Saturday, 9 June 2012

Cinta Itu Indah! 7

Aku masih termenung di meja kerja. Sejak aku sampai lima belas minit yang lalu, satu kerja pun tak berjalan. Bayang Encik Irfan masih tidak kelihatan. Hatiku risau memikirkan tentang keputusanku yang bersetuju untuk melaksanakan pelan lakonan sebagai kekasih Tuan Ray. Kenapa aku rasa menyesal pulak sekarang? 

Kenapa perasaan aku cepat sangat berubah? Kalau difikirkan, aku dengan dia bukannya rapat sangat sampai dia boleh mintak tolong aku jadi kekasih dia. Kalau dia nak, dia saja boleh mintak tolong dengan Khadija. Patut ke aku bagitahu Khadija tentang rancangan ini? Kusut betul!

Setakat ini, sudah dua minggu berlalu dan Tuan Ray masih tidak memerlukan khidmat aku untuk berlakon. Aku pun tak terserempak langsung dengan dia. Kata Khadija, bosnya outstation dekat Sarawak empat hari. Kalaulah Tuan Ray pindah terus kat Sarawakkan best? Tak perlulah dia menyemakkan otak memikirkan masalah lelaki itu.

Dalam aku serabut memikirkan masalah hidup, tiba-tiba aku dikejutkan dengan nada dering telefon bimbitku menandakan aku menerima satu pesanan ringkas. Aku mencapai telefonku dan membaca pesanan ringkas yang diterima daripada satu nombor yang tidak dikenali.

Lunch with me this afternoon. Sharp 1pm

Manusia manalah pulak yang rajin ajak aku lunch ni? Kejap, ayat dah bunyi macam mengarah ni bukan nak mengajak. Saja nak buat aku angin di pagi hari yang berkat. Kau ingat kau tu popular sangat ke sampai tak bagitahu identiti diri kau? Pantas sekali jariku menaip

‘Awak siapa? Awak ingat awak popular sangat ke sampai saya boleh teka nombor awak ni?Plus nak arah-arah kita lunch lagi

Pantas juga jariku menekan butang send. Nasiblah cari pasal dengan aku waktu aku tengah serabut.

‘Ray’

Hampir terlepas telefonku daripada tangan apabila membaca pesanan yang tersangatlah ringkas itu. Tuan Ray? Masalah dah datang cari aku dah! Belum habis dengan rasa terkejut membaca pesanan ringkas tadi, tiba-tiba ‘masalah’ dah buat panggilan masuk. Nak jawab ke tak nak? Terkebil-kebil aku memandang skrin telefon. Akhirnya panggilan mati apabila dibiarkan tidak berjawab. Apa aku nak buat ni? Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Pintu bilikku dibuka dan muncul Encik Irfan.

“Selamat pagi Qila,” Macam biasa Encik Irfan bersedekah senyumannya padaku dan aku pun turut bersedekah senyumanku padanya. Senyumanku mati apabila Tuan Ray menyusul di belakang Encik Irfan dengan pandangan yang agak mengerikan bagiku. Encik Irfan berhenti di hadapan meja kerjaku untuk mengambil surat-suratnya. Sepatutnya aku letak surat-surat itu dalam in-tray dalam biliknya tapi disebabkan asyik termenung sejak pagi, satu kerja pun aku belum buat. Apa nak jadi dengan kau ni Qila? Encik Irfan pun macam dah tahu pulak aku tak buat kerja pagi ni. Tuan Ray berdiri di belakang Encik Irfan sambil menghadiahkan pandangan mata yang tajam.

Aku telan air liur. Dia marah ke aku tak jawab panggilan dia? Memang kau cari nahas Qila! Aku cuba mengelak pandangan Tuan Ray dan berpura-pura sibuk membaca dokumen. Tiba-tiba ruang kecil bilikku bergema dengan nada dering panggilan masuk telefonku. Aku mencapainya dan terkejut kerana nombor Tuan Ray sekali lagi muncul di skrin telefon. Aku pantas mendongak memandangnya. Dia sedang menekapkan IP4 di telinga sambil mengisyaratkan aku supaya menjawab panggilannya. Aku buntu! Agak-agaklah, takkan depan Encik Irfan kot?

“Hah, kenapa tak jawab phone tu?” Mulut Encik Irfan dah berbunyi. Disebabkan panik, spontan aku memandang Tuan Ray. Encik Irfan yang perasan akan pandanganku pada kawan baiknya berpaling melihat Tuan Ray dan elok jugalah waktu itu Tuan Ray menyembunyikan tangannya di belakang.

“What?” Soal Tuan Ray pada Encik Irfan. Wah, tak sangka aku yang Tuan Ray pandai berlakon. Selamba habis gaya dia.

“Nothing,” Jawab Encik Irfan sambil mengalihkan pandangannya padaku. Melihatkan Encik Irfan yang tertunggu aku menjawab panggilan dan desakan Tuan Ray dengan renungan tajamnya, akhirnya aku menjawab juga panggilan yang berbunyi tanpa henti.

“Helo,” Tiada jawapan kedengaran. Betullah tu sebab tukang dialnya sedang berlakon depan aku ni. Kurang asam betul!

“Aku pergi dulu,” Tiba-tiba Tuan Ray berpaling keluar

“Eh, tadi beria nak discuss pasal projek Taman Indah?” Encik Irfan cuba menghalang.

“Tak jadi,” Jawab Tuan Ray dan terus keluar.

“Hai, ikut suka hati dia aje nak jadi ke tak jadi. Saya masuk dulu, awak jawablah panggilan telefon tu,” Encik Irfan berlalu masuk ke dalam biliknya bersama-sama surat yang diambil.

“Helo?” Pertama kali aku rasa macam nak pengsan jawab panggilan telefon.

“Kenapa tak jawab call saya tadi? Kenapa susah sangat nak jawab? Atau awak saja nak mengelak?” Terus dia serang aku dengan pertanyaan yang tak mampu aku jawab. Aku gigit bibir, cuba mencari alasan yang masuk dek akal.

“Kenapa senyap? Tengah fikir nak bagi alasan apa?” Huish, Tuan Ray dah macam tukang tilik sampai boleh ramal apa yang aku sedang buat.

“The truth is yes,” Aku mengaku juga akhirnya.

“Why?”

“Saya rasa macam tak bolehlah tuan,”

“Apa yang tak bolehnya?”

“Berlakon jadi makwe tuan,”

“Why?” Soalnya lagi

“Saya takut,”

“Apa yang nak ditakutkan?”

“Macam-macam boleh jadi tuan,”

“Takut jadi macam-macam? Mungkir janji tak takut? Dahlah, saya tak nak dengar apa-apa alasan bodoh lagi. Lunch nanti kita bincang. Saya tunggu kat basement pukul satu tengah hari. Sharp!,” Serentak itu talian diputuskan. Alasan bodoh dia cakap? Aku ambil berat pasal masalah ini dia boleh cakap semua ni benda bodoh? Memang nak kena mamat ni.

Aku berjalan perlahan-lahan sambil mengintai kedudukan kereta Tuan Ray setibanya di basement. Kenapa janji nak jumpa kat sini? Gila apa nak jumpa dekat lobi? Tak ke naya kalau kena gosip? Tuan Ray memang tak rasa apa-apa, aku ni yang pasti jadi mangsa dengki staf-staf perempuan yang berminat nak usha Tuan Ray. Debaran terasa di hati. Kebarangkalian untuk terserempak dengan sesiapa aje boleh berlaku pada bila-bila masa. Macam ada skandal pulak aku dengan bos Si Ija ni.

Sewaktu aku sedang mengerahkan seluruh tenaga mencari kereta Tuan Ray, tiba-tiba bunyi hon kedengaran. Aku berpaling mencari dari arah mana bunyi hon tersebut dan ternyata berjaya menjumpainya. Bijak jugak Tuan Ray, taklah aku terjenguk-jenguk mencari. Setelah memastikan keadaan sekeliling tidak mencurigakan, aku berjalan pantas ke kereta lalu masuk.

