Monday 27 May 2013

Babak Cinta 4

“Cik Naurah okey tak ni?” Fifi yang ketika itu duduk berhadapan denganku menyoal bimbang. Sejak tadi sepatah haram aku tak bercakap.

“Minum dulu air ni,” Fifi menolak segelas air masak di atas meja ke arahku. Tanpa menjawab soalan Fifi tadi aku capai gelas itu. Sekali teguk habis air satu gelas. Tapi aku kira air itu tidak bisa menghapuskan rasa sakit hatiku dipermainkan oleh Fahin. Mata aku ni tak buta lagi boleh tengok laptop Fahin tu sihat walafiat. Kejadian awal pagi tadi itu sengaja dirancang Fahin, konon-kononnya nak mintak tolong tapi akhirnya dia kenakan aku. Dia sengaja nak mata aku ni tengok benda tu.

“Sabar Cik Naurah. Mungkin OM tak sengaja?” Entah kenapa aku rasa macam nak cubit mulut Fifi bila dia cakap macam tu. Ada ke dia cakap Fahin tak sengaja? Takkanlah dia tak boleh nak fikir kenapa Fahin yang pro bab IT tu boleh mintak tolong aku tengok laptop dia? Aku ni yang bodoh pergi percaya.

“Saya tahu awak suka dia tapi tak payahlah nak jadi berat sebelah macam ni. Awak sendiri tengok kejadian tu pagi tadi dan awak sendiri tahu gambar apa yang dia hantar kat saya kelmarinkan? Awak masih cakap dia tak sengaja?” Terkulat-kulat Fifi mahu menjawab. Hah, baru sedar dirilah tu.

“Cik Naurah maafkan saja OM. Takkanlah Cik Naurah nak bergaduh dengan dia? Bermasam muka?” Wajah Fifi dah macam orang nak menangis. Terpaksa membuat pilihan antara aku dan Fahin, kekasih idamannya.

“Kenapa pulak tak boleh? Awak tahukan Fifi yang saya tak akan berkompromi dengan manusia yang main-mainkan saya guna kucing, bukannya dia tak tahu saya geli dengan kucing dan tak boleh tengok anak kucing yang baru lahir. Memang kamu semua tak akan faham perasaan saya ni sampai bila-bila,” Waktu belajar di universiti dulu, ramai kawan-kawan aku yang tak faham dengan alergik aku pada kucing. Tak kurang ada jugak yang meluat dan cakap aku ni mengada-ngada. Kucing aje pun, nak geli apanya? Diorang mungkin akan faham kalau aku letak ular dekat leher diorang agaknya.

“Tapi kalau Cik Naurah bergaduh lagi dengan OM, nanti office kita jadi office berhantu. Senyap sunyi, orang nak kerja pun tak senang. Saya letih jadi orang tengah Cik Naurah dengan OM,” Tanpa sedar Fifi seakan merungut.

“Tapi awak suka kalau dapat menghadap OM tu banyak kalikan?” Fifi sengih malu mendengar sindiranku.

“Saya suka OM tapi saya tak suka perang FN kedua, cukup-cukuplah yang pertama sahaja,” Fifi angkat jari buat isyarat ‘peace’. Budak ni mengarut apa pulak ni?

“Perang FN?” Serius aku tak faham. Fifi tergelak sakan sebelum mendekatkan diri padaku. Tangannya di dekatkan pada tepi mulut, lagaknya seperti mahu berbisik denganku.

“Cik Naurah tak ingat yang Cik Naurah bergaduh besar dengan OM dua bulan lepas? Kami staf pejabat tahu walaupun Cik Naurah dan OM cuba sorokkan daripada kami semua. Sangat ngeri nak lalui perang FN kali kedua. Perang Fahin-Naurah,” Terkedu aku mendengar penjelasan Fifi. Apa dia ingat aku dengan Fahin ni tak ada kerja selain berperang? Fahin yang mulakan dulu.

“Saya dah habis sabar Fifi tahu? Dia hantar gambar kelmarin memang saya marah tapi saya pergi jumpa dia pagi tadi dan minta tolong elok-elok supaya dia tak usik saya guna benda tu. Penuh istiqamah saya bincang dengan dia tapi awak tengok apa dia buat pada sayakan? Saya rasa dia tu ada masalah otak!” Meluap-luap rasa nak marah. Nasib baik sekarang dekat pantry kalau tak, aku bakar jugak bilik mamat tu.

