Pada
malamnya, aku betul-betul tidak berselera untuk makan malam gara-gara Fahin.
Seleraku seakan sudah dibawa pergi. Tengah hari tadi pun aku hanya makan biskut
di pantri, sampai macam tu sekali penangan serangan Fahin pagi tadi.
“Rara,
kenapa dipandang saja nasi dalam pinggan tu? Dah kenyang ke?” Baba menegur. Aku
tarik senyuman sedikit seraya menggeleng.
“Tak
ada seleralah baba,”
“Rara
rindukan Paloma ke?” Ibu menghadiahkan pandangan simpati. Erk…aku rindu Paloma?
Tak ada kena mengena kot.
“Tak
adalah ibu. Mana ada Rara rindu Paloma,” Kenyataan yang akan aku nafikan sampai
bila-bila.
“Habis
tu bergaduh dengan ehem ehem ke?” Taufik terus melencongkan tajuk. Eh budak ni
lebih-lebih pulak.
“Adik
jangan nak buat spekulasi mengarut macam tu,”
“Habis
tu apa lagi? Bergaduh dengan orang sebelah bilik?” Nah itu dia. Bernas sungguh
buah fikiran budak ni. Aku pandang lama wajahnya. Taufik tersenyum dengan mimik
muka yang menyimpan rahsia tersendiri. Taufik satu-satunya adik yang aku ada.
Walaupun dia masih muda, dia tetap menjadi pilihan untuk aku berkongsi cerita.
“Betullah
tu,” Selanya pula bila aku hanya berdiam.
“Rara
kenapa kerap sangat bergaduh dengan officemate ni? Dulu yang berkurung dalam
bilik sampai tak nak makan tu bukan sebab bergaduh jugak ke? Tak baik macam ni
Rara. Ibu tak suka Rara gaduh-gaduh dengan orang,” Ceramah ibu aku dengar
sahaja tanpa niat untuk membela diri. Dah memang kenyataan yang aku tak boleh
nak kelentong.
“Dia
yang mula dulu,” Rungutku perlahan. Wajah ibu seakan tak terpandang. Ada rasa
takut timbul dalam hati bila ibu dah bagi ceramah kurang mesra macam tu.
“Orang
tak akan kacau kita kalau kita tak kacau dia. Rara dah fikir panjang kenapa dia
buat Rara macam tu?” Aku telan liur mendengar soalan baba. Pandangan baba
langsung tidak berganjak daripada wajahku. Kenapa Fahin hantar gambar tu pada
aku? Sebab dia marah aku buang Paloma? Jadi siapa yang buat hal dulu sekarang?
Arghh..pening kepala aku nak fikir pasal dia tu lah.
“Alah
tak pentinglah siapa yang mula dulu tapi isu yang penting kat sini, akak dengan
dia selalu gaduhkan?” Lagi budak Taufik ni merosakkan reputasi aku di mata baba
dan ibu. Sikit lagi aku rasa nak sekeh kepala budak ni.
“Biasalah
tu,” Gumamku perlahan.
“Dah,
lain kali baba tak nak dengar lagi Rara tak lalu nak makan sebab bergaduh
dengan orang. Esok pergi office mintak maaf dengan dia. Tak baik gaduh lama-lama,” Pulak dah? Tak
pasal-pasal aku kena pergi minta maaf dengan Fahin. Aku mengaku perbuatan aku
tu boleh dikatakan kejam tapi entah kenapa aku rasakan tidak wajar untuk aku
minta maaf dengan Fahin. Aku bukan buang dia tapi aku buang Paloma. Patutnya
aku minta maaf dengan Paloma lah kan? Tapi Paloma tu haiwan, manalah dia faham
semua ni, entah-entah dia redha dan bersyukur aku buang dia? Bolehlah dia hidup
bahagia dengan Fahin sekarang.
“Tengoklah
macam mana nanti,” Aku bagi jawapan standard atas pagar. Sejujurnya aku kurang
selera bukan sebab Fahin tapi sebab anak-anak Paloma. Gulp!! Aku telan liur
untuk melegakan tekak. Sebut dalam hati pun dah rasa loya, inikan pula terbayang-bayang.
