Thursday, 13 June 2013

Babak Cinta 8

Seharian aku berkurung dalam bilik pejabat. Malas nak keluar berdepan dengan orang ramai. Amboi Naurah, kau bajet kau tu artis sampai orang beratur nak jumpa kau? Sebenarnya orang ramai tu tak lain tak bukan ahli Caca Marba lah siapa lagi. Iphone asyik memekak dari pagi tadi, semua bunyi ada. Panggilan masuk, pesanan ringkas, WhatsApp, WeChat. Habis semua medium diorang guna untuk berhubung dengan aku. Tetapi yang menghairankan aku, tak ada pulak mereka datang ketuk pintu bilik aku. Selamat!

Jam tangan sudah menghampiri ke angka satu tengah hari. Perut dah mula bergendang memainkan irama dondang sayang. Mungkin kalau aku keluar awal sedikit, aku tidak akan terserempak dengan mana-mana tiga manusia yang beria-ia nak jumpa aku. Meja dikemas ala kadar. Beg tangan aku sangkut pada lengan sebelum melangkah laju ke arah pintu. Semua staf pun kelihatan sedang bersedia untuk angkat kaki.

“Cik Naurah nak keluar lunch ke?” Fifi tersenyum lebar.

“Aah, saya ada appointment dengan doktor, itu yang keluar awal ni,” Alasan mengarut aku bagi pada Fifi.

“Cik Naurah sakit ke?” Mata Fifi membulat.

“Nak mintak ubat stress,”

Fifi tergelak.

“Ingatkan Cik Naurah nak mintak ubat sakit hati,”

“Kalaulah ada ubat tu,” Gumamku perlahan.

“Jangan sakit hati dulu. Bincang elok-elok dengan OM,” Aku dah mula fokus pada Fifi. Suka sangat bagi penjelasan yang tak berapa nak jelas. Apa kaitan sakit hati aku dengan Fahin?

“Apa?”

“Manalah tahu Cik Naurah sakit hati pada tetamu OM tadi,”

Tetamu Fahin yang dimaksudkan oleh Fifi itu tak lain dan tak bukan mesti Cik Rujhan yang cantik menawan. Kenapa aku perlu sakit hati dengan perempuan cantik sebegitu rupa? Apa salah perempuan tak berdosa itu?

“Huh, please! Buang masa aje. Saya pergi dulu. Kalau OM tanya awak bagitahu alasan saya tadi tu,”

“OM dah keluar,”

Oh, really? Nasib baik tertanya dalam hati aje. Awalnya dia keluar? Keluar dengan Cik Rujhan yang meletop tadi ke?

“Okey,” Tanpa berniat untuk bertanya Fifi dengan lebh lanjut, aku kembali menyambung langkah. Setiap langkah diiringi dengan zikir. Waktu serabut macam ni baru nak berzikir, cuba kalau tengah gembira, ada kau berjalan sambil berzikir? Dan dengan izinNya juga aku selamat duduk di tempat duduk pemandu tanpa halangan ahli Caca Marba. Perut lapar tapi tak tahu nak makan kat mana. Nak makan dengan siapa? Apasal sunyi sangat hari ni?

“Fik, jom lunch dengan akak. Akak belanja nasi lemak kukus lauk ayam goreng berempah nak?” Talian hayat yang terakhir tak lain dan tak bukan adalah Taufik. Kedengaran Taufik mendengus di hujung talian. Macam serba salah pun ada.

“Tak sempatlah kak, Fik ada test pukul dua ni,”

“Test pukul dua bukannya pukul satu. Akak tunggu kat Hayaki ya?” Pujukku lagi. Budak sekarang umpan dengan makanan lazat aje, confirm masuk perangkap.

“Kenapa tiba-tiba ni? Akak lonely ek?”

“Bukan lonely tapi serabut,” Pandai jugak kau corner ayat Rara. Memang sah kau sunyi tapi masih tak nak mengaku.

“Sorry kak, maybe lain kali. Fiq nak review nota buat kali terakhir sebelum pergi test. Cover 20% coursework tau, gila kalau tak score,” Suara Taufik kedengaran seperti orang dalam keadaan diluah mati emak, ditelan mati bapak. Mana taknya, sebelah kanan test sedang menunggu, sebelah kiri nasi lemak kukus ayam goreng rempah sedang menari.

