Saturday 16 June 2012

Cinta Itu Indah! 11

Awal pagi itu, seperti biasa aku membancuh air di pantry sambil menunggu kedatangan Khadija untuk bersarapan bersama. Macam mana agaknya khabar bos kawan baikku itu? Selepas aku terserempak dengannya waktu kenduri Zafril, Tuan Ray seakan-akan lenyap daripada pandanganku. Masuk hari ini, sudah satu minggu aku tidak bertemu pandang dengannya. Nak tanya Khadija rasa segan pulak. Mestilah Khadija rasa pelik kalau aku tiba-tiba bertanyakan bosnya sedangkan Khadija pun tidak pernah bertanya apa-apa tentang bosku Encik Irfan.Entah kenapa sejak akhir-akhir ini ingatan pada Tuan Ray sentiasa bertandang dibenakku. Sudah puas aku cuba menepis ingatan itu tetapi ia tetap berdegil mahu menjengah jugak. Kenapa agaknya? Aku cuba menyedapkan hati dengan alasan aku berhutang dengannya. Mungkin disebabkan alasan itulah aku sentiasa ingat padanya. Banyaklah kau punya alasan Qila, seperti kata Tuan Ray, kau memang pandai mencari helah.

“Hah, termenung lagi,” Tiba-tiba Khadija menyergahku. Aku pejam mata dan tarik nafas perlahan. Aku berpaling menghadapnya. Belum sempat aku berkata apa-apa Khadija sudah menyampuk

“Opps, silap. Sorry..erm, assalamualaikum Qila,” Geram aku tengok wajahnya yang tersenyum. Aku menjawab salamnya dengan nada menahan geram. Khadija ketawa kesukaan melihatku.

“Ketawa lagi banyak-banyak, nanti hati mati,” Aku kembali berpaling mengacau air milo panas. Khadija pula bergerak ke meja makan.

“Tak baik kau doakan hati aku mati tau. Lagipun, aku ketawa sedikit saja. Start hari ini, pagi ni baru aku ketawa tau,” Khadija sudah memuncung.

“Elok sangatlah tu memuncung, kalah itik,” Usikku lagi. Khadija mendengus geram. Geramlah tu.

“Dahlah tu, jom makan. Mak aku masak nasi lemak pagi ni,” Ajak Khadija malas memanjangkan rajuk.

“Yeke? Bestnya bau nasi lemak. Eh, kenapa sampai tiga bekas ni? Kau ada ajak kawan lain join sekali ke?” Aku tenung tiga bekas plastik yang bersusun di atas meja.

“Erk, satu lagi tu untuk bos aku,” Jawapan Khadija berjaya membuatkan otakku ligat berfikir. Kenapa Khadija rajin sangat sampai sanggup menyediakan bekal nasi lemak untuk bosnya? Aku sendiri rasa macam pelik kalau aku bawa bekal untuk Encik Irfan. Ada apa-apa ke antara Khadija dengan Tuan Ray?

“Kenapa?” Soalku tanpa dapat menahan rasa hati. Khadija merenungku pelik.

“Kenapa apa?” Soalanku turut dibalas dengan soalan darinya.

“Erm, kenapa kau bawa bekal untuk bos kau?” Aku sudah tidak mampu berselindung. Hatiku rasa macam sedikit gentar takut-takut tebakanku tadi adalah realiti. Khadija dengan Tuan Ray? Tak mustahilkan?

“Salah ke?” Khadija masih dengan wajah selambanya.

“Eh, tak salah tapi rasa macam pelik aje. Kau ada apa-apa ke dengan dia?” Aku cuba mencipta suasana santai supaya Khadija tidak syak sesuatu yang pelik di sini. Khadija senyum sinis apabila mendengar soalanku. 