“Sudahlah
makan cepat, tak baik dibiarkan nasi macam tu,” Ujar ibu cuba memujukku. Ayam
masak kicap yang ibu letakkan dalam pinggan aku pandang.
“Entah
makan apalah Paloma hari ni? Dah beranak ke tidak dia?” Keluh ibu perlahan. Aku
telan air liur selaju mungkin berulang kali. Beranak? Imej ayam masak kicap
dalam pinggan dah tak nampak macam ayam. Gambar yang Fahin hantar jugak
terbayang-bayang dalam pinggan tu. Ya Allah, dah nak sampai anak tekak dah ni.
Aduh, aku tak boleh tahan. Dapur menjadi destinasi yang ingin aku tuju. Sartik
pun aku rempuh macam tu aje, jatuh ke tidak jag air yang dia pegang aku tak
tahu.
Akhirnya,
terkeluar jugak benda yang tersekat di anak tekak. Lega. Tiba-tiba Taufik dah
selamat bertenggek di sebelahku. Tangannya mengurut leherku untuk melegakan gelodak
di tekak. Aku tunduk berkumur.
“Akak
ni kenapa tiba-tiba?”
Aku
hanya menggeleng. Tak larat nak jawab soalan Taufik. Letih jugak badan bila dah
muntah macam ni. Rasa macam hilang semua tenaga dalam badan.
“Akak
murung, tak lalu makan, muntah,” Taufik menyenaraikan satu persatu masalahku.
“So?”
Aku melihat sahaja Taufik yang berpeluk tubuh sambil membalas renunganku.
“Apa?”
Sergahku geram bila dia diam.
“Akak
pregnant?”
Aku
luku terus kepala budak tak matang ni.
“Aduh,
sakitlah kak,” Taufik menggosok kepalanya. Doaku biar keluar segala anasir
jahat yang berkumpul dalam kepala otak adik aku ni lepas kena luku. Gila ke
apa?
“Senget!”
Taufik
terpinga-pinga. Aku terus berlalu keluar meninggalkannya.
“Lantaklah
senget berapa darjah sekalipun, baik akak jawab soalan Fiq tadi. Betul ke
tidak?” Laungnya geram. Aku tergelak. Kenapalah aku ada adik yang senget macam
tu? Nak kata tak pandai, dia dah selamat mendaftar di universiti. Ah lupa pulak
yang dia tak ambik kursus perubatan. Sebab itulah kot senang aje dia cakap aku
pregnant. Hish, senget kuasa dua! Daripada melayan Si Taufik senget, lebih baik
aku lepak dekat kerusi batu.
“Rara!”
Sartik datang menyergah ketika aku asyik melayan otak fikirkan Fahin. Ya! Fikir
nak serang balas dia pakai senapang apa? Besar ke kecik? Atau guna bom terus
biar lenyap mamat tu ditelan abu. Huh, dah macam pengganas pulak kau Rara, melampau!
“Apa?”
Soalku kurang mesra. Mood aku betul-betul diculik pergi hari ini. Entah datang
balik ke tidak mood aku esok.
“Kawan
Rara yang semalam tu ambik tak Paloma?” Sartik melabuhkan duduk di sebelahku.
“Ambik!”
Jawabku pendek.
“Syukur
Alhamdulillah,” Sartik meraup tangan pada wajahnya.
“Baik
betul kawan Rara tu ya?” Sambung Sartik lagi. Hai, masuk yang ni dah berapa
kali aku dengar orang dok puji Fahin tu baik? Tiga kali? Memang baik. Baik
sangat tapi dengan kucing. Dengan manusia? Siapa Rara? Kau ke? Memang jahanam
terus.
“Ermm..,”
Malas nak komen panjang.
“Dah
beranak ke dia?” Sartik masih lagi mahu ajak aku berbual topik berkaitan Paloma.
“Dah!”
“Apa
yang dah?” Sartik blur.
“Beranaklah.
Paloma dah beranak!”
Sartik
terkejut.
“Betul
ke Rara?” Dia cengkam lengan aku.
“Sakitlah
Sartik,” Aku cuba menolak tangannya tapi makin kuat dia pegang.
“Betul
ke ni? Bila dia beranak?”
“Pagi
tadi,” Jawabku sambil berusaha melepaskan cengkaman tangannya.