“Err, sabar Cik Naurah,”

“Kalau awak kat tempat saya, awak rasa awak boleh sabar? Kalau dia terus guna kelemahan saya untuk kenakan saya macam mana? Awak nak saya berhenti kerja?”

Fifi sudah terlopong mendengar bebelanku. Pantas sahaja tangannya mengusap kura-kura tanganku.

“Takkanlah sampai nak berhenti kerja? Tak best lah kalau Cik Naurah berhenti kerja. Nanti siapa nak breakfast dengan saya? Siapa nak ajar saya buat kerja? Siapa nak…”

“Kalau tak nak saya berhenti, awak tolong pergi cakap dengan OM kesayangan awak tu suruh dia betulkan otak dia,” Serentak itu aku bangun dan melangkah keluar dari  pantry meninggalkan Fifi yang masih termangu-mangu di sudut meja pantry. Susah bercakap dengan orang yang tersepit macam Fifi tu. Tiga tapak lagi mahu sampai ke bilik, aku bertembung dengan Fahin yang baru menarik pintu biliknya untuk keluar. Langkah kami sama-sama terhenti. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku pandang dengan perasaan nak ngap dia. Dia pandang aku dengan wajah yang aku tak dapat tafsir letak duduk perasaan dia sekarang. Rasa bersalah mungkin? Huh, sakit hati!

Tanpa membiarkan dia memotong pandangan kami, aku dahulu yang bertindak memotongnya dengan menghadiahkan satu jelingan yang boleh dikatakan terbalik tiga ratus enam puluh darjah. Adeh, sakit jugak mata aku nak jeling tapi sakit lagi hati aku dengan perangai hantu dia. Pintu bilik aku buka dan aku hempas dengan kuat. Saja nak bagi hint pada Fahin supaya dia tahu apa makna ungkapan ‘tiada maaf bagimu!’. Apasal bunyi lembut sangat? Sepatutnya ‘tiada maaf bagi kau!’. Hah, barulah kejam bunyinya.  

<3 <3 <3

Kata seorang pakar motivasi tidak elok kita membiarkan syaitan terus menguasai diri. Buang sifat marah dan dendam supaya hati sentiasa dalam keadaan tenang. Itulah salah satu kunci ketenangan. Kalau kita susah untuk memaafkan orang itu sekurang-kurangnya cuba lupakan apa yang dia dah buat pada kita. Lama-kelamaan perasaan akan stabil dengan sendirinya dan perasaan marah itu akan hilang dengan perlahan-lahan sebelum timbulnya rasa nak maafkan dia.

Maafkan Fahin? Tunda dulu. Langkah terbaik adalah lupakan apa yang dia buat pada aku. Lupakan!!! Daripada buang masa dengan fikirkan manusia bernama Fahin tu lebih baik aku siapkan laporan untuk mesyuarat akan datang. Bos besar mungkin dah tak sabar nak tengok pembentangan aku tentang rangka promosi terbaru hotel kami untuk awal tahun ini.

“Cik Naurah,” Wajah Fifi terjengul di muka pintu. Aku mendongak menanti maklumat daripadanya.

“Big boss nak Cik Naurah join sesi temuduga di bilik mesyuarat,”

“Apa? Big boss?”Aku dah mula tak enak rasa.

“Yalah, big boss. Datuk Kamal kita,” Aduhai big boss, macam dah tak ada orang lain dia nak ajak. Bukannya aku tak pernah temuduga orang tapi aku tak suka. Kasihan tengok individu yang ditemuduga tu. Kalau aku jadi Datuk Kamal, aku ambik semua orang kerja tak payah nak pilih-pilih tapi itu semua tak mungkin berlaku. Nak sumbat celah mana pekerja ramai-ramai tu?

“Why me?” Aku tuding jari telunjuk pada diri sendiri.

Fifi angkat bahu.

“Calon temuduga untuk jawatan apa? Ada nak tambah staf ke kat office kita ni?”

“Ermm..tak ada kaitan dengan staf department kita pun. Kalau tak silap saya macam-macam jawatan ada. Jawatan dekat front office, kitchen, room service,” Jelas Fifi sambil cuba mengingat apa yang perlu diingat. Kalau macam ni sampai tengah hari lah jawabnya aku berkubang dalam bilik mesyuarat tu.

