-mena aku kembali ke belakang sebab Fahin dah tarik beg tanganku. Kali ini aku sudah berdiri berdepan dengan Fahin. Matilah aku! Kepala masih jatuh, tak sanggup nak pandang wajah Fahin yang entah macam mana rupa dia sekarang. Tak pernah aku rasa macam tak nak lepas tengok kasut dia yang hitam berkilat tu.

Thursday 13 June 2013

Babak Cinta 8

Seharian aku berkurung dalam bilik pejabat. Malas nak keluar berdepan dengan orang ramai. Amboi Naurah, kau bajet kau tu artis sampai orang beratur nak jumpa kau? Sebenarnya orang ramai tu tak lain tak bukan ahli Caca Marba lah siapa lagi. Iphone asyik memekak dari pagi tadi, semua bunyi ada. Panggilan masuk, pesanan ringkas, WhatsApp, WeChat. Habis semua medium diorang guna untuk berhubung dengan aku. Tetapi yang menghairankan aku, tak ada pulak mereka datang ketuk pintu bilik aku. Selamat!

Sunday 9 June 2013

Babak Cinta 7

Mesyuarat berlangsung dengan lancar pagi itu. Alhamdulillah aku berjaya menyampaikan laporan tentang promosi F&B untuk bulan depan dengan jayanya tanpa bantuan Fahin. Datuk Kamal serta yang lain terutamanya ketua chef Hotel Perwira sangat berpuas hati dengan pembentanganku.

“Sebelum kita bersurai, suka untuk saya maklumkan di sini yang kita semua bakal menerima seorang staf baru tak lama lagi. Kalau tak ada aral melintang, insyaAllah dia akan menyertai hotel kita bermula minggu depan,” Datuk Kamal yang mengetuai mesyuarat pagi ini memberi satu khabar gembira buat warga hotel.

“Siapa tu Datuk?” Encik Ashraf bertanya.

“Anak saya,”

“Maksud Datuk, Anis?”

“Eh, taklah, Anis tak habis belajar lagi. Anak sulung saya, Hanif,” Setahu aku anak sulung Datuk Kamal tu Anis. Datuk ada anak lain lagi ke? Selalunya yang hadir sekali dengan Datuk Kamal untuk majlis makan malam, Anislah aku tengok yang paling besar, yang lain tu mungkin masih belajar di sekolah menengah atau baru nak masuk universiti.