“Kalau ada pun kenapa? Salah? Atau ada orang cemburu?” Aku mencebik sebagai jawapan balas kepada soalan Khadija. Tanpa memberi apa-apa respon aku mencapai satu bekas plastik dan membuka penutupnya. Semerbak bau aroma nasi lemak menerjah deria bauku. Sudu juga turut kucapai. Dengan lafaz bismillah aku mendekatkan sudu pada mulut tetapi tangan Khadija lebih cepat menghalang. Terbantut suapanku. Aku membulatkan mata pada Khadija menghantar rasa tidak puas hati dengan tindakannya.

“Kenapa kau tak jawab soalan aku tu? Kau cemburu ek?” Giatnya lagi. Aku dah buat mata juling ke atas.

“Aku cemburu? Cemburu tu apa ek? Sejenis makanan ke?” Sikit punya baik aku corner soalannya. Khadija ketuk lenganku.

“Main-main lagi. Mengaku sajalah kau cemburu kalau aku ada apa-apa dengan Tuan Raykan?” Khadija masih tidak mahu mengalah. Nak jugak aku mengaku dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti.

“Taklah sayang oi. Kalau betul pun kau ada apa-apa dengan dia, akulah orang paling bahagia atas muka bumi ni,” Yeke Qila? Kenapa hatiku rasa macam tak enak dengan kenyataanku tadi? Itu namanya kenyataan palsu Qila.

“Amboi ayat, dah tahap mendoakan kebahagiaan aku. Aku dengan Tuan Ray? Tak mungkinlah. Seram kot!” Khadija ketawa kuat. Tanpa dipaksa tiba-tiba aku rasa perasaanku kembali di atas titik normal.

“Nasi ni mak aku kirim dekat dia, kalau nak harapkan aku? Haram!” Sambung Khadija lagi. Aku berkerut kening. Satu lagi kenyataan pelik timbul dibenakku.

“Mak kau kenal ke dengan Tuan Ray?” Soalanku membuatkan Khadija menepuk dahinya kuat. Tak sakit ke minah ni selamba aje tepuk kuat dahinya. Khadija kelihatan mengetap bibir sambil mengetuk kepalanya perlahan. Dah kenapa dengan Khadija yang kalut semacam ni?

“Erm, tak kenal pun,” Khadija masih tergagap-gagap.

“Habis tu?” Akan aku korek sampai ke lubang cacing. Kenapa aku rasakan tingkah Khadija sangat pelik sekarang ini.

“Masa mak aku tengah sediakan bekal kita, tiba-tiba dia cakap nak hadiahkan satu bekal dekat bos aku. Katanya sebagai tanda terima kasih sebab terima aku kerja kat sini. Kau tahu ajelah sebelum kerja kat sini aku dah lama tanam anggurkan?” Khadija menanti reaksiku. Aku mengangguk perlahan. Logik jugak alasan dia.

“Habis tu dia nak sarapan kat sini ke?” Perasaan takut untuk berdepan dengannya hadir tanpa dijemput. Rasa macam tak kena pulak.

“Yup, aku ajak dia makan sekali dengan kita. Kau tak marahkan?” Aku hanya mampu tersenyum. Kalau aku marah dan tak setuju sekalipun, aku boleh halang ke bos besar daripada sarapan kat sini? Aku kerling jam tangan. Sudah pukul lapan suku pagi. Baik aku makan cepat-cepat. Nanti tak perlulah nak menghadap dia lepas ni.

“Eh, Qila perlahanlah sedikit makan tu. Gelojoh semacam aku tengok. Awal lagi ni,” Khadija menegurku yang makan macam tak cukup mulut.

“Aku lupa aku kena siapkan surat yang Encik Irfan nak pagi ni! Urgent,” Aku memberi helah sambil meneruskan suapan.

“Yeke? Atau kau nak mengelak daripada jumpa Tuan Ray?” Aku tersedak. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Soalan Khadija sangat berbisa. Lebih berbisa daripada patukan ular. Nampak sangat ke aku mengelakkan diri daripada Tuan Ray? Khadija menggosok-gosok belakang badanku. Aku berdehem beberapa kali untuk melegakan rongga tekakku.Khadija menggeleng kepala melihatku.