“Laa…habis tu kenapa panggil saya? HRO tak join ke?” Soalku merujuk kepada Kak Rose, Human Resource Officer. Panggil aku buat apa?

“HRO cuti hari ni. Jangan risaulah, bukan Cik Naurah dengan Datuk Kamal aje, OM pun join jugak,” Rasa macam tak lepas aje nak bernafas bila dengar Fifi cakap OM pun nak join. OM? Operating Manager tu? Si Fahin hantu tu?

“Tak naklah saya,” Jawabku selamba. Berdalih untuk mengikuti sesi temuduga itu. Kalau tahu macam ni lebih baik aku duduk dengan Datuk Kamal aje dalam bilik mesyuarat tu. Tak adalah rasa nak terbakar.

“Mana boleh macam tu Cik Naurah. Ini arahan big boss tau,” Serba salah aku tengok Fifi yang masih bertenggek di pintu bilikku. Aku duduk bersandar pada kerusi. Come on Rara! Takkan nak ikut arahan big boss pun susah? Dia bukan suruh kau buat maksiat pun. Abaikan Fahin tu. Abaikan! Bukan tadi kau cakap nak lupakan semua perangai hantu yang dia buat pada kau?

“You nak big boss tunggu sampai bila?” Tegur Fahin. Entah bila dia berdiri tepi Fifi yang sudah tersipu-sipu. Tanpa menghiraukannya yang sibuk membutangkan lengan kemejanya aku bangun mencapai buku nota berkulit hitam. Baru setapak melangkah ke pintu suara lelaki itu kembali bergema.

“Blazer tu jangan tahu sangkut saja. Pakai!” Arahnya lagi sebelum berpaling pergi. Dalam mengingatkan aku sempat lagi dia menyindir guna bahasa tubuh. Nak jugak kemaskan butang kot dia depan pintu aku ni. Menyampah! Fifi tayang muka ‘sabar Cik Naurah’. Aku berpatah balik mencapai blazer yang disangkut pada penyangkut dan cepat-cepat melangkah ke bilik mesyuarat yang berkedudukan searas dengan pejabatku.

Aku berjalan di belakang Fahin. Sengaja! Kalau berjalan seiringan pun bukannya aku boleh bercakap dengannya. Dekat nak sampai ke pintu bilik mesyuarat, kelihatan calon temuduga sedang menunggu di sudut ruang menunggu. Ramai jugak yang datang, kalau dicongak dengan mata kasar ada jugak dalam lima belas orang. Aku melemparkan senyuman pada calon yang duduk paling dekat dengan pintu sewaktu menunggu Fahin menarik pintu itu tetapi malangnya calon itu langsung tidak memandangku. Bibir diketap apabila aku perasan matanya menghala ke arah Fahin. Huh, spesies Fifi.

“Handsome gila kot!” Ungkapan itu singgah di telinga saat aku ingin menutup pintu. Hish!! Buat aku hilang mood. Kenyataan yang aku akan nafikan sampai bila-bila. Titik!

Aku melabuhkan duduk di kerusi sebelah Datuk Kamal. Aku duduk di sebelah kiri Datuk Kamal dan Fahin di sebelah kanan. Datuk Kamal meletakkan resume calon temuduga di hadapanku dan juga Fahin. Sebelum sesi temuduga bermula Datuk Kamal memberi sedikit taklimat.

“Maaf sebab saya panggil kamu berdua secara mengejut macam ni. Sepatutnya HRO ada sekali tapi dia terpaksa cuti mengejut,” Jelas Datuk Kamal.

Head department yang lain tak terlibat ke? Bukan ke calon temuduga ni terdiri daripada calon yang memohon untuk bekerja di bahagian kitchen, front office,…,” Sambil membelek resume aku melontarkan persoalan. Patutnya Head Chef, Front Office Manager dan pegawai yang sewaktu dengannya kena ada sekali untuk sesi temuduga ni supaya mereka boleh menilai kriteria anak buah mereka. Ajak aku dengan Fahin buat apa?

