“Good
morning Cik Naurah,” Sapa Fifi apabila aku muncul di pejabat pagi itu.
“Waalaikumussalam
Fifi and good morning,” Bukan niat aku nak sindir dia tapikan elok kalau kita
bertukar salam di pagi hari yang penuh berkat ini. Fifi sudah tersipu-sipu
malu.
“Err..assalamualaikum,”
Ujarnya yang faham dengan maksud sindiran aku tadi.
“Fifi
dah breakfast?” Aku masih berdiri di depan pintu bilikku. Bilik orang sebelah
masih gelap. Lambat pulak dia pagi ni.
“Belum
lagi,”
“Okey,
siap sekarang kita turun breakfast roti canai dekat gerai Abang Mat,” Entah
kenapa rasa mengidam sangat nak makan roti canai Abang Mat. Dalam kepala sudah
terbayang keenakan roti canai Abang Mat.
“Okey,”
“Yang
lain mana?” Soalku. Ruang pejabat kelihatan lengang. Satu orang pun tak ada melainkan
Fifi seorang. Ruang pejabat ini hanya dipenuhi oleh sepuluh orang pekerja yang
disediakan partition masing-masing menghadap dua bilik. Satu bilik
kepunyaan aku dan satu bilik lagi kepunyaan orang sebelah aku ni.
“Yang
lain dah turun,” Ujar Fifi yang kelihatan sibuk membuka laci mejanya.
“Jangan
lupa ajak Kak Maria and the geng sekali,” Kali ini Fifi mengangkat
gagang telefon. Mungkin mahu menghubungi Kak Maria dan yang lain. Walaupun kami
kerja berlainan tugas dan pangkat, hubungan kami semua boleh dikatakan akrab.
Tidak bersuku, tidak berpuak. Semua staf house keeping, front office,
security, culinary, maintenance, admin dan banyak lagi boleh ke hulu
ke hilir bersama tanpa masalah.
Aku
terus menolak pintu bilik dan meletakkan briefcase di atas meja. Handbag
pula aku letak di dalam laci yang berkunci. Purse jenama Sembonia
berwarna coklat muda aku capai sebelum turun bersama Fifi.
“Kak
Maria! Sini!,” Fifi melambai tangan pada Kak Maria yang ligat matanya memerhati
kawasan gerai. Kak Maria and the geng tersenyum lantas berjalan ke arah
meja kami. Sebenarnya gerai Abang Mat memang menjadi tempat persinggahan staf
Hotel Perwira bersarapan, tak jauh mana pun, lintas jalan depan hotel, dan
selamatlah anda sampai ke gerai roti canai Abang Mat!
“Wah,
bagusnya service. Order dah siap!” Marisa sudah teruja melihat pinggan berisi
roti canai tersusun di atas meja.
“Memanglah
bagus kalau yang tukang order nya Naurah dengan Fifi, kalau nak harapkan kau?
Licin dulu roti canai Abang Mat orang lain bedal. Kau pulak duduk tersengguk
kat meja,” Aku dan yang lain tergelak mendengar bebelan Kak Maria. Memang
penyakit Marisa ni tak pernah sembuh. Apa yang susah sangat bukak mulut order
makanan? Malu tahap melampau perempuan ni.
“Marisa
malulah Kak Maria,” Marisa sudah mencebik.
“Orang
lain pun malu jugak tapi tak adanya malu tahap kronik macam kau ni,” Sampuk
Sarina pula. Memang semua orang geram dengan feel Marisa. Lebih-lebih pulak
genetik perempuan melayu terakhir dia ni.
“Bagus
apa bersikap pemalu macam ni?” Marisa masih tak puas hati.
“Tengok
pada keadaan jugak Cik Marisa oi,” Sampukku pula. Memanglah bersifat pemalu itu
bagus tapi kalau berlebihan pun tak elok jugak. Contohnya macam Marisa ni. Malu
sampai tak boleh nak bercakap. Bukan ke kronik tu?
“Tapi
Marisa rasa OM suka,” Bila mendengar perkataan OM disebut, aku cuba mengawal
mimik mukaku. OM adalah singkatan panggilan untuk Si operating manager
Hotel Perwira. Kak Maria, Fifi dan Sarina sudah tergelak besar sampai bergegar
meja plastik empat segi gerai Abang Mat. Pelanggan lain pun dah pandang lain
macam.
