Monday 20 May 2013

Babak Cinta 2


“Good morning Cik Naurah,” Sapa Fifi apabila aku muncul di pejabat pagi itu.

“Waalaikumussalam Fifi and good morning,” Bukan niat aku nak sindir dia tapikan elok kalau kita bertukar salam di pagi hari yang penuh berkat ini. Fifi sudah tersipu-sipu malu.

“Err..assalamualaikum,” Ujarnya yang faham dengan maksud sindiran aku tadi.

“Fifi dah breakfast?” Aku masih berdiri di depan pintu bilikku. Bilik orang sebelah masih gelap. Lambat pulak dia pagi ni.

“Belum lagi,”

“Okey, siap sekarang kita turun breakfast roti canai dekat gerai Abang Mat,” Entah kenapa rasa mengidam sangat nak makan roti canai Abang Mat. Dalam kepala sudah terbayang keenakan roti canai Abang Mat.

“Okey,”

“Yang lain mana?” Soalku. Ruang pejabat kelihatan lengang. Satu orang pun tak ada melainkan Fifi seorang. Ruang pejabat ini hanya dipenuhi oleh sepuluh orang pekerja yang disediakan partition masing-masing menghadap dua bilik. Satu bilik kepunyaan aku dan satu bilik lagi kepunyaan orang sebelah aku ni.

“Yang lain dah turun,” Ujar Fifi yang kelihatan sibuk membuka laci mejanya.

“Jangan lupa ajak Kak Maria and the geng sekali,” Kali ini Fifi mengangkat gagang telefon. Mungkin mahu menghubungi Kak Maria dan yang lain. Walaupun kami kerja berlainan tugas dan pangkat, hubungan kami semua boleh dikatakan akrab. Tidak bersuku, tidak berpuak. Semua staf house keeping, front office, security, culinary, maintenance, admin dan banyak lagi boleh ke hulu ke hilir bersama tanpa masalah.

Aku terus menolak pintu bilik dan meletakkan briefcase di atas meja. Handbag pula aku letak di dalam laci yang berkunci. Purse jenama Sembonia berwarna coklat muda aku capai sebelum turun bersama Fifi.

“Kak Maria! Sini!,” Fifi melambai tangan pada Kak Maria yang ligat matanya memerhati kawasan gerai. Kak Maria and the geng tersenyum lantas berjalan ke arah meja kami. Sebenarnya gerai Abang Mat memang menjadi tempat persinggahan staf Hotel Perwira bersarapan, tak jauh mana pun, lintas jalan depan hotel, dan selamatlah anda sampai ke gerai roti canai Abang Mat!

“Wah, bagusnya service. Order dah siap!” Marisa sudah teruja melihat pinggan berisi roti canai tersusun di atas meja.

“Memanglah bagus kalau yang tukang order nya Naurah dengan Fifi, kalau nak harapkan kau? Licin dulu roti canai Abang Mat orang lain bedal. Kau pulak duduk tersengguk kat meja,” Aku dan yang lain tergelak mendengar bebelan Kak Maria. Memang penyakit Marisa ni tak pernah sembuh. Apa yang susah sangat bukak mulut order makanan? Malu tahap melampau perempuan ni.

“Marisa malulah Kak Maria,” Marisa sudah mencebik.

“Orang lain pun malu jugak tapi tak adanya malu tahap kronik macam kau ni,” Sampuk Sarina pula. Memang semua orang geram dengan feel Marisa. Lebih-lebih pulak genetik perempuan melayu terakhir dia ni.

“Bagus apa bersikap pemalu macam ni?” Marisa masih tak puas hati.

“Tengok pada keadaan jugak Cik Marisa oi,” Sampukku pula. Memanglah bersifat pemalu itu bagus tapi kalau berlebihan pun tak elok jugak. Contohnya macam Marisa ni. Malu sampai tak boleh nak bercakap. Bukan ke kronik tu?

“Tapi Marisa rasa OM suka,” Bila mendengar perkataan OM disebut, aku cuba mengawal mimik mukaku. OM adalah singkatan panggilan untuk Si operating manager Hotel Perwira. Kak Maria, Fifi dan Sarina sudah tergelak besar sampai bergegar meja plastik empat segi gerai Abang Mat. Pelanggan lain pun dah pandang lain macam.

