Wednesday 18 July 2012

Cinta Itu Indah! 15

Masuk sahaja ke pejabat selepas waktu tengah hari, aku duduk menelaah kad kecil yang diberi oleh emak pagi tadi. Kali ini nombor sudah bertukar kepada tiga ratus dua puluh. Ish, nombor apa ni? Kenapalah emak nak ajak aku main teka-teki ni? Kenapa dia tak ajak abah ke Aleeya ke? Dia bukan tak tahu aku tak minat benda-benda ni semua? Sedang aku serabut memikirkan masalah teka-teki emak, telefon berbunyi minta diangkat. 

“Hello, Aqilah speaking,”

“Aqilah, kau dengar sini baik-baik, jangan kau ingat aku tak tahu sejak akhir-akhir ni kau rapat dengan Rayyan. Aku nak kau berambus dari hidup dia,” Mendengar sahaja suara itu, serta-merta darah gemuruhku menyerang. Aku cuba bertenang, nampaknya perempuan tak tahu malu dah mula bertindak. Mungkin dia dah tak tahan dengan lakonan mantap aku dengan Tuan Ray. Mati aku!


“Siapa ni?” Aku pura-pura buat blur. Terdengar suaranya mendengus geram dengan pertanyaanku.

“Takkanlah kau tak boleh nak agak aku siapa?” Aku dah tahu dah. Saja buat-buat tak kenal.

“Oh, jadi awaklah selama ini yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong kejar Rayyankan?” Aku gigit bibir lepas hentamnya dengan ayat yang sedikit kasar. Jangan perempuan tu kena serangan jantung sudah.

“Hei perempuan apa yang kau merepek ni? Rayyan memang aku punya, kau yang rampas dia dari aku,” Tiba-tiba aku naik geram dengan kenyataannya. Memang dasar tak sedar diri. Aku memang tak faham dengan perempuan macam ni. Dia boleh buat kenyataan tak tahu malu macam tu! Aci kerat jari dia tak berani cakap macam tu depan Tuan Ray. Dengan aku beranilah, dalam telefon pulak tu. Huh, pengecut!

“Saya rampas dia atau dia memang tak pernah jadi milik awak selama ini?” Tembakku berani. Kalau tak sedar diri lagi tak tahulah.

“Mulut kau memang kurang ajar ya?” Marahnya padaku.

“Bukan mulut awak yang kurang diajar dulu?” Aku makin bersemangat. Untuk menambahkan sakit hatinya lagi aku menyoal dengan nada perlahan, bukannya terjerit-jerit macam dia. Dah macam pontianak meroyan bunyinya.

“Damn it!” Jeritnya lagi lalu memutuskan talian. Perlahan-lahan aku meletakkan gagang telefon ke tempatnya. Aku bersandar lemah di kerusiku. Jantungku berlari seperti aku baru habiskan larian seratus meter. Inilah kali pertama aku berlawan cakap dengan orang dalam situasi yang agak kurang sopan. Ya, bagi aku situasi tadi agaklah kurang sopan bagi dua orang kaum hawa bertengkar semata-mata kerana seorang adam. Adam tu pulak sedap-sedap buat kerja dalam bilik dia. Aku kena buat otak dia serabut macam otak aku jugak! Aku lantas mencapai telefonku dan menghubungi kekasih palsuku itu. 

“Tuan free tak sekarang?” Tanpa sempat dia menyapa aku terus melontarkan pertanyaan.

“Kenapa?” Soalnya.

“Kita date dekat tangga kecemasan tingkat lapan boleh?” Ini juga kali pertama aku ajak dia date. 
Terdengar dia ketawa perlahan.

“Sekarang? Awak biar betul Qila, kitakan dah jumpa waktu lunch tadi. Takkan dah rindu kot?” Eh, dia ni tersalah fahamlah pulak. Tak percayalah tu. Aku garu kepala.

“Urgent tuan pasal hidup dan mati saya,” Aku pun sama jugak dengan perempuan tak tahu malu tadi. Sama-sama pengecut. Aku boleh lawan kata-katanya sebab aku tak berhadapan dengannya. Cuba kalau aku berdiri depan dia? Dah lama aku angkat kaki berambus. Takut sangat kalau dia serang aku. Main tarik-tarik rambut, berguling atas lantai, tak pernah terbayang dalam fikiranku.

“Kenapa ni? Come to my room,” Mungkin mendengarkan suaraku yang sedikit resah, nada Tuan Ray juga sudah bertukar normal.