“Naurah lupa kita ada big event kat Dewan Singgahsana pagi ni? Semua staf busy, lagipun calon yang kita temuduga ni bukan semua pohon untuk jawatan tetap, kebanyakannya part time. Lagipun benda last minute macam ni takkanlah kita nak batalkan macam tu aje? Tak tergamak saya nak suruh diorang balik dan datang semula,” Datuk Kamal memang seorang majikan yang rendah diri dan bertimbang rasa orangnya. Dia sanggup tinggalkan pejabatnya untuk hadir ke bilik mesyuarat menjalankan sesi temuduga. Memang bertuahlah calon temuduga apabila ditemuduga sendiri oleh pemilik Hotel Perwira ini.

“Saya hampir terlupa Datuk. Ermm…OM tak pergi ronda dewan tengok staf buat kerja ke?” Aku menegur Fahin secara halus. Tugas lelaki itu amat besar sebenarnya, semua hal dia kena uruskan dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara. Tangan lelaki itu yang pada mulanya asyik membelek helaian kertas resume terhenti. Dia berpaling melihatku. Aku tayang senyum plastik. Maklumlah big boss ada kat tengah sekarangkan? Fahin tarik senyuman, kelihatan agak sinis pada pandanganku tapi aku dah biasa dijamu dengan senyuman palsunya itu.

“You tak perlu risau, I dah suruh Hairul cover semua kerja I kat situ,” Katanya jelas lalu kembali menatap helaian kertas. Aku tersenyum mengangguk. Tak berjaya jugak plan aku nak halau dia keluar.


“So, boleh kita mulakan sekarang?” Aku dan Fahin mengangguk. Datuk Kamal memberi isyarat kepada Isya yang menjadi pembantu untuk sesi temuduga ini supaya memanggil calon pertama masuk menghadap. 

Calon pertama melangkah masuk. Hah, budak spesies Fifi rupanya yang menjadi calon pertama. Aku memerhatinya dari bawah hingga atas. Hmm…bab pakaian aku boleh bagi markah sepuluh persepuluh. Calon itu duduk bertentangan dengan kami. Dia kelihatan sedikit gabra tetapi dalam gabra pun sempat lagi matanya berlabuh pada wajah orang tu berkali-kali. Hai, nak datang mintak kerja ke datang nak menggatal?

Aku tunduk membelek resume. Nur Farha.

“Cik Farha?” Datuk Kamal buat double check. Mana tahu tersilap tengok resume. Budak itu mengangguk.

“Boleh Cik Farha terangkan mengenai diri Cik Farha?” Soalan asas yang pertama dibentangkan oleh Datuk Kamal. Nur Farha mengangguk yakin dan mula bersedia menjual saham dirinya untuk kami bertiga, panel temuduga.

“Nama saya Nur Farha binti Fauzi. Berumur dua puluh tahun dan sekarang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam bidang perhotelan. Berasal dari Kelantan dan saya merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Sekarang saya sedang bercuti semester selama dua bulan dan saya memohon jawatan di sini untuk mencari pengalaman dan mengisi waktu lapang,” Tahap keyakinan yang dipamerkan oleh Farha ini sedikit sebanyak menghalau perasaan kurang senang aku tadi.

“Pernah ada pengalaman kerja di hotel sebelum ni?” Kali ini Fahin pula melontarkan soalan. Kulihat wajah Farha bertambah sinaran.

“Belum. Ini permohonan pertama saya,” Jawab Farha sambil tersenyum lebar pada Fahin.

“Dalam hotel ni macam-macam kerja ada, Cik Farha prefer bahagian mana?” Soalanku berjaya mengalih pandangannya daripada wajah itu. Farha mengambil masa satu saat untuk menjawab soalanku.

“Saya tak kisah untuk ditugaskan di mana-mana bahagian tapi kalau diberi pilihan saya nak kerja di bahagian front office,”

“Kenapa?” Soalku lagi.

“Sebab saya nak bekerja di bahagian nadi hotel,” Jawabnya berteka-teki. Nadi hotel? Sejak bila pulak hotel ni bernyawa?

“What did you mean by ‘nadi hotel’?”

“Apa yang saya maksudkan dengan nadi hotel tu adalah bahagian front office. Bagi saya bahagian itulah yang paling dekat dengan pelanggan. Front office adalah tempat di mana pelanggan akan tuju bila dia sampai di hotel dan bahagian itu jugak pelanggan akan hubungi sebelum mereka sampai ke hotel dan pastinya tempat itu juga yang mereka tuju sewaktu ingin meninggalkan hotel. Saya nak kerja dekat dengan pelanggan,” Aku tidak dapat menafikan Farha sangat pandai berkata-kata. Penerangannya ringkas dan santai tapi cukup meninggalkan kesan di hatiku. Aku kerling orang sebelah, kelihatan Datuk Kamal tersenyum lebar dan Fahin pula masih tunduk merenung kertas.