“Kau ni ikhlas ke tak bersikap pemalu ni? Kalau setakat nak pikat OM dengan sikap ni baik tak payah,” Pukul Sarina selamba. Yang lain dah berpakat angguk kepala. Ini dah sampai tahap malu sambil mengambil kesempatan. Malu tak ikhlas namanya. Ceh!

“Haah, betul tu. Kau berani ke pikat OM?” Soal Fifi tak sabar-sabar. Maklumlah dah bertambah seorang saingannya.

“Memang gilalah kalau Marisa nak pikat OM tapi siapa tahu kalau-kalau OM terpikat dengan sikap pemalu Marisa ni?” Marisa senyum gatal sambil tangannya mencarik-carik roti canai di dalam pinggan. Aduhai, rosak jugak budak ni.

“Perasan!” Kak Maria dah mula menyampah. Dia sumbat geram roti canai ke dalam mulut Marisa. Terbatuk-batuk budak itu dibuatnya.

“Mana kau tahu OM suka perempuan pemalu?” Serang Sarina pula. Tak pasal-pasal OM jadi topik perbualan hangat pagi ni. Macam dah tak ada topik lain. Sabar Rara. Pekakkan telinga kau walaupun kau tak pekak.

“OM tak suka perempuan pemalu ke?” Marisa soal aku.

“Apasal tanya aku?” Apa aku ni ada iras kaunter pertanyaan ke?

“Kaukan baik dengan OM? Takkanlah kau tak tahu ciri-ciri perempuan yang OM suka?” Kali ini Sarina kenyit mata pada aku pula. Aku buang pandang pada jalan raya. Roti canai yang sedia dicarik aku sumbat ke dalam mulut. Malas nak jawab soalan Sarina.

“Hmm, baiklah sangat!” Fifi mengeluh. Kiranya jawapan Fifi itu secara automatik menjawab soalan Sarina.

“Hish, cukup-cukuplah cakap pasal dia. Bosan!” Bentakku perlahan. Kalau stress macam ni pagi-pagi, boleh bertambah kedut di wajah. Safi Rania Gold pun tak boleh nak tolong.

“Akak tak fahamlah dengan Naurah ni. Orang lain sibuk dok cari peluang terserempak dengan OM, buat-buat pengsan depan dia, bercakap face to face dengan dia tapi kau pulak dok sibuk cari pasal dengan dia. Kau ada masalah otak ke?” Aku terngadah diserang Kak Maria. Mulut dia nilah, memang tak daftar insuran.

“Koranglah yang ada masalah otak,” Balasku geram. Dan keempat-empat manusia itu tergelak besar. Lama-lama macam ni boleh patah kaki meja plastik Abang Mat sebab asyik bergegar.

“Kitaorang pulak dah. Naurah sekarang yang outlier tahu tak? Kalau ikut graf statistik, memang Naurah kena buang dari graf tu supaya graf tu tak nampak cacat,” Fifi dah tak ingat dunia kenakan aku. Mentang-mentanglah sibuk kaji graf jualan, habis dia kaitkan ilmu graf tu dengan aku. Ada jugak yang nak kena ni.

“Melampau betullah,” Tanpa segan mataku menjeling Fifi. Fifi angkat dua jari buat isyarat peace.

“OM tu cukup perfect tau.  Dia baik, suka tolong orang…,”

“Mana kau tahu dia baik?” Sarina terdiam bila aku sekat imaginasi melampaunya. Matanya sudah juling bila dia jeling aku sampai terbalik mata hitam dia. Marah benar kalau aku komen pasal OM.

“Bukan aku aje, semua orang tahu dia baik. Okey, kalau aku cakap kau takkan percaya tapi yang aku nak cakap ni bukan kenyataan aku tau tapi kenyataan orang lain,”

“Siapa yang buat kenyataan?” Sampuk Marisa.

“Dia buat kenyataan apa?” Celah Fifi. Sarina sudah teruja untuk berkongsi cerita. Pinggan roti canai sudah tertolak ke tepi.

“Kenyataan ni dibuat oleh budak part time bahagian banquet,” Sarina tersenyum.