“Betullah tu. Berapa kali aku nak cakap jangan mengelak. Cuba hadapi dan selesaikan apa jua masalah kau dengan bos aku tu. Aku tahulah apa yang kau sorokkan dalam hati kau tu,” Tambah Khadija lagi.

“Aku tak mengelak okey dan aku tak ada apa-apa masalah dengan dia,” Nafiku lagi. Khadija ni macam tahu-tahu pulak. Aku mencapai mug dan terus meneguk minuman untuk melegakan tekak yang masih pedih terkena penangan sambal ikan bilis.

“Ouch,” Tersembur keluar sedikit air milo daripada mulutku. Panas! Itulah bila otak serabut dengan soalan Khadija yang mencabar minda, air panas atau sejuk pun dah tak boleh nak beza. Makin bertambah perit rasanya tekakku. Khadija terpaku melihatku. Aku bangun mencapai gelas kosong di rak dan menuang air masak lalu meneguknya rakus. Arghh..lega rasanya. Aku masih berdiri membelakangkan Khadija.

“Mengaku ajelah,” Geramnya!!! Rasa macam nak cubit-cubit mulut si Khadija yang macam bertih goreng ni. Aku tengah sakit macam ni dia masih nak ajak berlawan cakap. Bukannya nak tolong aku kurangkan perit tekak ni, menyindir aku sahaja kerjanya. Sampai bila nak habis kalau macam ni? Sampai aku mengaku? No way! Nanti kau. Aku berpaling melihat Khadija yang sedang leka menjamu selera. Perlahan-lahan aku mencapai botol berisi sirap pekat dan membuka penutupnya. Aku menyapu sedikit sirap di bawah hidung berlagak seolah-olah hidungku berdarah. Hehe..biar minah ni gabra tengok aku macam ni. 

“Khadija,” Panggilku seraya berpaling menghadapnya. Ternyata Khadija terkejut melihatku. Aku berpura-pura tidak menyedari tentang sirap yang mengalir di hidungku. Khadija terus bangun menerpa ke arahku dan sedang elok waktu itu jugalah Tuan Ray terpacul di muka pintu pantry. Langkah Khadija terhenti separuh jalan apabila tersedar akan kehadiran Tuan Ray. Kami sama-sama memandang Tuan Ray. Pandangan Tuan Ray yang pada mulanya ke arah Khadija beralih dan terpaku ke arahku. Jelas riak wajahnya terkejut melihatku. Aku tersedar dengan jenakaku yang ingin mengenakan Khadija tadi. Pantas tanganku bergerak untuk menekup hidung apabila Tuan Ray menahan

“Don’t move,” Arahnya sambil berjalan pantas mendapatkanku dan menyeluk poket seluarnya mengeluarkan sapu tangan. Khadija masih terpaku di tengah laluan dan tidak sedikitpun berganjak waktu Tuan Ray berjalan melepasinya. Tuan Ray semakin mara menghampiriku. Aku berundur dan akhirnya tersandar pada kabinet. Tangannya mencapai tanganku yang menekup hidung.

“Degil. I said don’t move,” Marahnya padaku. Aku tidak mampu berkata apa-apa apabila jarinya bertindak menyapu sirap di hidungku dengan menggunakan sapu tangan. Tangan kirinya melekap di belakang kepalaku manakala tangan kanannya menekan hidungku, barangkali ingin menghentikan pendarahan. Masalahnya aku tak berdarah pun. Terkial-kial aku cuba mengelak dan melepaskan tangannya. Mesti herot berot tudungku dikerjakannya.

“Diam!” Marahnya lagi. Aku tak mahu kalah. Tangan kiriku cuba menolak tangannya yang tidak berhenti menekan hidungku, manakala tangan kananku dengan tidak sengaja menarik tali lehernya. Boleh lemas dibuatnya. Ternyata semuanya sia-sia. Dia masih berdegil cuba menyelamatkanku. Aku perasan Khadija sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum melihat gelagat kami. Ya Allah malunya. Aku malu dengan Khadija. Mesti dia fikir yang bukan-bukan tentang kami.

