Saturday, 25 May 2013

Babak Cinta 3

Pada malamnya, aku betul-betul tidak berselera untuk makan malam gara-gara Fahin. Seleraku seakan sudah dibawa pergi. Tengah hari tadi pun aku hanya makan biskut di pantri, sampai macam tu sekali penangan serangan Fahin pagi tadi.

“Rara, kenapa dipandang saja nasi dalam pinggan tu? Dah kenyang ke?” Baba menegur. Aku tarik senyuman sedikit seraya menggeleng.

“Tak ada seleralah baba,”

“Rara rindukan Paloma ke?” Ibu menghadiahkan pandangan simpati. Erk…aku rindu Paloma? Tak ada kena mengena kot.

Monday, 20 May 2013

Babak Cinta 2


“Good morning Cik Naurah,” Sapa Fifi apabila aku muncul di pejabat pagi itu.

“Waalaikumussalam Fifi and good morning,” Bukan niat aku nak sindir dia tapikan elok kalau kita bertukar salam di pagi hari yang penuh berkat ini. Fifi sudah tersipu-sipu malu.

“Err..assalamualaikum,” Ujarnya yang faham dengan maksud sindiran aku tadi.

“Fifi dah breakfast?” Aku masih berdiri di depan pintu bilikku. Bilik orang sebelah masih gelap. Lambat pulak dia pagi ni.

“Belum lagi,”

Monday, 13 May 2013

Babak Cinta 1


Suatu petang, aku sengaja pulang awal ke rumah. Ini semua semata-mata untuk menjayakan projek mega bersama-sama pembantu rumahku, Sartik atau nama penuhnya Sartika. Panjang sangat nak panggil Sartika aku pendekkan jadi Sartik. Kalau aku panggil Ika tak bunyi pulak Indon. Manalah pulak Si Sartik ni? Aku masih menunggu dalam kereta menanti kehadirannya yang mungkin akan muncul pada bila-bila masa. Setelah lima minit menunggu, nah! Sartik telah muncul di sebelah bahagian kanan rumahku dengan membawa guni. Dengan susah payah Sartik mengheret guni yang boleh tahan beratnya itu.

“Rara, Sartik takut. Kalau Tuan sama Puan tahu kita buat jenayah ni, mati kita!” Sartik sudah membebel dalam bahasa ibundanya yang jelas sekali aku faham. Tanpa menghiraukan Sartik yang sudah cemas tahap petala kelapan itu, aku memasukkan gear dan terus mengundur kereta.

“Baba dengan ibu tak balik lagi ke?” Sekilas aku jeling Sartik yang kalut itu. Sebelah tangan pegang ikatan guni dan sebelah tangan lagi bebas bergerak membetulkan tudung yang hanya diikat simpul mati. Guni yang dipegang Sartik itu aku lihat bergerak-gerak. Geli pulak aku tengok.

Wednesday, 8 August 2012

Cinta Itu Indah! 20

Suatu petang, abah mengajakku ke pasar malam. Kata abah, dia sudah muak dengan masakan emak. Tekaknya nak bermanja dengan masakan gerai yang dijual di pasar malam. Aleeya yang ingin mengikut, dihalangnya pergi. Kata abah Aleeya lebih elok tambah pahala dengan membantu emak menyiapkan apa-apa yang patut di dapur sebelum kami pulang membawa juadah. Abah ingat sekarang bulan Ramadan ke? Bila Aleeya sudah memuncung, abah mula bagi nasihat

“Tak baik merajuk dengan abah, SPM dah nak dekatkan? Nak restu abah tak?” Hah! Itu dia ayat ugutan abah. Apa punya motivasi yang abah guna sekarang sampai ugut Aleeya macam tu? Bila difikirkan balik, macam mana abah boleh jadi pengetua?

Sunday, 5 August 2012

Cinta Itu Indah! 19

Hari yang berlalu bagaikan hari-hari yang amat sukar untukku tempuh, lebih-lebih lagi kalau tiba waktu untuk ke pejabat. Perasaan bimbang terserempak dengan Tuan Ray selalu ada. Aku bagaikan kekok untuk berhadapan dengan dia setelah mengetahui rahsia hatinya. Setakat ini aku bernasib baik kerana tidak terserempak dengannya, nasibku untuk hari-hari yang seterusnya entah bagaimana agaknya. Tuan Ray juga tidak menghubungiku lagi selepas detik dia meluahkan perasaan. Kami juga sudah tidak keluar makan tengah hari bersama. Lakonan kami bagaikan terhenti begitu saja.

Jauh disudut hati, terselit perasaan bangga kerana lelaki sehebat Tuan Ray mengaku yang dia punya perasaan terhadapku. Mesti hancur harapan setiap wanita yang menaruh perasaaan pada Tuan Ray. Terlompat-lompat Aleeya selepas aku menceritakan perkembangan terbaru Tuan Ray. Dalam pada itu sempat juga dia membebel sebab aku tak bagi kata putus waktu kejadian tempoh hari. Katanya aku sengaja tolak tuah. Apa dia ingat nak terima orang dalam hidup kita ni benda main-main yang tidak perlu ditimbang baik buruknya ke? Aku sendiri kena fikir dan yakin dengan perasaanku pada dia sebelum aku menerimanya sebagai orang istimewa dalam hatiku.