Thursday 12 July 2012

Cinta Itu Indah! 14

“Hai, termenung jauh nampak?” Aku tersentak. Bila berpaling, Tuan Ray sudah berdiri tegak di belakangku. Macam mana boleh tak sedar dia masuk ni?

“Ya Allah tuan, terkejut saya. Nasib baik tuan datang. Tolong saya tuan, saya kena paksa ambik test memasak ni,” Aku dah mula kalut. Tuan Raylah satu-satunya harapan aku yang boleh hentikan ujian yang entah apa-apa ni. Tuan Ray dah silap pilih orang, aku memang pandai berlakon tapi kalau nak lengkapkan sekali dengan pakej pandai memasak memang aku gagal.

“Mama suruh awak masak?” Aku mengangguk dengan penuh keyakinan. Bersinar-sinar aje aku nampak Tuan Ray sekarang, dah macam para-para yang akan tolong aku dalam kesusahan. 

“Yalah tuan. Tapi saya ni bukannya pandai sangat masak-memasak ni. Saya pandai rasa masakan aje,” Tanpa segan silu aku menceritakan masalah yang aku hadapi sekarang. Tuan Ray sudah berkerut kening melihatku. Dia hairan barangkali dengar aku tak pandai masak. Pelik sangat ke? Aku rasa ramai aje orang yang kurang pandai memasak macam aku ni. Contoh terdekat adik aku, Aleeya! Dia pun tak berapa pandai dan gemar bab masak-memasak ni.


“Awak tak pandai masak? Are you sure?” Kan dah cakap, dia memang tak boleh terima kenyataan itu.

“Bukannya tak pandai langsung cuma kurang pandailah,” Kenalah pandai cover. Jatuh saham aku depan dia.

“So, apa masalahnya? Bukan tak pandai tapi kurang pandai tu maknanya bukan awak tak boleh masak tapi bolehkan? Masak ajelah” Amboi mulut, memanglah Tuan Ray ini jenis yang simple minded. Aku punyalah rumit nak fikir dan selesaikan masalah aku, dia pula buat kesimpulan mudah macam tu aje?

“Tuan ni memang tau, tak kesiankan saya langsung. Mintak tolong saya menyamar jadi kekasih tuan dan sekarang sampai melarat jadi bakal menantu pulak. Tuan masih layan saya macam ni?” Aku dah berpeluk tubuh menghadapnya. Tak tahu nak hargai pertolongan orang langsung. Bukannya aku mintak balasan ke apa tapi bak kata pepatah, jika orang itu dah berbudi, pandai-pandailah kita berbahasa. Tak sensitif langsung bos Khadija ni.

“Habis tu awak nak saya layan awak macam mana? Layan macam seorang kekasih? Awak nak ke kalau saya buat macam tu?” Soal Tuan Ray sambil memajukan langkah mendekati aku. Dekat dan semakin dekat. Cepat-cepat aku berpaling dan kembali duduk di kerusi. Apa perangai gila dia dah kembali meyerang ke apa?

“Erm, tak payah susah-susah. Layan macam biasa aje,” Detak jantung yang sudah berdegup dengan tidak normal cuba kukawal setenang mungkin. Tuan Ray ni dah macam mesin kawalan jantung aku. Bila-bila masa sahaja dia boleh buat jantungku berdegup laju dan dalam sekelip mata juga dia boleh buat jantungku kembali berdegup normal. Dia pakai ilmu apa ek?

“Never mind. Kalau saya tak kesiankan awak, saya tak akan datang sini tolong awak Cik Qila,” Tuan Ray juga melabuhkan duduk setentang denganku.

“Tuan nak tolong saya?” Aku dah rasa nak melompat. Yeah! Eh, tapi sekejap.

“Tolong apa?” Soalku lagi

“Tolong masaklah,” Aku tak tahu perasaan apa yang patut aku rasa sekarang. Bersyukur sebab ada orang nak menolong atau susah hati sebab yang menolong itu Tuan Ray? Aku nak memasak berdua-duaan dengan dia? Ish, tak pernah terbayang difikiranku.

“Bukan pembantu rumah yang patut tolong saya?”

“Memang mama ada pembantu rumah tapi mama tak akan sesekali benarkan pembantu rumah masak dan uruskan dapur kesayangan dia ni. Awak bertuah sebab diberi peluang untuk mencurahkan bakat dekat dapur ni. So, are you ready to cook?” Aku telan liur. Bersediakah aku?

“Masalahnya, kita nak masak apa?” Aku renung semua bahan-bahan atas  meja. Terlalu banyak sampai aku dah buntu nak fikir masakan apa yang patut aku masak tengah hari ini.

“Kita? No, no, no. Awak! Bukan kita. Saya cuma tolong apa yang patut aje,” Hek eleh, berlagaklah pulak mamat ni. Benci aku tengok dia sekarang. Blah kau dari sini! Nak aje aku cakap macam tu tapi tak terluah di mulut. Memang kau sengaja cari nahaslah kalau kau berani halau dia dari dapur. 

“Okay fine. Jadi saya akan masak masakan yang ringkas dan mudah sajalah,” Ujarku.

“As you wished, sebab awak yang akan ambik test ni, bukan sayakan?” Ish, lagi sakit hati.

“Saya rasa saya nak masak sup ayam, ikan goreng, udang masak kunyit dengan sayur campur. Okey tak tuan?” Aku cuba tidak mengambil hati dengan kata-kata sinisnya tadi.