“Apa kelebihan yang Cik Farha ada supaya saya boleh letak Cik Farha dekat front office? Maksud saya kenapa Cik Farha rasa Cik Farha layak bagi jawatan tersebut?” Fahin masih cuba menguji. Aku dalam hati sudah kesian dengan Farha. Interview part timer aje pun. Ini dah macam nak ambil pekerja tetap.

“Saya peramah, sabar, sentiasa tersenyum dan tidak ada masalah dalam komunikasi, tuan puan boleh tengok salinan keputusan result saya untuk semester tiga. Saya cemerlang dalam subjek elektif communication skill,” Haah, tak payah tengok result, tengok muka pun aku dah tahu dia ni macam mana. Memang kalau kita berada di situasi sekarang, kita mesti buang perasaan malu dan perlu masuk bakul angkat sendiri.

“Cik Farha tak kisah bekerja shift malam? Memang kebiasaannya kami tugaskan staf lelaki tapi bagi staf perempuan ada jugak yang perlu bekerja sehingga pukul sebelas malam. Cik Farha ada masalah dengan peraturan tu?” Farha masih kelihatan tenang mendengar soalan Datuk Kamal.

“Saya tak ada masalah dengan peraturan itu,” Jawabnya tenang.

“Berapa gaji yang Cik Farha nak?” Soal Fahin lagi.

“Soal gaji pun saya tak kisah. Lagipun saya tak lama di sini. Saya hanya nakkan pengalaman sebenar bekerja dengan pelanggan hotel,” Fahin mengangguk.

“Bila Cik Farha boleh mula kerja?” Soalan Datuk Kamal itu seperti memberi petanda yang Farhah mengutip markah tinggi untuk temuduga pertamanya.

“Bila-bila masa saya dipanggil,” Farha juga sudah kelihatan rileks. Kami panel temuduga mencatat ulasan masing-masing di kertas resume milik Nur Farha.

“Fahin ada soalan?” Soal Datuk Kamal. Fahin menggeleng, tangannya masih sibuk mencatit sesuatu di atas resume Farha.

“Naurah?” Aku? Tiba-tiba timbul idea untuk mengusik lelaki itu.

“Farha suka kucing?” Farha sudah terpinga-pinga mendengar soalanku. Akhirnya! Berjaya jugak aku buat Fahin rasa sesuatu. Kalau tak, takkanlah dia sibuk pandang aku sekarang.

“Err, kucing?” Farha seperti tidak percaya apa yang dia dengar tadi. Aku angguk sambil senyum.

“Ya. Cik Farha suka kucing?”

“Err..tak,” Jawab Farhah serba tak kena. Sepantas kilat jugak aku perasan Fahin sudah merenung Farha.

“Er, maksud saya bukan saya benci kucing tapi saya tak boleh dekat dengan kucing. Ailurophobia,”

Okay. Good!” Ujarku ringkas berpuas hati dengan jawapan Farhah. Sengaja aku kuatkan perkataan ‘good’. Datuk Kamal sudah tergelak. Selepas calon pertama keluar Datuk Kamal terus menyoalku.

Are you okay Naurah?” Aku berpaling merenungnya.

“Saya okey Datuk. Saja tak nak buat dia rasa stress sebab tu saya tanya soalan yang tak ada kaitan dengan temuduga jawatan,”

Good idea!” Datuk Kamal sudah bersedia mencapai resume calon kedua. Sebelum itu aku sempat bertentang mata dengan orang seberang sana. Dia dah tayang muka tak puas hati. Aku? Buat bodoh tak ambil peduli terus tunduk semak resume calon kedua.

“Assalamualaikum. Nama saya Radhi bin Salim. Saya berasal dari Johor, berumur dua puluh sembilan tahun. Sebenarnya saya dah enam bulan menganggur. Ini merupakan temuduga saya yang ketiga setakat ni,”

“Sebelum ni kerja kat mana?” Soalan dari Datuk Kamal bergema.

“Sebelum ni saya kerja di restoren biasa,” Lelaki itu masih tenang.

“Macam mana boleh menganggur?” Soal Datuk Kamal lagi.