“Otak dah geliga pun masih nak review nota lagi ke? Sudah-sudahlah tu. Tawakkal aje,” Ada ke kakak dalam dunia macam aku? Halang adik yang tengah semangat nak belajar? Harap-harap tak adalah.

“Err..akak, kawan Fik dah panggil nak tanya soalan tu. Dari tadi asyik buat akaun tapi tak balance-balance jugak. Fik pergi dulu. Chow!”

“Fik!”

Tettt!!!! Talian sudah diputuskan. Harap maklum. Makan sorang-soranglah kau tengah hari ni Rara oi. Setelah memandu lebih kurang lima minit, aku sampai jugak. Hayaki yang dibuka dua puluh empat jam itu kelihatan lengang. Selalunya tengah malam sampai ke subuh baru ramai orang. Aku memilih tempat duduk yang agak privasi. Di sini banyak jenis meja disediakan. Ada meja bulat kecil dengan bangku kayu semata-mata. Kalau nak lebih privasi dan eksklusif sedikit boleh pilih tempat yang macam aku duduk ni, ada gap kayu antara meja. Memang tak boleh nampak kepala orang yang duduk meja sebelah kita.

Selepas membuat order aku goyang kaki sambil tengok jalan raya. Dah memang Hayaki ni letaknya tepi jalan raya, benda itu ajelah yang aku boleh tengok. Dalam fokusku ke arah jalan raya, entah bagaimana mataku menangkap ke arah dua manusia yang sedang berjalan masuk ke dalam Hayaki. Aku kenal mereka dan salah seorang daripada mereka kenal aku. Jadi aku cepat-cepat tunduk dan aku harus berterima kasih pada papan kayu yang memisahkan tempat duduk kami, kalau tak kerana papan ni, harus-harus aku tak boleh tunduk menyorok. Mereka betul-betul duduk sebelah meja aku.

Dalam banyak-banyak kedai makan kenapa mereka pilih Hayaki? Dan dalam banyak-banyak meja kenapa mereka pilih meja sebelah aku. Kalau aku boleh ambik gambar buat bahan bukti pada ahli Caca Marba ni boleh luruh biji mata mereka. Selepas pelayan berlalu pergi, mereka terus membuka bicara.

“Dah lama Rujhan cari abang,”

Aku bukan nak dengar tapi suara dia yang menyinggah ke gegendang telingaku. Takkanlah aku nak tutup telingakan? Dengar ajelah.  

“Buat apa cari abang? Rujhan nak abang ulang berapa kali supaya jangan cari abang lagi. Leave me alone with my own life,”

Aduh, kejamnya ayat dia. Suka hati dia cakap macam tu. Suara Fahin menjawab seperti sedikit keras, seolah-olah dia tidak suka akan pertemuan itu.

“Your own life? Habis tu Rujhan bukan orang penting dalam hidup abang?”

Siapa kau sebenarnya Rujhan? Aku tutup mulut dengan telapak tangan. Manalah tahu takut-takut terlepas cakap sebab terlebih feel mendengar. Siapa dia sampai dia mempersoalkan kepentingan dirinya dalam hidup Fahin? Kekasih? Tapi yang frust nya Fahin tu tak bukak mulutlah pulak. Senyap. Kasi up, menyampah kuasa dua!

“Sampai bila kita nak macam ni?” Suara itu masih lagi mendayu. Begitu sayu membelai-belai lubang telingaku.

“Sampai bila-bila,” Kali ini Fahin bersuara tegas. Konon-kononnya dah tekad. Aku ketap bibir kuat-kuat. Rupa-rupanya Fahin ni pandai jugak bercinta dengan orang, aku ingatkan dia pandai bercinta dengan kucing aje. Main merajuk nak suruh pujuklah pulak.  

“Abang tahu tak, tak elok kita terus macam ni,”

“Rujhan ingat abang bahagia hidup macam ni?” Fuh, puitis habis soalan si Fahin ni.

“Sebab tu Rujhan datang cari abang. Kita betulkan semuanya. Kita kembali macam dulu,”

Apa sebenarnya masalah mereka ni? Kembali macam dulu? Dulu tu macam mana? Bercinta? Ini mesti Rujhan buat hal itu yang sampai Fahin merajuk bawa diri. Memang senang sangat nak buat kesimpulan ni untuk dialog-dialog macam ni.

“Bukan mudah,”

“Abang berdendam?”