“Budak yang ke hulu ke hilir dengan kau dulu? Jasmin?” Kak Maria menebak. Sarina sudah bersorak.

“Ya, budak tu lah,”

“Budak tu cakap apa?” Soalku acuh tak acuh. Macamlah aku tak dapat nak agak pujian yang bakal melambung keluar daripada mulut Sarina. Kali ni kasi up. Menyampah kuasa dua!

“Adalah dulu waktu polis buat event kat hotel, budak tu terlibat urus bahagian jamuan tu. Yalah, budak-budak part time lah bertanggungjwab buat preparation dewan semua tu. Non stop! Dari pagi sampai petang. Siap ambik alih tugas waiter dan waitress. Solat pun dah tak khusyuk bila waktu rehat ciput sangat. Dah petang, lagipun budak tu kerja ada giliran syif bagai tapi boleh pulak supervisor tu tak bagi diorang balik, marahlah budak tu,”

Bersungguh benar Sarina buka cerita, macam dia pulak budak tu.

“Siapa supervisor tu?” Sangat tidak beretika. Dia ingat budak tu robot nak kerja dua puluh empat jam?

“Entahlah, Jasmin ada jugak sebut nama dia tapi aku tak ingat. Lagipun aku tak kenal sangat staf bahagian tu. Kerek semacam, bukan aku cakap tapi Jasmin yang cakap,”

“Habis tu dia sambung kerja sampai malam?” Marisa dah tayang wajah tak puas hati.

“Tak, diorang tetap nak balik. Yalah, dah ada budak lain ganti kenapa mereka tak boleh balik pulak? Waktu tu lah OM muncul sebagai penyelamat. Diorang pergi mintak sendiri dengan OM, OM tak cakap banyak. Dia bagi aje diorang balik, dan Jasmin cakap supervisor tu kena brainwash dengan OM,”

Marisa dengan Fifi sudah bertepuk tangan.

“Baiknya OM,” Marisa letak tangan di dada.

“OM baik sangat,” Fifi letak tangan pada pipinya. Nak jugak ulang kenyataan sama.

“Sebab dia bagi budak tu balik korang cakap dia baik? Apasal tak mintak dengan aku? Aku pun boleh bagi budak tu balik,”

“Ah, sudahlah Naurah. Dalam hal ni kau saja yang buta tak nampak kebaikan OM tu,” Kali ni Kak Maria pula join kelab budak rosak sedunia. Boleh dia cakap aku buta? Aku yang menghadap OM hari-hari aku tahu sangatlah baik dia macam mana. Diorang memang nampak OM dari segi luaran aje. Hish!!

“Betul tu. Kau jangan nak condemn kenyataan Jasmin. Realiti ni tau!” Sarina tuding jari telunjuknya yang berminyak. Yalk!

“Betul! Betul! Betul! Dahlah baik, penyanyang pulak tu,” 

 “Mana kau tahu dia penyayang?” Aku potong ayat Marisa. Menyampah aku tengok tahap keterujaan dia bercakap.

“Alah, ada sekali tu aku terserempak dengan dia yang tengah lunch dekat gerai. Kau tahu dia sanggup order ikan seekor untuk kucing sesat kat situ. Sweet sangat!” Tangan Marisa sudah saling menggenggam sambil matanya mendongak ke atas. Macamlah boleh nampak Fahin dengan kucing kat atas langit tu.

“Ya, aku pun pernah tengok. OM selalu belanja kucing makan,” Fifi pun ikut buat aksi Marisa.

“Penyayanglah sangat,” Sabar ajelah Rara oi.

Tiba-tiba Kak Maria menepuk kuat meja. Habis terangkat sedikit pinggan-pinggan roti canai di atas meja. Itu tak termasuk lagi kuah kari dal yang meleleh jatuh ke meja. Terkejut aku dibuatnya. Dahsyat betul head department of house keeping ni.

“Cakap baik-baik. Naurah ada masalah apa dengan OM?” Tubuhnya yang gempal itu sedikit ke depan menghadapku. Seram pulak aku tengok Kak Maria pagi ni.

“Naurah tak ada apa-apa masalah dengan dia,”

“Akak tak percaya. OM reject Naurah ya?”

