Mesyuarat
berlangsung dengan lancar pagi itu. Alhamdulillah aku berjaya menyampaikan
laporan tentang promosi F&B untuk bulan depan dengan jayanya tanpa bantuan
Fahin. Datuk Kamal serta yang lain terutamanya ketua chef Hotel Perwira sangat
berpuas hati dengan pembentanganku.
“Sebelum
kita bersurai, suka untuk saya maklumkan di sini yang kita semua bakal menerima
seorang staf baru tak lama lagi. Kalau tak ada aral melintang, insyaAllah dia
akan menyertai hotel kita bermula minggu depan,” Datuk Kamal yang mengetuai
mesyuarat pagi ini memberi satu khabar gembira buat warga hotel.
“Siapa
tu Datuk?” Encik Ashraf bertanya.
“Anak
saya,”
“Maksud
Datuk, Anis?”
“Eh,
taklah, Anis tak habis belajar lagi. Anak sulung saya, Hanif,” Setahu aku anak
sulung Datuk Kamal tu Anis. Datuk ada anak lain lagi ke? Selalunya yang hadir
sekali dengan Datuk Kamal untuk majlis makan malam, Anislah aku tengok yang
paling besar, yang lain tu mungkin masih belajar di sekolah menengah atau baru
nak masuk universiti.
“Hanif?
Bila dia balik?”
“Kelmarin.
Alhamdulillah terbuka jugak hati dia untuk balik dan menetap di sini,” Datuk
Kamal tersenyum senang. Oh, mungkin anak sulung Datuk Kamal ni menetap di
perantauan untuk satu jangka masa yang lama mungkin?
“Baguslah
kalau macam tu. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih
baik di negeri sendiri. Bukan begitu Datuk?” Bilik mesyuarat yang sedikit sunyi
tadi mula bergema dengan bunyi ketawa ahli-ahli yang menghuni di dalamnya
apabila Encik Ashraf menjual peribahasanya.
Daripada
jawapan Datuk Kamal dan peribahasa Encik Ashraf, aku rasa Hanif tu dah tinggal
lama di luar negara dan bekerja di sana. Sekarang baru nak balik? Kalau nak
dihitung, ramai juga anak-anak muda sekarang yang tamat belajar di luar negara
mengambil keputusan untuk menetap dan bekerja di sana. Ada yang menetap terus
dan ada juga tunggu sampai seru nak balik, baru merangkak nak balik. Tidak
sedarkah mereka yang negara kita sekarang sangat memerlukan tenaga mereka untuk
membela maruah bangsa dan negara?
“Ya.
Itulah yang terbaik,” Suara Datuk Kamal menyedarkan aku yang sedang berceramah
di alam fantasi.
“Jadi,
saya akan letak dia bawah Fahin. Bolehkan Fahin?” Semua mata bertumpu pada
wajah lelaki yang duduk di sebelahku.
“Tak
ada masalah Datuk,” Jawab Fahin tenang. Dalam hati aku dah boleh bayang macam
manalah agaknya gelagat Hanif yang bakal bekerja dengan Pengurus Operasi Hotel
Perwira yang sangat cerewet serba serbi ni. Kesan pada Hanif kalau tak gila pun,
mental! Aku ketawa dalam hati. Tengok? Aku pun dah hampir nak gila sekarang.
Saat
Datuk Kamal dan yang lain mula bangun, aku cepat-cepat menyusun fail di atas
meja.
“Nampaknya
Nescafe yang I bancuh memang bagi effect yang memberangsangkan pada you
sepanjang meeting tadi,” Suara Fahin menegur dari sebelah. Aku kerling dia
sekilas. Lelaki itu juga sibuk menutup fail dia.
“Nasib
baik otak I masih boleh berfungsi dengan
betul lepas minum air yang you buat tu,” Sindiran terlepas jua. Fahin ketawa
perlahan.
“Melampau.
Takkan sampai effect otak?”
“Mana
you tahu tak effect? You bukan doktor pun,”
“Yang
I nampak sekarang air tu tak effect otak you tapi effect perasaan you,” Sekali
lagi aku kalih pandang Fahin. Kali ini dia tenang menyandar di kerusi. Semua
orang dah keluar, yang dia ni tak nak keluar ke? Nak bertapa di bilik
mesyuarat?