“Kalau Rujhan rasa macam tu, terserah Rujhan,”

Nah!! Dengan aku bukan main lagi tanya selesa ke tidak hidup berdendam. Habis tu dia? Cakap aje lebih. Porahh..

“Abang nak Rujhan minta maaf? Rujhan minta maaf bang,”

Kesian pulak Rujhan yang beria-ia memujuk. Nak aje aku nasihatkan dia suruh tinggalkan saja Fahin tak berperasaan tu.

“Bukan itu yang kita bincangkan sekarang,” Pulak dah! Orang susah payah cari dia datang nak mintak maaf dia pulak buat jual mahal. Tak beli kang baru tahu!

“Sampai ke sini abang lari,” Wow! Lari?

“Lari? Siapa lari? Abang tak lari. Abang cuma mencari ruang,”

“Abang tolonglah jangan macam ni. Rujhan sayang abang. Papa pun cari abang sekarang,” Erkk?? Apakah ini? Sampai tahap papa cari? Papa kandung atau papa mertua? Nampak gaya tak macam adik beradik dua orang sebelah aku ni. Fahin dah kahwin ke? Orang handsome macam dia kahwin awal ke? Bukanlah aku nak akui yang Fahin handsome tapi dah majoriti cakap dia macam tu aku pasrah ajelah walaupun hati aku tak boleh terima semua tu. Lagi satu salah ke orang handsome kahwin awal? Tak adalah salah cuma pelik sebab Anuar Zain dan Fahrin Ahmad yang aku minat tu sampai sekarang tak kahwin lagi. Tunggu aku agaknya.

“Enough! Abang tak mahu ambil tahu semua tu dan abang mintak tolong jugak, jangan kacau hidup abang lagi,” Fahin tiba-tiba naik angin. Kecut aku dibuatnya walhal dia marah Rujhan, bukan marah aku. Ermm, tahu dek ahli Caca Marba ni harus pengsan mereka semua. Apa yang membuatkan Fahin marah sangat dengan Rujhan?

“Tapi abang..,”

“Enough is enough. I meant it!” Putus Fahin tegas dan selepas itu tidak kedengaran lagi suara mereka berdua. Tengah hari itu aku makan sambil berfikir tentang kesimpulan tepat berhubung dengan masalah Fahin dengan Rujhan. Selepas makan, aku terus menghubungi Kak Rose, pegawai HRO untuk bertanyakan sesuatu.

“Kak Rose boleh tolong check record peribadi OM tak?”

“Kenapa tiba-tiba ni Naurah? Kak Rose tak boleh bocorkan maklumat orang senang-senang,”

“Alah bukan apa pun, saya cuma nak pastikan dia punya status. Bujang atau dah berkahwin?” Kak Rose terus gelak panjang bila aku tanya dia macam tu. Silap soalan ke aku?

“Kenapa nak tahu status OM? Naurah nak usha dia?”

“Haah, usha bagi pihak kawan saya. Dia mintak tolong saya carikan teman untuk dia dan saya rasa nak kenalkan OM kita pada dia. Cuma sebelum tu nak pastikan betul-betul status dia tu dulu,”

“Kenapa tak tanya OM sendiri?” Soal Kak Rose lagi. Aduh, kenapa banyak tanya sangat Kak Rose ni?

“Saja tanya Kak Rose dulu. Takkanlah Naurah nak straight forward tanya OM macam tu?”

“OM tu bujang trang tang tang lagilah Naurah,”

“Ya ke?” Aku ketap bibir. Terlepas tanya macam tu kang timbul pulak syak wasangka Kak Rose.

“Apa?” Kak Rose dah rasa pelik.

“Err, tak ada apa-apalah Kak Rose. Kira saya boleh proceed OM untuk kawan saya tu. Terima kasih Kak Rose,”

Bujang trang tang tang? Aish, kenapalah hati aku ni macam tak nak percaya? Maklumat peribadi berhubung status boleh aje main tukar. Sampai ke hotel aku terbawa-bawa fikirkan masalah Fahin. Siapa sebenarnya Rujhan pada Fahin? Kenapa Fahin lari? Papa siapa yang cari Fahin? Fahin bermasalah rupanya. Selepas melangkah keluar dari kereta baru aku perasan aku parking kereta aku sebelah kereta Fahin rupanya. Dekatlah jugak sampai aku nampak plastik besar kepunyaan gedung Manjaku dan juga…

Aku celik mata luas-luas. Pampers Pet Pet! Ini bukan pet binatang peliharaan tu tapi salah satu jenama lampin pakai buang bayi yang semakin digemari ramai sekarang. Jiran sebelah rumah aku pun guna Pet Pet untuk anak dia. Dah sah-sah Fahin bukan beli Pet Pet untuk anak Paloma tapi anak? Aku telan liur. Kalau tadi aku sibuk peningkan kepala fikir pasal status bujang atau  tidak, sekarang status bapa orang pulak menghentam kuat benakku. Boleh pecah otak fikir semua ni.