“Kenapa menyorok macam penjenayah ni? Ada buat kesalahan ke?” Pertanyaan pertama daripada Tuan Ray. Aku tidak pasti sama ada dia bergurau atau betul-betul maksudkan pertanyaannya. Takkanlah dia tak faham kot kenapa aku bertindak macam tu?

“Kenalah menyorok, nanti kalau terserempak dengan sesiapa kat sini macam mana? Lagipun saya dah cakap yang pertolongan saya ni biarlah dirahsiakan. Tuan tak ingat?” Aku menjelingnya sekilas sambil memasang tali keledar.

“Apa yang nak dirisaukan? Kalau terserempak sekalipun, carilah alasan untuk mengelak. Awakkan pandai cari helah,” Sindirnya pula. Aku buat muka tak ada perasaan. Malas nak layan lebih-lebih, buat sakit hati aje. Suasana senyap di sepanjang perjalanan. Aku lebih selesa memandang tingkap kereta manakala Tuan Ray selesa menumpukan perhatian pada pemanduannya. Setibanya kami di hadapan restoren mewah, perasaanku mula berbelah bahagi.

“Kita lunch kat sini ke tuan?” Aku masih statik di kerusi penumpang. Tak rasa nak keluar dari kereta pun. Tuan Ray memandangku hairan.

“Kenapa Cik Qila? Awak nak lunch kat tengah jalan ke?”

Aku menahan nafas mendengar jawapannya. Lama-lama boleh kena sakit jantung macam ni.

“Kenapa sampai kat sini? Kita makan kat gerai ajelah tuan,” pujukku.

“Saya dah check schedule dia. Dia ada lunch dengan klien kat sini. So, inilah masa sesuai kita nak berlakon depan dia. Faham?” Aku mula nampak tujuan sebenar Tuan Ray memilih restoren ini. Aku memang harus akui yang Tuan Ray memang bijak dalam perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Sesuailah dengan jawatan yang disandangnya sekarang.

“Faham tuan. Jom kita laksanakan misi kita,” Aku mengangguk sambil tersenyum. Tiba-tiba rasa semangat nak berlakon jadi awek dia. Kalau lakonan berterusan dua tiga hari lagi macam ni, confirm minah tak tahu malu tu cabut lari.

Kami sama-sama keluar dari kereta dan berjalan seiringan masuk ke dalam restoren. Aku meliarkan pandangan ke kawasan sekeliling, tak ramai sangat pelanggan. Mana satu minah tu? Semua yang ada kat sini semuanya lelaki dan kalau perempuan pun taraf mak datin tu adalah. Jangan-jangan minah tak tahu malu yang dok kejar Tuan Ray tu mak datin? Aku kalih pandang Tuan Ray yang sedang bercakap dengan pelayan. Biar betul! Tuan Ray dengan mak datin? Ngeri aku nak bayang macam mana rupanya mak datin merayu pada Tuan Ray. Oh no! Aku kena selamatkan Tuan Ray!

Kami di bawa pelayan ke meja yang sedikit tersorok dari pandangan ramai. Aku melabuhkan duduk bertentangan dengan Tuan Ray. Selepas memberikan buku menu, pelayan lelaki itu meninggalkan kami untuk membuat pilihan. Aku merenung menu di tangan. Tak tahu nak order apa. Aku merenung Tuan Ray yang khuyuk membaca menu. Memanglah mamat ni. Mamat smart! Gaya dia, perlakuan dia semuanya nampak menawan. Baca menu dengan sebelah tangan sambil tangan yang satu lagi usap dagu pun aku nampak sungguh mempesonakan. Jangan suatu hari nanti aku terkejar-kejarkan dia macam mak datin tu sudahlah. Merana aku!

Tiba-tiba Tuan Ray mendongak memandangku. Opps, aku tidak sempat melarikan pandangan. Aku tertangkap merenungnya. Aku perasan Tuan Ray tersenyum kecil sebelum menjatuhkan pandangan pada buku menu.

“Qila nak order apa?” Mendengarkan pertanyaannya aku menarik nafas kelegaan. Mungkin Tuan Ray dah biasa dengan situasi direnung ramai perempuan. Patutlah dia tak berapa kisah bila aku merenungnya.

“Ermm, tak tahu nak order apa,” Aku merenung kosong menu di tangan. Aku memang spesies yang tak pandai nak order makanan dekat restoren macam ni. Ada ke nasi goreng kat sini? Aku membaca senarai menu sekali lalu. Erm, dah agak dah tak ada. Kalau ada pun mungkin namanya dah berubah. Nasi goreng yang lahir kat restoren ni memang tak bunyi nama melayu.

“Tak tahu nak order ke fokus hilang sebab asyik tenung anak teruna orang?” Soal Tuan Ray. Gayanya masih selamba menilik menu. Sedikitpun tidak memandangku. Wajahku terasa panas biarpun ketika ini kami berada di tempat yang berhawa dingin. Dia ni saja nak kenakan orang.

“Mana ada saya tengok tuan,” Nafiku.

“Ada saya cakap awak tengok saya? Tak adakan? Saya cakap awak tengok anak teruna orang,” Suaranya ditekan pada perkataan ‘anak teruna orang’. Kurang asam boi betullah mamat ni. Buat malu aku saja.
Aku senyap tidak memberi apa-apa reaksi. Dah terang-terang aku salah, dah tak boleh nak cover lagi dah.

“Kenapa senyap? Jadi betullah awak tengok saya ni? Kenapa? Tak ada kerja?” Serangnya lagi. Aduh, bisa betul ayat dia!

“Kalau betul saya tengok tuan pun kenapa? Salah? Kena bayar?” Soalannya aku balas dengan soalan juga. Ternyata Tuan Ray terkejut dengan jawapanku yang tidak disangka-sangka olehnya.

“Tak salah pun dan tak perlu bayar, free saja. Tengoklah sepuas hati awak, saya okay aje. Lagipun saya memang dah biasa dengan situasi macam ni,” Tuan Ray tersenyum sinis sebelum menggamit pelayan untuk membuat pesanan. Tanpa bertanyakan pendapatku, Tuan Ray membuat pesanan ikut suka hatinya sahaja. Inilah pengalaman pertama dalam hidup aku bertemu dengan lelaki perasan secara langsung. Selaluya aku jumpa lelaki spesies ini dalam drama atau novel aje. Rupanya manusia macam ni betul-betul wujud kat atas bumi ni?

“Boleh saya nak tanya awak sesuatu?” Soal Tuan Ray setelah pelayan tadi berlalu membawa pesanan.

“Sejak bila tuan mintak izin kalau nak tanya orang?” Sindirku pula.

“Saya memang selalu minta izin, maklumlah saya ni menyokong seruan kerajaan supaya mengamalkan dan mempraktikkan slogan budi bahasa budaya kita,” Itu dia jawapan bernas Tuan Ray. Masih berbau perasan. Layan ajelah Qila.

“Iyelah. Tuan nak tanya apa?”

“Qila tinggal kat mana? Tinggal dengan family atau sewa rumah dengan kawan-kawan?” Apasal dia ni sibuk nak tahu aku tinggal kat mana?

“Saya tinggal dengan family dekat area Bangi, kenapa?”

“Tak ada apa, saja nak tahu. Manalah tahu tiba-tiba dia datang sini tegur kita dan tanya benda-benda asas macam ni, tak adalah saya tergagap-gagap nak jawab,” Terang Tuan Ray panjang lebar. Aku mengangguk bersetuju mendengar alasannya.

“Betul jugak. Habis tu tuan tinggal kat mana?” Giliran aku pula bertanya.

“Itu awak tak perlu tahu,” Jawabnya pendek.

“Mana aci macam tu, saya pun perlu tahu jugak. Kalau dia tanya saya pasal tuan macam mana?” Tuan Ray menggelengkan kepalanya dan dengan yakin menjawab

“Dia tak akan tanya awak. Trust me!” Lama-lama macam ni, boleh naik menyampah aku dengan sikap diktatornya. Aku mencebik. Malas rasanya nak layan orang macam ni. Lagi best kalau waktu ni aku lunch dengan Khadija.