“Tak naklah tuan. Kerap sangat saya ke bilik tuan padahal saya tak ada apa-apa urusan dengan tuan pun. Nanti tak pasal-pasal Khadija syak yang bukan-bukan,” Tolakku. Setakat ini pun Khadija dah mula tanya dan syak yang bukan-bukan. Nanti semakin melarat pulak kerosakan otaknya kalau aku kerap sangat jumpa Tuan Ray dipejabatnya. 

“Encik Irfan?” Soalnya. Situasi aku sekarang seperti menjalinkan hubungan skandal dengan pengurus besar Berjaya Holding. Rasa macam lawak pun ada. Bezanya cuma pengurus besar ini masih bujang. Hehe

“Dia keluar jumpa client,”

“Okay, see me there in eight minutes,”

“Okey,” Tapi kenapa mesti lapan minit? Ah, Qila semua itu tak penting untuk kau fikir. Aku cepat-cepat bergegas ke tangga kecemasan tingkat lapan sebelum Encik Irfan pulang ke pejabat. Setibanya aku di sana, Tuan Ray sudah sedia menunggu sambil bersandar pada dinding bersebelahan tangga. Nampak sahaja aku, dia mengarahkan aku duduk di tangga. Kami sama-sama duduk di tangga kecemasan tingkat lapan. 

“Apa hal yang penting sangat ni?” Tuan Ray menyuarakan soalan mukaddimah.

“Ya Allah tuan, Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan saya tadi. Saya takut sangat tuan,” Dengan penuh perasaan aku memulakan cerita siap dengan tangan yang tergawang ke sana sini tetapi malangnya Tuan Ray tetap Tuan Ray. Dia tak ada nak tunjuk ekspresi risau dan ingin tahu. Dia hanya merenungku tenang. Rosak jugak plan aku nak buat otak dia serabut.

“Calm down Qila, kenapa ni? Cuba jangan kalut sangat. Kenapa awak takut ni?” Aku menghentikan lakonan kalutku yang sia-sia dan menceritakan apa yang terjadi tadi.

“Tuan tahu tak yang perempuan tu dah mula bagi tindak balas?” Soalku serius.

“Perempuan mana?” Balasnya dengan soalan juga.

“Ek eleh tuan ni, perempuan yang kejar tuan itulah. Dia call saya tadi dan ugut saya supaya jauhkan diri dari tuan,” Tuan Ray memang slow kalau bab-bab ni. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah.

“Ada dia cakap siapa dia?” Kenapa aku rasakan yang Tuan Ray seolah-olah mahu merahsiakan siapa wanita itu daripadaku. Lihat sahaja pada situasi dekat restoren dulu, sampai ke sudah dia tak tunjuk perempuan tu pada aku. Perempuan itu pun satu, bukannya nak serang aku waktu tu. Ini mesti nak control ayu depan Tuan Ray. Huh! Hipokrit. Patutlah Tuan Ray tak nak dia. 

“Tak ada pulak, tapi dia marah sangat dekat saya,” Aku mengeluh perlahan sambil mengingat kembali pertengkaran tadi. Ish, ngeri kot!

“Habis tu awak jawab apa?”

“Saya lawan baliklah walaupun lutut saya dah menggeletar dengar ugutan dia. Mungkin dia tak sangka yang saya akan lawan cakap dia, lastly dia geram dan putuskan talian macam tu aje,” Tuan Ray tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Ini mesti tak ada kerja ni melainkan tahap kekagumannya meningkat terhadap lakonanku.

“Good job Qila,” Ujarnya ringkas. Aku juga turut mengangguk kepala sambil mengerdipkan mataku. Dah biasa dengan situasi ini.

“Macam mana ni tuan? Tuan cakap dia tak merbahaya tapi tengoklah sekarang, kalau dia buat plan nak apa-apakan saya macam mana?” Kalau dah sampai tahap ugut-ugut, ini bukan kes biasa tapi kes luar biasa. Perempuan itu memang merbahaya pada fikiranku.

“Awak ni Qila suka sangat fikir benda yang bukan-bukan. Jangan risaulah dia tak akan berani apa-apakan awak. Sayakan ada?” Itulah Tuan Ray. Sayakan ada, sayakan ada. Asyik ayat itu yang diulangnya.

“Kalau tuan jadi saya apa tuan akan buat?