“Kau
ni ikhlas ke tak bersikap pemalu ni? Kalau setakat nak pikat OM dengan sikap ni
baik tak payah,” Pukul Sarina selamba. Yang lain dah berpakat angguk kepala.
Ini dah sampai tahap malu sambil mengambil kesempatan. Malu tak ikhlas namanya.
Ceh!
“Haah,
betul tu. Kau berani ke pikat OM?” Soal Fifi tak sabar-sabar. Maklumlah dah
bertambah seorang saingannya.
“Memang
gilalah kalau Marisa nak pikat OM tapi siapa tahu kalau-kalau OM terpikat
dengan sikap pemalu Marisa ni?” Marisa senyum gatal sambil tangannya
mencarik-carik roti canai di dalam pinggan. Aduhai, rosak jugak budak ni.
“Perasan!”
Kak Maria dah mula menyampah. Dia sumbat geram roti canai ke dalam mulut
Marisa. Terbatuk-batuk budak itu dibuatnya.
“Mana
kau tahu OM suka perempuan pemalu?” Serang Sarina pula. Tak pasal-pasal OM jadi
topik perbualan hangat pagi ni. Macam dah tak ada topik lain. Sabar Rara.
Pekakkan telinga kau walaupun kau tak pekak.
“OM
tak suka perempuan pemalu ke?” Marisa soal aku.
“Apasal
tanya aku?” Apa aku ni ada iras kaunter pertanyaan ke?
“Kaukan
baik dengan OM? Takkanlah kau tak tahu ciri-ciri perempuan yang OM suka?” Kali
ini Sarina kenyit mata pada aku pula. Aku buang pandang pada jalan raya. Roti
canai yang sedia dicarik aku sumbat ke dalam mulut. Malas nak jawab soalan
Sarina.
“Hmm,
baiklah sangat!” Fifi mengeluh. Kiranya jawapan Fifi itu secara automatik
menjawab soalan Sarina.
“Hish,
cukup-cukuplah cakap pasal dia. Bosan!” Bentakku perlahan. Kalau stress macam
ni pagi-pagi, boleh bertambah kedut di wajah. Safi Rania Gold pun tak boleh nak
tolong.
“Akak
tak fahamlah dengan Naurah ni. Orang lain sibuk dok cari peluang terserempak
dengan OM, buat-buat pengsan depan dia, bercakap face to face dengan dia tapi
kau pulak dok sibuk cari pasal dengan dia. Kau ada masalah otak ke?” Aku
terngadah diserang Kak Maria. Mulut dia nilah, memang tak daftar insuran.
“Koranglah
yang ada masalah otak,” Balasku geram. Dan keempat-empat manusia itu tergelak
besar. Lama-lama macam ni boleh patah kaki meja plastik Abang Mat sebab asyik
bergegar.
“Kitaorang
pulak dah. Naurah sekarang yang outlier tahu tak? Kalau ikut graf
statistik, memang Naurah kena buang dari graf tu supaya graf tu tak nampak
cacat,” Fifi dah tak ingat dunia kenakan aku. Mentang-mentanglah sibuk kaji
graf jualan, habis dia kaitkan ilmu graf tu dengan aku. Ada jugak yang nak kena
ni.
“Melampau
betullah,” Tanpa segan mataku menjeling Fifi. Fifi angkat dua jari buat isyarat
peace.
“OM
tu cukup perfect tau. Dia baik, suka
tolong orang…,”
“Mana
kau tahu dia baik?” Sarina terdiam bila aku sekat imaginasi melampaunya.
Matanya sudah juling bila dia jeling aku sampai terbalik mata hitam dia. Marah
benar kalau aku komen pasal OM.
“Bukan
aku aje, semua orang tahu dia baik. Okey, kalau aku cakap kau takkan percaya
tapi yang aku nak cakap ni bukan kenyataan aku tau tapi kenyataan orang lain,”
“Siapa
yang buat kenyataan?” Sampuk Marisa.
“Dia
buat kenyataan apa?” Celah Fifi. Sarina sudah teruja untuk berkongsi cerita.
Pinggan roti canai sudah tertolak ke tepi.
“Kenyataan
ni dibuat oleh budak part time bahagian banquet,” Sarina tersenyum.