Setelah lima minit berlalu barulah dia melepaskan tangannya. Kemudian dia tunduk merenung wajahku. Aku menjarakkan wajahku daripadanya apabila dirasakan terlalu dekat. Malu siot! Aku mengetap bibir geram dengan tingkahnya. Khadija masih seperti tadi bersedekah senyuman pada kami.

“Awak okey?” Matanya masih tajam menilik seluruh wajahku.

“Saya okey dan saya tak sakit,” Tekanku. Masih geram dengannya.

“Okey apa kalau hidung berdarah macam tu?” Tuan Ray kelihatan tidak puas hati denganku.
“Bukan darahlah,” Jelasku

“Habis tu?” Soalnya lagi sambil berkerut kening.

“Ini hah, sirap,” Aku berpaling mengambil botol sirap dan halakan pada wajahnya. Tuan Ray seolah kehilangan kata-kata selepas itu.

“Jadi tadi tu awak sengaja main-main?” Dia seolah-olah tidak boleh menerima jenakaku. Aku mengangguk perlahan.

“Saya saja nak main-mainkan Ija,” Jawabku lagi.

“Lain kali jangan main-main boleh tak kalau melibatkan benda-benda macam ni? Saya tak suka!” Marahnya lagi. Aku terkejut apabila dia meninggikan suaranya. Salah aku ke? Tuan Ray berpaling pergi setelah menghadiahkan pandangan tajam padaku.

“Salah aku ke?” Aku kalih pandang pada Khadija. Khadija mengangkat bahu tanda tidak mahu memberi apa-apa komen. Kena marah lagi! Keluhku perlahan dalam hati. Ada saja yang tak beres antara aku dengan dia. Eei, serabut betul! 

Aku pantas mengejar langkah Tuan Ray yang sudah mula menjauh. Aku perasan sejak kejadian aku mungkir janji dengannya, Tuan Ray selalu marah-marah dengan aku. Sketsa lakonan juga sudah bertangguh untuk suatu jangka masa yang lama. Kalau keadaan berterusan macam ni, sampai bila nak selesai semua masalah aku dengan dia?

“Tuan,” Aku menjerit perlahan memanggilnya yang berjalan pantas di hadapanku. Disebabkan waktu awal pagi dan kebanyakan staf turun bersarapan, tidak ramai orang yang berada di pejabat ketika itu. Aku pun tak adalah rasa segan nak buat adegan kejar mengejar dengan Tuan Ray. Panggilanku tidak dipedulikannya. Ini dah jadi kes marah ke atau merajuk? Berani ke Tuan Ray nak merajuk dengan aku? Aku berlari anak untuk menyaingi langkahnya sambil memanggil namanya. Tanpa amaran, Tuan Ray berhenti melangkah dan berpaling dan segalanya sudah terlambat apabila aku tidak sempat menggunakan brek kecemasan. Aku hampir merempuhnya tetapi Tuan Ray lebih cekap apabila dia berjaya menahanku daripada merempuhnya dengan memegang kedua-dua bahuku.Aku menarik nafas kelegaan. Tidak pernah terbayang dalam fikiranku kalau aku terpeluk dia sekali lagi macam dulu. Aku mendongak memandangnya. Perlahan-lahan tangannya dijatuhkan.

“What?” Soalnya dingin.“Saya nak cakap sesuatu dengan tuan,”

“Nak cakap apa lagi?” Tuan Ray sudah mula berpeluk tubuh. Dia seperti tak ada mood untuk bercakap denganku. Sesuai ke aku ajaknya berbincang pada waktu moodnya kurang baik? Ish Qila, kenapa suka bertindak terburu-buru?

“Never mind. Tak jadi,” Putusku seraya berpaling untuk kembali ke pantry. Mungkin aku boleh minta maaf lain kali sahaja. Tidak semena-mena Tuan Ray menarik lenganku dan mendorongku ke pintu kecemasan yang berdekatan dengan ruang pejabat itu. Ditolak kasar pintu kecemasan dan dia melepaskan pegangan apabila kami berada di tangga kecemasan.

