Friday 8 June 2012

Cinta Itu Indah! 2

Pagi Isnin, aku sampai agak awal ke pejabat. Disebabkan hari ini merupakan hari pertama selepas cuti hujung minggu, mood aku bekerja agak menurun. Malas rasanya nak kerja. Lain benar dengan mood aku hari Jumaat. Mood aku kalau kerja hari Jumaat, masyaAllah melambung-lambung tingginya. Kenapa? Sebab hari Jumaat merupakan hari last sebelum cuti hujung minggu bermula. Manusia. Mudah sangat turutkan nafsu malas. Aku beristighfar, cuba muhasabah diri di pagi Isnin yang indah biarpun kerja berlambak sedang menunggu. Mencari rezeki kena ikhlas, sabar dan redha. Alhamdulillah.

Ting! Pintu lif terbuka, aku melangkah masuk. Aku pandang luar pintu lif, laa..aku seorang jerk? Bertuah Berjaya Holdings dapat pekerja macam aku. Pekerja yang memaksakan diri untuk bersemangat datang kerja awal. Hehehe..

Sedikit lagi pintu lif nak tertutup apabila ia terbuka tiba-tiba. Aqilah mendongak. Tuan Ray! Aish..kenapa di situ ada aku di situ jugak ada dia? Takdir apa yang sedang bermain dengan kami ni? Chewah, ayat tak boleh blah., sejak bila kau pandai karang ayat jiwang ni Qila?

Aku bergerak ke bahagian belakang dan menyandar. Tuan Ray masuk dan berdiri di hadapanku. Semerbak bau aroma minyak wanginya memenuhi ruang lif meneggelamkan bau minyak wangi Elizabeth Arden milikku. Sedap jugak bau dia. Wangi sungguh Tuan Ray pagi ini.

Rasa macam lambatlah pulak lif ni nak sampai tingkat dua puluh lima. Aku rasa macam berjam-jam pulak dok tunggu lif ni sampai. Cepatlah sampai! Cepatlah sampai! Dalam aku sedang berzikir supaya lif ni cepat sampai, tiba-tiba lif berhenti secara mengejut di tingkat dua puluh empat menghasilkan hentakan yang kuat. Tanpa dapat dikawal, aku terhumban ke hadapan lalu terpeluk Tuan Ray dari belakang. Kemas pelukanku kerana cuba bertahan dari jatuh. Setelah berjaya mengimbangkan badan dan memastikan aku betul-betul stabil, baru aku sedar yang aku terpeluk dia.

Cepat-cepat aku melepaskan pautan tanganku pada tubuhnya. Astaghfirullahalazim Qila, what have you done? Ya Allah ampunkan hambaMu ini. Aku terundur dan bersandar pada dinding lif kembali.
Tuan Ray berpaling merenungku. Aku menunduk tidak berani membalas pandangannya. Malu dengan tindakan luar kawalan tadi.

“Maafkan saya tuan. Saya tak dapat kawal diri tadi,” Aku memberanikan diri meminta maaf tapi masih tidak berani mengangkat muka menentang pandangannya.

“Tak dapat kawal diri? Sebab tu awak ambil kesempatan untuk peluk saya? Bagus alasan awak tu,” Aku terpana mendengar jawapan yang keluar dari mulut Tuan Ray. Aku nak ambil kesempatan ke atas dia? Gila ke apa?

Kali ini aku tidak memerlukan keberanian lagi untuk memandangnya.

“Saya ambik kesempatan? Tolong sikit. Tak ada maknanya saya nak ambik kesempatan. Maksud saya tadi tu, saya tak dapat kawal keseimbangan badan sebab lif ni berhenti secara mengejut. Itu aje. Tak ada timbul topik nak ambik kesempatan kat sini okay,” Aku mula rasa berbahang. Mamat ni aku sekeh kang.

“Owh, yeke? Tapi cara awak peluk saya tu macam tak nak lepas,” Kali ini Tuan Ray merenung aku sambil bersilang tangan. Berlagak habis!

“Okay, saya tak sengaja. Saya cuma takut jatuh sebab itu saya..,” Aku mati kutu untuk menjawab soalannya.

“Saya apa?” Desak Tuan Ray

“Saya peluk tuan kuat-kuat,” Aku jawab macam nak tak nak. Sayup-sayup aje kedengaran kat telinga aku.

“Pardon me?” Tuan Ray masih tidak berpuas hati.

Aku memejam mata sambil menarik nafas panjang sebelum memandangnya.