“Saya yang berhenti. Saya rasa nak cuba suasana yang baru. Kalau sebelum ini saya bekerja dengan dua orang tukang masak di dapur restoren, sekarang saya mahu bekerja dengan lebih ramai orang dalam satu suasana yang lebih teratur. Saya seorang yang sukakan peraturan,” Ini lagi seorang calon yang buat aku rasa kagum. Sukakan peraturan? Susah nak cari orang macam dia. Bukan ke ramai orang tak sukakan peraturan?

“Apa maksud awak kata yang awak sukakan peraturan? Boleh jelaskan?” Tanpa sedar soalan itu terpacul daripada mulutku.

“Maksud saya suasana semestinya berlainan jika bekerja di dapur restoren dan dapur hotel. Bukan saya nak cakap yang bekerja di dapur restoren tu tak berperaturan cuma saya nak rasai suasana yang lebih berprotokol. Kiranya hotel sangat mengutamakan pelanggan dan sudah semestinya pekerja-pekerja dilatih untuk menghasilkan servis yang terbaik untuk pelanggan. Jadual kerja yang lebih teratur dan pastinya saya akan dapat menambah ilmu dengan tunjuk ajar tukang masak yang berpengalaman. Unifom pekerja pun dah buatkan saya rasa macam bersemangat untuk bekerja,”

Kenapalah manusia sekarang ni pandai menjual saham diri? Ini yang buat aku nak bagi ulasan baik pada kertas resume dia ni. Berpengalaman dan sukakan peraturan. Poin yang cukup gempak untuk menyokong pengambilan jawatannya sebagai staf di dapur Hotel Perwira. Calon-calon yang seterusnya juga boleh dikatakan berjaya memungut markah yang tinggi pada pandangan peribadiku. Kalau pada pandangan Datuk Kamal dengan Fahin tu tak tahulah pulak aku macam mana. Sehinggalah apabila calon terakhir melangkah masuk, graf markah yang tinggi tadi turun mendadak. Aku dah rasa semacam. Dia isi borang maklumat diri sahaja tanpa disertakan resume dan dokumen sokongan atau kelayakan. Kita tengok kisah dia…

“Akak tak kisah kalau nak suruh akak buat kerja apa pun. Nak suruh akak cuci pinggan? Boleh. Sapu sampah? Boleh. Cuci jamban? Boleh. Bagilah apa kerja sekali pun akak akan buat asalkan akak dapat kerja,” Hah, tu dia ayat pengenalan diri dia. Aku yang memang berhati lemah ni dah rasa sebak semacam.

“Suami akak baru meninggal sebulan yang lepas, anak akak yang enam orang tu masih kecik lagi, yang sulung baru belajar di tingkatan tiga. Akak sebelum ni suri rumah, segala belanja rumah bergantung pada suami akak, bila dia pergi mengejut macam tu..akak rasa..akak rasa…,” Sudahnya akak yang bernama Salmah itu menangis tersedu. Aku gigit bibir sekuat hati. Tahan Rara. Tahan! Tapi siapalah aku untuk bertahan apabila mendengar cerita sedih kakak itu. Atas dasar perikemanusiaan aku bangun mendapatkan Kak Salmah. Tubuhnya aku peluk untuk memberi kekuatan dan semangat.

“Sabar kak. Allah ada. Allah sentiasa bersama kita. Allah lebih sayangkan suami akak. Allah tak akan uji akak macam ni kalau akak tak kuat. InsyaAllah akak kuat kak,” Aku sudah ikut menangis. Lantaklah depan Datuk Kamal dengan Fahin sekalipun. Perasaan Kak Salmah yang perlu diutamakan sekarang. Siapa suruh aku join interview ni?

“Naurah okey?” Selepas Kak Salmah melangkah keluar, aku duduk berbincang dengan Datuk Kamal sementara Fahin keluar sebentar. Agaknya ke tandas barangkali.

Aku tersipu malu. Tak pasal-pasal Datuk Kamal tengok babak meraung aku sebentar tadi.

“Maaflah Datuk, saya tak dapat kawal perasaan saya tadi. Sebab tu saya nak ingatkan awal-awal yang saya tak suka interview orang. Saya mudah kesiankan orang yang kurang bernasib baik ni, macam Kak Salmah tadi. Saya tak tahu nak bayangkan perasaan dia macam mana. Betapa kuatnya dia perlu mengharungi hidup dia dengan anaknya yang enam orang, semuanya masih kecil-kecil..saya…,” Dan sekali lagi aku buat drama air mata depan Datuk Kamal. Datuk Kamal hanya membiarkan aku meredakan perasaan. Semoga Allah kuatkan iman Kak Salmah dan limpahkan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga itu. Amin.