“Woi, itu dah melampau. Mana ada Naurah approach dia, simpang malaikat empat puluh empat,”

Keras-kerasan aku menafikan kenyataan mengarut yang direka cipta Kak Maria. Aku pikat Fahin? Gila ke apa?

“Habis tu kenapa Naurah menyampah sangat dengan jejaka idaman Malaya tu?” Soalnya lagi.

“Kalau Naurah menyampah, korang rasa Naurah boleh kerja ke dengan dia? Duduk sebelah bilik dia pulak tu?” Memang aku menyampah dengan Fahin tapi aku tak boleh tunjukkan sangat nanti kecoh satu hotel dan sekiranya hal ini sampai ke pengetahuan Datuk Kamal, harus-harus aku dan Fahin akan dipanggil untuk mendengar ceramah kerohanian. Pemilik Hotel Perwira, Datuk Kamal sangat mementingkan hubungan baik sesama staf. Silap haribulan Datuk Kamal arahkan aku join program ‘Sayangilah Kawan Kita’. Memang tak naklah aku.

“Eleh, macamlah kitaorang tak tahu Naurah dengan dia tu macam mana,” Sarina tayang senyuman menyindir. Apa yang mereka tahu? Aku dengan Fahin baik atau tak baik?

“Kalau tahu baguslah. Tak payah nak tanya soalan pelik-pelik,”

“Okey semua dah. Cukup-cukuplah berborak pasal OM, kesian dia nantikan tersedak pulak pagi-pagi macam ni,” Akhirnya Fifi bertindak meleraikan topik perbualan yang aku tidak suka. Kisahkan sangat OM tersedak, aku yang dari tadi menahan diri daripada tersedak ada dia nak kisah? Orang yang tak nampak dipandangan mata jugak yang dia nak kisah.

Sudahnya aku hanya mendengar sahaja luahan perasaan Kak Maria dan Marisa yang stress dengan kerja diorang mengemas bilik hotel. Layan ajelah asalkan topik pasal OM tidak dipanjang-panjangkan, boleh luruh cuping telinga aku nak tadah mendengar.

Balik daripada sarapan dengan Fifi, bilik orang tu masih juga tidak menunjukkan kehadiran cahaya. Gelap tak ada orang. Dia cuti ke? Aku senyum dalam hati. Selamat. Tak payah aku nak menghadap wajah dia dan berbalah pasal Paloma. Best gila. Dah lama tak rasa best macam ni. Sekali lagi aku berjalan ke pintu dan menyandar di situ. Macam orang tak ada kerja pulak.

“Psst…Fifi,”

Fifi berpaling. Jarinya berhenti menaip.

“OM cuti ke?” Soalku dengan mulut yang sudah senyum simpul.

Fifi tersenyum dan mengangguk. Siap angkat ibu jari lagi. Aku ketawa dalam hati. Si Fifi ni tahu sangat ‘baik’ aku dengan Fahin tu macam mana.

Kata Fifi memang dia pembantu aku dengan Fahin tapi dia lebih selesa bantu aku. Katanya dia kurang selesa dengan Fahin. Aku tanya kenapa? Dia jawab sebab Fahin selalu buat hati dia berdegup kencang kalau duduk dekat. Tolonglah! Macam dah tak ada orang lain kat hotel ni yang si Fifi nak berkenan. Menyampah aku. Kali ini up kuasa tiga!

“Kenapa dia cuti ya?” Soalku lagi. Musykil dengan feel Fahin. Kalau sebelum ni susah nak cuti. Tiba-tiba aje kenapa ya?

“OM call tadi cakap dia cuti sebab kucing dia nak beranak hari ni,” Jawab Fifi lancar.

Aku terdiam dua saat.

“Sekejap ya Fifi,” Aku terus menutup pintu bilikku sebelum bantai gelak habis-habisan. Gila mamat tu sanggup ambik cuti sebab kucing dia nak beranak? Kucing aje pun bukan isteri dia. Aduh, sakit perut aku ketawa banyak macam ni. Eh, kejap…jangan jangan Paloma yang beranak tak? Aku buka pintu.