“Dia
dapat berapa ekor anak?” Soalnya lagi. Semakin bertambah soalan, semakin
bertambah kekuatan cengkamannya. Nak cakap betapa terujanya dia bila tahu
Paloma dah beranak.
“Tak
tahulah,” Bila aku jawab macam tu terus dia lepaskan lenganku. Aduh mak, boleh
lebam kot.
“Mana
boleh tak tahu? Kawan Rara tak cakap ke?”
“Malas
nak ambil tahu,”
“Hish
Rara ni! Patutnya Rara tanyalah dia Paloma beranak dapat berapa ekor? Comel ke
tidak? Paloma sihat ke tidak? Okey tak berpantang kat sana?”
Terkedu
aku memandang Sartik. Boleh dia suruh aku tanya soalan kurang relevan macam tu?
Tang soalan yang last tu.
“Sartik
ingat Rara ada selera ke nak tanya semua soalan tu kat dia? Siapa yang plan nak
buang Paloma? Bukan Rara ke? Jadi bila Rara dah buang dia, tak ada maknanya
Rara nak ambil berat pasal dia lagi,” Perghh!!! Rara kau memang kejam! Kejam
terpaksa.
“Oooo!
Ini rupanya kerja korang berdua?” Tiba-tiba satu suara menyergah dari belakang.
Aku dan Sartik saling berbalas pandang sebelum berpaling ke belakang. Taufik!
Sejak bila dia berdiri kat belakang aku dengan Sartik?
“Aa..aa..apa?”
Ish, apasal kau gagap ni Rara? Aku pandang Sartik. Macam biasa, Sartik dah
berpeluh. Kami berdiri menghadap Taufik.
“Ini
rupanya geng yang berkomplot membuang Paloma? Huh, apa akak cakap semalam? Paloma
hilang? Erm..Paloma sibuk cari klinik? Eh, bukan bukan, ermm..Paloma stay one
night rumah pakwe dia? Akak dah fitnah Paloma!” Taufik dah macam hakim mahkamah
yang membaca tuduhan terhadap pesalah. Aku pulak yang rasa nak jadi pesalah
yang memberontak.
“Sartik!
Pegang budak ni,” Arahku sambil cuba mencapai tangan Taufik tetapi nampaknya
Taufik lebih pantas. Secepat kilat dia mengelak sambil berjalan laju ke muka
pintu rumah. Aku menurut di belakangnya dengan langkah yang sama laju dengannya
dan langkahku bertambah laju apabila mendengar mulut kepoh budak itu melaung
kuat. Aku cepuk jugak mulut budak ni.
“Attention
please! Ibu! Baba! Kak Rara buang Paloma! Dialah dalang disebalik kehilangan
Paloma!”
Astaghfirullahalazim
budak ni, langsung tak boleh buat geng! Kali ni kasi up, senget kuasa tiga! Mampus
aku!
<3
<3 <3
Aku
menolak pintu kereta lalu keluar. Jam tangan baru menunjukkan pukul lapan pagi.
Sengaja aku datang awal hari ini untuk bersemuka dengan seseorang yang telah
menjayakan gurauan bodoh padaku kelmarin. Itupun kalau dia jugak datang awal. Melihat
sekeliling kawasan tempat letak kereta di belakang hotel, aku masih tak nampak
bayang Chevrolet Captiva milik Fahin.
Aku
bertukar senyuman dengan pengawal keselamatan yang mesra dengan panggilan Ayi.
Budak Ayi ni masih muda lagi, baru dua puluh tahun tapi dia bijak mencari dan
menggunakan peluang yang ada. Bukannya berpeleseran di tempat yang entah apa-apa.
“Assalamualaikum
Cik Naurah,” Sapanya dengan senyuman manis.
Aku
menjawab salamnya sebelum menolak pintu lobi bahagian belakang hotel. Tangga
yang dilitupi karpet hijau itu aku panjat untuk ke pejabat yang terletak di
tingkat satu. Sebaik sahaja pintu pejabat dibuka keadaan ruang itu sudah terang
benderang. Di satu sudut partition kelihatan Kak Hasnah sedang mengikat plastik
sampah yang berwarna hitam. Dia juga turut berpaling melihatku.
“Awal
Cik Naurah sampai pagi ni?” Tegur Kak Hasnah yang sudah berdiri tegak.