Kepala aku garu kuat-kuat. Mula-mula Rujhan dan sekarang Pet Pet? Kusut! Nak siasat macam mana ni? Tak apalah, simpan bukti dulu. Aku tangkap gambar Pet Pet yang tersandar megah di tempat duduk sebelah pemandu. Bukan satu, bukan dua tapi tiga terus Fahin beli. Banyaknya? Kembar ke? Aduh, lagi darah CSI semakin membuak-buak.

“Haa, dating ke mana tadi?”

Tu dia dah mai dah! Empat orang ahli sedang beratur menghadang pintu belakang lobi hotel. Bala dah datang. Elok-elok aku tengah semangat nak buat penyiasatan terhadap Fahin, diorang datang menyibuk.

“Dating? Dating tu apa ek?” Aku cekak pinggang di hadapan mereka. Sarina tepuk dada dengar soalan cepumas aku.

“Aduh, tersakitlah pulak hati aku ni. Dia buat tak faham pulak dah,” Ketat aje suara Sarina aku dengar.

“Eh, korang ni tak ada kerja ke? Tumpang lalu, saya nak pergi solat,” Aku cuba merempuh ruang antara Fifi dan Marisa tetapi tidak berjaya.

“Awak boleh lalu tapi kena bayar tol dulu,” Celah Kak Maria dengan senyum sinisnya. Tanpa banyak soal aku letak not kertas seringgit dalam genggaman Marisa.

“Kongsilah ya, buat beli pisang goreng,”

“Ini dah melampau ni,” Marah Kak Maria. Marisa dengan wajah blur manakala Fifi dan Sarina awal-awal lagi dah bantai gelak.

“Fifi cakap Naurah buat skandal dengan OM dalam bilik mesyuarat betul ke?” Soalan tulus ikhlas lagi selamba daripada Sarina itu mematikan ketawaku. Automatik mataku mencari mata Fifi tetapi malangnya Fifi lebih selesa tenung jalan tar yang kotor dan berdebu daripada pandang wajah aku yang cun melecun ni.

“Skandal apanya? Apa yang Fifi nampak?” Dia nampak ke? Jadi dia buat-buat tak tahu waktu kejadian tadi? Pandai betul budak ni berlakon.

“Hah kau jawab Fi apa yang kau nampak tadi? Dia ingat kau tak nampak agaknya,” Kak Maria, Marisa dan Sarina beria-ia bagi semangat pada Fifi supaya bongkarkan apa yang dia nampak. Aku ketap bibir. Berdebar jugak nak dengar jawapan Fifi.

“Errr..,”

“Fifi nampak apa?” Tekanku lagi seolah-olah mencabarnya. Makin gagap Fifi dibuatnya.

“Fifi..Fifi..,”

“Hish, gagaplah kau ni. Fifi nampak Naurah dengan OM main hug-hug dalam bilik mesyuarat,” Tiga manusia itu buat muka curiga kecuali Fifi yang aku lihat sudah terundur ke belakang.

“Gila?” Marahku serta merta. Diorang ingat benda itu boleh dibuat main?

“Memanglah tak! Takkanlah Naurah dengan OM sama-sama relakan? Kami faham kondisi terpaksa korang berdua tu. Maksiat tanpa niat,” Sarina menepuk bahuku berkali-kali sambil tayang wajah kesal.

“Nasib baiklah OM cepat-cepat bertindakkan?” Marisa yang sentiasa teruja bila bercakap tentang Fahin. Fifi masih berlagak bisu di belakang.

“Eh, mestilah. Kalau Naurah jatuh terhempas punggung, boleh bawa mudarat tahu? Terjatuh peranakan nanti susah pulak dia nak mengandung. Siapa yang rugi?” Soal Kak Maria dengan penuh semangat.

“OM yang rugi,” Dua malaun dengan tahap keyakinan tinggi juga yang menjawab.