“Look sir, I’m sorry okay. Saya janji perkara ini tak akan berulang untuk kali kedua lagi,” Aku cuba mengalah.

“But this is the second time already. I will look forward for the third time,” Sekali lagi aku terkesima dengan jawapan balasnya. Aku kehilangan kata. Speechless. Serentak itu keadaan dalam lif yang tadinya kelam bertukar cerah dan pintu lif terbuka di tingkat dua puluh empat. Kami berpandangan sekali lagi.

“I will make hundred percent sure there is no third time sir,” Setelah itu aku terus berjalan melepasinya untuk keluar dari lif. Baik aku panjat tangga daripada duduk dalam satu lif dengan kawan baik bos aku ni. Saat pintu lif tertutup aku terdengar

“We’ll see,”

Eeiii..stress!!!!

Tiba sahaja di pejabat aku terus duduk di kerusi. Masih dalam keadaan trauma gara-gara insiden terpeluk kawan baik bos aku. Tak terdaya rasanya nak buat kerja. Semangat yang tak berapa nak ada tadi semakin menghampiri sifar. Ada sahaja dugaan. Sedang aku berangan tiba-tiba pintu bilik terkuak dan muncul Encik Irfan.

“Morning,” Tegurnya sambil tersenyum. Satu yang boleh diingat tentang Encik Irfan. Dia selalu tersenyum.

“Morning boss,” Aku menjawab lemah.

“My room please,” Aku bangun mengikut langkahnya ke biliknya.

“Qila, you tolong print dokumen ni satu salinan dan fotostat untuk tiga puluh salinan. Tolong prepare bilik mesyuarat. Meeting pukul sepuluh pagi ni,”

“Okay boss, ada apa-apa lagi boss?”

“Nope. You boleh pergi,”

Walaupun jam baru menunjukkan pukul lapan pagi, aku terus membuat kerja yang disuruh. Tak elok lengah-lengahkan masa. Lagipun aku dah sarapan kat rumah tadi.

Selepas siap fotostat tiga puluh salinan, aku membawa kertas-kertas dokumen itu ke bilik mesyuarat di tingkat dua puluh empat. Aku letakkan dokumen itu di atas meja mesyuarat yang panjang itu. Bergerak ke suis lampu. Terang benderang bilik mesyuarat apabila suis kutekan. Aku mula menyusun satu persatu dokumen di tempat-tempat duduk tertentu. Siap. Apa lagi yang kurang? Air. Aku keluar dari bilik mesyuarat lantas mencari pantry. Aku mula memunggah sekotak air mineral masuk ke bilik mesyuarat. Kembali semula ke pantry untuk mengambil sekotak lagi dan kembali semula untuk mengambil gelas.

Setibanya aku di bilik mesyuarat dengan membawa gelas, otak aku mula serabut. Tuan Ray sedang duduk di salah satu kerusi dekat hujung meja sambil membelek dokumen yang aku susun tadi. Aku cuba mengabaikan kehadirannya memandangkan dia juga seperti mengabaikan kehadiran aku di bilik mesyuarat ini. Aku mula menyusun botol-botol air mineral di semua tempat duduk kecuali tempat yang didudukinya. Tak kuasa aku nak berada dekat dengan dia. Badi apa yang melekat pada aku sampai dua kali aku rempuh dia. Sekali lagi aku dekat dengan dia kang terempuh sekali lagi. Rempuh saja okey lagi, buatnya aku terhempuk gelas ni dekat kepala dia lagi haru.

Selesai saja kerja menyusun gelas dan botol air mineral, aku mula melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

“Wait,” Tuan Ray bersuara apabila aku hampir sampai ke pintu bilik mesyuarat.

“Where is my drink?” Soalnya sambil matanya masih statik merenung dokumen. Aku mengeluh perlahan. Banyak songeh betullah mamat ni.

“Tuan boleh ambik aje botol dengan gelas dekat sebelah tuan tu. Nanti saya ganti yang tuan ambil tu,” Acuh tak acuh aje aku jawab. Lantaklah.

“I want you to serve it,” Arahnya lagi. Tanpa banyak soal, aku mengambil sebotol air mineral di dalam kotak dan bergerak menghampirinya dari belakang. Berhenti seratus sentimeter daripadanya.

“Tuan, sambut ni,” Tuan Ray terkejut mendengar jeritan aku lantas berpaling dan aku pantas membaling botol air mineral ke arahnya. Dengan cekap dia menangkap botol itu.