“Maaflah Datuk,” Aku menyambut tisu yang dihulurkan Datuk Kamal.

“Tak apa, saya faham,” Ujarnya pendek. Mungkin Datuk Kamal juga sedang berfikir tentang Kak Salmah. Tak semua orang bernasib baik seperti orang yang bernasib baik. Masih ramai lagi manusia di dunia yang hidup dalam kesusahan. Ini yang aku nampak, yang aku tak nampak? Baru aku terfikir kenapa ibu beria-ia menegaskan aku supaya belajar bersungguh-sungguh dan bekerja walaupun selepas aku kahwin.

“Ibu nak Rara terus bekerja walaupun Rara dah kahwin nanti,” Pesan ibu suatu ketika dahulu.

“Kalau suami Rara tak benarkan?”

“Sebelum angkat jadi suami tu buat perjanjian dulu cakap Rara nak kerja, tak kiralah kalau dia tu cukup duit untuk tampung anak dan cucu-cucu ibu tapi ibu nak Rara kerja,” Ibu masih lagi ingin menegakkan hujahnya. Aku cuba berfikir. Adakah ini yang ibu cuba elakkan? Dia mahu aku sentiasa bersedia sekiranya berlaku situasi sepertimana situasi yang berlaku ke atas Kak Salmah?

“Maaf lambat. Boleh kita teruskan?” Tiba-tiba Fahin mencelah. Aku membetulkan duduk. Tidak sedar pulak entah bila lelaki ini memunculkan diri di bilik mesyuarat ini.

“Jadi apa pendapat kamu berdua tentang kesemua calon yang ditemuduga?” Datuk Kamal memulakan perbincangan. Aku membelek sekali lagi resume calon-calon.

“Saya pilih Farha, Radhi, Zulkifli dan Sonia,” Ujar Fahin sambil meletakkan resume yang sedia tercatit dengan ulasannya. Cepat betul dia ni buat keputusan.

“Apa pendapat Naurah?” Datuk Kamal meminta jawapanku pula

“Saya berkenan dengan calon yang Fahin pilih tu tapi saya nak tambah seorang lagi,”

“Siapa?”

“Kak Salmah,” Ujarku yakin.

“I tak setuju!” Fahin membantah. Aku pandang wajahnya dengan perasaan terkejut. Siapa tak berperikemanusiaan sekarang?

“Kenapa?” Aku cuba menahan perasaan geram.

“Cik Naurah, nak I ingatkan yang Kak Salmah jelas-jelas memang tak layak untuk mana-mana jawatan yang kita tawarkan sekarang. You jangan terlalu ikutkan emosi sampai you tolak peraturan yang kita dah tetapkan,” Sembur Fahin panjang lebar. Aku tarik nafas panjang. Ayatnya itu sangat tidak menyenangkan telingaku yang mendengar walaupun dia bercakap dengan nada biasa.

“Ya I mengaku I terlalu ikutkan emosi. Kalau ya pun tak ada jawatan temuduga ni yang sesuai untuk kita bagi pada dia, apa salahnya kita cuba bagi dia jawatan yang lain?”

“Masalahnya sekarang kita dah tak ada jawatan yang lain untuk kita tawar pada dia,”

“Takkanlah tak ada?” Soalku musykil.

“Kalau tak percaya you tanya sendiri HRO,” Cabarnya pula. Aku cuba bersabar. Memang benar apa yang dikatakan Fahin. Hotel Perwira bukanlah hotel besar yang memerlukan ramai pekerja kerana hotel ini hanya bertaraf tiga bintang sahaja tetapi hotel ini tetap menjadi pilihan pelanggan tetap yang selesa dengan servis yang selayaknya mereka terima.

“Pasti ada cara lain kita boleh tolong dia,” Ujarku tidak berpuas hati.

“You bukak hotel sendiri,” Renungan Fahin aku balas dengan pandangan tajam. Agak kurang ajar gurauan dia kali ini. Nasib baik ada Datuk Kamal kalau tak memang aku terajang jugak lelaki tak berhati perut macam ni.

