Thursday 20 June 2013

Babak Cinta 10

Bukan aku kata tapi orang lain yang kata bahawa kadang-kadang bila seorang lelaki atau perempuan itu berperangai pelik dengan pasangan berlainan jantina, itu bermakna mereka sedang cuba melakukan sesuatu di luar pengetahuan pasangan mereka. Apa sebenarnya yang mereka nak?

“Kak Rara!” Si kecil Asmahani berusia enam tahun berlari ke arahku. Aku yang sedang berkira-kira mahu menuang kopi ke dalam cawan baba terus tak jadi tuang.

“As, bila masuk pagar rumah jiran kita kena cakap apa?”

“Assalamualaikum Kak Rara, baba, ibu,” Senang hati aku melihat Asmahani bersalam dengan baba dan ibu sebelum mencapai tanganku.  Asmahani, anak tunggal Kak Jane dengan Abang Jamal yang tinggal di rumah sebelah selalu sangat datang bertandang ke sini.

Monday 17 June 2013

Babak Cinta 9

“OM!!!” Jerit Kak Maria, Marisa, Sarina dan Fifi perlahan. Aku pejam mata. Kepala dah jatuh sedikit. Kenapa aku selalu kena macam ni?

“Dah nak dekat pukul dua ni, dah boleh ready masuk kerjakan?” Fahin secara halus menghalau ahli Caca Marba yang lain.

“Ya OM. Kami pergi ready sekarang jugak!” Kelam kabut empat manusia itu cuba menembusi pintu lobi hotel. Aku pun nak join jugak. Buat bodoh ajelah. Baru satu langkah berjalan ke depan tidak semena-mena aku kembali ke belakang sebab Fahin dah tarik beg tanganku. Kali ini aku sudah berdiri berdepan dengan Fahin. Matilah aku! Kepala masih jatuh, tak sanggup nak pandang wajah Fahin yang entah macam mana rupa dia sekarang. Tak pernah aku rasa macam tak nak lepas tengok kasut dia yang hitam berkilat tu.

Thursday 13 June 2013

Babak Cinta 8

Seharian aku berkurung dalam bilik pejabat. Malas nak keluar berdepan dengan orang ramai. Amboi Naurah, kau bajet kau tu artis sampai orang beratur nak jumpa kau? Sebenarnya orang ramai tu tak lain tak bukan ahli Caca Marba lah siapa lagi. Iphone asyik memekak dari pagi tadi, semua bunyi ada. Panggilan masuk, pesanan ringkas, WhatsApp, WeChat. Habis semua medium diorang guna untuk berhubung dengan aku. Tetapi yang menghairankan aku, tak ada pulak mereka datang ketuk pintu bilik aku. Selamat!

Sunday 9 June 2013

Babak Cinta 7

Mesyuarat berlangsung dengan lancar pagi itu. Alhamdulillah aku berjaya menyampaikan laporan tentang promosi F&B untuk bulan depan dengan jayanya tanpa bantuan Fahin. Datuk Kamal serta yang lain terutamanya ketua chef Hotel Perwira sangat berpuas hati dengan pembentanganku.

“Sebelum kita bersurai, suka untuk saya maklumkan di sini yang kita semua bakal menerima seorang staf baru tak lama lagi. Kalau tak ada aral melintang, insyaAllah dia akan menyertai hotel kita bermula minggu depan,” Datuk Kamal yang mengetuai mesyuarat pagi ini memberi satu khabar gembira buat warga hotel.

“Siapa tu Datuk?” Encik Ashraf bertanya.

“Anak saya,”

“Maksud Datuk, Anis?”

“Eh, taklah, Anis tak habis belajar lagi. Anak sulung saya, Hanif,” Setahu aku anak sulung Datuk Kamal tu Anis. Datuk ada anak lain lagi ke? Selalunya yang hadir sekali dengan Datuk Kamal untuk majlis makan malam, Anislah aku tengok yang paling besar, yang lain tu mungkin masih belajar di sekolah menengah atau baru nak masuk universiti.

Wednesday 5 June 2013

Babak Cinta 6

Salah satu group yang aku join dalam aplikasi WhatsApp adalah group ‘Caca Marba’. Orang yang pandai-pandai cipta group tu tak lain tak bukan adalah Kak Maria. Group yang sangat private di mana hanya terdiri daripada lima orang ahli. Aku, Kak Maria, Fifi, Marisa dan Sarina. Disebabkan geng kami terlalu kamceng maka Kak Maria tubuhkan group ini untuk berkongsi berita mahupun apa jua luahan perasaan. Di suatu petang ketika aku baru sahaja mematikan enjin kereta di porch rumahku.

Tit! Isyarat WhatsApps dari group Caca Marba. Aku meraba Iphone di dalam beg tangan. Jumpa!

Mak Oprah: Amboi hang Naurah bukan main lagi..

Sunday 2 June 2013

Babak Cinta 5

Nasi goreng tomyam dalam pinggan tidak berapa berjaya menarik seleraku tengah hari ini. Pertama sebab  emosiku masih terganggu dengan kisah hidup Kak Salmah dan kedua sebab aku sekarang sedang makan menghadap Fahin. Lelaki itu kelihatan begitu berselera menjamah hidangan nasi putih berlaukkan daging masak lada hitam. Datuk Kamal yang hanya memesan air batu campur special juga kelihatan sangat berselera. Orang lelaki memang macam ni ke? Tak sensitif? Makan apalah Kak Salmah tengah hari ni? Waktu aku keluar dari bilik mesyuarat tadi kelibat Kak Salmah sudah tidak kelihatan di ruang menunggu. Keluhan terlepas tanpa sedar.

“Naurah masih fikirkan pasal Kak Salmah ke?” Tegur Datuk Kamal yang duduk menghadap aku dan Fahin. Senyuman paksa aku pamerkan