“Budak
yang ke hulu ke hilir dengan kau dulu? Jasmin?” Kak Maria menebak. Sarina sudah
bersorak.
“Ya,
budak tu lah,”
“Budak
tu cakap apa?” Soalku acuh tak acuh. Macamlah aku tak dapat nak agak pujian
yang bakal melambung keluar daripada mulut Sarina. Kali ni kasi up.
Menyampah kuasa dua!
“Adalah
dulu waktu polis buat event kat hotel, budak tu terlibat urus bahagian jamuan
tu. Yalah, budak-budak part time lah bertanggungjwab buat preparation dewan
semua tu. Non stop! Dari pagi sampai petang. Siap ambik alih tugas waiter dan
waitress. Solat pun dah tak khusyuk bila waktu rehat ciput sangat. Dah petang,
lagipun budak tu kerja ada giliran syif bagai tapi boleh pulak supervisor tu
tak bagi diorang balik, marahlah budak tu,”
Bersungguh
benar Sarina buka cerita, macam dia pulak budak tu.
“Siapa
supervisor tu?” Sangat tidak beretika. Dia ingat budak tu robot nak kerja dua
puluh empat jam?
“Entahlah,
Jasmin ada jugak sebut nama dia tapi aku tak ingat. Lagipun aku tak kenal
sangat staf bahagian tu. Kerek semacam, bukan aku cakap tapi Jasmin yang
cakap,”
“Habis
tu dia sambung kerja sampai malam?” Marisa dah tayang wajah tak puas hati.
“Tak,
diorang tetap nak balik. Yalah, dah ada budak lain ganti kenapa mereka tak
boleh balik pulak? Waktu tu lah OM muncul sebagai penyelamat. Diorang pergi
mintak sendiri dengan OM, OM tak cakap banyak. Dia bagi aje diorang balik, dan
Jasmin cakap supervisor tu kena brainwash dengan OM,”
Marisa
dengan Fifi sudah bertepuk tangan.
“Baiknya
OM,” Marisa letak tangan di dada.
“OM
baik sangat,” Fifi letak tangan pada pipinya. Nak jugak ulang kenyataan sama.
“Sebab
dia bagi budak tu balik korang cakap dia baik? Apasal tak mintak dengan aku?
Aku pun boleh bagi budak tu balik,”
“Ah,
sudahlah Naurah. Dalam hal ni kau saja yang buta tak nampak kebaikan OM tu,”
Kali ni Kak Maria pula join kelab budak rosak sedunia. Boleh dia cakap aku
buta? Aku yang menghadap OM hari-hari aku tahu sangatlah baik dia macam mana.
Diorang memang nampak OM dari segi luaran aje. Hish!!
“Betul
tu. Kau jangan nak condemn kenyataan Jasmin. Realiti ni tau!” Sarina
tuding jari telunjuknya yang berminyak. Yalk!
“Betul!
Betul! Betul! Dahlah baik, penyanyang pulak tu,”
“Mana kau tahu dia penyayang?” Aku potong ayat
Marisa. Menyampah aku tengok tahap keterujaan dia bercakap.
“Alah,
ada sekali tu aku terserempak dengan dia yang tengah lunch dekat gerai. Kau
tahu dia sanggup order ikan seekor untuk kucing sesat kat situ. Sweet sangat!”
Tangan Marisa sudah saling menggenggam sambil matanya mendongak ke atas.
Macamlah boleh nampak Fahin dengan kucing kat atas langit tu.
“Ya,
aku pun pernah tengok. OM selalu belanja kucing makan,” Fifi pun ikut buat aksi
Marisa.
“Penyayanglah
sangat,” Sabar ajelah Rara oi.
Tiba-tiba
Kak Maria menepuk kuat meja. Habis terangkat sedikit pinggan-pinggan roti canai
di atas meja. Itu tak termasuk lagi kuah kari dal yang meleleh jatuh ke meja.
Terkejut aku dibuatnya. Dahsyat betul head department of house keeping
ni.
“Cakap
baik-baik. Naurah ada masalah apa dengan OM?” Tubuhnya yang gempal itu sedikit
ke depan menghadapku. Seram pulak aku tengok Kak Maria pagi ni.
“Naurah
tak ada apa-apa masalah dengan dia,”
“Akak
tak percaya. OM reject Naurah ya?”