“Yes!!!” Aku bertepuk tangan bersorak apabila melihat Tuan Ray berjaya menangkap botol itu. Tuan Ray terpinga-pinga dengan tindakan dan reaksiku.

“I will make sure there is no third time!” Tegasku sambil berlalu cepat-cepat takut dia memanggil aku untuk memenuhi permintaannya yang mengada-ngada.   

Sudah seminggu berlalu sejak insiden aku terpeluk kawan baik bos aku. Kedengaran amat ngeri tapi itulah yang terjadi. Aku cuba menghancurkan segala perasaan kurang enak. Selepas aku lempar botol mineral dekat dia kat bilik mesyuarat, aku dah tak terserempak dengannya lagi. Mungkin Allah SWT dah makbulkan doa aku.

“Aku ganggu kau ke?” Tiba-tiba Khadija muncul di muka pintu.

“Taklah. Kenapa?” Aku pelik dengan sikapnya yang macam penyiasat. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling.

“Encik Irfan ada?” Soal Khadija lagi

“Ada. Kau nak jumpa dia?” Aku sudah bersedia untuk menekan intercom.

“Jangan bagitahu dia,” Jerit Khadija tapi suaranya dikawal perlahan.

“Kenapa?” Aku masih lagi hairan. Dah kenapa dengan Ija pagi ni? Kena sampuk ke apa? Ke ada skandal dengan bos aku tu?

“Kita nak buat surprise birthday party untuk dia ni. Hari ini birthday dia. Kau tolong jaga line, aku nak pergi ambik kek kejap,” Khadija terus keluar selepas menutup pintu perlahan. Aku terpaku di tempat dudukku. Macam mana aku yang jadi setiausaha dia tak tahu tapi Ija boleh tahu? Selepas berfikir sejenak, baru terlintas yang bos Ijakan kawan baik Encik Irfan. Mesti dia yang rancang semua ini. Selepas menunggu dalam lima minit tombol pintu bilikku seperti terpusing sedikit tetapi pintu masih tidak terbuka. Aku pantas menerpa dengan niat untuk membantu Khadija yang mungkin sukar membuka pintu dengan sebelah tangan memegang kek. Alangkah terkejutnya aku, ku ingatkan Khadija sekali yang muncul, Tuan Ray. Kami bertentang mata selepas seminggu tidak bersua. Entah kenapa dalam rasa benci, macam ada perasaan rindu hendak menatap wajahnya.

“Tak nak peluk saya?” Pertanyaan lelaki itu mematikan segala perasaan indah yang mula hinggap di tangkai hatiku berganti dengan perasaan marah. Sempat lagi dia menyindir aku? Betul-betul aku stress! Stress bila menghadap tuan pengurus besar ni. Aku mengetap bibir dan menghadiahkan jelingan padanya. Dia cuma tersenyum kecil. Sukalah dapat mengenakan aku.

“Sampai bila nak tercegat depan pintu ni?” Selamba saja Khadija sound bos dia merangkap pengurus besar Berjaya Holdings. Hebat betul kawan aku yang seorang ini. Kata Encik Irfan sebelum ini Tuan Ray ini cerewet, sampai bertukar setiausaha seramai lapan orang. Tapi dengan Khadija ni boleh tahan pulak. Ilmu apa si Ija ni pakai agaknya.  Aku terus bergerak ke tepi memberi laluan kepada Tuan Ray dan Khadija untuk masuk. Beberapa kakitangan lain turut menyertai mini party. Sebahagian besar kakitangan lain menunggu di bilik mesyuarat. Kami semua menerjah masuk bilik Encik Irfan diketuai Khadija dengan membawa kek sambil melaungkan ucapan Selamat Hari Lahir.

Terkejut habis Encik Irfan. Daripada riak wajahnya dah boleh baca betapa terharunya dia dengan ingatan semua orang akan hari lahirnya, lebih-lebih lagi kawan baiknya, Tuan Ray. Mereka berpelukan.

“Thanks Ray. Aku tahu kau sayang aku,” Sempat lagi Encik Irfan mengusik Tuan Ray.

“Jangan nak perasan,” Tuan Ray menumbuk perlahan bahu temannya. Beberapa staf yang hadir turut mengucapkan tahniah. Aku juga tidak terkecuali. Gembira kerana dapat berkongsi pengalaman ini dalam sejarah hidupku. Best apa!

“Bila nak tiup lilin ni?” Khadija sudah mula merungut

“Eh, lupa pulak,” Encik Irfan meniup lilin. Semua orang bertepuk tangan.