“Masakan mudah macam tu, saya pun boleh masak,” Jawapannya buat aku rasa malas nak masak. Bukannya nak bagi semangat, menyindir sahaja kerjanya.

“ Tuan ni saja nak sakitkan hati sayakan?”

“Eh, mana ada. Awak terasa ke? Saya mintak maaflah. Jomlah masak,” Wajahnya masih tak berperasaan. Geram betul aku. Nantilah kau, ada ubi ada batas. Galaxy Note dalam beg tangan aku ambil. Fikirku ingin mencari resepi sup ayam yang enak dan mudah dimasak. Segalanya di hujung jari anda.

“Kata nak masak?” Aku pandang wajah Tuan Ray. Ish, kalau ya pun sabarlah, semua benda nak cepat.
“Ya nak masaklah ni, tapi sebelum tu kena cari resepi dia dulu,” Aku kembali menumpukan pandangan pada skrin telefon.

“Awak tak pernah masak sup ayam ke?”

“Tak pernah,”

“Habis tu kenapa nak masak jugak sup ayam?”

“ Sebab ramai orang cakap resipi sup ayamlah yang paling ringkas dan mudah,” Makanan untuk orang sakit. Mudah dan cepat dimasak.

“Qila, awak memang tak pandai masakkan?” Aku mendongak memandangnya. Rasa malu mula menjengah. Daripada senyuman sinisnya aku dah faham yang dia sedang gelakkan aku.

“Erk, bukan tuan, sebenarnya dari segi teori saya boleh hafal dan ingat segala resipi dan cara membuatnya cuma dari segi praktikalnya, saya tak pernah praktis,” Itulah yang sebenarnya berlaku. Dari segi teori aku memang selalu tengok mak aku masak tapi aku tak pernah buat semua tu. Emak pun tak adalah nak bising sangat suruh aku masak. Kadang-kadang dihalaunya aku dari dapur, katanya aku hanya membuatkan dia serabut dan kerja yang sepatutnya siap cepat dah bertukar menjadi lambat. 

“Habis tu kalau kat rumah, selalunya siapa yang masak?” Soalnya lagi. Ini dah lebih dah ni. Mengalahkan bakal mertua punya soalan.

“Mak saya. Saya tolong-tolong aje,” Aku tersengih memandangnya. Tuan Ray sudah menggeleng kepala. Teruk sangat ke aku tak pandai masak?

“Dah, tak payah nak tengok resepi, biar saya ajar awak cara nak masak sup ayam yang mudah dan ringkas,” Biar betul? Tuan Ray nak ajar? Dia pandai masak ke?

“Betul tuan?” Soalku tidak percaya. Tuan Ray hanya mengangguk.

“Jadi apa langkah yang pertama?” Aku dah mula bersemangat. Rasa macam nak capai semua bahan atas meja.

“Langkah pertama, pusing belakang” Arah Tuan Ray sambil bangun dari duduknya. Aku juga turut berdiri menghadapnya.

“Kenapa pulak kena pusing?” Soalku tidak faham. Apa kena mengena langkah pertama memasak dengan berpusing ke belakang? Aku bukannya nak buat pertunjukan fesyen.

“Jangan banyak tanya boleh tak? Nak belajar ke tak nak ni?” Tuan Ray sudah bercekak pinggang. Hai, asyik nak marah aje dia ni. Datang bulan ke apa?

“Nak” Jawabku malas sambil berpaling ke belakang. Tidak semena-mena Tuan Ray menyarungkan apron ke badanku dari belakang.

“Eh, apa ni tuan? Kalau ya pun nak saya pakai apron, saya boleh pakai sendiri,” Aku cuba berpaling untuk menghalangnya daripada mengikat tali apron di belakangku malangnya tindakan Tuan Ray lebih pantas apabila dia memegang kedua-dua bahuku dari belakang. 

“Jangan bergerak boleh tak? Saya buat semua ni supaya lakonan kita bertambah mantap. Satu lagi, jangan panggil saya tuan, kalau mama saya dengar nanti apa pulak katanya? Awak rasa dia percaya awak tu kekasih saya kalau awak panggil saya tuan? Tak pernah dibuat orang, awak tahu?” Alah, bukannya Auntie Jasmin ada kat dapur nak tengok dan dengar semua itu pun, protesku dalam hati.

“Habis tu nak panggil apa?” Soalku bodoh. Aku dapat rasakan sekarang yang Tuan Ray sedang sibuk mengikat tali apron. Kalau orang tengok ni, pasti mereka akan anggap aku dengan Tuan Ray pasangan bahagia sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar yang telinga aku ni dah bernanah dan nak luruh mendengar sindirannya.

“Panggil je Rayyan. Tapi kalau awak nak hayati watak awak dengan lebih mendalam awak boleh panggil saya sayang. Macam hari tu,” Bisiknya dekat telingaku. Wajahku dah cukup merah apabila mendengar sindirannya. Kenapalah mulut dia ni suka sangat sindir orang? Mulut tak berdisiplin macam tu patut diberi hukuman. Aku menjeling plastik cili merah di atas meja, bila agak-agaknya aku boleh satukan cili itu dengan mulut Tuan Ray?

“Saya rasa Rayyan pun dah cukup,” Cepat-cepat aku berpaling dan kembali berhadapan dengannya. Tuan Ray mengangguk setuju.

“Jadi apa langkah pertama?” Aku bergerak ke meja untuk memilih bahan.

