Suasana di pantry pejabat senyap sunyi. Tiada seorang staf pun di situ kecuali seorang mak cik cleaner yang sedang sibuk mengikat plastik sampah di satu sudut.
“Selamat pagi mak cik,” Aku cuba beramah mesra dengan mak cik itu. Kata orang, berkawan itu tidak mengenal pangkat dan darjat. Tidak rugi kalau kita menambah kenalan, berkawan biar beribu.
“Selamat pagi cik,” Mak cik cleaner turut membalas sapaanku sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang manis pada pandanganku. Aku bergerak ke kabinet lalu mencapai dua biji mug untuk membancuh air milo. Malas rasanya nak bersarapan di gerai mahupun kafe syarikat. Hari ini aku bangun awal pagi semata-mata untuk menyiapkan bekal sarapan pagi. Aku menyediakan satu bekas roti sandwich sardin manakala Khadija sudah berjanji untuk membawa bihun goreng. Strategi berjimat cermat. Mak cik cleaner meminta diri saat aku sedang mengacau air. Aku hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih atas khidmatnya menjaga kebersihan pantry.
“Hoi Qila, awal kau sampai?” Tiba-tiba Khadija menjerkahku dari belakang. Eei, minah ni bukannya nak bagi salam nasib baik aku tak melatah, kalau tak selamatlah milo panas ni mendarat kat muka kau Ija.
“Kau ni Ija, di pagi Rabu yang berkat ni sepatutnya kau tegur aku dengan ucapan salam bukannya hoi hoi,” Khadija tergelak dengan teguranku.
“Iyelah cik ustazah. Assalamualaikum, awal Cik Qila sampai hari ni?” Aku mencubit lengannya apabila dia menyindirku.
“Aduh, sakitlah mak cik,” Khadija mengaduh sambil menggosok-gosok lengannya.
“Main-main lagi,” Aku jegilkan mata. Dia membalas dengan menjelirkan lidahnya padaku. Aku hanya mampu menggeleng.
“ Dahlah, jom breakfast,” Aku mengangkat dua biji mug lalu melabuhkan duduk di kerusi pantry. Khadija turut duduk setentang denganku. Kami sama-sama membuka bekal masing-masing.
“Wow, bestnya bihun kau Ija, tak sangka aku kau ni pandai masak,” Aku mencuba sedikit bihun itu dan ternyata rasanya memang sedap. Khadija tesipu-sipu malu.
“Kau pun apa kurangnya, roti ni pun best jugak,” Khadija turut mencapai sekeping roti lalu mengigitnya.
“Setakat roti Ija kalau kau yang buat pun rasanya tetap macam ni. Lainlah bihun goreng, kalau aku yang jadi tukang goreng tak semestinya rasa dia sama dengan rasa kau masak,”
“Okay, stop cakap pasal makanan ni. Aku tahu kau nak buat kesimpulan yang aku pandai masak dan kau kurang pandai. Aku terima kenyataan itu bulat-bulat dan terima kasih,”
“Perasan jugak minah ni,” Aku mencebik. Kami meneruskan suapan.
“Macam mana dengan majlis makan malam syarikat kita? Majlis itu lusakan?” Aku mula rasa teruja untuk menghadiri majlis itu. Bukan apa, aku tidak pernah melalui apa-apa pengalaman yang berkaitan dengan majlis macam tu. Sewaktu pengajian dulu pun aku selalu mengelak menghadiri majlis dinner yang dianjurkan oleh jawatankuasa fakulti mahupun persatuan. Aku kurang berminat tetapi sekarang lain. Mungkin suasana bekerja dengan belajar lain.
“Aah, lusa malam. Kau datang tak?” Khadija masih asyik mengunyah makanan
“Mestilah, siapa tak nak datang kalau buat kat hotel. Mesti malam tu diorang hidang banyak makanankan? Aku nak makan puas-puas,” Aku sudah mula berkhayal tentang makanan yang bakal dihidangkan untuk staf-staf.
“Badan cekeding macam kau ni larat ke nak melantak banyak-banyak?” Khadija suka sangat gelakkan aku.
“Kau jangan pandang aku dari luaran aje tau, nanti kita tengoklah malam tu aku makan banyak ke tak,” Khadija masih melayan gelaknya. Aku pun tak dapat nak halang dah.