“Awal
sangat ke Kak Nah? Ada kerja penting sikit saya nak kena selesaikan pagi ni.
Saya masuk dulu Kak Nah,” Kak Nah hanya tersenyum mengangguk. Baru sahaja
setapak melangkah tiba-tiba pintu pejabat di belakangku ditolak dari luar. Aku
berpaling
“Assalamualaikum
Kak Hasnah,” Fahin muncul disebalik pintu kayu berukir. Selepas memberi salam
dan bertukar senyuman dengan Kak Hasnah, dia berlalu ke biliknya melintasiku
tanpa menyapaku langsung. Mustahillah dia tak perasan aku yang tercegat di sini.
Nampaknya dia dah mula nak ishtiharkan perang dengan akulah ni? Tunggu kau!
“Fahin!”
Fahin
berhenti melangkah. Sekilas dia berpaling memandangku sebelum fokusnya kembali
pada tombol pintu biliknya. Tangannya itu pantas sahaja membuka pintu biliknya.
Dia buat bodoh? Tanpa berfikir panjang aku terus berjalan ke arah biliknya. Aku
mengikut sahaja langkahnya masuk lalu duduk di kerusi di hadapan meja kerjanya.
“You
nak apa?” Fahin turut duduk setentang denganku. Tubuhnya itu tersandar pada
kerusi empuk sambil tangannya bersilang. Berlagak habis aku tengok. Macam orang
yang tak bersalah.
“You
tanya I nak apa?” Soalku tidak puas hati tapi riak wajah masih aku kekalkan
tidak berperasaan.
“You
ingat I ni ahli nujum yang boleh teka niat you datang jumpa I pagi-pagi buta
ni?” Fahin memandangku tanpa senyuman di wajahnya. Huh, macamlah lelaki ni
selalu senyum. Walaupun dia tak mengaku tapi aku tahu dia sengaja buat tak
tahu. Aku cuba menenangkan diri.
“Kenapa
you hantar gambar tu pada I semalam?” Soalku tanpa berlapik lagi. Lelaki di
hadapanku sekarang sengaja cari pasal dengan aku. Mula-mula dia sibuk masuk
campur urusan aku dengan Paloma lepas tu kelmarin dia buat kerja gila hantar
gambar makhluk yang paling aku geli dan tak boleh nak tengok atas dunia ni.
“Gambar
apa? Gambar anak Paloma maksud you?” Soalnya dengan riak bersahaja.
“Yalah.
Gambar apa lagi? You saja nak I kena sakit jantungkan? You sendiri dah tahu
yang I tak boleh tengok benda tu tapi you sengaja nak kenakan I kan?” Tanpa
mengambil kira kedudukan aku dan dia sekarang, aku luahkan saja apa yang aku
rasa. Aku tidak akan bertolak ansur dengan segala hal yang berkaitan dengan
penganiayaan ke atasku menggunakan sebarang keturunan kucing.
“You
ada sakit jantung ke?” Soal Fahin selamba. Nampak macam menyindir. Aku menarik
nafas panjang. Risau jugak briefcase di sisi kerusi aku ni melayang ke wajahnya
yang…ahh, malas aku nak terangkan.
“You
jangan main-main boleh tak? I tengah serius ni!”
“I
pun seriuslah ni. Sebab I tahu you tak ada sakit jantunglah I hantar gambar tu.
Tengok? You sihat ajekan pagi ni? Siap datang awal lagi,”
Aku
senyum paksa.
“Tapi
I tak suka you bergurau macam tu dengan I,” Fahin tergelak perlahan mendengar
alasanku.
“Siapa
kata I bergurau dengan you? I cuma nak you tengok sendiri anak Paloma. Salah
ke? You pun pernah bela diakan? Takkanlah you tak ada perasaan nak tengok anak
dia?” Baris mana ayat aku kelmarin dulu yang dia tak faham? Dah terang-terang
aku cakap dengan dia aku tak nak ambil tahu hal tentang Paloma dengan
keturunannya tapi dia beria-ia nak aku tengok jugak? Macam manalah dia boleh
pegang jawatan ni kalau ayat aku yang paling ringkas pun dia tak boleh nak
faham?