“Marah ke?” Tegurnya bila aku senyap dan membuang pandang ke kawasan sekitar restoren.

“Tak,” Jawabku tanpa memandangnya.

“Habis tu?” Soalnya lagi.

“Menyampah,” Jawabku selamba. Masih tidak memandangnya. Selepas itu tiada lagi soalan darinya. Alamak, dia marah ke? Aku berperang dengan perasaanku. Takut-takut aku mengalihkan pandanganku padanya. Kelihatan Tuan Ray melabuhkan pandangan ke luar restoren dengan wajah yang sedikit tegang.

“Tuan marah ke saya cakap macam tu tadi?” Soalku takut-takut. Siapa tak takut kalau bos besar marah.

“Tak,” Jawabnya ringkas tapi masih kedengaran dingin pada pendengaranku.

“Habis tu kenapa tuan macam ni tiba-tiba?” Musykil aku dengan perangai Tuan Ray yang moodnya boleh berubah dalam sekelip mata pada satu masa. Aku memandangnya. Perlahan-lahan Tuan Ray mengalihkan pandangannya padaku.

“Menyampah,” Tuan Ray tersenyum sambil mengenyitkan matanya padaku. Aku terkedu menerima pandangan dan senyumannya yang sebegitu rupa. Boleh lemas dalam keasyikan kalau dibiarkan lama-lama. Cepat-cepat aku kawal emosi dengan menghamburkan ketawa apabila dia menyindirku. Tuan Ray juga turut ketawa. Pandai berjenaka jugak rupanya mamat ni. Aku ingatkan dia betul-betul marah tadi.

Makanan yang dipesan akhirnya sampai. Banyak juga Tuan Ray order, sampai tiga jenis lauk. Larat ke nak habiskan ni?

“Makanlah. Tak payah malu-malu atau cover cun depan saya. Saya tak suka orang yang hipokrit,” Agak kasar bunyi ayat tu, tapi ada betulnya jugak.

“Saya rasa sebelum ni dah dua tiga kali saya makan depan tuan, ada saya cover cun?” Soalku agak tidak puas hati. Tuan Ray seperti sedang berfikir. Mungkin sedang mengingatkan kenangan aku makan bersamanya.

“Adalah sikit-sikit,” Jawabnya. Aku mengetap bibir geram dengan pendapatnya.

“Tuan pun sama,” Balasku sakit hati.

“Dahlah tu, tak payah nak tunjuk perasaan kat sini. Makan,” Arah Tuan Ray. Aku mencapai sudu dan mula makan perlahan-lahan.

“Tuan, mana perempuan yang selalu kejar tuan tu? Kata lunch kat sini? Mana dia?” Hampir terlupa aku dengan tujuan sebenar aku ke sini. Itulah kau, asyik bertekak dengan Tuan Ray, macam mana nak ingat. Berpusing-pusing kepalaku mencari gerangan perempuan itu.

“Janganlah cari dia, nanti dia perasan. Rosaklah plan kita,” Larang Tuan Ray.

“Alah, saya nak tengok dia. Nak tahulah dia tu macam mana rupanya. Cantik ke tidak, tinggi ke rendah, gelap ke cerah. Takkan tak boleh?” Protesku.

“Tak boleh! Nanti bila tiba waktu yang sesuai saya tunjuklah,” Bangkang Tuan Ray. Aku mengeluh perlahan.

“Dia ada ke tak ni?” Aku masih tak puas hati.

“Ada,” Tuan Ray masih selamba menikmati makanannya.

“Mana?”

“Dia sedang tengok awak sekarang,”

“Betul ke tuan? Dia marah ke?” Aku dapat rasakan jantungku berdegup pada paras yang tidak normal. Takut siot!

“Tengok daripada ekspresi wajahnya macam nak telan awak aje Qila,” Tambah Tuan Ray lagi. Aku makin kecut perut. Kalau dia datang serang aku macam mana?

“Jom kita balik tuan,” Ajakku tiba-tiba.

“Kenapa pulak tiba-tiba nak balik ni? Makan pun tak habis lagi. Habiskan!” Tegas Tuan Ray.

“Saya takut,” Aku mula mengadu.

“Takut? Kenapa takut?” Tuan Ray ni sangatlah tak sensitif. Takkanlah dia tak boleh agak apa yang aku rasa sekarang?

“Saya takut dia serang saya dan untuk pengetahuan tuan sebab inilah saya rasa macam nak cancel kita punya deal malam tu,” Terangku panjang lebar. Aku dah tak kisah. Tuan Ray nak marah ke, apa ke, aku memang dah tak kisah. Dengar aje jawapanku, Tuan Ray dah mula letak sudu dan garfunya. Kan dah cakap dia mesti marah. Dia merenungku tajam.

“Awak tahu apa hukum mungkir janji?” Aku pejam mata sambil tarik nafas perlahan apabila mendengar soalannya.

“Tahu,” Jawabku perlahan.

“So?” Dia merenungku tajam menantikan jawapan.

“Tapi tuan saya..,”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Saya tak nak dengar apa-apa alasan pun daripada awak. Faham?” Dia kembali menyambung suapan selepas aku mengangguk. Aku masih termenung merenung pingganku.

“Kenapa tak makan? Look Qila, I’m sorry kalau saya terkasar bahasa tadi tapi saya memang tak boleh terima kalau awak mungkir janji. Awak dah janji nak tolong sayakan? Lagipun apa yang awak nak takutkan? Sayakan ada? Hmm?” Alamak, dia sedang pujuk aku ke ni? Boleh cair aku kalau macam ni. Penyakit gatal kau dah mula nak menular ye Qila?

Aku mula tersenyum dan bersetuju dengannya. Tuan Ray juga turut membalas senyumanku. Boleh gila perempuan tu kalau dia betul-betul menonton sketsa lakonan kami ni.

“So, dah boleh sambung makan?” Tuan Ray bertanya.

“Tuan makanlah, saya rasa kenyanglah pulak,” Tolakku. Tiba-tiba aku rasa kenyang bila tengok senyuman Tuan Ray. Fuh, ganas kau Qila, nanti bulan puasa tak bersahur pun tak apa, hadap senyuman Tuan Ray kenyanglah kau. Hehe..

“Habiskan, kalau tak, kita tak balik office,” Ugut Tuan Ray tiba-tiba. Aku mula keberatan. Macam mana nak habiskan kalau perut dah kenyang? Pagi tadi aku mengambil sarapan berat apabila Khadija membawa nasi berlauk masakan ibunya. Dalam aku sedang berkira-kira untuk menghabiskan makanan, tiba-tiba Tuan Ray menyuakan sudunya yang berisi nasi dekat ke mulutku. Terundur sedikit kepalaku cuba mengelak. Takkan nak buat adegan suap menyuap lagi?

“Takkan kat sini?” Bantahku. Aik, apa punya ayat tu Qila?

“Habis tu kat mana sesuai?” Soal Tuan Ray. Loyar buruk pulaklah mamat ni.

“Tuan, saya tak selesalah macam ni?”

“Ini saja cara yang boleh saya buat untuk paksa awak makan,”

“Saya janji saya makan sampai habis,”

“Cepat, dia tengah tengok kita tu,” Tambah Tuan Ray lagi. Aku mula resah. Selalu sangat aku kongsi alatan makanan dengan dia atau kalau lebih jelas lagi berkongsi sudu. Aku menggelengkan kepala. Rasa kurang sopan pula berkongsi sudu dengannya sedangkan aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun.

“Tak naklah tuan,” Tolakku.

“Dah naik lenguh dah tangan saya ni,” Protesnya lagi tanpa mempedulikan tolakanku tadi. Hish, memang tak faham bahasalah dia ni. Nak buat macam mana ni? Tiba-tiba idea baru datang melintas. Aku menarik nafas panjang lantas mencapai sudu daripada tangannya. Berkerut dahi Tuan Ray dengan tingkahku. Hairan barangkali. Perlahan-lahan aku menyuakan sudu pada mulutnya. Giliran Tuan Ray pula terkejut. Hah, ambik kau. Selalu sangat buat aku terkejut.