“Kau tau tak malam tu ada program ‘Dress to Impress’?” Soal Khadija tiba-tiba
“Apa tu?” Aku bertanya sebab aku memang tidak mengambil berat sangat tentang program yang di atur pada malam dinner nanti.
“Ala kau ni takkanlah itu pun tak boleh nak agak? Pertandingan fesyenlah,” Dalam bagi jawapan sempat lagi si Khadija kutuk aku. Baik punya kawan. Wow, hebat betul! Siapa punya idealah ni.
“Kau masuk bertanding ke?” Aku angkat kening tanya Khadija
“Gila kau aku masuk bertanding. Orang macam aku ni tak layak kau tahu,” Hek eleh, merendah dirilah pulak minah ni.
“Kenapa pulak kau kata kau tak layak masuk pertandingan ni?”
“Iyelah, wajah aku ni tak cukup cantik nak bertanding,” Selamba aje Khadija jawab, macam orang tak ada perasaan. Aku menggeleng kepala, pening dengan jawapan Khadija.
“Kau ni tadi cakap aku tak boleh nak mengagak habis tu kau ni kes apa pulak? Payah nak faham? Nama lagi program ‘Dress to Impress’, mestilah fesyen baju kita yang menjadi ukuran. Wajah cantik ke tidak itu belakang cerita,” sempat lagi aku keluarkan modal kutuk si Khadija. Khadija menjegilkan matanya
“Maksud kau sekarang ni aku memang tak cantiklah? Hah?” Khadija tayang muka tidak puas hati, tidak cukup dengan itu dicincang-cincang bihun dalam pinggannya. Aku ketawa galak dengan reaksinya.
“Mana aku ada cakap kau tak cantik, kau sendiri yang buat kenyataan tu tadi,” Aku masih tidak puas mengenakannya. Akhirnya kami sama-sama ketawa kegembiraan.
“Ketawa, ketawa jugak! Aku nak tanya apa cerita kau dengan bos aku kelmarin?” Serta merta ketawa aku mati apabila mendengarkan soalan Khadija. Aku mengangkat mug lalu mendekatkannya pada mulutku. Pura-pura minum milo sambil fikiran berputar ligat mencari jawapan yang sesuai kepada soalan yang langsung tidak dijangka keluar dari mulut Khadija.
“Bos kau?” Aci ke kalau aku buat-buat tak kenal Tuan Ray?
“Jangan nak loyar buruk buat-buat tak kenal bos aku. Kelmarin bukan main keluar dating tak ingat dunia,” Bidas Khadija. Aku terkedu. Ini mesti Zafril punya kerja. Orang lelaki pun suka soseh-soseh bawa cerita juga ke?
“Zafril?” Aku sekadar ingin mendapatkan kepastian
“Yup. Alah, kau jangan risaulah dia pecah rahsia kat aku aje,” Khadija dah main kenyit-kenyit mata.
“Rahsia apa? Aku dengan bos kau tak ada apa-apa rahsia okey. Biarlah Zafril nak heboh ke apa ke, kami bukan ada buat apa-apa kesalahan pun,” Aku cuba berlagak rileks, kalau aku kalut nanti nampak sangat aku nak sorokkan sesuatu.
“Amboi, jawapan ala-ala artis komen gossip hangat,” Aku tergelak. Ada-ada aje Khadija ni.
“Betul ke tak ada apa-apa?” Risik Khadija lagi.
“Betullah Ija. Lagipun aku keluar sebab nak hantar dokumen dekat bos aku,”
“Habis Tuan Ray tak boleh nak hantar sendiri? Nak kena berteman?” Tembak Khadija lagi.
“Encik Irfan yang mintak aku hantar sambil bagi semangat kat dia,” Aku tepis. Maaflah Encik Irfan.
“Owh, tambah perencah jenama Encik Irfan untuk menyedapkan cerita. Aku call dia sekarang tanya betul ke dia nak kau datang hantar dokumen tu kat dia,” Ugut Khadija dengan pandangan mengancamnya.
“Eh, janganlah,” Aku menampar lengan Khadija.