“Mula-mula kena pilih bahan nak masak suplah,” Tuan Ray menyebut satu persatu bahan-bahan untuk memasak sup ayam. Pening kepala aku nak mengingatnya, bahan nak buat sup punyalah banyak dan pelik-pelik namanya. Tuan Ray pula sedap-sedap aje duduk di kerusi sambil meneguk peel fresh.

“Buah pelaga tu yang mana?” Aku dah rabun mata melihat segala rempah-ratus di atas meja.

“Awak tak kenal buah pelaga?” Soalnya tidak percaya.

“Bukan kata buah pelaga aje. Satu lagi, alah apa tuan sebut tadi? Erm, bunga lawang. Hah, itu pun saya tak kenal,” Tanganku silih berganti menyentuh bahan-bahan masakan. Tuan Ray mengeluh perlahan.

“Qila sayang, yang namanya buah pelaga tu ni hah. Tengok betul-betul dan ingat,” Ujar Tuan Ray sambil tangannya mencapai buah pelaga dan dilalukan di hadapan mataku.

“Laaa, nama kau buah pelaga ke? Kenapa tak cakap awal-awal yang nama kau buah pelaga? Saya kenal dia, tapi tak tahu nama dia,” Aku pura-pura berbual dengan buah pelaga.

“Dalam banyak-banyak bahan, takkanlah awak tak boleh agak bunga lawang yang mana satu?” Tuan Ray seolah-olah mempertikaikan kebolehanku. Perlahan-lahan aku mencapai bahan yang berbentuk seperti kelopak bunga yang berkembang.

“Yang ini?” Aku dekatkan bahan itu pada wajahnya. Tuan Ray menepis perlahan tanganku.

“Boleh pun agak,” Jawabnya sambil bergerak ke kerusi. Duduk lagi.

“Tumbuk halia tu,” Arahnya lagi. Aku mencapai lesung batu di atas kabinet kemudian membasuh halia sebelum ditumbuk.

“Nak tumbuk banyak mana tuan?” Inilah masalah aku. Aku tak reti nak agak, kalau suruh aku masak, aku kena ada resipi yang ada penjelasan tentang banyak mana bahan yang perlu digunakan.

“Ikut suka hati awaklah”, Jawabnya pendek. Bunyi macam malas nak layan aku dah. Takkan dah give up kot? Aku berpaling dan menyandar di kabinet. Tuan Ray kulihat sudah menuang air untuk gelas kedua. Minum tak ajak aku pun. Bagus benar layan tetamu macam ni.

“Mana boleh macam tu. Saya tak reti nak agak-agak ni,” Protesku.

“Dua inci pun dah cukup,” Jawabnya lagi.

“Dua inci?” Dua inci panjang mana ek? Aku cuba mengagak panjang dua inci. Berpusing-pusing halia itu aku pegang untuk mencari bahagian yang paling sesuai untuk dipotong.

“Jangan cakap yang awak nak ukur halia tu. Potong je sebesar ibu jari kaki awak pun dah cukup,” Ish, macam boleh tahu pulak dia ni. Aku jeling ibu jari kakiku. Owh, besar tu aje nak guna. Pantas aku mencapai pisau dan memotong halia itu. Ish, kenapa halia ni keras sangat? Pisau kecil yang aku guna ni tumpul ke? Atau halia ni yang keras?

“Apa yang susah sangat nak potong tu?” Tuan Ray dah bising. Aku berpaling merenungnya tajam malangnya dia sedikitpun tidak menghiraukanku. Tuan Ray sedang sibuk mengupas kulit bawang putih.

“Halia ni yang keras,” Aku ketuk-ketuk halia itu dengan pisau di tanganku. Eei, geram aku.

“Halia yang keras atau awak yang tak pandai potong halia?” Itu dia! Mulut yang suka menyindir orang dah mula mencemar duli. Tuan Ray menjelingku sekilas sebelum menyambung kerjanya. Aku ketap bibir.  Perasaan geram dan menyampah mula bercampur baur. Kenapa dia boleh sedap-sedap sindir aku lepas tu buat macam tak ada apa-apa? Dia tahu tak yang hati aku ni dah parah dan berdarah? Darah? Tiba-tiba aku teringat amarannya suatu masa dulu

“Lain kali jangan main-main boleh tak kalau melibatkan benda-benda macam ni? Saya tak suka!” Itulah kata yang berupa amaran selepas aku tenyeh sirap dekat hidungku. Memang dia marah gila dengan aku sebab bergurau macam tu. Apa kata aku test dia sekali lagi?

“Hah, termenung apa lagi tu?” Sergahnya tiba-tiba. Sekali lagi aku mencapai pisau dan berpura-pura memotong halia. Tanpa pengetahuannya aku hempaskan pisau ke dalam singki kemudian mengaduh kesakitan.

“Ouch, sakitnya,” Aku merengek perlahan. Bunyi macam gedik pun ada. Ibu jari kanan aku genggam dengan tangan kiri. Tak sampai tiga saat Tuan Ray sudah terpacak di sebelahku. Wajahnya kelihatan risau sangat. Eei, suka! Suka! Suka!

“Kenapa ni? Luka kena pisau ke?” Pandangannya sudah tertumpu pada jariku yang saling menggenggam. Aku mengangguk dan masih berlakon sakit.

“Bak sini saya tengok,” Pintanya sambil cuba mencapai tanganku. Aku pantas menyembunyikan tangan di belakang badan.

“Degil. Mari sini saya tengok!” Tuan Ray dah mula meninggikan suara. Aku pantas menyuakan jariku di hadapannya.

