Nasi
goreng tomyam dalam pinggan tidak berapa berjaya menarik seleraku tengah hari
ini. Pertama sebab emosiku masih
terganggu dengan kisah hidup Kak Salmah dan kedua sebab aku sekarang sedang
makan menghadap Fahin. Lelaki itu kelihatan begitu berselera menjamah hidangan
nasi putih berlaukkan daging masak lada hitam. Datuk Kamal yang hanya memesan
air batu campur special juga kelihatan sangat berselera. Orang lelaki memang
macam ni ke? Tak sensitif? Makan apalah Kak Salmah tengah hari ni? Waktu aku
keluar dari bilik mesyuarat tadi kelibat Kak Salmah sudah tidak kelihatan di
ruang menunggu. Keluhan terlepas tanpa sedar.
“Naurah
masih fikirkan pasal Kak Salmah ke?” Tegur Datuk Kamal yang duduk menghadap aku
dan Fahin. Senyuman paksa aku pamerkan