“Kan elok macam ni? Asyik tuan aje yang suap saya. Apa kata sekarang biar saya yang suap tuan pulak?” Aku masih tersenyum mengusik. Macam mana agaknya reaksi dia? Wajah Tuan Ray yang pada mulanya kehairanan bertukar redup. Asyik sekali pandangannya membalas pandanganku. Aku mula rasa tidak selesa. Dah rasa lain macamlah pulak.

“Erm,.tuan?” Tegurku. Tuan Ray seperti sedikit tersentak sebelum membuka mulut menerima suapanku.

“Thanks,” Ucapnya perlahan. Aku mengangguk dan kembali meletakkan sudu pada pinggannya di hadapanku.

“Kata nak suap saya tadi?” Aku terkejut mendengar pertanyaannya yang sedikit tidak masuk akal.

“Kan dah suap tadi?” Aku pandangnya pelik.

“Bukan suap sampai habis?” Loyar buruk betullah bos Khadija ni.

“Nak ke?” Aku cuba bermain dengan api. Saja nak tahu marak ke tak

“Tak nak!” Jawabnya tanpa perasaan. Aku hanya mampu menahan kegeraman. Suka sangat kenakan aku. Benci! Aku cepat-cepat menghabiskan makanan dalam pingganku. Cepat aku makan maka cepatlah aku balik office. Tak terseksalah jiwa aku nak menghadap mamat perasan bagus ni.

Cinta Itu Indah! 6

Acara pembukaan majlis berlangsung dengan meriah sekali. Acara dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada anak-anak yatim ‘Rumah Kasih’. Mereka juga dijemput hadir menghadiri majlis pada malam ini. Aku cukup mengagumi susun atur program pada malam ini. Sekurang-kurangnya syarikat ini berkongsi kelebihan dengan warga yang kurang berkemampuan seperti ‘Rumah Kasih’. Daripada maklumat seorang staf, setiap tahun, syarikat banyak membantu rumah-rumah kebajikan serta pihak yang kurang bernasib baik dari segi kewangan dan kemudahan.

“Hoi, kenapa dengan kau ni Qila? Macam tak happy aje? Hari tu excited sangat nak melantak kat sini?” Khadija melabuhkan duduk di kerusi sebelahku. Apalah masalah Khadija ni, suka sangat tegur orang dengan perkataan hoi, ditegur banyak kali pun hasilnya macam tu jugak. Ketika ini, anak-anak yatim ‘Rumah Kasih’ baru sahaja selesai menyanyi.

“Tak ada apa-apa, tiba-tiba rasa insaf bila tengok budak-budak tu,” Alasanku diterima bulat-bulat oleh Khadija.  Ini semua bos kau punya pasal. Habis berterabur mood aku nak bergembira malam ini. Aku takut sebenarnya. Takut dengan ayat Tuan Ray yang berbunyi

 “Okay, we’ll see tonight. Saya nak tengok sejauh mana awak boleh tipu hati awak tu,”

Bunyi macam ancaman. Dia nak serang aku pakai kapal perang ke apa ni? Hati aku tak tenang, tapi setakat ini aku cuma nampak kelibatnya dari jauh. Aku tak nafikan Tuan Ray kelihatan segak dengan kemeja batik dan slack hitamnya. Pakailah baju apa pun, Tuan Ray tetap kelihatan segak dengan gayanya yang tersendiri. Macam mana agaknya rupa Tuan Ray kalau dia pakai baju pengemis? Masih kelihatan segak atau tidak? Hehe. Dia duduk di meja hadapan bersama-sama orang atasan. Selagi jarak dia denganku jauh, aku boleh dikira berada di zon selamat.

“Sekarang dijemput Pengarah Urusan Berjaya Holdings, Tan Sri Haji Arshad untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis makan malam syarikat. Dipersilakan,” Ucapan pengerusi majlis diiringi tepukan gemuruh oleh staf-staf syarikat.

“Itulah papa bos aku,” Khadija menyampuk tiba-tiba.

“Mana kau tahu bos kau panggil ayah dia papa?” Aku meneguk air sambil memerhatikan pengarah urusan yang khusyuk memberi ucapan.

“Erk, aku teka aje,” Khadija tersengih memandangku.

“Nampak macam garang,” Komenku ringkas.

“Eh, taklah. Dia okey aje aku tengok. Kau tak kenal dia lagi, kalau kau dah kenal dia mesti kau tak akan kata dia garanglah,” Bangkang Khadija.

“Kenapa? Kau dah kenal dia ke?” Aku merenung Khadija yang sudah mula kalut.

“Erm, pernahlah jugak terserempak dekat pejabat Tuan Ray,” Aku mengangguk. Selepas acara perasmian, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pekerja cemerlang. Ramai juga staf yang naik ke pentas menerima penghargaan. Bilalah agaknya tiba giliran aku nak dapat anugerah pekerja cemerlang. Dalam mimpilah Qila oi. 

Tamat sahaja majlis penyampaian anugerah pekerja cemerlang, semua tetamu dijemput ke meja hidangan untuk mengambil makanan. Aku cuba kuatkan semangat dan mengikut langkah Khadija beratur mengambil makanan.

“Wah, banyaknya makanan Ija, aku dah pening nak pilih yang mana satu ni!” Mood aku benar-benar pulih setelah melihat pelbagai juadah makanan terhidang di meja panjang ini. Khadija tergelak dengan gelagatku.

“Ambik semualah Qila kalau susah sangat nak pilih,” Aku turut tergelak. Aku mula mencapai pinggan dan mula mengisi makanan yang menjadi pilihanku. Aku cuba mengambil seberapa banyak jenis makanan dalam kuantiti yang sedikit.

“Tak siap lagi ke? Aku pergi ambik air dululah,” Khadija berdiri di sebelahku dengan pinggan yang dipenuhi pelbagai lauk pauk. Banyak jugak minah ni makan.

“Okey, kau tolong ambikkan aku air oren,” Sempat aku berpesan sebelum Khadija berlalu. Aku kembali menumpukan perhatian mengisi pingganku dengan pelbagai jenis makanan.

“Dah ready ke nak bongkarkan isi hati awak tu?” Tiba-tiba satu suara berbisik perlahan di  belakangku. Aku tidak berani berpaling. Aku sekarang berada di zon bahaya. Bila-bila masa Tuan Ray akan lancarkan serangan.

“Bongkarkan apa? Saya tak ada sorok apa-apa pun dari tuan.” Aku cuba menonjolkan sedikit keyakinan. Entah apalah yang dia mahu. Kalau ada benda pun yang aku sorok sekarang adalah perasaan takut diserangnya. Percaya ke dia kalau aku cakap macam tu?

“Oh, really? Tapi kenapa saya rasa macam awak ada sorokkan sesuatu daripada saya?” Nak main tarik tali ke ni?  Aku berpaling sedikit melihatnya.

“Saya kata tak ada maknanya tak adalah. Terserah pada tuan nak percaya atau tidak,” Aku menjeling geram. Payah faham betul mamat ni. 

“Okey, kita tengok nanti,” Selepas memberi kata berupa amaran dan mencapai sebiji muffin kecil daripada pingganku, Tuan Ray berlalu pergi sambil menyuap muffin itu ke dalam mulutnya. Aku melepaskan nafas berat sambil melangkah perlahan ke mejaku. Aku diserang trauma sekali lagi. Kulihat Khadija sudah mula bersantap. Aku duduk perlahan sambil merenung pingganku.

“Dah kau ni kenapa pulak? Makanlah, tadi kata excited tak tahu nak pilih yang mana,” Khadija mula membebel sambil meneruskan aktiviti bersantap.

“Entahlah Ija, aku tiba-tiba tak ada selera nak makan,” Rasa macam nak mengadu masalah aku tapi macam tak kena masa dan tempatlah pulak.

“Kenapa ni Qila? Dari tadi aku tengok kau ni macam ada masalah. Kau ada masalah apa?” Khadija mula beralih kedudukan menghadapku. Mula menumpukan perhatian padaku. Aku mula rasa lemah. Rasa nak menangis puas-puas di bahu Ija dan tanpa disangka air mata mula mengalir.