“Jeng jeng jeng! Tak luka pun,” Aku tergelak sambil melambaikan jariku padanya. Padan muka. Mesti perasaan dia yang tadinya tenang waktu sindir aku dah hura-hara dengan penipuanku dan sekarang kembali tenang selepas tahu aku hanya menipunya. Hehe. Perlahan-lahan aku berhenti ketawa dan menjatuhkan tanganku. Iyalah macam tak kena pulak apabila hanya aku seorang yang gelak. Tuan Ray? Dia hanya senyap merenungku tajam. Marahlah tu. Aku melarikan pandangan dengan beralih menghadap singki dan mencapai pisau untuk memotong halia. Suasana kat dapur sekarang macam suasana dalam kelas kimia yang diajar oleh Profesor Severus Snape dalam movie Harry Potter. Suram dan sunyi sepi. Aku jadi Harry Potter dan Tuan Ray jadi Profesor Snape.

“Qila, sekali lagi awak bergurau dengan saya macam ni, saya tak akan teragak-agak untuk balas dengan gurauan yang awak tak akan pernah terfikir sekalipun dalam hayat kehidupan awak. Faham?” Aku telan liur mendengar amarannya.

“Tuan yang buat saya rasa nak buat macam ni,” Panggilan sudah bertukar kepada yang asal. Takut aku nak berbahasa santai dalam keadaan dia yang macam sekarang ni.

“Saya buat apa?”

“Tuan suka sindir saya. Saya geram tau,” 

“Bila masa pulak saya sindir awak?”

“Tadi tu, memang halia ni yang keras, bukannya saya tak pandai potong,” Aku tunjal halia di atas papan memotong sehingga halia itu tergolek masuk ke dalam singki. Wah, benci betul kau dengan halia tu.

“Awak nak potong apa sebenarnya ni?” Suaranya berbunyi lagi.

“Halialah, bukankah tuan suruh saya potong dan tumbuk halia tadi?” Memasak dengan Tuan Ray memerlukan kesabaran yang tinggi. Lama-lama boleh meletup dapur ni.

“Awak pasti ke benda yang awak nak potong tu halia?” Kali ini dia turut berdiri di sebelahku di hadapan singki. Aku pandang halia dalam singki dan mencapainya. Tuan Ray dah rabun agaknya.

“Betullah ini halia,” Aku dekatkan halia pada wajahnya. Jika diikutkan hati aku, nak aje aku tenyeh halia ni dekat muka dia. Tuan Ray merampas halia daripada tanganku.

“Ini lengkuaslah,” Ujarnya. Aku terkedu. Biar betul? Tuan Ray kembali ke meja dan mencapai sesuatu.

“Ini baru halia,” Dia kemudian menghulurkan halia padaku.

“Lah, saya ingatkan sama aje tadi, patutlah keras” Sumpah, aku tengok halia dengan lengkuas lebih kurang sama aje.

“Sama awak cakap? Tak nampak yang halia tu saiznya lebih kecil sedikit? Lagipun kulit lengkuaskan tak selicin kulit halia? Macam mana awak boleh nampak kedua-duanya sama?”  

“Saya ingatkan lengkuas tu halia yang dah lama, maksud saya yang dah nak buruk, sebab tu saya pilih lengkuas, gunakan yang dah lama dulu, nanti baru habiskan yang baru,” Panjang lebar aku menerangkan teori kefahamanku. Tuan Ray menggeleng kepala apabila mendengar jawapanku.

“Awak memang fail Qila bab memasak ni,” Kenyataan Tuan Ray sedikit membuatkan aku kecil hati.

“Habis kalau saya fail sekalipun, ada kena mengena dengan tuan ke?” Balasku dingin. Pedih kot hatiku.

“Hai, tersentap ke?”

“Adalah sikit,”

“Kadang-kadangkan Qila, untuk berjaya kita perlu telan segala kepahitan termasuklah kutukan orang dekat kita,”

“Jadi tuan kutuk sayalah ni?”

“Kasar sangat perkataan tu, anggap saja saya bagi awak peringatan atau nasihat yang pentingnya untuk seorang perempuan mempunyai kemahiran memasak. Okay?” Tuan Ray menghadiahkan senyuman padaku menandakan bahawa dia betul-betul ikhlas memberi nasihat.

“Okay, saya cuba fikir dari sudut pandangan yang positif, tapi tuan jangan risaulah sebab saya masih ada masa setahun untuk belajar memasak,” Aku membasuh halia yang di beri tadi dan berjaya memotongnya dengan mudah. Ish, malu betul bila diingatkan kejadian tadi.

“Kenapa setahun?”

“Sebab saya akan kahwin bermula setahun dari sekarang,” Aku memasukkan halia dan bawang putih yang sudah dikupas bawangnya ke dalam lesung. Tuan Ray setia mengekoriku ke hulu dan ke hilir apabila aku bergerak untuk mencapai sesuatu bahan. Rimas jugak macam ni.

“Ish, kenapa tuan ikut saya ni? Cuba tuan duduk diam-diam,” Aku membebel apabila dia turut duduk mencangkung disebelahku apabila aku cuba mengambil garam kasar yang diletakkan di bawah kabinet

“Kahwin? Dengan siapa?” Tuan Ray langsung tidak menghiraukan bebelanku tetapi sibuk mendapatkan penjelasanku

“Dengan siapa-siapa aje,” Aku kembali berdiri dan memasukkan garam ke dalam lesung.