“So jangan main corner cerita. Story kat aku apa sebenarnya yang terjadi kelmarin,” Khadija masih dalam mood pegawai CSI. Aku mengeluh perlahan sebelum menceritakan bagaimana aku dipaksa bosnya untuk ke airport sehinggalah ke slot lunch bersama Tuan Ray. Slot breakfast itu aku rahsiakan. Boleh pengsan si Khadija kalau aku cerita kat dia apa yang berlaku kat kafe. Biarlah rahsia, tiba-tiba terlintas tajuk lagu Dato’ Siti Nurhaliza di benakku.
Khadija melepaskan gelak apabila aku menceritakan bagaimana aku kenakan Tuan Ray di gerai.
“Berani kau kenakan dia sampai macam tu?” Sampai merah muka Khadija ketawa. Aku mengangkat bahu.
“Dah dia suka sangat paksa aku, mana aku tak geram. Padan muka dia,” Sempat lagi aku kutuk bos Khadija.
“Hish kau ni, nanti bos aku dengar kau kutuk dia ni alamatnya berterusanlah perang kau dengan dia,” Khadija memberi amaran.
“Alah, bukan dia dengar pun, kita berdua aje kat sini. Apa nak ditakutkan,” Aku berlagak berani tapi mata sibuk juga menjeling pintu pantry manalah tahu Tuan Ray tercongok kat situ, mampus aku.
“Qila, aku rasakan bos aku tu ada feeling dekat kaulah,” Aku tersenyum mendengar komen Khadija.
“Eei, minah ni senyum pulak, aku serius ni. Kenapa? Kau pun ada feeling kat bos aku ke?” Khadija dah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Woi, mulut tu jaga sikit. Aku ada feeling kat dia? Simpang malaikat empat puluh empat. No way!” Tegasku.
“No way konon! Padahal, dalam hati ada cinta,” Khadija masih galak mengusikku.
“Tuan Ray? No way girl,” Aku menggeleng.
“Why girl?” Khadija makin teruja. Geram aku nak ketuk-ketuk minah ni.
“Setakat Tuan Ray tu, tak nak aku. Perasaan aku tengok dia sama aje macam perasaan aku tengok abang jual roti canai depan bangunan pejabat kita,” Yakin sekali aku keluarkan hujahku.
“Ho Ho.,wait, hiperbola gila perbandingan kau. Mana boleh kau banding bos aku dengan mamat jual roti canai tu,” Khadija tayang wajah tidak puas hati. Maklumlah nak back up bos kesayangan.
“No Ija, kau dah silap, sekarang aku bukan banding diorang berdua, sekarang aku banding perasaan aku. Apa yang aku nak jelaskan di sini perasaan aku sekarang tak ada beza kalau pandang diorang berdua tu. Faham?” Khadija mengangguk faham. Aku mengeluh lega setelah berjaya memberi penjelasan yang bernas pada Khadija.
Tanpa mereka sedar ada telinga yang mendengar dan ada hati yang sedikit terguris dan tercabar.
Tepat jam lima petang, aku cepat-cepat berkemas dan bersiap-sedia untuk bertolak pulang. Malam ini tepat jam lapan malam, majlis makan malam syarikat bakal berlangsung. Aku kena balik cepat-cepat untuk bersiap. Khadija dah janji nak datang ambik pukul tujuh empat puluh lima malam. Aku mengatur langkah ke bilik Encik Irfan.
“Bos, tak nak balik lagi ke? Dah pukul lima ni,” Aku menegur Encik Irfan yang khusyuk menghadap notebooknya.
“Awak baliklah dulu, saya nak siapkan kerja sedikit lagi ni,” Encik Irfan kembali menghadap kerjanya. Sibuk benar gamaknya.
“Jangan lupa malam ni. Dinner,” Aku mengingatkannya sekali lagi, manalah tahu takut-takut dia terlupa.
“Mesti saya ingat. Jangan risau,” Dia tersenyum.
“Saya pulang dulu,”
“Okey,” Aku terus menutup pintu dan berjalan menuju ke lif. Sedikit lagi pintu lif hendak tertutup nasib baik aku sempat menahannya. Alamak! Tuan Ray rupanya. Kalau aku tahu Tuan Ray, mati hidup semula aku tak tahan lif ni tadi. Kenapa kalau terserempak dengan dia mesti lif ini yang menjadi saksi? Aku berlagak tenang dan melangkah masuk. Seperti biasa aku lebih selesa berdiri di belakangnya. Lif bergerak turun perlahan. Tanpa diduga tiba-tiba Tuan Ray berpaling menghadapku. Dia merenungku tajam. Aku mula panik. Dah kenapa pulak ni?