“Eh, korang ni…” Jari telunjuk aku dah naik searas dengan wajah mereka.

“Korang dengar sini baik-baik. Tadi, Naurah pergi lunch dekat Hayaki. Korang tahu Naurah terserempak dengan siapa? Naurah terserempak dengan OM dan isteri dia. Ulang suara, isteri dia. OM tu dah kahwin! Ulang suara, dah kahwin! Status anak? Naurah tak tahu lagi. Jadi, tolong hentikan semua cerita mengarut ni, faham?” Terdiam semua yang mendengar pengumuman jelas lagi kuat daripada aku. Hah, baru korang tahu siapa OM yang korang dok puja sangat tu.

“Hah? Kenapa diam? Terkejut sangat OM dah kahwin?” Serangku lagi dengan penuh semangat.

“Excuse me, apa you cakap tadi? Boleh ulang sekali lagi?” Oh, mak kau! Bila mendengar suara itu aku pula yang terdiam. 

14 comments:

  1. Rujhan tu adik Fahin kan? heheheh.. Wow, makin menarik ni.. I like! hihihi

    ReplyDelete
  2. aiyok..fahn kah yang datang menyergah..cian rara nk menjawab pas ni...

    adeh tetiba teringat rayyan..sorry Cik Shiroe.. :)

    ReplyDelete
  3. aish xora ni...haha..u like? Me too ;)

    apasal tetibe teringat rayyan sha?

    Moh kite gelak baby mio :)

    ps:1 yg best bila taip satu n3 then publish, baca komen n baru taip next n3 ialah plot citer tu akan berubah2 sbb korang bg byk pendapat :) sbnarnya jz nk ckp komen anda memberi sy sejuta makna <3 <3 <3

    ReplyDelete
  4. adoii klaka la si rara nie..speku mcm2 =))
    shiroe cepat2 publish new n3 okess
    tak saba neh

    -yoozara-

    ReplyDelete
  5. ki3...imaginasi dia setinggi langit tp hampeh semuanya..haha..tq yoozara sudi baca n komen (yg tiga org kat atas jgn terasa pulak sy x ucap tq sbb korang sy dah kenal..ngeh3)
    next n3 akan dipost dlm waktu terdekat ;)

    ReplyDelete
  6. tak sabar juga ni nak tau apa la kisah sebenarnya antara Rujhan & Fahin...apa hubungan dorang..

    p.s teringat kes rayyan, kan suka gaduh dgn Afzan..hihikk tetiba.. tettt

    ReplyDelete
  7. Eh, akak terlmabat...kikiki

    Tu lah rara, cakap tak pandang kiri kanan..hamik koo..ekekeek :)

    ReplyDelete
  8. lol really like ur stories.....thumbs up

    ReplyDelete
  9. haha..xsalah teringat sha ;) rindu ler tu

    Haa..akak lambat..sy igtkan akak busy sbb blog akak pn xbrape nk terupdate kelmarin..hi3..padan muka Rara..salam Jumaat jugak utk akak ;)

    Cik Nony..terima kasih sbb suka stories sy :) TQVM..lain kali sudi2lah singgah lagi ya ;)

    ReplyDelete
  10. Semalam tido awal..kengkonon nak bgn malam nak siapkan assignmnt..harammmm..keh3

    Bangun kul 3.30 solat isyak (jgn ikut), makan roti, bummmmmmmmm...tau2 bgn subuh, siap2 dtg keja...hahaha

    ReplyDelete
  11. haha...matlamat xtercapai..tp yg heran tu sempat lg bedal roti sblm bummm..ngeh3..terbaekk ar kak..silap2 bgn mlm masuk angin xpasal2 kena paksa telan pil halia tu xpun mntak tlg mak cikk cleaner urut..haha

    ReplyDelete
  12. Wakakaka..
    ubat halia jgn sebut,(ngelat nak mkn!!) apatah lagi makcik cleaner..jenuh makcik menggentel lemaks akak...kukukui..

    Roti ni kengkonon nak pose, tapi baru pas taram nasik itik dua hengget sedappp (tetibe!!)

    konklusi= tak pose sebab tak niat...:)

    p/s part jatuh peranakan memang trbaik ahhh...ekekeke

    ReplyDelete
  13. Eng ing eeeng ! Nak selamatkan dri jugak lah. Hahahaha

    ReplyDelete