“Boleh tumbuk ni?” Aku bertanya. Bukan apa, saja cuba mendapatkan kepastian, aku bukannya pandai sangat nak boleh ingat terus apa yang dia ajar awal-awal tadi.

“Mana boleh dengan siapa-siapa aje. Awak ingat kahwin ni macam main masak-masak?” Lah, lain pulak yang dijawab. Tanpa menunggu jawapannya aku menumbuk bahan yang dimasukkan tadi. 

“Sebenarnya mak saya bagi tempoh setahun untuk saya cari calon pilihan saya tapi kalau saya gagal, dia yang akan cari untuk saya,”

“Habis tu awak nak terima macam tu aje? Awak nak ke kahwin dengan orang yang awak tak kenal?” Ewah-ewah pertanyaan dia macamlah dia tu pernah kahwin dengan orang yang dia tak kenal.

“Tak kenal maka tak cinta. Bercinta selepas berkahwin okay jugak,” Betul ke teori aku tu? Tapi kalau boleh aku nak kahwin dengan orang yang aku dah kenal hati budinya. Tak naklah kahwin tangkap muat macam tu aje.

“Awak ni serius ke?”

“Seriuslah. Sebab tu saya kena cepat-cepat selesaikan misi kita ni. Saya nak pergi usha anak teruna orang,” Aku pantas menggaulkan ayam yang sudah dipotong siap bersama dengan bahan yang ditumbuk tadi.

“Berani ke?” Aku kerling pandang pada Tuan Ray. Nak jawab apa ni?

“Why not? Sekurang-kurangnya kena usahalah sedikit. Takkanlah nak duduk diam dan tunggu aje?” Betul tu, kalau kita nakkan sesuatu jangan hanya tunggu dan berserah sahaja tetapi sekurang-kurangnya berusahalah untuk mendapatkan apa yang diidam dan selepas itu barulah kita serahkan pada Yang Maha Berkuasa untuk menentukan segalanya. Itulah yang dinamakan konsep bertawakkal. Tuan Ray kelihatan seperti sedang memikirkan kata-kataku tadi. Tidak percaya barangkali bila aku cakap aku nak tackle anak teruna orang.

“Erm, tuan,” Panggilku sambil tangan masih setia menggaul ayam, lama-lama boleh hancur ayam ni dikerjakan aku.

“Apa?” Tuan Ray pandang mangkuk ayam.

“Jejaka yang Auntie Jasmin panggil Along tadi tu abang tuan ke?”

“Along? Aah, dia abang sulung saya. Kenapa?” Cepat sahaja pandangannya beralih pada wajahku. Siap jongket kening lagi.

“Masa saya sampai tadi, saya terserempak dengan dia. Agak-agaklahkan, kalau saya usha dia, dia boleh suka saya tak?”

“Apa awak cakap?” Matanya sudah membulat.

“Tuan selalu macam ni. Selalu buat-buat tak dengar. Saya tanya agak-agak tuanlah abang tuan boleh suka dengan saya tak?”

“Say it again?” Pintanya lagi. Kenapa macam pelik aje ni? Tuan Ray dah pekak ke apa?

“Alah, tipulah tak dengar. Kalau tuan tak nak jawab sudah. Nanti lepas ni, bila auntie jemput saya ke sini lagi, saya akan cari peluang biar terserempak dengan dia,”

“Awak merepek apa ni? Are you serious?” Tone suaranya dah naik satu perpuluhan tiga oktaf.

“Salah ke soalan saya?” Soalannya aku balas dengan soalan juga.

“Kenapa mesti abang saya?” Soalan lagi. 

“Erk, tak ada apa-apa, dah boleh start masak dah ni tuan. Bahan semua dah siap,” Aku cuba tukar topik. Kenapalah mesti hari ini Tuan Ray berlagak macam Professor Snape? Kecut jugak hati aku.

“Apa yang awak nampak lebih pada dia?” Ya Allah Qila, kau memang tersilap jolok sarang tebuanlah. Masalah! Masalah!

“Err, saya panaskan periuk vision dulu ek,” Aku berpaling untuk mendapatkan periuk vision apabila Tuan Ray menarik pergelangan tanganku sehingga aku berpusing menghadapnya. Huish, dah macam filem aksi! Aku cuba menarik tanganku tetapi tidak berjaya. Genggaman tangannya begitu kemas tapi sedikitpun tidak menyakitkan tanganku. 

“Nurul Aqilah dengar sini. Awak jangan pernah sekali terfikir nak usha abang saya,” Ayat amaran darinya cukup membuatkan aku mengangguk laju. Wajahnya serius, dan kalau aku cuba bangkang amarannya, aku bakal ditimpa musibah. Ya Allah, selamatkan hambaMu ini.

“Eh,  tadi tu saya gurau aje tuan,” Aku cuba membeli kepercayaannya semula. Belilah Tuan Ray, belilah, doaku dalam hati.

“Bagi saya, gurauan itu sangat berbisa,” Aduh! Jawapan Tuan Ray juga lagi berbisa.

“Saya minta maaf tuan. Janganlah marah. Saya janji lain kali saya takkan bergurau macam tu lagi dengan tuan,” Aku masih berusaha melepaskan pegangannya dan mungkin setelah dia berpuas hati dengan janjiku maka dia melepaskan tanganku.

“Good!”

“Err, boleh saya tanya satu soalan?”

“Kenapa tuan marah kalau saya nak usha abang tuan?”