“Kucing yang mana satu?” Semua tahu Fahin ni pencinta haiwan. Siapa yang pergi rumah dia akan tahulah macam mana tahap sayang dia pada haiwan. Sebab tu aku tak pergi, takut tersesat dengan haiwan-haiwan dalam rumah dia. Faktanya di sini aku bukan benci haiwan tapi aku geli.

“Manalah saya tahu Cik Naurah. Cik tanyalah OM,” Fifi sudah ketawa senang. Saja nak kenakan aku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi nada dering telefonku di atas meja. Lagu Wonder Pets berkumandang.

Apa yang penting?
Kerjasama!
Apa yang penting?
Kerjasama!
Wonder pets, wonder pets kami datang
Membantu haiwan dalam kesusahan

Fahin! Memang aku sengaja setkan lagu tu untuk dia. Sesuai sangat.

“Assalamualaikum,” Sapaku sopan. Perangai tak semengah kelmarin sudah hilang berganti dengan perangai alim luar biasa.

“Waalaikumussalam. You kat mana ni?” Terus Fahin terjah aku dengan soalan.

“Kat mana lagi kat office lah,” Aku menjawab sambil berjalan ke kerusi empukku lalu melabuhkan duduk.

“Paloma dah beranak,” Ujarnya sepatah. Aku berhenti memusing kerusi yang tadinya aku pusing tiga ratus enam puluh darjah. Memang aku dah agak. Nasib baiklah aku buang dia kelmarin kalau tak, boleh terberanak Paloma kat rumah aku. 

“Oh ya ke?” Aku buat-buat terkejut.

“You ingat I main-main?” Dengar suara dia pun aku dah tahu dia sedang tahan marah. Marah dengan sikap lepas tangan aku?

“Kalau dia beranak sekali pun kenapa you call I? Bukan ke you cakap I ni tak berperikemanusiaan? Jadi I rasa tak ada kepentingan untuk I tahu semua tu,” Jawabku angkuh sekaligus membalas sindirannya petang kelmarin. Fahin mendengus di hujung talian.

“You ni memang tak berhati perutkan?” Aku ketawa sinis. Pulak dah!

“Oh, kelmarin I tak berperikemanusiaan dan hari ni I tak berhati perut pulak? Entah apa pulak I esok ya? Penyangak? Hati kering? Hati batu? Sudahlah Fahin, I tak nak dengar lagi you bincang dengan I hal yang berkaitan dengan Paloma. I tak nak dengar,” Macam tak percaya pula aku bertekak dengan Fahin pasal ni. Ingatkan cukuplah sekadar hal pejabat aku sering tak sependapat dengan dia, ini sampai masuk hal luar. Ish, sangat tidak selesa.

Tiba-tiba Fahin ketawa. Apa lawak sangat ke ayat aku tadi?

“Kenapa you ketawa?”

“You tunggulah lepas ni,” Fahin seakan memberi ayat ancaman kepadaku tetapi malangnya sikit pun aku tak gentar. Dia ingat aku takut dengan dia? Bukannya dia boleh dakwa aku sampai bawa hal ni ke mahkamah pun.

“Okey! I tunggu you,” Ujarku selamba untuk menambahkan rasa sakit hatinya sebelum memutuskan talian. Membazirkan masa aku aje jawab panggilan dia. Aku letakkan kembali telefon di atas meja. Badan disandar pada kerusi. Aku cuba menenangkan perasaan yang sedikit berkocak selepas menjawab panggilan orang sebelah. Perasaan aku macam nak bakar aje bilik dia tu.

Sekali lagi telefonku berbunyi tetapi kali ini menandakan isyarat mesej WhatsApp. Fahin menghantar satu gambar. Aku klik ikon view.

“Aaaaa!!!!!!!”

Cepat-cepat aku tutup mata sebelum telefonku itu terpelanting jauh ke atas lantai melepasi meja kerja. Tindakan luar sedar, semuanya berlaku dalam masa tak sampai dua saat. Jantung sudah berdebar kencang. Imej itu terbayang-bayang dalam kepala otak aku sampai aku rasa nak termuntah. Meremang bulu romaku, rasa seram sejuk. Tak guna betullah Fahin ni! Menyesal aku jawab aku tunggu dia tadi. Menyesal!