“Kau baca doa selamat,” Encik Irfan mengarahkan kawan baiknya baca doa? Biar betul. Di saat orang lain mahu mengangkat tangan berdoa, tanpa sengaja aku terlepas ketawa kecil. Betul-betul tak boleh tahan. Encik Irfan buat lawak bodoh lagi. Semua orang memandang aku pelik. Kenapa? Aku pun bingung.

“Kenapa Qila?” Encik Irfan menyoal. Tuan Ray juga turut melemparkan pandangan hairan.

“Tak adalah. Bos buat lawak di pagi hari yang indah ni kenapa? Ada ke bos suruh Tuan Ray baca doa. Tuan Ray reti ke baca doa?” Aku tidak berniat ingin memalukan Tuan Ray tapi aku rasakan gurauan Encik Irfan itu sedikit melampau.

Khadija menyiku perlahan lenganku. Aku berpaling memandangnya. Kenapa? Encik Irfan menggeleng kepala.

“Apa salahnya saya suruh dia baca? Memang setiap tahun dia yang bacakan doa selamat untuk saya,” Encik Irfan menjawab tenang. Semua orang mula menadah tangan untuk mengaminkan doa. Aku? Aku pun ikut diorang tadah tangan. Kemudian kedengaran tenang dan lancar sekali Tuan Ray membaca doa selamat dalam bahasa arab. Aku terlopong. Dah tak berapa khusyuk mengaminkan doa apabila mendengar secara langsung dia berdoa. Tuan Ray Islam ke? Oh my God!!!

Jamuan diteruskan tapi kali ini di sambut di bilik mesyuarat di mana sebahagian staf sudah ramai menunggu di sana.

“Memang sambut meriah macam ni ke tiap-tiap tahun?” Aku bertanya Khadija sambil memerhatikan Encik Irfan bersama sepuluh orang staf  daripada pelbagai jabatan memotong kek masing-masing.

“Kau tanya aku macam aku ni dah kerja sepuluh tahun dekat sini. Hello Cik Aqilah, aku baru lagi tau. Masuk sekali dengan kau, itu pun kalau kau ingatlah,” Aku menepuk dahi. Ish, macam mana boleh lupa Ija masuk kerja sekali dengan aku. Aku memerhati seluruh ruang bilik mesyuarat. Kelibat Tuan Ray tidak kelihatan.

“Qila,” Panggilan Khadija mematikan lamunan aku. Aku berpaling memandangnya sambil mengangkat kening.

“Kenapa tadi masa bos aku nak baca doa, kau macam pertikaikan kebolehan dia? Dia terus bad mood lepas baca doa pagi tadi. Tidak puas hati dengan kau kot,” Aku terkedu. Jantung mula berdegup kencang. Rasa macam nak pecah dada.

“Ija, tetiba aku rasa nak resign,” Aku mula berfikir tidak betul.

“Laa, kenapa pulak?” Khadija mula serius apabila nampak aku yang dah panik semacam ni.

“Bos kau marah aku. Aku takut! Aku tak nak jumpa dia dah. Nanti dia marah aku,” Aku rasakan pandangan aku mula berbalam-balam dek mataku yang mula berair. Perasan bersalah dan takut menguasai diri. Khadija hanya mampu menggeleng.

“Kau ni Qila, takkanlah sampai nak resign? Chill arr. Rileks. Dia marah sekejap aje. Nanti okeylah tu. Lagipun bukan kau yang menghadap dia hari-hari tapi aku ni,” Khadija menuding jari pada dirinya sendiri.

“Tapi aku tetap boleh terserempak dengan dia. Dekat lif, pejabat bos aku dan banyak lagi sampai aku dah tak boleh fikir dah,” Aku mula mengurut pelipis. Risau bagai memikirkan masalah negara.

“Okey. Ada satu penyelesaian aje untuk masalah ni,” Khadija tersenyum memandangku.

“Apa?”

“Kau pergi mintak maaf dengan dia,”

“Ish, tak nak aku. Takut wei,” Tidak dapat aku bayangkan kalau aku cakap hal yang sebenar dekat dia. Boleh meletup mamat tu. Aku mintak maaf masa terpeluk dia pun dia tak bagi kata putus maafkan aku ke tak. Menyindir aku adalah. Ini nak cakap hal sebenar? Memang kau tempah mautlah Aqilah oii.

“Apa yang nak ditakutkan sangat? Dia bukan makan orang pun. Dia makan nasi macam kita jugak. Makan tomyam campur macam kau jugak. Hah, soalan aku tadi kau tak jawab lagi. Kenapa kau cakap dia tak reti baca doa?” Khadija mula membebel. Barangkali geram dengan aku yang cuba melarikan diri daripada menyelesaikan masalah.