“Awak ingat awak siapa nak bazirkan masa saya macam tadi. Panggil saya beria-ia kemudian bila saya tanya awak cakap never mind?” Wajah Tuan Ray merah membahang. Dapat kulihat rahangnya yang bergerak-gerak. Marah benar dia dengan aku.

“Saa..ya..,” Aku tertunduk sambil tergagap-gagap cuba menjawab. Ija, tolong aku! Menyesal aku kejar Tuan Ray.

“Saya apa?” Bentaknya lagi. Terangkat bahuku kerana terkejut dengan suaranya yang boleh tahan kuatnya. Bergema ruang tangga kecemasan itu. Tidak semena-mena memori aku dimarahi kerana mencerobohi bilik pejabatnya bermain-main di ruang mata. Trauma lama kembali menyerang. Bibirku terketar-ketar sebelum perlahan-lahan mataku memuntahkan aliran air mata.

“Menangis pulak dah,” Tangisanku semakin kuat apabila mendengar rungutan Tuan Ray. Aku menangis bersungguh-sungguh. Ini dah masuk kali ketiga aku menangis sejak bekerja di Berjaya Holdings dan Tuan Ray jugalah yang menjadi punca kenapa aku menangis.

“Tuan jahat!” Entah dari mana keberanian datang sehingga aku mampu mengeluarkan kenyataan berani mati itu. Tuan Ray berkerut kening mendengar tuduhanku sebelum tergelak sinis.

“Awak pun sama,” Terhenti tangisanku apabila dia memberi jawapan sebegitu rupa. Aku cuba menahan esakan sambil mengelap air mata dengan belakang tangan. Aku jahat? Eh, aku baiklah.

“Kenapa pulak saya jahat?”

“Ikut suka hati sayalah nak cakap awak jahat ke tak. Ada saya halang awak tuduh saya jahat? Tak adakan?” Suaranya sebijik macam suara nak sakitkan hati orang. Memang dia berjaya buat aku sakit hati. Aku pandang wajahnya yang masih masam. Sejak akhir-akhir ni memang susah nak tengok Tuan Ray senyum. Aku mengeluh perlahan. Nampaknya aku kena bertindak macam orang bijak dengan mengalah dan minta maaf.

“Kenapa dengan tuan ni? Tuan marah saya? Tak puas hati saya mungkir janji tempoh hari?” Tuan Ray mendengus perlahan. Tangannya naik mengusap dahi. Aku nampak wajahnya yang gelisah. Mungkin malu gamaknya apabila aku dapat tebak isi hatinya sekarang.

“Merajuklah ni?” Tekanku lagi apabila dia tidak memberi apa-apa jawapan.

“Mana ada saya merajuk,” Bangkangnya pantas. Aku tahan senyum. Comel pulak aku tengok gelagat Tuan Ray sekarang. Menggelabah mungkin?

“Betullah ni merajuk,” Usikku lagi.

“Berapa kali saya kena cakap yang saya tak merajuk!” Tegasnya lagi. Aku angkat tangan.

“Okey saya faham yang tuan tak merajuk,” Memang sah kau merajuk, kutukku dalam hati.

“Ikut suka hati awaklah nak percaya atau tidak,” Tuan Ray sudah mahu berpaling tetapi aku tahan dengan menarik tali lehernya tanpa sengaja. Semuanya berlaku dengan pantas. Tak tahu nak capai bahagian mana. Takkanlah aku nak tarik tangannya. Terjerut leher Tuan Ray dibuatnya.

“Apa ni Qila? Tak cukup dengan tuduh saya jahat dan sekarang awak nak cuba bunuh saya pulak?” Ya Allah kenapalah garang sangat dia ni? Tapi aku dah lali dengan perangainya. Macam mana Encik Irfan sudah biasa dengan perangai Tuan Ray yang berubah-ubah mengikut moodnya macam itu jugaklah aku.