“Nurul Aqilah!” Jerit Tuan Ray

“Okay. Sorry!”

“Err, tuan?”

“Apa dia lagi?” Soalnya bosan.

“Erm, tuan tak pernah bercinta ke?” Soalku berani. Aku mesti dapatkan penjelasan darinya. Mungkin sebab dia tak pernah bercintalah sampai dia takut ada orang kejar dia. Siapa tahukan?

“Kenapa keluar soalan ni pulak?”

“Sebab waktu saya jumpa Kak Rania, dia cakap yang saya ni kekasih awal dan akhir, jadi saya assume tuan tak pernah ada makwe. Am I right?” Pandanganku tidak lepas daripada melihat wajahnya. Cuba mencari reaksinya daripada soalanku.

“Qila! Drop the subject,” Tegasnya lagi

“Okay,” Aku akur.

“Erm tuan,”

“Nurul Aqilah Mohd Azmi, I said stop it,” Marahnya pula. Hish, kena bagi Tuan Ray minum air asam 
jawa kasi darah dia turun dan sejuk sedikit. Asyik nak marah aje kerjanya.

“Saya cuma nak tanya, bila kita nak start masak?” Aku tahan gelak apabila Tuan Ray dah ketap bibir, kan dah kena dengan aku sekali. Best jugak usik bos Khadija ni, boleh tahan jugak latahnya.

“Ikut suka hati awaklah nak masak bila-bila pun. Malas saya nak memasak. Awak masaklah sorang-sorang,” Tuan Ray sudah mula melangkah untuk keluar dari dapur. Aik, mungkir janji nampak?

“Tuan dah janji nak ajar saya masakkan?” Aku mula mengingatkan Tuan Ray pada janjinya. Tuan Ray berhenti melangkah dan berpaling kembali. Aku cepat-cepat menyatukan tangan seperti gaya orang bernasyid.

“Tuan tahu tak menurut Islam, menunaikan janji adalah wajib dan perbuatan memungkiri janji tergolong dalam golongan munafik?”

“Qila..saya,” Aku pantas mengangkat tangan apabila Tuan Ray cuba memberi penjelasan.

“Allah SWT berfirman:
            "Hai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janjimu"

“Okey, saya..” Sekali lagi aku potong ayat Tuan Ray dengan firman kedua Allah SWT
            "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."

Tuan Ray mengeluh perlahan sebelum dia berjalan ke arahku dan berhenti betul-betul di hadapanku.

“Qila, awak ni kalau bab nasihat orang memang nombor satu tapi bab nak tunaikan janji memang awak fail. Awak merungut bila saya nak mungkir janjikan? So, apa kes waktu awak mungkir janji untuk temankan saya ke majlis kenduri Zafril dulu? Sampai sekarang saya masih ingat tahu?” Serta merta mati terus senyumanku. Rasa macam nak luruh wajahku sekarang ini. Tak tahu nak letak kat mana dah! Tak terpandang wajah Tuan Ray di hadapanku.

“Tapi awak jangan risau sebab saya dah maafkan awak. Awak tak akan hutang apa-apa dengan saya dekat akhirat nanti. Trust me,” Aku mendongak melihat Tuan Ray. Entah kenapa aku rasakan dia benar-benar ikhlas.

“Terima kasih tuan,” Aku sudah tidak tahu untuk berkata-kata selain memberi ucapan terima kasih. Nasib baik Tuan Ray bukannya jenis orang yang suka simpan dendam dalam hati.

“Jom kita masak?” Ajakannya membuatkan aku tersenyum lebar. So sweet!  Selepas itu kami mula memasak tetapi kalau diikutkan sebenarnya aku yang masak, Tuan Ray cuma jadi tukang bagi arahan. 
Selepas berhempas pulas lebih kurang satu jam memasak di dapur, akhirnya semua lauk siap dimasak. Aku sempat mencuba sup yang aku masak, hasil daripada tunjuk ajar Tuan Ray. Rasanya memang sedap.

“Tak sangka tuan ni pandai masak,” Ujarku sambil memerhatinya yang sedang sibuk mencedok sup ke dalam mangkuk besar untuk dihidang. Dia mengerling sekilas ke arahku sebelum menyambung kerjanya.

“Pelik sangat ke kalau saya pandai masak?”

“Taklah pelik cuma saya rasa macam tak percaya aje,” Iyalah, Tuan Ray lahir dalam keluarga yang berada, kalau difikirkan semua keperluannya sudah tersedia depan mata, dia tak perlu berdikari sangat. Contohnya dalam bab memasak ni, bukannya tak ada orang gaji yang boleh masak untuknya, tapi macam mana dia boleh pandai masak? Atau Auntie Jasmin memang paksa semua anaknya ambik kursus memasak?

“Waktu saya belajar dulu saya tinggal kat rumah sewa. Waktu tu kerap jugalah saya masak dan lama-lama semakin mahir. Sebab tu saya pelik bila awak tak pandai masak,” Huh, penjelasannya sekali lagi mengguris hatiku. Begini rupanya perasaan orang yang tak pandai masak rasa apabila kebolehan memasaknya dipertikaikan? Sakit hatiku!

“Waktu saya belajar dulu saya duduk kolej setiap semester, macam mana nak masak? Bila habis belajar dah tak ada masa nak belajar memasak,” Aku menjawab acuh tak acuh. Lepas ni, aku tak nak lagi berbual dengan Tuan Ray bab masak memasak. Buat jatuh saham aku aje. Kami sama-sama mengatur hidangan di meja makan. Walaupun menu yang disediakan agak ringkas tetapi aromanya mampu membangkitkan selera sesiapa yang menghidunya.