“Aku cakap ni kau jangan marah atau jangan gelak atau jangan buat apa-apa ek. Kau dengar aje,” Main bersyarat pulak kau Aqilah. Khadija hanya mengangguk. Kononnya fokuslah tu.

“Aku ingat Tuan Ray non-muslim,” Aku berbisik perlahan di telinga Khadija. Terbeliak mata Khadija.

“What? But why?” Khadija berkerut kening.

“First sebab nama dia dan kedua sebab muka dia tak nampak sangat Melayu,” Ringkas dan padat jawapan yang aku beri.

“Tang muka aku boleh terima tapi nama? What’s wrong with his name?” Khadija masih keliru dengan penjelasan aku.

“Yelah. Ray. I think Ray stands for Raymond something or maybe Raynold,” Khadija gelak kuat lepas aku bagi cadangan nama Tuan Ray.

“Kau ni, imaginasi tinggi gila. Nama dia Melayulah,” Khadija masih ketawa senang.

“Apa?” Aku cuba merisik.

“Itulah kau suka serkap jarang. Orang siasat dulu. Aku tak nak bagitahu kau. Kau pergi check sendiri kat pintu bilik dia. Lagi satu, aku rasa kau patut mintak maaf dengan dia. Berat tu tuduhan kau ke atas bos aku. Kesian bos aku,” Khadija menggeleng kepala. Aku naik risau.

“Perlu ke?” Aku masih ingin menanyakan pendapatnya walaupun Khadija sudah memberi kata muktamad  tadi.

“Perlu!” Tegas Khadija lagi.

“Apa yang perlu dan apa yang tak perlu ni?” Tiba-tiba Encik Irfan muncul. Aduhai, suka sangat muncul time orang tengah berbincang perkara penting. Sibuk aje nak campur tangan. Aku memberi isyarat pada Khadija supaya menghapuskan sahaja subjek perbualan kami.

“Ni Cik Aqilah kita ni dah salah faham. Ada ke buat rumusan yang Tuan Ray tu non-muslim. Sebab tu dia pelik masa Encik Irfan suruh Tuan Ray baca doa selamat pagi tadi,” Khadija membongkarkan topik perbincangan kami. Aku menjeling tajam pada Khadija. Encik Irfan melopong.

“Sorry Qila aku terpaksa cakap. Aku rasa kalau kau mintak pendapat Encik Irfan pun dia akan jawab benda sama macam aku,” Khadija memeluk bahuku. Aku hanya mampu tertunduk. Malu kot.

“Kenapa Qila cakap Tuan Ray non-muslim dan nak minta pendapat saya tentang apa?” Encik Irfan sudah kelihatan tenang.

“Sebab kita panggil Ray. Ray stand for Raymond or Raynold. Satu lagi sebab boleh diterima kot sebab Tuan Ray kan mix,” Suara itu menyampuk lagi. Aku ketuk lengannya. Dia buat bodoh. Encik Irfan ketawa besar mendengar penjelasan daripada Khadija.

“Qila..Qila, lain kali siasat betul-betul..,”

“Saya tahu saya salah bos,” Aku memotong percakapannya. Bukan niat untuk biadap tapi aku rasakan apa yang bakal keluar dari mulutya sama aje dengan yang Khadija cakap dekat aku tadi.

“Jadi bos rasa perlu ke saya minta maaf dengan Tuan Ray?”

“Perlu. Tak baik awak anggap dia macam tu,” Aku cuba muhasabah diri. Apa yang nak ditakutkan? Mengaku salah dan minta maaf. Kalau dia tak nak maafkan , itu masalah dia dan yang penting, aku dah minta maaf. Simple.

“Iya, saya patut minta maaf. Tuan Ray kat mana sekarang?” Aku bertanya Khadija.

“Ada kat bilik dia. Pergilah. Bawa kek tu sekali. Dah hilang mood agaknya nak makan kek sebab kau dan jangan lupa check betul-betul nama dia kat pintu tu,” Panjang betul nasihat Khadija. Sayang bebenar dengan bos dia tu. Encik Irfan hanya mengangguk.

“Wish me luck,” Aku seolah-olah meminta sokongan.

“Jangan risau dia tak makan orang,” Encik Irfan sempat berlawak yang pada pendengaran aku tak kelakar langsung. Dia tak faham sebab dia tak duduk kat tempat aku sekarang. Stress!