Perlahan-lahan Tuan Ray menapak mendekatkan jarak kami. Aku yang daripada tenang menyandar kembali berdiri tegak.
“Erk, kenapa ni tuan?” Sumpah aku takut tengok dia sekarang. Tuan Ray berhenti apabila hanya satu tapak menjarakkan kami. Dekat gila kedudukan kami sehingga aku terpaksa mendongak. Aku memeluk beg tanganku rapat-rapat, takut kalau-kalau Tuan Ray cuba berbuat sesuatu yang buruk kepadaku.
“Betul awak tak rasa apa-apa tengok saya sekarang?” Soalnya perlahan. Wajahnya sedikit menunduk. Tiba-tiba aku naik seram dengan kedudukan kami sekarang.
“Apa tuan cakap ni? Saya tak faham,” Aku menjawab takut-takut. Wajahku setia menunduk, nak tolak dia supaya berdiri jauh dariku juga aku tidak berani, tidak faham dengan perangaiku sekarang. Sepatutnya aku mempertahankan diriku, sepatutnya aku tolak dia jauh-jauh tapi ternyata aku tidak punya kekuatan untuk melakukan itu semua.
“Pandang saya,” Arahnya tegas. Ini yang aku lemah ni.
“Tak nak,” Aku cuba mengelak.
“Kenapa?” Soalnya lagi.
“Tak boleh,” Jawabku
“Kenapa tak boleh?” Kali ini suaranya kedengaran sinis.
“Saya memang tak boleh,” Aku rasa macam nak menangis sekarang ini. Jantungku sudah bergendang dengan irama yang tidak menentu.
“Kenapa pandang abang jual roti canai boleh tapi pandang saya tak boleh? Kata kami tak ada beza pun?” Soalannya membuatkan aku tergamam. Perlahan aku mendongak memandangnya.
“Tuan dengar?” MasyaAllah! Dia dengar ke perbualan aku dengan Khadija dua hari lepas? Pandangannya tidak lepas daripada melihat wajahku. Aku mula tak sedap badan. Tidak selesa direnung sebegitu rupa.
“Kenapa tuan tenung saya macam ni?” Aku cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya.
“Kenapa? Ada masalah ke saya tengok awak? Bukan ke awak tak rasa apa-apa kalau tengok saya? Jadi, apa masalahnya?” Tuan Ray seakan tidak berpuas hati dengan komenku tentang dirinya.
Aku menjeling nombor tingkat lif. Baru tingkat dua belas. Aku menelan air liur.
“Tolong tuan, saya tak selesa tuan tenung saya macam ni,” Aku meluahkan ketidakselesaanku.
“So, awak berperasaanlah sekarang ni?” soalnya lagi.
“Maksud tuan?” Aku bingung.
“Awak ada perasaan kat saya sebab tu awak tak boleh pandang saya sekarang, macam tu?” Sekali lagi aku terkedu mendengar kata-katanya.
“Mana ada,” Bangkangku. Suka hati dia buat kesimpulan bodoh macam tu. Tuan Ray ketawa perlahan.
“Nurul Aqilah mengaku ajelah awak berdebar tadikan?”
“Tak! Saya tak berdebar,” Hakikatnya mulutku memang menafikan tetapi detak jantungku tidak dapat menipu hatiku.
“Come on Qila. Don’t lie to me,” Provok Tuan Ray lagi. Lantas aku mendongak merenung matanya.
“Tak, saya tak tipu tuan,” Jawabku yakin. Tuan Ray masih tersenyum sinis dan mula berdiri tegak.
“Okay, we’ll see tonight. Saya nak tengok sejauh mana awak boleh tipu hati awak tu,” Serentak itu pintu lif terbuka, langsung Tuan Ray keluar dari perut lif. Aku tersandar di dinding lif. Masih dalam keadaan trauma diserang jenaka bodoh Tuan Ray. Aku meletakkan tapak tangan di dadaku dan dapat kurasakan jantungku berdegup kencang. Apa yang berlaku sekarang ini? Aku keliru.
Luv it....so sweet.....
ReplyDeleteAigooo ~ habislaaaaaa !!!! Oh diam2 rayyan ni dlm beku ada taman. Ngehehehe
ReplyDelete