“Alhamdulillah, siap jugak akhirnya,” Pinggan di atas meja aku betulkan kedudukannya. Rasa puas hati yang teramat sangat melihat masakan daripada hasil tanganku terhidang di atas meja.

“Sukalah tu,” Ujar Tuan Ray.  Aku tersenyum sambil mengangguk gembira.

“Kenapa rasa macam ada sesuatu yang kurang?” Tuan Ray tiba-tiba berjalan mengelilingi meja makan. Aku pun turut sama melangkah mengikutnya dari belakang. Segenap inci meja kami perhatikan. Rasa macam dah okey, macam-macam feel Tuan Ray ni.

“Apa lagi yang kurang? Semua dah ada,” Aku berhenti melangkah dan berdiri di hujung meja memerhatikan Tuan Ray yang berpeluk tubuh di hujung meja sebelah sana.

“Ada lagi yang kurang ni,” Tekannya. Dia seolah-olah sedang mengerah otak memikirkan sesuatu.

“Qila, Rayyan, apa lagi yang tercegat kat situ? Dah siap masak ke?” Auntie Jasmin menghampiri meja makan. Senyumannya melebar apabila melihat hidangan di atas meja.

“Wah, Qila masak ke semua ni?” Aku mengangguk. Auntie Jasmin kelihatan begitu teruja. Wajahnya kelihatan berseri-seri. Takkan sampai macam tu sekali gembiranya bila tengok masakan aku?

“Bagus. Memang auntie dah agak kamu berdua memang sepadan. Tujuan auntie minta Rayyan tolong kamu dekat dapur tu sebab auntie nak tengok kamu berdua ni boleh bekerjasama atau tidak. Kalau macam inilah gayanya, nanti kahwin esok-esok tak adalah seorang saja yang boleh masak, sekurang-kurangnya kamu boleh saling membantu antara satu sama lain,” Aku telan liur mendengar penjelasan Auntie Jasmin. Tangannya kemas menggenggam tanganku. Begitu tinggi harapannya ingin melihat kami bersatu sehingga sudah membayangkan masa depan kami. Ya Allah, macam manalah agaknya perasaan Auntie Jasmin apabila dapat tahu yang kami sebenarnya berlakon? Mesti hancur harapannya dan pasti juga hatinya terguris.

“Dahlah tu, kejap lagi uncle dah nak sampai. Bolehlah hidang nasi sekarang,” Arah Auntie Jasmin. Aku tersentak. Nasi?

“Ya Allah tuan, nasi!” Jeritku tanpa terkawal.

“Nasi? Oh my God!” Tuan Ray juga ikut sama terkejut.

Patutlah Tuan Ray rasa ada sesuatu yang kurang. Kami lupa nak tanak nasi rupanya apabila terlalu memikirkan untuk menyiapkan resipi lain. Menu asas pula tu. Rosak plan.

“Tuan? Kenapa Qila panggil Rayyan tuan?” Aku tersedar dan pantas memandang Tuan Ray. Dia mengetap bibir sambil picit dahi. Alamak! Mesti kena marah lagi.

“Err, sebenarnya auntie, Qila terkejut sangat tadi sebab tu terlepas panggil dia tuan, lagipun dekat pejabat kami sentiasa mengekalkan panggilan formal. Memang saya orang istimewa dalam hidup Ray, tapi itu tak bermakna saya boleh sewenang-wenangnya ambik mudah tentang hal-hal macam ni dekat pejabat. Kami sentiasa professional,” Aku menghembuskan nafas kelegaan selepas berjaya memberi alasan yang sedikit munasabah. Auntie Jasmin mengangguk menandakan dia berpuas hati dengan penjelasanku. Aku kerling Tuan Ray. Dia bertepuk tangan perlahan sambil tayang ekspresi wajah bangga denganku. Tuan Ray memang sentiasa bangga apabila aku berjaya mencipta sesuatu alasan untuk melepaskan diri atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Ternyata mimpi hanyalah mainan tidur semata-mata, tiada kena mengena dengan kehidupan kita yang sebenar. Perwatakan Tuan Haji Arshad tidak seperti dalam mimpiku. Dia sangat baik dan tidak sesekali merendahkan martabatku walaupun aku hanyalah pekerja syarikatnya. Tuan Haji Arshad atau lebih mesra dipanggil uncle menerima aku seadanya sebagai pilihan anak teruna bongsunya. Makan tengah hari berjalan lancar. Mereka semua kelihatan berpuas hati dengan masakan aku. Kata Auntie Jasmin aku sudah dikira lulus dalam bab memasak. Iya ke? Aku masih rasa tak yakin.

“Qila, lain kali auntie harap Qila sudilah datang lagi ke sini. Tak payah tunggu auntie atau Ray ajak, Qila datang aje, pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Qila,” Auntie Jasmin serta yang lain mengiringi aku ke pintu untuk pulang ke rumah. Berat pula rasa hati untuk terus berlakon. Aku tidak sempat lagi berbincang dengan Tuan Ray tentang perasaan bersalah aku terhadap keluarganya. 

“Betul tu Qila. Jangan tunggu kami ajak baru datang,” Sampuk Tuan Haji Arshad pula. Bertambah seganlah aku.