“Eh, Qila kenapa ni?” Khadija mula kalut melihat keadaanku. Aku sudah tidak mempedulikan staf yang duduk semeja dengan kami, yang aku tahu sekarang aku perlu lepaskan tangisan ini untuk mengurangkan beban hatiku.

“Qila, calm down, cuba cakap dengan aku kau ada masalah apa? Ada orang kacau kau?” Khadija memelukku sambil menepuk belakang badanku.

Bos kau. Dia kacau aku. Aku benci dia. Dia ingat dia siapa nak buat keputusan tentang perasaan aku. Aku benci dia Ija! Aku benci dia! Aku hanya mampu menggeleng menjawab pertanyaan Ija. Aku tidak mampu meluahkan perasaan aku sekarang, nanti kang pengsan pulak si Khadija ni.

“Buat masa sekarang aku tak boleh story lagi dengan kau. Aku cuma nak menangis aje,” Tenggelam-timbul suaraku dalam usaha menahan esakan. Khadija mengangguk sambil mengeratkan pelukan untuk menenangkanku. Selepas beberapa ketika, aku kembali tenang.

“Thanks Ija, aku rasa aku dah okey. Jom makan,” Aku cuba bertenang dan menstabilkan emosiku. Aku mesti lebih berhati-hati sekarang dan bukannya menunjukkan sifat yang lemah semangat macam tadi tu.

“Are you sure Qila?” Khadija kelihatan ragu-ragu denganku.

“Yes, I’m sure,” Aku menghadiahkan senyuman yang manis untuk tatapannya. Cehs, perasan sangat aku ni. Manis sangatlah tu. Kami makan dengan senyap. Suasana tidak semena-mena bertukar janggal selepas aku buat babak meraung tadi. Staf yang semeja dengan kami juga senyap. Tak pasal-pasal keadaan bertukar jadi macam ni, kesian mereka. Semua ini salah Tuan Ray. Huh!

“Hadirin sekalian, sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Sebentar sahaja lagi pertandingan ‘Dress to Impress’ bakal bermula. Sesiapa yang berminat untuk memberi sokongan lebih bolehlah penuhkan kerusi-kerusi yang kami susun di sepanjang karpet merah ini,” Bergema suara pengerusi majlis.

“Jom duduk kat sana nak?” Ajak Khadija. Aku berfikir panjang, takut juga nak menapak ke depan takut terserempak lagi dengan Tuan Ray.

“Jomlah, kita bersorak kuat-kuat kat sana, kau pun boleh lepaskan tension kau tu,” Khadija mula merengek sambil menarik lengan bajuku.

“Jomlah,” Aku bersetuju akhirnya. Khadija menarik tanganku dan kami cepat-cepat berjalan mengisi kerusi yang semakin dipenuhi orang ramai. Kami duduk di barisan hadapan  betul-betul di sebelah juri-juri pertandingan. Dah tak ada tempat kosong. Waktu aku sibuk berfikir nak pergi ke tak nak tadi, orang ramai dah mula berpusu-pusu memenuhi kerusi kosong. Semuanya salah aku. Tapi bila difikirkan balik, bagus jugak duduk di sebelah juri, nanti peserta akan berhenti sekejap di hadapan juri untuk memperagakan fesyennya bolehlah aku tilik dekat-dekat peserta-peserta ‘Dress to Impress’ nanti.

“Kau tahu tak Zafril join juga pertandingan ni?” Soal Khadija dalam keriuhan orang ramai saat itu.

“Eh, ahli jawatankuasa boleh ambik bahagian jugak ke?” Hairan juga aku, selalunya ahli jawatankuasa tidak boleh terlibat dalam mana-mana pertandingan yang di anjurkan nanti dikatakan berat sebelah pulak.

“Kau tahu ajelah, Zafril tu ahli jawatankuasa tak sedar diri, degil nak masuk jugak. Katanya dia masuk bertanding bukan sebab nak menang hadiah tapi saja nak populariti,” Aku tergelak mendengar komen Khadija. Ada-ada aje si Zafril ni. Muzik latar pembukaan begitu bersemangat, orang ramai mula bersorak. Aku dan Khadija juga teruja dan ikut bersorak. Tak sabar menantikan kemunculan Zafril.

“Dipersilakan model pertama pada malam ini, Zafril!” Aku dan Khadija bersorak kuat memberi sokongan. Zafril keluar dengan penuh gaya memperagakan kemeja putih dan slack hitam dipadankan dengan tali leher biru tua. Fesyen pejabat ke ni? Ternyata kacak jugak mamat ni. Nasib baik dah berpunya. Zafril berjalan dan berhenti di hadapan juri berpusing ke sana-sini dengan gaya modelnya. Aku dan Khadija tidak berhenti bersorak, sempat lagi Zafril melambai gaya model ke arah kami. Kami ketawa kegembiraan.

Difahamkan ada lima belas orang peserta yang bertanding pada malam ini. Tujuh orang peserta wanita dan lapan orang peserta lelaki. Acara terbahagi kepada tiga sesi. Setiap sesi akan diselangi dengan persembahan nyanyian daripada staf yang terlibat dalam menjayakan persembahan. Setiap sesi juga akan melibatkan lima orang peserta yang akan turun memperagakan fesyen masing-masing.

Sekarang sudah sampai untuk sesi yang terakhir, setakat ini semua peserta tampil dengan fesyen yang berlainan dan hebat-hebat semuanya. Aku keliru nak pilih yang mana terbaik. Aku kerling juri, mereka semua tenang bersandar di kerusi sambil mencatit sesuatu di buku nota masing-masing. Nasib baik diorang tak ambik aku jadi juri. Kalau aku jadi juri aku bukan nak tilik fesyen diorang, aku akan tilik muka diorang dan yang mana peserta tampan dan cantik itu akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menang. 
‘Face to Impress’ hehe dah gila agaknya aku ni. 

“Dipersilakan peserta terakhir kita pada malam ini, berikan tepukan gemuruh untuk Rayyan Amrif,” Mendengar aje pengumuman pengerusi majlis pada waktu itu cukup membuatkan jantungku berdegup pada peringkat yang tidak normal. Lama-lama macam ni aku boleh kena sakit lemah jantung. Tak sangka Tuan Ray join pertandingan ni jugak. Sorakan staf-staf begitu kuat sekali. Bingit telingaku.

Aku berpaling untuk melihat Tuan Ray. Aku terpempan. Pertama kali aku lihat Tuan Ray tampil dengan gaya kasual. Dia kelihatan begitu santai dengan jeans hitam yang dipadankan dengan t-shirt berkolar berwarna merah terang bersama jaket kulit hitam. Sekali pandang dah bukan macam Tuan Ray tapi macam model antarabangsalah pulak dengan gaya rambut yang kemas dan sedikit terpacak. Dia juga membuat sedikit touch up pada wajahnya dengan memakai kaca mata berbingkai hitam. Dari hujung rambut sampailah ke hujung kasut, satu perkataan aje yang tergambar di fikiranku, ‘Perfect’. Mataku tidak lepas daripada memandangnya yang berjalan dengan penuh keyakinan. Aura karisma yang dibawanya mampu memaku pandangan para penonton termasuklah aku. Aku tidak mampu bersorak seperti orang ramai. Nafasku terasa sesak dan saat dia berhenti di hadapan juri, saat itulah mataku bertentang dengan matanya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman yang bisa membuatkan aku hampir rebah ke lantai. Aku seperti dipukau. Tiba-tiba aku merasakan kami berada dalam zon vakum di mana tiada suara kedengaran, hanya ada aku dan dia. Kali ini aku tidak melarikan langsung pandangan malahan kekal mengekori langkahnya sehinggalah tiba-tiba bahuku ditepuk kuat.

“Hoi, sudah-sudahlah tenung anak teruna orang tu,” Khadija gelak kuat. Aku tersedar. Apa aku buat tadi?

“Aku buat apa tadi?” Aku masih bingung selepas terkena penangan fesyen Tuan Ray.