“Macam
ni lah Fahin. Ini amaran terakhir I, lepas ni I mintak tolong jangan usik I
dengan benda-benda macam tu lagi. I tak suka. Dan pasal Paloma tu I tak ada kena
mengena dengan dia lagi. I harap you faham,” Aku cuba mendapatkan pengertian
dari Fahin supaya menghentikan segala urusan berkaitan Paloma denganku. Apalah
malangnya nasib aku terbuang Paloma depan dia ni yang terkenal dengan gelaran ‘Pet
Lover’. Ibu dan baba pun dah ceramah panjang semalam. Tapi tak adalah
diorang marah aku. Diorang puji Si Fahin ni adalah. Macam biasa, Fahin baik
hati. Porahhh!!
“Tu
aje you nak cakap? Sanggup ikut I masuk bilik ni semata-mata nak cakap pasal
benda ni saja?” Suara Fahin yang kedengaran seperti tidak berpuas hati dengan
permintaanku tadi aku cuba hadamkan sebaik yang mungkin.
“Ya,
itu saja yang I nak cakap,” Ujarku tenang. Tanganku mula mencapai briefcase di
sisi kerusi, sudah bersedia untuk bangun. Aku perasan wajah Fahin yang macam
nak marah aku tapi aku buat tak nampak. Aku tahu dia sedar yang dia tak boleh
paksa aku berkaitan hal luar pejabat.
“Naurah…,”
Aku berhenti melangkah. Apa lagi yang dia tak puas hati? Aku mengawal keluhan
yang hampir terkeluar.
“Yes?”
“I
nak mintak tolong sekejap,” Aku pantas berpaling apabila mendengar suaranya
yang sudah normal. Dia tersenyum. Fahin senyum? Apa kena dengan mamat ni? Bukan
ke dia marah aku tadi? Tiba-tiba nak mintak tolong pulak? Memang angin tak
betul ini orang.
“Tolong
apa?” Suara aku pun macam susah nak keluar bila dia dah senyum macam tu. Kalau
Si Fifi tengok Fahin senyum macam ni boleh pengsan budak tu gamaknya.
“Tolong
tengokkan laptop I. Manalah tahu you boleh cari tahu apa yang tak kena
dengannya. I dah cuba hidupkan tapi macam ada masalah dengan skrin dia. Gelap
aje,” Jari telunjuk Fahin menunjuk pada komputer riba di atas mejanya. Betul ke
dia ni tak pandai tengok? Bukan ke dia mahir bab-bab teknologi ni? Selalunya
kalau ada masalah macam ni tak payah panggil budak IT datang check sebab
sepuluh orang kat luar tu akan cari Fahin dulu.
“Takkan
you tak pandai?” Soalku musykil.
“Betul,
I tak tahu kenapa dengan benda ni, kelmarin dulu elok aje I guna,” Penjelasan
Fahin yang yakin itu sedikit sebanyak membunuh perasaan was-was aku dengan
kebolehannya.
“I
tak retilah benda-benda macam ni. You call budak IT datang tengoklah,” Ujarku
beralasan. Sudah tidak betah berdiri di bilik ini menghadap wajah Fahin.
“Laa…
cubalah you tengok dulu. Mana tahu you ada magic boleh buat benda ni hidup,”
Bersungguh-sungguh Fahin ingin mendapatkan bantuanku. Okey Rara, fikir positif.
Dah elok-elok dia mintak tolong tu, tengok ajelah walau kau tak boleh tolong
pun. Lagipun sampai bila kau nak berkeras dengan dia? Kau jugak yang mintak tolong
dia jangan usik kau tadi. Apa salahnya sekarang kau pulak yang tolong dia?
“Apa
yang tak kenanya?” Aku menyoal apabila sudah berdiri tegak di sebelahnya yang
masih duduk elok di atas kerusi hitamnya. Fahin menghalakan skrin laptop
padaku. Gelap.
“Dia
tak nak hidup,” Adu lelaki itu lagi. Aku menekan butang on pada laptop itu.
Automatik skrin laptop menyala menunjukkan simbol Windows 7.
“Hidup
aje ni?” Aku berpaling melihat wajah Fahin. Fahin turut memandangku.