Aku menguak perlahan pintu pejabat Khadija dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang piring yang berisi sepotong kek. Ada satu lagi pintu di dalam pejabat itu dan itulah pintu bilik Tuan Ray. Aku melangkah perlahan mendekati pintu biliknya. Aku mengetap bibir dengan perasaan kesal. Itulah lain kali siasat dulu, terngiang- ngianag kata-kata nasihat Khadija dan Encik Irfan tadi. Di pintu tertera perkataan bertinta keemasan

Muhammad Rayyan Amrif bin Muhammad Arsyad.

Aku memejam mata untuk mengumpulkan seluruh semangat dan kekuatan dalaman untuk berdepan dengan Tuan Ray @ Muhammad Rayyan Amrif. Lama jugak aku bertafakur. Perlahan-lahan mata kubuka. MasyaAllah, hampir terloncat aku apabila Tuan Ray sudah terpacak di depanku dengan pintu yang entah bila dibukanya. Aku mengurut dada. Kepala masih menunduk dengan kedua tangan memberi sokongan memegang piring kek. Kenapa aku tak sedar? Dah lama ke dia dok tilik aku? Bajet malu kot.

“What do you want?” Terdengar suaranya yang kurang mesra alam. Dingin.

“Erk..saya..ermm..saya..?” Dah apa kena dengan aku ni? Bertafakur bukan main lama tapi hasilnya gagap jugak.

“Masuk,” Arahnya sambil berlalu ke meja kerjanya dan melabuhkan duduk di situ. Muka masih serius. Aku memberanikan diri untuk melangkah masuk. Baru sekerat aku berjalan masuk, dia dah bagi arahan

“Close the door,”

“Why?” Kenapa perlu tutup pintu? Supaya dia boleh maki hamun aku untuk melampiaskan amarahnya. Glup..terasa kesat air liur yang ditelan. Dia menghadiahkan pandangan tajam padaku yang cukup membuatkan aku cepat-cepat bergerak ke pintu dan menutupnya perlahan. Ya Allah, lembutkanlah hati hambaMu itu. Aku duduk di hadapannya. Mulutku terkumat-kamit berselawat dan istighfar. Semoga Tuan Ray tak marah-marah sangat. Sikit-sikit dahlah.

“Awak datang sini semata-mata nak exercise mulut depan saya?” Tuan Ray berpeluk tubuh sambil merenungku. Aku berhenti berzikir.

“Erk tak tuan. Tadi tu saya berzikir,” Percaya ke dia dengan alasan aku?

“Kenapa berzikir depan saya? Nak tunjuk baik? Atau awak nak tunjuk awak lebih pandai berzikir dan saya tak pandai? Macam tu?” Aku terkedu. Tak tahu nak kata apa. Dia betul-betul tersentap dengan aku pasal kes pagi tadi. Aku mengeluh perlahan.

“Maafkan saya tuan. Saya tak bermaksud nak merendah-rendahkan kredibiliti tuan. Saya berzikir sebab nak hilangkan gemuruh hati, doa sikit biar Allah SWT lembutkan hati tuan. Pasal kes pagi tadi tu saya nak minta maaf banyak-banyak,” Terangku panjang lebar.

“Macam ini ke cara orang mintak maaf?” Aku tersentap. Rasa nak marah pun ada. Dah kira baik aku minta maaf ni. Memang nak kena dia ni.

“Maksud tuan?” Aku cuba bersabar. Sesungguhnya Allah mengurniakan ganjaran yang tinggi bagi manusia yang menahan amarah. Marah itu datangnya daripada hasutan syaitan. Ya Allah, jauhkan hambaMu ini dari godaan syaitan.

“Yelah, nak minta maaf tapi tunduk tengok tangan sendiri. Awak minta maaf dengan saya ke dengan tangan awak?” Terasa kebas wajahku. Dia sindir aku lagi!

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku betul-betul gelabah sekarang. Aku rasakan setiap pergerakanku diawasi matanya. Rasa serba tak kena.

“Pandang mata saya dan minta maaf,” Arahnya lagi.

Hah, sudah. Ini yang aku lemah ni. Nak bertentang mata? Dengan Encik Irfan pun jarang aku bertentang mata sebab masa cakap dengan dia aku sibuk pandang buku nota untuk mencatit amanatnya. Ni nak kena bertentang mata dengan Tuan Ray? Bala apa ni atau kalau nak ayat yang lebih klise, takdir apa yang sedang bermain dengan kami ini?