“Woi,
itu dah melampau. Mana ada Naurah approach dia, simpang malaikat empat
puluh empat,”
Keras-kerasan
aku menafikan kenyataan mengarut yang direka cipta Kak Maria. Aku pikat Fahin?
Gila ke apa?
“Habis
tu kenapa Naurah menyampah sangat dengan jejaka idaman Malaya tu?” Soalnya
lagi.
“Kalau
Naurah menyampah, korang rasa Naurah boleh kerja ke dengan dia? Duduk sebelah
bilik dia pulak tu?” Memang aku menyampah dengan Fahin tapi aku tak boleh
tunjukkan sangat nanti kecoh satu hotel dan sekiranya hal ini sampai ke
pengetahuan Datuk Kamal, harus-harus aku dan Fahin akan dipanggil untuk
mendengar ceramah kerohanian. Pemilik Hotel Perwira, Datuk Kamal sangat
mementingkan hubungan baik sesama staf. Silap haribulan Datuk Kamal arahkan aku
join program ‘Sayangilah Kawan Kita’. Memang tak naklah aku.
“Eleh,
macamlah kitaorang tak tahu Naurah dengan dia tu macam mana,” Sarina tayang
senyuman menyindir. Apa yang mereka tahu? Aku dengan Fahin baik atau tak baik?
“Kalau
tahu baguslah. Tak payah nak tanya soalan pelik-pelik,”
“Okey
semua dah. Cukup-cukuplah berborak pasal OM, kesian dia nantikan tersedak pulak
pagi-pagi macam ni,” Akhirnya Fifi bertindak meleraikan topik perbualan yang
aku tidak suka. Kisahkan sangat OM tersedak, aku yang dari tadi menahan diri
daripada tersedak ada dia nak kisah? Orang yang tak nampak dipandangan mata
jugak yang dia nak kisah.
Sudahnya
aku hanya mendengar sahaja luahan perasaan Kak Maria dan Marisa yang stress
dengan kerja diorang mengemas bilik hotel. Layan ajelah asalkan topik pasal OM
tidak dipanjang-panjangkan, boleh luruh cuping telinga aku nak tadah mendengar.
Balik
daripada sarapan dengan Fifi, bilik orang tu masih juga tidak menunjukkan
kehadiran cahaya. Gelap tak ada orang. Dia cuti ke? Aku senyum dalam hati.
Selamat. Tak payah aku nak menghadap wajah dia dan berbalah pasal Paloma. Best
gila. Dah lama tak rasa best macam ni. Sekali lagi aku berjalan ke pintu dan
menyandar di situ. Macam orang tak ada kerja pulak.
“Psst…Fifi,”
Fifi
berpaling. Jarinya berhenti menaip.
“OM
cuti ke?” Soalku dengan mulut yang sudah senyum simpul.
Fifi
tersenyum dan mengangguk. Siap angkat ibu jari lagi. Aku ketawa dalam hati. Si
Fifi ni tahu sangat ‘baik’ aku dengan Fahin tu macam mana.
Kata
Fifi memang dia pembantu aku dengan Fahin tapi dia lebih selesa bantu aku.
Katanya dia kurang selesa dengan Fahin. Aku tanya kenapa? Dia jawab sebab Fahin
selalu buat hati dia berdegup kencang kalau duduk dekat. Tolonglah! Macam dah
tak ada orang lain kat hotel ni yang si Fifi nak berkenan. Menyampah aku. Kali ini
up kuasa tiga!
“Kenapa
dia cuti ya?” Soalku lagi. Musykil dengan feel Fahin. Kalau sebelum ni
susah nak cuti. Tiba-tiba aje kenapa ya?
“OM
call tadi cakap dia cuti sebab kucing dia nak beranak hari ni,” Jawab Fifi
lancar.
Aku
terdiam dua saat.
“Sekejap
ya Fifi,” Aku terus menutup pintu bilikku sebelum bantai gelak habis-habisan.
Gila mamat tu sanggup ambik cuti sebab kucing dia nak beranak? Kucing aje pun
bukan isteri dia. Aduh, sakit perut aku ketawa banyak macam ni. Eh,
kejap…jangan jangan Paloma yang beranak tak? Aku buka pintu.