“Kau tenung Tuan Ray macam nak telan dia. Kenapa? Dah jatuh cinta ke?” Aku menelan air liur. Kurang ajar punya kawan.

“Mana ada, aku bukan tengok dia, aku tengok baju dia, cantik baju diakan?” Aku cuba alih topik. Memang kau dah gila Qila!

“Iyelah. Tengok bajulah sangat. Tuan Ray pun aku tengok macam syok dok tenung kau. Amacam? Ada rasa kuch kuch hota hai tak?” Usik Khadija lagi

“Kuch kuch kepala hotak kau, jom gerak, aku dah lapar balik ni,” Aku tarik tangan Khadija ke meja makan sekali lagi mengisi makanan dan duduk untuk makan second round. Imej Tuan Ray masih melayang-layang dimindaku. Aku tak nafikan, kalau aku jadi juri aku bagi ten point out of ten. Hilang semua rasa benci bila tengok dia tadi. Cehs, tak tetap pendirianlah kau ni Qila. Mudah sangat tergoda. 

“Hadirin sekalian, sekarang tibalah masa untuk mengumumkan pemenang hadiah utama bagi pertandingan ‘Dress to Impress’. Pemenangnya adalah, the one and only Rayyan Amrif,”  Serentak itu sorakan staf bergema di ruang ballroom. Khadija turut bersorak kuat atas kemenangan bos kesayangannya. Kulihat Tuan Ray dengan tenangnya naik ke pentas menerima hadiah. Dia masih mengenakan pakaian tadi. Aduhai, rasa macam tak nak lepas pandang.

“Sekejap Rayyan, kita ada satu lagi kejutan, ini adalah plan kami last minute, malam ini kita ada satu hadiah istimewa untuk staf yang bertuah. Staf ini bakal menerima penginapan dua hari satu malam di hotel ini bermula malam ini dan staf ini dikatakan bertuah sebab namanya akan dicabut oleh Tuan Rayyan kita dan sekaligus akan diumumkan terus,” Penjelasan panjang lebar daripada pengacara majlis sekali lagi disambut dengan sorakan yang teramatlah kuat daripada hadirin pada malam itu.

“So, Rayyan sila cabut nama staf yang bertuah ni,” Satu balang kaca yang dipenuhi kertas kecil berwarna-warni dihulur pada Tuan Ray. Tidak sampai tiga saat Tuan Ray mencabut satu kertas kecil di dalam balang tersebut. Amboi, tak gaul dulu ke kertas tu? Pakai ambik terus? Huh, memang tak sporting langsung!

“Sila umumkan nama pemenang,” Mikrofon dihulur pada Tuan Ray.

“Congratulation, Nurul Aqilah bt Mohd Azmi,” Aku betul-betul terkejut. Hadirin sibuk memandang depan belakang mencari empunya diri. Aku masih terpaku tidak percaya sehinggalah Khadija menarik dan menolak aku supaya naik ke pentas menerima hadiah. Serentak itu tepukan gemuruh mengiringiku ke pentas. Malu siot! Aku? Kenapa mesti aku? Kenapa orang yang kita nak elak itu jugalah yang kerap kita jumpa? Dari jauh Tuan Ray tersenyum sinis memandangku. Geram aku nak ketuk-ketuk dia ni.

Apabila kaki melangkah di atas pentas, satu masalah lagi timbul, mana taknya nak ambik hadiah berharga daripada Tuan Ray? Bala apalah yang terkena pada kau sekarang Qila. Aku jalan menunduk ke arah Tuan Ray. Sampai sahaja di hadapannya aku menghulurkan tangan untuk mengambil sampul surat yang berisi voucher penginapan, malangnya lain pulak yang terjadi. Tuan Ray dengan selambanya menyambut tanganku ke dalam genggamannya. Aku terkejut dan pantas merenungnya. Lama jugak tanganku dipegangnya.

“Congratulation Qila,” Dia tersenyum lebar tapi agak sinis dari pandangan mataku. Aku memaksa diri untuk tersenyum dan perlahan-lahan cuba meleraikan pautan tangan kami. Gatal! Baru sahaja aku ingin melangkah turun dari pentas tiba-tiba pengacara majlis menahanku sambil memberi isyarat untuk bergambar sekejap. Lambat-lambat aku melangkah dan berdiri di sebelah Tuan Ray. Kami sama-sama memegang sampul surat sambil tersenyum ke arah lensa kamera.

“Macam mana perasaan sekarang? Okey? Ke terkena pukulan ombak tsunami?” Dia berbisik perlahan. Sempat lagi tu nak serang aku dengan soalan bodohnya. Aku buat bodoh dan cepat-cepat berlalu turun selepas menangkap gambar. Malas nak layan orang perasan.

Sampai sahaja di mejaku, Khadija sudah sedia mendepang tangan untuk memelukku. Aku cepat-cepat meloloskan diri ke dalam pelukannya.

“Tahniah Qila, kau memang bertuah. Inilah tuahnya kalau jadi kawan aku,” Khadija ketawa galak.   

“So, kita bermalam kat sini malam ni?” Aku bertanya Khadija.

“Kau nak ajak aku bermalam sekali dengan kau ke?” Khadija betul-betul terkejut atau buat lakonan terkejut ni?

“Iyelah takkan aku nak ajak Zafril pulak?” Aku ketuk lengannya perlahan.

“Manalah tahu kau nak ajak Tuan Ray,” Tidak sempat Khadija menghabiskan ayatnya, aku tampar kuat lengannya.

“Mulut tu jaga sikit, dengar dek orang nanti, tak pasal-pasal jadi fitnah,” Aku ketap bibir, ish minah ni mulut tu memang tak ada insuran langsung, main langgar sahaja.

“Sorry kawan, aku gurau tadi tu. Eh, aku on aje. Mak aku mesti bagi punya,” Khadija ketawa gembira.

“Tapi baju kita macam mana?” Takkanlah nak pakai baju sama?”

“Jangan risaulah, kat bonet kereta aku tu memang berlambak baju spare,.hehe siap dengan pakaian kecik yang dijamin baru punya,” Khadija tergelak. Sekali lagi aku tampar kuat lengannya.

“Tak senonohlah kau ni,” Khadija mengaduh.

“Betul apa aku cakap. Mana ada tak senonohnya,” Marah Khadija

Aku menunggu Khadija di ruang lobi hotel selepas acara tamat sebentar tadi. Khadija ke kereta untuk mengambil beg pakaian, dihalangnya aku daripada turut serta temankan dia. Katanya nak jumpa seseorang. Minah ni ada skandal ke? Aku mencapai majalah di meja kopi dan mula membeleknya.

“Dah check in?” Tiba-tiba Tuan Ray duduk di sofa setentang denganku. Aku mula diserang migraine.

“Belum lagi. Eh, tuan tak balik lagi ke?” Aku bercakap sambil tangan masih tidak berhenti membelek majalah.

“Khadija tak ada cakap ke saya bermalam kat sini?”

“Apa?”

“Kenapa awak terkejut sangat ni?” Tuan Ray berkerut kening. Aku berdehem perlahan membetulkan suara dan letak duduk.

“Eh, tak adalah, saya biasa-biasa aje,” Mana Khadija ni? Ambik baju ke beli baju. Aku dah mula rasa tak selesa duduk menghadap Tuan Ray.

“Qila, saya nak cakap sesuatu dengan awak ni,” Tuan Ray bercakap dengan aku tapi matanya ralit menumpukan perhatian pada IPhonenya.

“Tuan nak cakap pasal apa lagi? Pasal perasaan saya? Kalau tuan nak cakap pasal tu saya tak nak komen apa-apa,” Aku merenungnya dan dia juga turut membalas renunganku. Aku mengangkat kening menghantar pertanyaan ‘apa tenung-tenung orang?’ Dia tersenyum kecil sambil mengalihkan pandangannya.

“Kenapa nak mengelak cakap pasal perasaan?” Soal Tuan Ray tiba-tiba. Alamak soalannya sekarang sudah mencapai tahap ingin membongkarkan rahsia besar hatinya. Aku tak sedia lagi nak dengar semua tu. Aku menutup majalah dan meletakkannya kembali ke atas meja.