“Iyalah, insyaAllah Qila datang. Qila balik dululah auntie, uncle, Kak Rania,” Aku bersalam dengan Auntie Jasmin dan Kak Rania sebelum berjalan ke kereta ditemani Tuan Ray.

“Macam mana perasaan berlakon hari ni? Best?” Soalan Tuan Ray buat aku berfikir sebentar. Apa Tuan Ray tak rasa bersalah ke buat semua ni? Aku ni dah sarat dengan beban, dia boleh tanya aku best ke tak? Aku bersandar pada pintu keretaku menghadapnya.

“Best tuan cakap? Rasa macam nak meletup jantung saya tahu tak?” Aku meluahkan ketidakselesaan hatiku. Macam mana nak cakap dengan dia tentang beban perasaan aku ni?

“Rileks Qila, itu baru berlakon jadi kekasih saya, macam mana agaknya kalau awak berlakon jadi isteri saya?” Melopong aku mendengar kenyataan berani matinya. Dia ingat benda nikah kahwin ni boleh dibuat main? Berlakon? Waras ke tidak bos Khadija ni?

“Isteri tuan? Tuan mintak tolong orang lainlah ye, saya tak nak,” Tergeleng kepalaku memikirkan kenyataannya tadi.

“Tak nak apa?” Soalnya lagi

“Jadi isteri tuanlah,”

“Kenapa?” Eh, dia ni betul-betul serius ke? Kalau nak kena kejar dek abah dengan parang bolehlah.

“Tak tahulah tapi yang pasti saya memang tak nak,” Aku mencebik. Aku dengan Tuan Ray? Macam tak kena aje. Kalaulah aku mempunyai kuasa luar biasa nak aje aku scan hati Tuan Ray. Dia suka sangat buat aku perasan. Takut jugak kalau aku terjatuh hati pada dia. Memang susah.

“Cakap besar lagi, nanti esok-esok Allah terbalikkan hati awak, saya yang awak tak nak inilah yang awak rindu,” Aku membalas pandangannya. Aku pandang anak matanya dalam-dalam. Cuba mencari tahu keikhlasan daripada pandangan matanya. Oh Tuan Ray, janganlah kau bagi aku berharap sangat tentang sesuatu yang mustahil.

“Tak akanlah,” Ujarku sambil beralih pandang. Lama-lama tengok boleh melarat kepada masalah hati yang memang tak berapa nak sihat.

“Cakap besar lagi. Nanti masin mulut saya,” Senyumannya membuatkan aku geram. Dia seperti yakin dengan kata-katanya.

“Habis kalau mulut tuan masin sekalipun, tuan suka ke kalau saya rindu tuan?” Tiba-tiba kaku senyuman Tuan Ray. Riak wajahnya tidak lagi santai macam tadi. Dia bertukar menjadi seorang yang serius. Aku juga turut serius membalas pandangannya.

“Awak rasa?” Soalnya. Ish, main teka-tekilah pulak. Hati awak, hanya awaklah tahu jawapannya. Nak jugak aku jawab macam tu tapi aku rasa macam tak patut. Hal perbincangan kami dah mula keluar dari garis sempadan yang sepatutnya.

“Ahh, tak ada masa saya nak rindu tuan lebih baik saya rindu…,” Rindu siapa ya? Aku memang tak banyak kawan lelaki.

“Siapa?” Tuan Ray seperti tidak sabar denganku yang masih terfikir-fikir jawapan yang sesuai.

“Dia tu. Siapa tu? Handsome betul. Wajah dia betul-betul Melayu tulenlah tuan,” Hentam sahajalah. Kebetulan waktu itu muncul lelaki di banglo sebelah, mungkin jiran Tuan Ray agaknya. Boleh tahan jugak orangnya.

“Berhenti beranganlah Qila. Dia dah jadi tunang orang dah,” Tuan Ray tersenyum sinis

“Tuan kenal dia ke?”

“Airul Fakri, jiran saya dan juga pernah jadi rakan kongsi untuk satu projek,” Jawabnya ringkas. Huh, melepaslah pulak.

“Kena cari yang lainlah nampaknya,” Aku tayang muka frust. Tuan Ray tergelak denganku

“Ikut suka hati awaklah,” Ujarnya sambil menggeleng kepala.

7 comments:

  1. bastttt
    rayyan n qila mamang sweet la
    akk nanati qila kahwin dengan siapa??
    dengan rayyan ke?/

    ReplyDelete
  2. Bestlarrr..... Cepat2larr sambung. Ray and qila nyeh dua2 punya hati yang sangat keras.... Heheheee

    ReplyDelete
  3. huh!!!terbaik...nok lagi..hehehe:p

    ReplyDelete
  4. thanks shiroe...best sangat..cepat2 lar smbg lagi..x sabar nk nnt kan next n3...:)

    ReplyDelete
  5. penulis bg akak sakit perut gelak...^_^

    ReplyDelete
  6. cop, bkn halia ke yg mcm buruk, lengkuas yg ade kaler2 pink sikit yg licin 2 n lg kecik dr halia?

    ReplyDelete
  7. err..cop! blur nk jawab..he2..betullah apa yg cik nony describe tu...haha..sy biasanya jumpa lengkuas yg panas2 dr tanah (tanam sendiri) itu yg sy describe dia buruk n keras...halia pulak senang dikupas kulitnya memandangkan permukaannya licin..ki3..mungkin sy krg buat homework tang rupa bentuk dia...nnti triple check blk :) Tq utk cop tu <3

    ReplyDelete