“Memanglah
hidup, you tunggu aje tak lama lagi dia mati balik,” Mendengar sahaja penjelasan
itu, pandangan aku alihkan sekali lagi pada skrin laptop. Dalam sekelip mata
skrin yang memaparkan simbol Windows 7 tadi bertukar kepada gambar screen
background laptop yang membuatkan aku rasa nak rebah di situ jugak. Gambar
sekelompok anak kucing yang baru lahir duduk bergumpal antara satu sama lain.
Aku pantas menutup mata. Tubuhku dah rasa seram sejuk, lutut pun dah lemah
semacam sebelum perlahan-lahan aku terduduk di lantai pejabat bilik Fahin yang
dilitupi karpet sepenuhnya. Astaghfirullahalazim. Aku telan air liur.
“Are
you okay Naurah?” Aku dengar suara Fahin tapi buat masa sekarang aku rasa tak
boleh nak jawab soalan dia. Aku rasa geli yang teramat sangat. Rasa nak
termuntah pun ada. Meremang bulu roma.
“Eh,
Naurah kenapa you berpeluh ni?” Soalnya lagi. Dari ekor mataku dapat aku lihat
Fahin sudah duduk di sebelahku. Aku masih lagi diam. Pada perkiraanku, aku rasa
dia hanya memberi alasan yang laptop dia ada masalah sedangkan niat sebenarnya
mahu mengenakan aku. Aku tahu!
bersambung...
Assalamualaikum. Cepaf sambung kak. Jahat sungguh si fahin nie.
ReplyDeleteSalam Cik Shiroe,
ReplyDeletelicik sungguh Fahin..konon2 monitor tak nak on yer...cian Rara...
sabar yer Rara..hihikk apa lagi la agaknya akal Fahin nak kenakan Rara pasni..
Paloma camana la agaknya yer..happy ke dia dok dgn Fahin??
wassalam cik nony..tq...mmg jahat si fahin tue..xpe..kita tggu nxt n3
ReplyDeletewassalam sha...hi2..licik ke? Tu licik ckit jer..ki3..tgklah dia nk buat apa lps ni...Paloma pn msh xde berita lg.. ;)
Aaa betul tu kak SS. Main2 sungguh fahin nie. Nasib baik naurah tak ada heart attack. Kalau ada memang off terus.
ReplyDeletehaha..betul tu cik nony..sabo ajelah dgn si Fahin ni :)
ReplyDeleteHah, ape jadi kt Rara?? Pengsan ke ape lepas tgk gmbr kt laptop Fahin tu? huhu.. tak sabarnya nk baca part 4..
ReplyDeletexpengsan pun !x0r@...rebah ckit jer..shock!! ;)
ReplyDeletehakhak... ohmai,,fahin .. :D <3
ReplyDeletehakhak jgk kakizz :)
ReplyDeleteMalam noe ada entry tak. Please
ReplyDeletekejap yer ;)
ReplyDeleteJadi malam nie lah. Kasihan kat akak sebab didesak oleh sy yg nk kan entry. Hehehe
ReplyDeleteyes dear :) its hokay..mmg akak dah nawaitu nk post mlm ni sbb esok2 akak bz...ki3 (bz la sangat) ;)
ReplyDeleteTakpe2 sy faham. Harap2 novel nie jd manuskrip ya kak. Cinta itu indah mcm mn khabarnya?
ReplyDeleteinsyaAllah dik..doa2kan supaya akak rajin menaip n dimurahkan idea..hi2..CII masih dlm penilaian lg :) Silalah menjamu selera bab4 tu ;)Tq utk adik punya support tu :) Akak terharu dah ni :)
ReplyDeleteSemoga nvl CII dapat diterbitkan. Kurniaan Allah untuk akak sebab dapat buat karya sebegini. Hanya sesetengah orang dapat peluang mcm nie. Semoga berjaya untuk akak.
ReplyDeleteKita merancang Allah menentukan.
InsyaAllah....syukur atas nikmat dan kurnia Allah tu, semoga semuanya berjalan lancar..tq dik <3 <3 <3
ReplyDeleteHuahahahahaa hahahahaa sampai mcm tu skali. Bt no wonder, kwan den pun ada yg sbjik mcm rara ni. Phobia kucing. Eh fahin ni, jgn2 dy mmg suka rara x? Asik usik je. Kahkahkah
ReplyDelete