“Saya buat macam biasa aje. Lama-lama dia pasti akan mengalah dan terima yang jodoh dia bukan dengan saya. Jangan risaulah,”

“Kenapa tuan tak bawa saya jumpa dia terus? Kan senang? Nanti bila kita jumpa dia, kita berlakonlah yang kita dah nak bertunang. Saya yakin dia mesti give up punya. Setakat kita ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang menguatkan perhubungan, dia mesti rasa masih berada di zon yang selesa. Setakat pasangan suami isteri boleh bercerai, inikan pula pasangan kekasih. Sekurang-kurangnya dengan mengaku yang kita akan bertunang, dia pasti fikir yang tuan serius dengan hubungan ini,” Panjang lebar aku cuba memberi jalan penyelesaian. Aku lihat Tuan Ray berfikir panjang sebelum bibirnya tersenyum lebar.

“Kita bertunang?” Soalnya kurang percaya. Aku mengangguk penuh perasaan.

“Mama mesti suka,” Terkejut aku mendengar komennya. Ke situ pulak fikirannya.

“Tuan jangan memandai nak naikkan pangkat lakonan saya. Maksud saya tadi, kita berlakon depan perempuan itulah. Hah, satu lagi, perempuan tu tak ada nama ke? Asyik panggil ‘perempuan’ aje. Bosan!,” Rungutku. Tuan Ray tergelak kecil.

“Setakat nak naikkan pangkat lakonan awak, daripada naik pangkat jadi tunang, baik saya naikkan pangkat awak jadi isteri saya. Nak?” Usikknya. Ada juga manusia yang kena makan kasut tengah hari ni. Aku cuba mengawal rasa geram yang mencengkam kuat.

“Okay sorry. Just joking! Tengoklah macam mana nanti, kalau ada masa yang sesuai kita jumpa dia dan selesaikan segalanya. Regarding her name, I think it is not important for you to know her name. Tak sedap pun nama dia. Nama awak lagi best,” Ujarnya sambil tersenyum manis. Aku telan liur. Ish, dia ni semakin bertambah hari, semakin segak aku nampak. Semakin bertambah hari, semakin banyak aku faham perangainya yang pastinya orang lain tak akan faham. Apa perasaan aku sudah mula mahu melangkah melepasi garis sempadan? Oh tuhan, lindungilah hatiku daripada mendekati hatinya. Akan kucuba kawal perasaan aku sebaiknya.

“Erm, okaylah. Saya nak cakap pasal benda ini saja sebenarnya,” Aku mula bangun sambil menepuk habuk di belakang badanku. Tuan Ray juga ikut bangun dan kami sama-sama berdiri di tangga kecemasan.

“Awak suruh saya turun sini semata-mata nak cakap tentang benda ni?” Aku perasan ada seulas senyuman pada bibirnya.

“Iyalah”

“Betul ke?” Senyumnya makin melebar.

“Betullah,” Dia ingat aku tipu dia ke?

“Bukan sebab rindu?” Aku dah mula rasa nak pitam.

“Jangan perasan boleh tak? Dahlah malas saya nak layan tuan ni tau tak? Saya naik dulu,” Baru aku mahu melangkah naik satu anak tangga, suaranya pun ikut naik satu oktaf.

“Duduk dulu!” Arahnya tegas

“Ada apa lagi? Tuan selalu suka marah saya. Saya nak cepat ni, nanti Encik Irfan balik tiba-tiba tengok saya tak adakan susah pulak,” Rungutku sambil mendongak melihatnya. Kami sama-sama berdiri di aras anak tangga yang sama.

“Tukarlah dengan Khadija. Awak jadi secretary saya nak? Confirm saya tak marah-marah awak,” Eei..geramnya. Kenapa dia ni suka sangat cakap yang bukan-bukan sekarang.

“Tak nak!” Jawabku sambil melangkah naik untuk meninggalkannya. Entah macam mana aku tersilap langkah sehingga terpijak kain baju kurungku. Bagai mahu luruh jantungku saat tubuhku mahu terlayang ke belakang. Nasib baik Tuan Ray sempat menangkap pergelangan tanganku dan menarikku ke arahnya. Aku terdiam di dalam pelukannya sesaat sebelum Tuan Ray menjarakkan kedudukan kami. Kami sama-sama terdiam.

“I’m sorry,” Ujarnya perlahan. Aku sudah tidak tahu untuk bertindak macam mana lagi. Rasa takut nak jatuh dan rasa malu dengan kejadian tadi bercampur baur. Sakit dadaku dihentam degupan jantung yang luar biasa. Aku pandang wajah Tuan Ray, wajahnya menunduk. Kulit mukanya yang biasanya cerah sudah bertukar warna. Melampau ke kalau aku katakan yang dia sedang tahan rasa bersalah bercampur malu sebab terpeluk anak dara orang?