“Okey, tuan nak cakap sangat pasal perasaankan, jadi saya nak tanya tuan dulu,” Aku menggenggam tanganku erat.

“Nak tanya apa?” Tuan Ray bersandar tenang sambil memeluk tubuh. Aku menarik nafas panjang sebelum kembali merenungnya.

“Kenapa tuan layan saya macam lain daripada yang lain?” Aku rasa wajahku kebas. Rasa nak telangkup dekat lantai aje. Tuan Ray mengerutkan dahinya.

“Lain macam mana maksud awak?” Soalnya lagi. Dia ni betul-betul tak faham ke atau buat-buat tak faham.

“Iyelah lainlah,” Aku mula tak tentu arah

“Maksud awak?” MasyaAllah kenapalah payah faham sangat mamat ni. Kata pengurus besar, takkanlah hal remeh berkaitan dirinya masih tak faham-faham.

“Saya rasa tuan layan saya tak sama macam tuan layan orang lain, I mean a little bit different, macam bukan majikan layan pekerja,” Selesai aje beri penjelasan aku terus tunduk tilik jari jemariku.

“Owh tentang tu,” Tuan Ray mengangguk. Laa, baru faham ke? Slow connection betullah dia ni. Aku juga turut mengangguk, tidak sabar untuk mendengarkan jawapan kepada persoalan yang selama ini menghantui aku.

“Betul awak tak tahu kenapa saya layan awak macam tu?” Tajam renungannya. Mataku meliar ke sana sini. Takkanlah aku nak jawab yang aku rasa dia syok kat aku? Aku mengangguk perlahan. Masih dalam keadaan keliru.

“Are you sure?” Kali ini dia tersenyum sinis, barangkali tidak percaya dengan jawapanku tadi.

“Ala, tuan jawab ajelah soalan saya tadi,” Aku buat muka bosan dan cuba tukar topik. Orang soal dia, dia sibuk dok soal orang balik.

“You want to know why?” Soalnya perlahan.Aku berdebar. Bersediakah aku? Macam mana kalau jawapan dia sama dengan apa yang aku fikir selama ini?

“Yes,” Jawabku antara yakin dengan tidak.

“Really?’

“Yes,”

“Okay, sebabnya simple aje,” Tuan Ray bangun dari bersandar dan kali ini dia duduk sambil menongkat siku pada lututnya dan kedua tangannya digenggam dan diletak bawah dagu.

“Saya..,” Kenapa mesti meleret? Tuan Ray tersenyum.

“Suka…,” Aku dah mula nak rasa pitam. Aku mengangkat tangan.

“Stop! Saya tak nak dengar,” Aku picit kepala. Dah berpinar-pinar mataku. Dia ingat aku tak tahu yang dia nak cakap ‘saya suka awak’? Oh tidak, rupa-rupanya sangkaan kau selama ini berasas, memang Tuan Ray syok kat kaulah.

“Eh, kenapa pulak? Saya tak habis cakap lagi ni, dengarlah dulu,” Tuan Ray masih tersenyum.

“No, please tuan, saya tak nak dengar,” Aku merayu sambil menekap kedua tanganku pada telinga. Tuan Ray tergelak apabila melihat tindakanku.

“Kenapa tuan gelak?” Aku memandangnya hairan.

“Dan kenapa awak tak nak dengar alasan saya? Dah boleh agak dah?” Entah kenapa aku tiba-tiba rasa malu nak memandangnya.

“Tuan suka saya? Macam tu?” Takut-takut aku pandangnya. Tuan Ray senyap tak bagi respon. Dia hanya merenungku sambil tersenyum.

“Tuan dah fikir masak-masak ke ni? Saya tak boleh terima tuan!” putusku yakin sekali. Ish dia ni biar betul syok kat aku. Ramai lagi perempuan lain kat atas dunia kenapa aku jugak yang dipilihnya. Memanglah aku cantik tapi untuk bergandingan dengannya rasa macam tak sesuai aje. Tuan Ray boleh cari yang lebih cantik dan yang penting setanding dengannya dari segi kerjaya. Setakat setiausaha macam aku ni hanya sesuai untuk orang-orang biasa setaraf denganku. Pokoknya sekarang, aku tak akan terima lelaki yang tak setaraf denganku. Apa ingat orang berada aje yang boleh buat keputusan tak nak pilih orang yang tak setaraf dengannya untuk dijadikan teman hidup? Orang kurang berada macam aku pun boleh buat pilihanlah. Pilihanku adalah Tuan Ray tidak setaraf denganku.

“Kenapa tak boleh terima saya?” Tuan Ray kembali berpeluk tubuh. Wajahnya masih tenang. Barangkali tidak percaya dengan keputusanku. Apa kau ingat kau akan selalu dapat apa yang kau nak? 

“Tuan, saya bukan nak kurang ajar tapi anggap aje apa yang bakal saya katakan ini adalah luahan yang tulus ikhlas dari hati saya,” Tuan Ray mengangguk dan kelihatan bersedia mendengar penjelasanku.

“Saya rasa berhubung dengan pengakuan tuan sukakan saya tu, tuan perlu fikir sekali lagi. Tuan dengan saya? Saya rasa macam tak logik langsung. Ada baiknya tuan balik dan cermin diri tuan tu dulu. Tuan tu tak layak nak bergandingan dengan saya tau,” Lancar sekali tiap patah kata yang keluar dari bibirku. Tuan Ray kelihatan terkejut dengan penjelasanku. Kulihat bibirnya bergerak-gerak tapi tiada kata yang terluah, terkejut yang teramat sangat barangkali. Apa intro aku melampau sangat ke?

“Awak..,”

“Nanti dulu tuan , saya tak habis cakap lagi ni,” Aku mencelah. Aku memang pantang kalau orang menyampuk kalau aku tengah bercakap.

“Saya nak tuan betul-betul faham kenapa saya tak boleh terima tuan. Point yang lebih jelas yang saya boleh cakap kat sini adalah tuan tu tak setaraf dengan saya. Saya tak akan terima lelaki yang tak setaraf dengan saya,” Aku menarik nafas kelegaan. Lega rasanya dapat meluahkan isi hati aku ni.

“Saya kena balik cermin diri saya dulu? Saya tak setaraf dengan awak? Apa awak ni puteri raja ke?” Tuan Ray seakan tidak dapat menerima kenyataan setelah mendengar penjelasanku. Aku tepuk dahi. Alamak, Tuan Ray dah salah fahamlah pulak.

“Kejap tuan, tuan dah salah faham ni. Maksud saya yang sebenarnya tuan tak layak bergandingan dengan saya sebab tuan tu tak sesuai dengan saya,”

“Apa?” Tidak berkelip Tuan Ray memandangku. Aku ketap bibir.

“Macam nilah tuan, bak kata pepatah enggang biarlah terbang tinggi bersama enggang dan pipit biarlah terbang rendah bersama pipit. Enggang dan pipit tak boleh terbang bersama. Dalam hal kita sekarang tuan tu enggang dan saya ni pipit. Tuan tak setaraf dengan saya. Tuan perlu cermin diri tuan supaya tuan sedar yang tuan tu enggang dan bukannya pipit macam saya ni dan saya hanya akan pilih lelaki yang setaraf dengan saya maksudnya itu pipit dan bukannya enggang macam tuan. Faham?” Panjang lebar jawapanku. Kalau Tuan Ray tak faham jugak tak tahulah aku.

“MasyaAllah Qila, Qila,” Tuan Ray mengeluh sambil menggeleng kepala.

“Apa tuan tak faham lagi ke apa yang saya cakap tadi?” Aku dah mula naik geram. Kenapa payah faham sangat dia ni

“Saya faham. Apa awak ingat kita ni burung ke?” Tuan Ray mencebik. Alahai comelnya dia buat macam tu.

“Tak adalah sampai macam tu. Itu cuma perumpamaan aje,”

“Perasan jugak awak ni, bila pulak saya cakap yang saya sukakan awak Qila?” Aku terkejut dengan soalannya. Wajahku rasa kebas.