“Kucing
yang mana satu?” Semua tahu Fahin ni pencinta haiwan. Siapa yang pergi rumah
dia akan tahulah macam mana tahap sayang dia pada haiwan. Sebab tu aku tak
pergi, takut tersesat dengan haiwan-haiwan dalam rumah dia. Faktanya di sini
aku bukan benci haiwan tapi aku geli.
“Manalah
saya tahu Cik Naurah. Cik tanyalah OM,” Fifi sudah ketawa senang. Saja nak
kenakan aku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi nada dering telefonku di
atas meja. Lagu Wonder Pets berkumandang.
Apa
yang penting?
Kerjasama!
Apa
yang penting?
Kerjasama!
Wonder
pets, wonder pets kami datang
Membantu
haiwan dalam kesusahan
Fahin!
Memang aku sengaja setkan lagu tu untuk dia. Sesuai sangat.
“Assalamualaikum,”
Sapaku sopan. Perangai tak semengah kelmarin sudah hilang berganti dengan
perangai alim luar biasa.
“Waalaikumussalam.
You kat mana ni?” Terus Fahin terjah aku dengan soalan.
“Kat
mana lagi kat office lah,” Aku menjawab sambil berjalan ke kerusi empukku lalu
melabuhkan duduk.
“Paloma
dah beranak,” Ujarnya sepatah. Aku berhenti memusing kerusi yang tadinya aku
pusing tiga ratus enam puluh darjah. Memang aku dah agak. Nasib baiklah aku
buang dia kelmarin kalau tak, boleh terberanak Paloma kat rumah aku.
“Oh
ya ke?” Aku buat-buat terkejut.
“You
ingat I main-main?” Dengar suara dia pun aku dah tahu dia sedang tahan marah.
Marah dengan sikap lepas tangan aku?
“Kalau
dia beranak sekali pun kenapa you call I? Bukan ke you cakap I ni tak
berperikemanusiaan? Jadi I rasa tak ada kepentingan untuk I tahu semua tu,”
Jawabku angkuh sekaligus membalas sindirannya petang kelmarin. Fahin mendengus
di hujung talian.
“You
ni memang tak berhati perutkan?” Aku ketawa sinis. Pulak dah!
“Oh,
kelmarin I tak berperikemanusiaan dan hari ni I tak berhati perut pulak? Entah
apa pulak I esok ya? Penyangak? Hati kering? Hati batu? Sudahlah Fahin, I tak
nak dengar lagi you bincang dengan I hal yang berkaitan dengan Paloma. I tak
nak dengar,” Macam tak percaya pula aku bertekak dengan Fahin pasal ni.
Ingatkan cukuplah sekadar hal pejabat aku sering tak sependapat dengan dia, ini
sampai masuk hal luar. Ish, sangat tidak selesa.
Tiba-tiba
Fahin ketawa. Apa lawak sangat ke ayat aku tadi?
“Kenapa
you ketawa?”
“You
tunggulah lepas ni,” Fahin seakan memberi ayat ancaman kepadaku tetapi
malangnya sikit pun aku tak gentar. Dia ingat aku takut dengan dia? Bukannya
dia boleh dakwa aku sampai bawa hal ni ke mahkamah pun.
“Okey!
I tunggu you,” Ujarku selamba untuk menambahkan rasa sakit hatinya sebelum
memutuskan talian. Membazirkan masa aku aje jawab panggilan dia. Aku letakkan
kembali telefon di atas meja. Badan disandar pada kerusi. Aku cuba menenangkan
perasaan yang sedikit berkocak selepas menjawab panggilan orang sebelah.
Perasaan aku macam nak bakar aje bilik dia tu.
Sekali
lagi telefonku berbunyi tetapi kali ini menandakan isyarat mesej WhatsApp.
Fahin menghantar satu gambar. Aku klik ikon view.
“Aaaaa!!!!!!!”
Cepat-cepat
aku tutup mata sebelum telefonku itu terpelanting jauh ke atas lantai melepasi
meja kerja. Tindakan luar sedar, semuanya berlaku dalam masa tak sampai dua
saat. Jantung sudah berdebar kencang. Imej itu terbayang-bayang dalam kepala
otak aku sampai aku rasa nak termuntah. Meremang bulu romaku, rasa seram sejuk.