“Sekejaplah, saya nak cakap sesuatu dengan tuan ni,” Bisikku perlahan. Tuan Ray membetulkan tali lehernya sebelum bercekak pinggang di hadapanku.

“Hah, nak cakap apa? Cakaplah!”“Saya tahu tuan marah dengan saya sebab saya mungkir janji kita dulu. Saya nak minta maaf dengan tuan. Seikhlas hati saya. Saya tak selesa dengan keadaan kita sejak akhir-akhir ni. Tuan selalu marah-marah, selalu mengelak sampai Encik Irfan pun ada merungut tentang tuan. Saya tak tahu apa masalah tuan sekarang tapi kalau masalah itu  datang daripada saya, saya minta maaf sangat-sangat,” Tuan Ray merenungku lama sebelum mengangguk perlahan.

“Baguslah kalau awak sedar apa salah awak. Then you have to promise with me,” Suka sangat suruh aku berjanji. Dia ni saja nak uji aku ke apa? Sementalah aku selalu mungkir janji dengannya.

“What?”

“Pertama, jangan pernah sekali mungkir janji!” Matanya tajam menatap mataku dengan suara yang sedikit ditekan menandakan dia betul-betul serius dengan apa yang dicakapkannya. Aku mengangguk perlahan.

“Jangan pandai angguk aje. Tanamkan dalam hati dan praktikannya mulai sekarang walau dengan sesiapa sekalipun,” Tekannya lagi. Sekali lagi aku angguk.

“Kedua, jangan bergurau macam apa yang awak buat dekat pantry tadi dengan saya. Like I mention earlier, I don’t like it,” Kenapa dia tak suka? Bukankah gurauan membawa keceriaan dalam kehidupan? Aneh betul lelaki ini.

“Dengar tak ni?” Soalnya apabila aku tidak memberi respon padanya.

“Ya, saya faham. Jadi tuan dah maafkan sayalah ni? Tak nak marah-marah lagi?” Aku senyum dan aku juga perasan yang Tuan Ray sedang menahan bibirnya daripada mengukir senyuman.

“Terima kasih tuan!” Ucapku perlahan. Selesai satu masalah. Senang sahaja nak memujuk tuan pengurus besar. Cukup dengan mengaku kesalahan dan minta maaf. Dia memang seorang yang pemaaf. Seperti kata pujangga, maaf merupakan dendam yang paling indah.

“Sukalah tu,” Usikku lagi. Mati terus senyuman Tuan Ray. Ish, mulut ni kenapa kau suka sangat menderhaka dengan majikan kau hah? Aku ketap bibir. Tak ingat yang lelaki di hadapan aku sekarang tak sukakan gurauan. Dalam berani tak berani aje aku cuba pandang wajahnya. Serentak itu Tuan Ray melangkah setapak ke arahku. Aku masih kaku. Apa kena dengan dia ni? Takkanlah marah sampai buat keputusan nak pukul aku?

“Err tuan saya tahu saya silap, saya minta maaf,” Ternyata permintaanku ibarat angin lalu sahaja. Tuan Ray semakin dekat. Apa aku nak buat? Aku berundur untuk menjarakkan kedudukan tetapi Tuan Ray masih lagi mara melangkah. Eh, kenapa tak boleh nak undur ni? Aku telan liur. Patutlah tak boleh undur sebab belakang badan aku dah melekat pada dinding. Fikiranku buntu dikala Tuan Ray sudah berdiri hampir di hadapanku. Aku memejamkan mata apabila tangan lelaki itu naik cuba menyentuh wajahku. Aku pasrah menerima tamparannya. Tapi betul ke dia nak tampar aku? Selepas beberapa minit berlalu tanpa berlaku apa-apa, aku memberanikan diri mencelik. Figura wajah Tuan Ray yang sedang tersenyum sambil tangannya membetulkan lipatan tudungku terserlah di laman kornea.

“Saya cuma nak betulkan tudung awak yang dah senget,” Ujarnya sesudah membetulkan tudungku. Tanganku naik melurut dada. Fuh! Lega, ingatkan dia nak tampar aku ke apa tadi.