Aku mengangkat wajah perlahan-lahan dan merenung matanya. Tdak sampai sepuluh saat aku jatuhkan balik wajahku. Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh! Matanya terlalu tajam dan cantik untuk ditenung. Dah gila ke apa aku merapu sampai ke situ.

“Nak minta maaf ke tak ni? Awak ingat saya free memanjang ke?” Kan dah kena.

Sekali lagi aku cuba menentang matanya. Terbias seluruh figura wajahnya dilaman korneaku. Aku cuba bertahan membalas serangan pandangnya. Aku dapat rasakan wajahku hangat. Mesti merah gila. Yang makhluk depan aku ni tak ada perasaan malu ke tenung anak dara orang macam ni sekali? Huh, lelaki. Kalau dah nama lelaki tetap lelaki jugak. Suka ambik kesempatan terhadap wanita lemah gemalai macam aku ni. 

“Saya minta maaf tuan,” Susah payah aku menyusun empat patah perkataan itu. Yelah, mana nak susun ayat dan mana nak kawal rentak jantung aku yang berdentam-dentum nih.

“Apa? Saya tak dengar?” Aku mengetap bibir dengan perangai mengada-ngadanya. Tipu tak dengar. Pekak ke apa?

“Saya minta maaf,” Ulangku sekali lagi dengan lancar.

“Boleh jelaskan kes pagi tadi?” Wajahnya masih lagi serius

“Sebenarnya saya salah faham dengan tuan. Silap saya tak siasat betul-betul dan buat tuduhan melulu,” Aku mula relaks bila dah terlepas ayat itu. Tinggal nak habiskan sedikit lagi ayat tambahan. Mintak-mintaklah dia maafkan aku.

“Saya pertikaikan kebolehan tuan baca doa sebab saya salah faham. Saya ingatkan tuan ni non-muslim,” Sambungku lagi. Tahniah Qila! Kau dah berjaya meluahkan segala beban kau. Alhamdulillah.

“What? I am non-muslim? Why?” Lalu aku menerangkan segala yang aku terangkan pada Khadija dari Alif sampailah huruf Ya. Kulihat Tuan Ray menggeleng perlahan seakan tidak dapat menerima kebodohan aku.

“Jadi, dah tahu nama Islam saya?” Aku tahu dia sindir aku. Aku hanya mengangguk.

“So, what do you expect from me? Maafkan awak? Macam tu? Awak tahu tak awak dah lemparkan tuduhan yang berat pada saya? Awak ingat saya boleh maafkan awak macam itu aje?”

Ayat power dia dah keluar. Ini ayat macam nak panjangkan pergaduhan atau kata nama lain ayat tak nak maafkan orang. Darah gemuruh aku dah hadir tanpa dijemput. Masalah.

“Sebab itulah saya betul-betul nak mintak maaf dengan tuan ni. Tak boleh ke kita kira selesai macam tu aje? Saya mengaku saya silap. Saya ikhlas nak mintak maaf dengan tuan ni,” Aku masih merayu. Mata dah macam nak berair aku rasa. Ija tolong aku!

“Awak cakap senanglah sebab awak tak berada kat tempat saya,” Tuan Ray seakan tidak dapat menerima maaf yang kupinta. Macam mana ni?

“Tuan tak puas hati apa lagi dengan saya? Saya dah mintak maafkan?” Aku menunjukkan sedikit rasa tak puas hatiku. Tapi tak adalah dengan nada tinggi. Nada biasa-biasa aje.

“Marah nampak? Tadi kata ikhlas nak mintak maaf?” Kena sindir lagi. Aku telan.

“Eh, tak. Tak marah pun. Ikhlas ni. Macam inilah, tuan nak suruh saya buat apa supaya tuan maafkan saya? Saya sanggup buat apa saje asalkan tuan dengan seikhlas hati maafkan saya,” Aku cuba menggunakan teknik jual beli. Mana tahu dia berminat. Kulihat dia berfikir panjang. Hah, kan dah cakap dia pasti berminat punya.

“Okey deal. Awak kena ikut segala permintaan saya selama sebulan berkuat kuasa dari sekarang. Boleh?” Dia merenungku menantikan jawapan. Aku tersentak. Ikut permintaan dia? Permintaan apa? Sebulan? Lama tu. Argh, peduli apa aku, nanti pandai-pandailah aku elak. Encik Irfankan ada.

“No deal, no forgiveness,” Ugutnya lagi.

“Okay. Deal!,” Sambutku cepat-cepat.