Tak guna betullah Fahin ni! Menyesal aku jawab aku tunggu dia tadi. Menyesal!
“Kenapa
Cik Naurah?” Fifi sudah terjengul di muka pintu. Bukan Fifi saja staf lain pun
ikut sama mengintai di belakang Fifi. Aku pula dah rasa nak putus nafas.
“Fi..fi..Fifi
tolong saya,” Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh jadi gagap. Fifi kalut
berjalan ke arahku. Aku capai tangannya.
“Ya
Allah kenapa ni Cik Naurah? Sejuknya tangan Cik Naurah!” Aku tidak dapat
berfikir dengan stabil walaupun raut wajah Fifi kelihatan cemas.
“Awak
tolong pergi delete gambar di telefon saya tu,” Telunjukku menunjuk pada
telefon yang entah hidup entahkan mati di atas lantai yang berlapik karpet.
Fifi memandangku dengan wajah berkerut.
“Saya
ingatkan Cik Naurah sakit,” Ujarnya selamba sebelum bergerak ke lokasi
telefonku tercampak. Fifi tunduk mencapai telefon sebelum merenung skrin
telefon.
“Eei,
comelnya anak kucing ni. Merah-merah lagi. Cute betul. OM yang hantar gambar
ni? Comelnya Cik Naurah, geram saya tengok,” Fifi sibuk berceloteh sampai dah
tak ingat arahan aku. Staf lain juga sudah mula masuk dan menjenguk skrin
telefonku. Semuanya ikut memuji. Diorang semua memang tak boleh kalau tak
menyibuk. Anak kucing aje pun. Tiba-tiba aku hilang selera. Macam mana aku nak
makan kalau asyik nampak benda tu? Fahin jahat!
“Cepatlah
delete,” Ujarku kurang senang. Tidak semena-mena Lisa salah seorang staf
angkat tangan macam nak jawab soalan.
“Cik
Naurah, boleh tak sebelum delete gambar ni, Cik Naurah WhatsApp pada
saya gambar ni?” Soalnya sambil tersenyum manis.
“Saya
pun nak,” Sahut Omar. Ini lelaki lagi seorang.
“Saya
pun,” Puspa pun dah ikut Lisa angkat tangan. Kepalaku sudah tergeleng tanpa
sedar. Sungguh aku tak faham dengan mereka semua ni. Semua dah berjangkit jadi Pet
Lovers macam Fahin.
“Ambiklah
phone saya tu. Awak send sendiri dan pastikan lepas siap semua, delete
gambar tu. Fifi you can handle it,” Aku kembali bersandar pada kerusi
selepas staf yang lain mengikut Fifi ke mejanya. Fahin. Aku menyebut nama itu
dalam hati. Kau main kasar dengan aku ya? Tunggulah kau. Aku akan pastikan kau
akan menyesal sebab bergurau biawak macam ni dengan aku. Kau tunggulah.
bersambung...
nakalnya fahin. Hahaha.
ReplyDeletehihikkk tak sangka OM aka Fahim cuti sebab kucin bersalin..alahai..
ReplyDeletenasih la cik shiroe.eh silap cik naurah..takut kucing..
eh..laaa.. dah ada citer baru.. kekeke.. nmpk sgt lama tak menyinggah. samelah kt blog sendiri pun. :D
ReplyDeleteWoah..ana dh komen kat sini..slalu kat chatbox jer..hu2..nakal ke? Nakal ckit jer tu ana..ahaks :)
ReplyDeleteHaha..ini realiti sha...ade org snggp cuti..hish..tersasul ke apa tu..ngeh3
Hai kakizz..hi2..br ckit jer sblm terpaksa blah menyibukkan diri...mmg kakizz dh lame x update..nnti jgn lupe cuci blog yer..heh3
sadis betol si fahin ni..kernamu kucin, akan ku balas dendam pada orang yg membuangmu..kikiki
ReplyDeletesambung lagi plezzzzz ^_^
ki3...kan kan kan...tq kak sudi baca :)
ReplyDeleteBeres..nanti sy smbg lg :)
:)sampai gitu sekali kan..hmm kalau jadi rara dgn fahin..jenuh la rara menahan rasa kena sakat dengan kucing2 kesayangan fahin
ReplyDeletehaha..sm2 kita tengok jd cmne sha :)
ReplyDelete