“Kenapa Cik Naurah?” Fifi sudah terjengul di muka pintu. Bukan Fifi saja staf lain pun ikut sama mengintai di belakang Fifi. Aku pula dah rasa nak putus nafas.

“Fi..fi..Fifi tolong saya,” Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh jadi gagap. Fifi kalut berjalan ke arahku. Aku capai tangannya.

“Ya Allah kenapa ni Cik Naurah? Sejuknya tangan Cik Naurah!” Aku tidak dapat berfikir dengan stabil walaupun raut wajah Fifi kelihatan cemas.

“Awak tolong pergi delete gambar di telefon saya tu,” Telunjukku menunjuk pada telefon yang entah hidup entahkan mati di atas lantai yang berlapik karpet. Fifi memandangku dengan wajah berkerut.

“Saya ingatkan Cik Naurah sakit,” Ujarnya selamba sebelum bergerak ke lokasi telefonku tercampak. Fifi tunduk mencapai telefon sebelum merenung skrin telefon.

“Eei, comelnya anak kucing ni. Merah-merah lagi. Cute betul. OM yang hantar gambar ni? Comelnya Cik Naurah, geram saya tengok,” Fifi sibuk berceloteh sampai dah tak ingat arahan aku. Staf lain juga sudah mula masuk dan menjenguk skrin telefonku. Semuanya ikut memuji. Diorang semua memang tak boleh kalau tak menyibuk. Anak kucing aje pun. Tiba-tiba aku hilang selera. Macam mana aku nak makan kalau asyik nampak benda tu? Fahin jahat!

“Cepatlah delete,” Ujarku kurang senang. Tidak semena-mena Lisa salah seorang staf angkat tangan macam nak jawab soalan.

“Cik Naurah, boleh tak sebelum delete gambar ni, Cik Naurah WhatsApp pada saya gambar ni?” Soalnya sambil tersenyum manis.

“Saya pun nak,” Sahut Omar. Ini lelaki lagi seorang.

“Saya pun,” Puspa pun dah ikut Lisa angkat tangan. Kepalaku sudah tergeleng tanpa sedar. Sungguh aku tak faham dengan mereka semua ni. Semua dah berjangkit jadi Pet Lovers macam Fahin.

“Ambiklah phone saya tu. Awak send sendiri dan pastikan lepas siap semua, delete gambar tu. Fifi you can handle it,” Aku kembali bersandar pada kerusi selepas staf yang lain mengikut Fifi ke mejanya. Fahin. Aku menyebut nama itu dalam hati. Kau main kasar dengan aku ya? Tunggulah kau. Aku akan pastikan kau akan menyesal sebab bergurau biawak macam ni dengan aku. Kau tunggulah.

bersambung...

8 comments:

  1. nakalnya fahin. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. hihikkk tak sangka OM aka Fahim cuti sebab kucin bersalin..alahai..

    nasih la cik shiroe.eh silap cik naurah..takut kucing..

    ReplyDelete
  3. eh..laaa.. dah ada citer baru.. kekeke.. nmpk sgt lama tak menyinggah. samelah kt blog sendiri pun. :D

    ReplyDelete
  4. Woah..ana dh komen kat sini..slalu kat chatbox jer..hu2..nakal ke? Nakal ckit jer tu ana..ahaks :)

    Haha..ini realiti sha...ade org snggp cuti..hish..tersasul ke apa tu..ngeh3

    Hai kakizz..hi2..br ckit jer sblm terpaksa blah menyibukkan diri...mmg kakizz dh lame x update..nnti jgn lupe cuci blog yer..heh3

    ReplyDelete
  5. sadis betol si fahin ni..kernamu kucin, akan ku balas dendam pada orang yg membuangmu..kikiki

    sambung lagi plezzzzz ^_^

    ReplyDelete
  6. ki3...kan kan kan...tq kak sudi baca :)

    Beres..nanti sy smbg lg :)

    ReplyDelete
  7. :)sampai gitu sekali kan..hmm kalau jadi rara dgn fahin..jenuh la rara menahan rasa kena sakat dengan kucing2 kesayangan fahin

    ReplyDelete
  8. haha..sm2 kita tengok jd cmne sha :)

    ReplyDelete