Thursday, 13 June 2013

Babak Cinta 8

Seharian aku berkurung dalam bilik pejabat. Malas nak keluar berdepan dengan orang ramai. Amboi Naurah, kau bajet kau tu artis sampai orang beratur nak jumpa kau? Sebenarnya orang ramai tu tak lain tak bukan ahli Caca Marba lah siapa lagi. Iphone asyik memekak dari pagi tadi, semua bunyi ada. Panggilan masuk, pesanan ringkas, WhatsApp, WeChat. Habis semua medium diorang guna untuk berhubung dengan aku. Tetapi yang menghairankan aku, tak ada pulak mereka datang ketuk pintu bilik aku. Selamat!

Sunday, 9 June 2013

Babak Cinta 7

Mesyuarat berlangsung dengan lancar pagi itu. Alhamdulillah aku berjaya menyampaikan laporan tentang promosi F&B untuk bulan depan dengan jayanya tanpa bantuan Fahin. Datuk Kamal serta yang lain terutamanya ketua chef Hotel Perwira sangat berpuas hati dengan pembentanganku.

“Sebelum kita bersurai, suka untuk saya maklumkan di sini yang kita semua bakal menerima seorang staf baru tak lama lagi. Kalau tak ada aral melintang, insyaAllah dia akan menyertai hotel kita bermula minggu depan,” Datuk Kamal yang mengetuai mesyuarat pagi ini memberi satu khabar gembira buat warga hotel.

“Siapa tu Datuk?” Encik Ashraf bertanya.

“Anak saya,”

“Maksud Datuk, Anis?”

“Eh, taklah, Anis tak habis belajar lagi. Anak sulung saya, Hanif,” Setahu aku anak sulung Datuk Kamal tu Anis. Datuk ada anak lain lagi ke? Selalunya yang hadir sekali dengan Datuk Kamal untuk majlis makan malam, Anislah aku tengok yang paling besar, yang lain tu mungkin masih belajar di sekolah menengah atau baru nak masuk universiti.

Wednesday, 5 June 2013

Babak Cinta 6

Salah satu group yang aku join dalam aplikasi WhatsApp adalah group ‘Caca Marba’. Orang yang pandai-pandai cipta group tu tak lain tak bukan adalah Kak Maria. Group yang sangat private di mana hanya terdiri daripada lima orang ahli. Aku, Kak Maria, Fifi, Marisa dan Sarina. Disebabkan geng kami terlalu kamceng maka Kak Maria tubuhkan group ini untuk berkongsi berita mahupun apa jua luahan perasaan. Di suatu petang ketika aku baru sahaja mematikan enjin kereta di porch rumahku.

Tit! Isyarat WhatsApps dari group Caca Marba. Aku meraba Iphone di dalam beg tangan. Jumpa!

Mak Oprah: Amboi hang Naurah bukan main lagi..

Sunday, 2 June 2013

Babak Cinta 5

Nasi goreng tomyam dalam pinggan tidak berapa berjaya menarik seleraku tengah hari ini. Pertama sebab  emosiku masih terganggu dengan kisah hidup Kak Salmah dan kedua sebab aku sekarang sedang makan menghadap Fahin. Lelaki itu kelihatan begitu berselera menjamah hidangan nasi putih berlaukkan daging masak lada hitam. Datuk Kamal yang hanya memesan air batu campur special juga kelihatan sangat berselera. Orang lelaki memang macam ni ke? Tak sensitif? Makan apalah Kak Salmah tengah hari ni? Waktu aku keluar dari bilik mesyuarat tadi kelibat Kak Salmah sudah tidak kelihatan di ruang menunggu. Keluhan terlepas tanpa sedar.

“Naurah masih fikirkan pasal Kak Salmah ke?” Tegur Datuk Kamal yang duduk menghadap aku dan Fahin. Senyuman paksa aku pamerkan

Monday, 27 May 2013

Babak Cinta 4

“Cik Naurah okey tak ni?” Fifi yang ketika itu duduk berhadapan denganku menyoal bimbang. Sejak tadi sepatah haram aku tak bercakap.

“Minum dulu air ni,” Fifi menolak segelas air masak di atas meja ke arahku. Tanpa menjawab soalan Fifi tadi aku capai gelas itu. Sekali teguk habis air satu gelas. Tapi aku kira air itu tidak bisa menghapuskan rasa sakit hatiku dipermainkan oleh Fahin. Mata aku ni tak buta lagi boleh tengok laptop Fahin tu sihat walafiat. Kejadian awal pagi tadi itu sengaja dirancang Fahin, konon-kononnya nak mintak tolong tapi akhirnya dia kenakan aku. Dia sengaja nak mata aku ni tengok benda tu.

“Sabar Cik Naurah. Mungkin OM tak sengaja?” Entah kenapa aku rasa macam nak cubit mulut Fifi bila dia cakap macam tu. Ada ke dia cakap Fahin tak sengaja? Takkanlah dia tak boleh nak fikir kenapa Fahin yang pro bab IT tu boleh mintak tolong aku tengok laptop dia? Aku ni yang bodoh pergi percaya.