“Saya ingat tuan nak buat apa dah tadi,” Aku sudah boleh tersenyum.

“Saya nak buat apa? Awak fikir benda yang tak elok pada saya ke?” Tuan Ray memandangku curiga.

“Adalah sedikit,” Aku tersengih sambil tangan memintal hujung tudung. Dah tak tahu nak cover macam mana. Sekarang adalah masa yang sangat tidak  sesuai untuk berbohong dengan Tuan Ray.

“Apa awak fikir?” Soalnya lagi

“Tuan tak perlu tahu,” Elakku. Nak mampus kalau aku berterus terang? Dia ni pun satu, dah cukuplah aku mengaku tadi. Semua hal orang dia nak tahu.

“Awak fikir saya nak buat sesuatu tak senonoh pada awak ke?” Tuan Ray sudah tersenyum sinis. Aku pula dalam dilemma.

“Tak senonoh? Apa maksud tuan?”

“Like kissing you?” Ujarnya. Aku tarik nafas dalam-dalam. Memang nak kena dia ni.

“Siapa yang fikir tak senonoh sekarang ni? Mana ada saya fikir benda tu. Tuan jangan nak fitnah saya,” Eei, geram betul aku melihat Tuan Ray yang masih tersenyum itu.

“Then why do you close your eyes just now? Perhaps, you are waiting for me to kiss you?” Kedua-dua keningnya diangkat. Huh, dia yang tak senonoh buat andaian bodoh macam tu,

“Ridiculous! You know what sir, actually I thought you want to slap me not to kiss me. Is that clear?” Marahku. Aku betul-betul marah ni!

“Huh, like I care with your explanation. Dahlah, saya pergi dulu,” Sambil membetulkan tali lehernya, Tuan Ray berpaling untuk keluar dari pintu kecemasan. Aku hanya mampu memandangnya pergi tanpa membela diriku yang difitnah olehnya. Benci!!!! 

“Satu lagi Qila!” Aku terkejut apabila Tuan Ray terjengul di muka pintu kecemasan sekali lagi. Aku termangu merenungnya.“Tolong jangan cuba ambil kesempatan pada saya. Tadi tu saya tahu awak sengaja tak nak brek masa nak berlanggar dengan saya supaya awak boleh peluk sayakan? Nasib baik saya sempat tahan. No third time konon, and about your explanation just now, I don’t trust it,” Selesai sahaja menyampaikan amanat bersama sebuah senyuman sinis, Tuan Ray berpaling pergi. Aku terduduk di tangga. Cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Nasib baik jantung aku masih berada dalam keadaan normal lepas dengar tuduhan bodoh bos Khadija. Agak-agak kalau lama-lama aku bekerja di bawah bumbung yang sama dengan dia, tak mustahil dia akan tuduh aku cuba memperkosanya pula. Lama-lama macam ni aku boleh dapat penyakit gila. Stress!

9 comments:

  1. bastt
    cter ny akk akn buat smpai tamat kew?? or akn di keluarkan dipasran??

    ReplyDelete
  2. Ceta best....teruskan usaha...good luck.

    ReplyDelete
  3. argh!!!!!!stress nge duo ore ni....:p...adoyai....

    ReplyDelete
  4. Lawak btl la si qila ngan tuan ray tu,pape pun cite ni mmg best..teruskn usaha Dan post n3 br cpt2..

    ReplyDelete
  5. kelakar gila qila. Berani dia bt mcm tu...hahaha..x sabar nk tggu entry pas ni

    ReplyDelete
  6. best n kelakar

    ReplyDelete
  7. best2...tp kan bkn ke nurul aqilah pakai tudung..tp nape gbr heroin x pakai tudung..hehehe

    ReplyDelete
  8. haha..korang bayang je dia pakai tudung..ngeh3..nk cari gmbr die yg pakai tudung mmg takkan jumpalah gamaknye..huhu

    ReplyDelete