“Tak apa. Saya tahu tuan tak sengaja dan terima kasih sebab selamatkan saya,” Tuan Ray cuma mengangguk sambil cuba mengelakkan pandanganku. Ish, tak boleh jadi ni! Macam tak kena aje situasi sekarang. Aku pun malu jugak! Suasana dah jadi senyap sunyi.

“Tuan okey?” Macam terbalik pulak. Patutnya dia yang tanya aku okey ke tak tapi masalahnya dia tak tanya pun. Jadi wajarlah kalau aku tanyakan?

“Eh, saya okey,” Jawabnya kalut.

“Betul?” Soalku lagi. Tuan Ray pantas membalas pandanganku. Riak wajahnya macam tak puas hati.

“Betullah. Kenapa pulak saya rasa tak okey? Tolonglah Qila. Lain kali hati-hati sikit, kalau saya tak sempat tarik awak tadi macam mana? Tak pasal-pasal terlantar dekat hospital,” Aku hanya mampu mengangguk mendengar bebelannya. Dah biasa sangat.

“Terima kasih tuan sebab selamatkan saya tadi,” Tuan Ray hanya memandangku dengan wajah ketatnya.

“Saya pergi dulu,” Aku melangkah perlahan dan berhati-hati ke pintu kecemasan. Macam pelik sangat situasi sekarang. Macam bukan situasi yang pernah aku lalui dengannya sebelum ini. Dah tak santai macam dulu. Perlu ke aku betulkan keadaan ini? Sampai sahaja di pintu kecemasan, aku kembali berpaling melihat Tuan Ray yang masih bersandar di dinding.

“Tuan,” Panggilku. Tuan Ray pantas mendongak memandangku.

“InsyaAllah lepas ni saya akan berhati-hati kalau nak naik atau turun tangga dan yang lebih penting saya tak akan benarkan lagi tuan ambik kesempatan peluk saya macam tadi,” Selesai sahaja menurunkan mandat, aku pantas mengenyitkan mata sambil berlari keluar dari pintu kecemasan. Kedengaran suara Tuan Ray memanggil namaku lantang tetapi tidak aku hiraukan. Ambik kau, rasakan apa yang kau cakap dekat aku dulu. Padan muka. 

14 comments:

  1. klaka la citer ni,sweet pun ye jgk......

    ReplyDelete
  2. shiroe...
    cter ni semakin menarik..nak lagi n3 baru.....:)

    ReplyDelete
  3. shiroe...
    cter ni semakin menarik..nak lagi n3 baru.....:)

    ReplyDelete
  4. Awww sooo sweeettt. Smbg cepat ya babe!!! Love love.

    ReplyDelete
  5. ok..akak sakit perut lagi tau cik writer...^__^...
    Kena cepat buat sambungan...(arahan..hihi)

    ReplyDelete
  6. ok..akak sakit perut lagi tau cik writer...^__^...
    Kena cepat buat sambungan...(arahan..hihi)

    ReplyDelete
  7. suka bile semua hepi bc n3 ni.. ;)
    kesian akak asyik skt perut..huhu
    n3 br otw ;)
    utk yg beragama Islam, selamat menunaikan ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  8. Cik Penulis, suke n3 ni, nak lagi, buley?? terima kaseh....if dinovelkan laagiiii bagusss...kak sokong! ~ Kak Min

    ReplyDelete
  9. basttt
    akk sape perempuan yang cll qila tue??

    ReplyDelete
  10. Tq Kak Min for ur support, terharu sy..hihi :)
    ina...akk pn xtau sape..haha ;)

    ReplyDelete
  11. Adui......sakit perut akak......bru terjumpa blog ni....akak bc dr bab 1 smpi n3 ni.......susah akak nak gelak bc novel.thnks writer....berjya mghiburkan + mengsakit perut akak (mcm tak betul je ayat, hehehe) hilang stresss....cpt smbung yer.....nak demam tunggu ni

    ReplyDelete
  12. suka...mcm xleh benti senyum dah ni..ngeeee...nak lagiii..

    ReplyDelete
  13. qila mmg best lah.. Si rayyan ni manjang je kontrol dpn qila..kan dah termalu tu..

    ReplyDelete
  14. serius x boleh lepas dah baca novel ni,,huhu

    ReplyDelete