“Sudahlah tu. Nanti saya bincang dengan HRO macam mana. Jadilah kita ambil empat calon yang Fahin sebut tadikan?” Nak tak nak aku angguk aje.

“Kalau macam tu jom saya belanja kamu berdua lunch di coffee house. Upah teman saya buat sesi temuduga,” Pelawaan Datuk Kamal itu sejujurnya aku mahu tolak. Tak selera aku makan menghadap Fahin tu.

“Terima kasih Datuk. Kami okey aje kalau Datuk nak belanja,” Pantas aku mendongak mencari wajah Fahin. Lelaki itu tersenyum melihat Datuk Kamal, sengaja buat tak nampak aku. Kami? Dia cakap kami? Maksudnya aku dengan dia setuju? Dia ni lah!!!

bersambung...

~berjalan2 kat wall FB tetibe terjumpa gambar yg org share..agak2 korang fahin bleh jd mcm dia tak? Rasa nak cipta babak yg ni jgk..hehe




ps: Assalamualaikum n selamat sejahtera semua :) Silalah menjamu bab4 dgn kenyangnya sebelum tdo..sy nk p menghadap candy crush dulu..org lain dh lama main sy br nak main..selagi sy xlepas level tu rasa macam   ade benda tersekat...nak menaip pun malas..hi2. Sy mintak diri dulu..babai n gudnite..(nampak sgt mcm susah sgt nak lepas level tu!! Stress!!)

9 comments:

  1. Siapa tu? fahin ke yg selamatkan kucing tu. Geram kat fahin tak habis lagi. Best. Jgn lupa sambung lagi. Alhamdulillah. Seronok.

    ReplyDelete
  2. hi2..org laen dik tp elok jgk tak nmpak wajah..bleh byg fahin..heh2..akak akn tambahkan rasa geram dr masa ke semasa..tq sudi layan BC n alhamdulillah kalo adik rase seronok membacanye :)

    ReplyDelete
  3. :) baca bab ni dok senyum je..tgk gelagat FN ..ader je nak jadi bahan gaduh kan..apa pun gaduh2 ni bakal membawa bahagia..

    hmm no doubt..fahin boleh jadi macam org dalam pic tu..penyelamat kucing, err..pencinta kucing tegar

    ps: CIk Shiroe...together-gether la kita bercandu crush ok...sha pun geram je kalau x lepas satu2 level tu..ish..

    ReplyDelete
  4. Adoi..perang mcm ni akk suka..kikiki

    sengal betol rara tu..
    tapi mmg lah, akak kalau kat tmpt rara dgr citer kak salmah, mau meraung sama..tak pon meraung lebih dari tuan punya badan..kikiki

    ReplyDelete
  5. Rasa mcm lama je x komen blog ni padahal br bbrp hr blk kg.haha. kali ni bkn nk komen psl entri tp tertarik kt nota kaki tu. patut la sy asyik dpt noti candy crush kt fb.. ramai rupanya yg main game tu.haha.rupa bentuk game tu pn sy xtau.. nmpk sgt sy bkn peminat game.hihi

    ReplyDelete
  6. Rasa mcm lama je x komen blog ni padahal br bbrp hr blk kg.haha. kali ni bkn nk komen psl entri tp tertarik kt nota kaki tu. patut la sy asyik dpt noti candy crush kt fb.. ramai rupanya yg main game tu.haha.rupa bentuk game tu pn sy xtau.. nmpk sgt sy bkn peminat game.hihi

    ReplyDelete
  7. itulah sha..kalo bleh stp bab nk wat sume yg membc senyum n ketawa..haha..moh ler kita sm2 up kan level..cmno lah lisa surihani bleh main smpai habis..adeh..kasi up stress kuasa 2

    akk suke? sy pun suke, kita tgk perang coffee house plak..itulah kak...dlm sengal dia tu ade jgk feel tersentuh hati die

    woah..blk kg yer..sy pun xmain pun..tp serabut bila ramai request..try klik..eh2..eh2..eh2..dah level 20 plus2..eh2 rase nk main, nk main lg then stress,...haha

    ReplyDelete
  8. :) hihikk sha baru sampai level 102.. huhu stres bila x dapat up level

    ReplyDelete
  9. Semua sokong fahin, sy nak sokong naurah la. Go naurah go ! Hihihi..

    ReplyDelete