“Jadi, tuan dah maafkan sayalah ni? Terima kasih tuan,” Aku tidak dapat menahan perasaan gembiraku sekarang. Selesai masalah. Betul kata Ija, kalau kita ada masalah, cuba selesaikan walau macam mana rumit sekalipun. Jangan sekali-kali melarikan diri. Tengoklah sekarang. Aku dah bebas.

“Siapa kata saya maafkan awak?” Ayat itu berjaya mencincang lumat perasaan gembiraku.

“Tuan cakap tadi?” Aku menjawab berani. Dia ni nak main-mainkan aku ke?

“Tempoh sebulan tak habis lagi. Tamat tempoh barulah rasmi saya maafkan awak. Ingat!,” Suka ugut orang.

“Kalau dalam tempoh tu saya meninggal macam mana?” Aku tak mintak tapi kalau ajal dah sampai sesiapa pun tak dapat mengelak. Tuan Ray macam tidak puas hati dengan pertanyaan aku. Tidak suka barangkali aku bercakap pasal kematian.

“Saya bukannya jahat sangat. Tahulah saya maafkan awak,” Jawabnya datar.

“Kalau macam tu, legalah hati saya. Kek ini untuk tuan. Khadija suruh saya bagi sebab dia kata tuan tak makan lagi kek ni. Saya keluar dulu. Terima kasih tuan,” Aku bangun untuk melangkah keluar dengan perasaan gembira yang tak dapat ditahan-tahan. Tak sabar nak soseh-soseh dengan Ija pasal ini.

“Siapa kata awak boleh keluar sekarang?” Pergerakanku terhenti. Tidak jadi melangkah. Bala apa lagi ni?

“Duduk!” Ayat arahan keluar dari mulutnya. Aku patuh.

“Habiskan kek tu,” Tuan Ray menolak piring berisi sepotong kek di hadapanku.

“Tapi ini kek tuan,” Aku cuba menolak. Buang tebiat apa aku nak makan kek dia depan dia?

“Saya dah kenyang. Sekarang saya nak awak habiskan kek ni depan saya. Lepas tu baru awak boleh keluar. Baru hari pertama dah buat hal tak nak ikut arahan saya? Betul-betul nak kemaafan ke ni?” Hah tu dia ayat orang gila kuasa. Bajet berdendamlah kononnya. Aku tiada pilihan lain selain mencapai sudu yang diletakkan di tepi piring dan menyuap perlahan kek itu. Sesuap, dua suap, tiga suap. Aku dah muak. Lagipun sebelum naik tadi aku dah makan tiga potong kek berlainan perisa. Seksanya nak habiskan sepotong ni. Dahlah dia dok tenung aku makan. Aku rasa serba tak kena.

Perlahan-lahan aku mengangkat muka lalu menggeleng. Buat muka kasihan. Dia hanya tenung aku dengan wajah tanpa perasaan.

“Tak larat nak habiskan?” Aku mengangguk sambil memandang separuh lagi kek yang tidak berdaya aku telan.     

“Biar saya habiskan,” Seraya itu Tuan Ray mencapai piring dan sudu yang aku pegang. Dalam sekelip mata dia menghabiskan baki kek yang tinggal dengan menggunakan sudu yang aku guna tadi. Dia tak geli ke makan pakai sudu bekas aku? Kek bekas aku? Biar betul? Dahlah kat restoren hari tu aku makan makanan yang datang dari sudu dia. Kes ini boleh diklasifikasikan sebagai berkongsi makanan dan item yang digunakan untuk makan. Macam tu ke? Aku rasa seram tiba-tiba. Tidak berkelip aku memandangnya. Dia? Buat selamba badak! Tadi kata kenyang.

“Dah habis. Tolong bawa piring ni keluar sekali,” Tuan Ray menolak piring yang sudah kosong padaku. Aku masih terpaku dengan aksinya tadi. Apa kena dengan aku ni?

“Anything else?” Soal Tuan Ray apabila melihatkan aku yang masih statik tidak bergerak.

“Nothing,” Aku pantas bangun mencapai piring dan terus keluar dari bilik yang ku rasakan berbahang walaupun terpasang penghawa dingin. Stress!!


4 comments:

  1. cik pengarang, doakan sy dpt lelaki cmni ye.. romantik bangat sih!!! he3

    ReplyDelete
  2. suka r ngan watak rayyan n qila nie...... bez btul cter nie..

    ReplyDelete
  3. Cik bagus sekali ceritanya,, saya suka..

    ReplyDelete