“Erm,..,” Aku hilang kata-kata.

“Saya tak habis cakap lagi awak dah potong dan tak nak dengar jawapan saya. Saya layan awak lain macam tu sebab saya suka usik awak. Bukannya saya suka awak!” Aku rasa seperti sebiji batu besar menghempap wajahku, kasi hancur terus lagi baik biar aku tak boleh tengok Tuan Ray dan Tuan Ray dah tak boleh cam aku. Sumpah, aku malu tahap dewa dewi. Mana kau nak campak muka cantik kau tu Qila?

“Erk, saya dah salah fahamlah ni?” Aku buat garu-garu kepala yang sememangnya seratus peratus tidak gatal langsung, saja nak cover malu.

“I guess so,” Tuan Ray mengangguk yakin.

“Maaflah sebab dah terfitnah tuan sukakan saya,” Aku tersipu-sipu malu.

“Maaf? Tempoh hukuman dulu baru habis, sekarang awak dah buat fitnah sekali lagi?” Aku tergamam. Aah, kenapa aku suka terfitnah dia? Bukan salah aku jugak tapi dia yang menyediakan peluang untuk aku fitnah dia. Kira dia pun bersalah jugaklah dalam hal ni.

“Habis tu macam mana ni tuan? Tuan tak nak maafkan saya atau nak lanjutkan lagi tempoh hukuman?” Macam biasa Tuan Ray hanya akan berminat dengan taktik jual beli ni, nama lagi usahawan perniagaan mestilah minat jual beli ni. Apa punya pengurus besarlah dia ni, Encik Irfan pun tak macam ni.   

“Okey, saya maafkan awak tapi dengan satu syarat,” Hek eleh pakai syarat segalalah pulak.

“Apa syaratnya?”

“Be my girl,” Aku terlopong. Memang sah Tuan Ray ni spesies lelaki tak sedar diri. Terang-terang dah tadi aku cakap dia tak setaraf dengan aku dan siap suruh cermin diri lagi tapi masih tak faham-faham. Banyak makan otak udang ke sampai payah sangat nak faham ni?

“Susahlah cakap dengan tuan nikan? Kan saya dah cakap tadi yang..,”

“Wait. Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Jangan menyampuk boleh tak?” Mata Tuan Ray dah mula menjeling dan perutku dah mula kecut. Aku menekap tangan pada mulutku.

“You just have to pretend to be my girl. I mean acting,” Sekali lagi aku terlopong.

“But why?” Aku tak faham kenapa dia pilih aku dan kenapa aku kena berlakon. Entah kenapa hatiku rasa sesuatu. Rasa apa? Kau terkilan bila dia suruh kau berlakon dan bukannya ajak couple secara real Qila? Apa kau mengharap ke Qila? Apa ke jadahnya mulut kata tak nak tapi hati kau mengharap Qila? Diamlah mangkuk! Qila berperang dengan perasaannya.

“Sebab saya nak lari dari seseorang,”

“Ada orang kejar tuan ke?”

“Lebih kurang macam tulah,” Ish, siapa perempuan tak tahu malu tu? Kalau aku, dah lama aku lenyapkan diri daripada pandangan Tuan Ray kalau dia dah reject aku.

“Tapi kenapa saya?” Hah, jawablah.

“Sebab dia dah nampak kita lunch kat gerai hari tu, siap tangkap gambar lagi. Alang-alang dia dah syak kita, apa salahnya kita teruskan syak wasangkanya. Biar dia percaya dan give up,” Aku mula nampak gambaran perancangan Tuan Ray. Dia nak buat perempuan tu give up dengan dia. Aku mengangguk perlahan.

“Awak setuju?” Tuan Ray mengangkat kening.

“Dia bahaya ke tak?” Aku musykil.

“Maksud awak?” Tuan Ray pulak tak faham

“Iyelah bahaya ke tak maksud saya tu ada kemungkinan ke dia cemburu dan ambik keputusan nak apa-apakan saya?” Aku meluahkan rasa bimbangku. Bukannya kita boleh jangka tindakan orang. Dari cara tak tahu malunya kejar Tuan Ray dah cukup bukti bahawa nekadnya dia mahu memiliki Tuan Ray dan barang siapa yang cuba menghalangnya pasti akan di hapuskan dan dilenyapkan serta merta dari muka bumi. Kalau aku tengok cerita kebanyakannya macam nilah plotnya. 

“Apa awak mengarut sampai ke situ?” Tuan Ray ketawakanku.

“Eh, tuan jangan nak gelak-gelak, kita mana tahu apa tindakan dia dan kalau saya setuju dengan rancangan tuan yang jadi mangsanya sekarang saya tau bukan tuan,” Aku berpeluk tubuh sambil mencebik ke arahnya.

“Okay saya minta maaf. Don’t worry because I’ll make sure nothing gonna be happen to you,” Entah kenapa mudah aje aku yakin dengan jaminannya.

“Okay, saya setuju tapi saya tak nak benda ni kecoh kat pejabat. Maksudnya saya akan berlakon secara rahsia. Rahsia ini milik kita berdua. Deal?”

“Deal,” Sahut Tuan Ray. Aku tersenyum.

“Kenapa mudah sangat awak setuju dengan tawaran saya? Saya tak ada bagi ganjaran apa-apa pun pada awak?” Soalannya membuatkan aku berfikir. Betul jugak, kenapa aku mudah sangat setuju?

“Mungkin sebagai menebus rasa bersalah saya sebab fitnah tuan banyak kali. Atau mungkin Allah SWT yang gerakkan hati saya supaya terima tawaran tuan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran? Entahlah, saya pun kurang pasti,” Jawabku panjang lebar dan sememangnya aku juga tidak faham dengan diriku kenapa aku bersetuju dengan mudah sekali.

“Bukan sebab awak suka saya?” Tuan Ray angkat kening. Aku buat aksi nak muntah sehingga tergelak Tuan Ray dibuatnya.

“So apa saya perlu buat sekarang?” Semangat kau Qila! Manalah tahu boleh menang award. Hehe.

“Nothing. Saya akan cakap bila saya perlukan bantuan awak tapi saya nak awak bantu saya bila-bila masa saya perlukan awak, boleh?”

“No problem tuan,” Aku angkat tangan tanda tabik kepadanya. Tuan Ray tergelak dengan gelagatku.

“Ehem ehem, bahagia nampak?” Tegur Khadija sambil duduk disebelahku.

“Kau pergi mana Ija? Lama gila aku tunggu kau. Kau pergi ambik baju ke jahit baju hah?” Angin membebel aku mula menyerang.

“Ambik baju sambil jumpa seseoranglah, kan aku dah cakap tadi,” Khadija mula memuncung

“Cakap dengan aku kau skandal dengan siapa tadi?”

“Amboi statement, tak sayang mulut eh? Aku tak ada skandal dengan siapa-siapa. Yang aku lihat dan pasti sekarang adalah kau tu yang ada skandal dengan bos aku,” Aku tampar kuat lengan Khadija. Baru nak kenakan dia alih-alih dia dah tembak aku. Kurang ajar punya kawan.

“Sakitlah mak cik!” Khadija mengaduh sambil menggosok lengannya.

“Merepek lagi,” Marahku.

“Alah, bos aku rileks aje kau pulak marah-marah. Betullah tu kan kan kan?” Khadija tolak-tolak bahuku dengan bahunya. Eei, rimas aku!

“Kan bos?” Apabila aku tak bagi respon dia mintak pendapat Tuan Ray pulak. Minah ni aku sekeh kang.

“Maaflah tuan, Ija ni memang tak beli insuran untuk mulut dia, memang bergurau tak kena tempat, kalau tuan ada kenal ejen insuran bolehlah kenalkan dekat Ija. Kami pergi check in dulu. Assalamualaikum,” Terus aku tarik tangan Khadija ke receptionist. Buat jatuh saham aku aje minah ni.

“Waalaikumussalam,” Balas Tuan Ray sambil menghadiahkan senyuman manisnya. Manis ke?

P/S : akan bersambung….enjoy ;)