“Eh,
mestilah! Siapa tak marah kalau minum air yang you bancuh tadi tu,”
“You
marah?” Fahin dengan soalan standard mintak pelempang memang tak boleh
dipisahkan.
“Ya,
I sakit hati gila dengan you,” Sengaja aku getarkan suara supaya dia tahu tahap
kegilaan aku sakit hati dengannya. Fahin tergelak.
“I
suka hati gila bila you buat pengakuan macam tu,” Aku tahan perasaan bila Fahin
bagi jawapan dengan nada yang sama aku gunakan tadi. Sabar ajelah dengan mamat
ni.
“Patutlah
baik semacam pagi tadi, baik bersebab, tak ikhlas langsung,” Gumamku perlahan
sambil berjalan ke komputer di sudut hujung bilik untuk menghapuskan slide
pembentangan tadi. Ini sudah dikira sulit, kalau tak, tak akanlah aku tunjuk
benda ni dalam bilik mesyuarat aje.
“You
jangan salah faham Naurah, I ikhlas, kita memang baik apa selama ni? Kalau tak,
takkanlah kita boleh bekerja sebumbung sampai setahun lebihkan?”
“Itu
yang you nampak. I tak nampak apa yang you nampak,”
“Tak
kisahlah you nampak atau tak sebab you memang tak akan pernah nampak I ni
baikkan?”
Entah
kenapa aku rasa nak ketawa dengar dia tanya aku macam tu. Ada jugak ke orang
mengaku dia baik? Fahin baik? Perangai macam hantu adalah.
“Kenapa
tiba-tiba ungkit pasal baik ke tak baik ni?” Pandangan Fahin masih padaku
sewaktu aku kembali berjalan ke meja untuk mencapai fail. Aku berlagak tenang
biarpun kondisi perasaan rasa macam tak enak. Yalah, siapa selesa kalau kena
perhati waktu tengah berjalan. Sangat tidak selesa. Aku laser jugak mata Fahin
ni.
“I
tak ungkit, I cuma nak you sedar apa yang ada dalam hati you tu,”
“Maksud
you?” Sampai sahaja di meja, fail aku ambil dan berpaling menghadap Fahin yang
masih duduk di kerusinya.
“You
masih nak berselindung?”
“You
nampak I tengah menyorok ke sekarang ni?”
Fahin
senyum senget.
“Cuba
bayangkan seluruh populasi warga Perwira sangat selesa bekerja dengan I dan I
juga selesa bekerja dengan mereka tapi bila melibatkan Cik Naurah kita ni, I
tak rasa you macam mereka semua. You tak suka I kan?” Lagi masuk bakul angkat
sendiri. Mana dia tahu semua orang selesa dengan dia selain aku? Perasannya
dia.
“Macamlah
you boleh baca apa yang ada dalam hati I ni,” Aku jungkit kening. Pandangannya
aku balas dengan berani.
“Memang
I tak boleh baca apa yang ada dalam hati you tu tapi setiap perlakuan you tu
mencerminkan sendiri apa yang you rasa,”
“Oh,
senang betul nak baca hati orang ni kan? Habis tu segala perlakuan you selama
ni pun membuktikan you pun tak suka I kan?”
“Apa
yang I dah buat pada you?” Ya Allah, Kau limpahkanlah perasaan sabar dalam
hatiku, aku mohon padaMu. Dia ni memang nak pelempang agaknya.
“Apa
yang I dah buat pada you?” Disebabkan geram yang teramat sangat, aku terajuk
dialog dia. Ketawa besar Fahin dibuatnya.
“Comel!”
Komennya sepatah. Nasib baik tak luruh telinga aku.
“Don’t
say that word!”
“Why?
Puji pun salah?”
“Please!
Pujilah sangat,” Aku buat juling mata ke atas. Menyampah!
“Tengok?
You memang tak pernah nak hargai niat baik I ni,” Fahin dengan wajah serius
dia. Aku melepaskan nafas perlahan. Okey, untuk sekali ini biarlah aku tanya
dia secara terus terang. Malas dah nak berselindung.
“Sebenarnya
dah lama I nak tanya you sesuatu,” Rangka pendahuluan disusun.
“You
nak tanya apa?” Fahin duduk tegak. Tidak lagi menyandar. Aku pandang dia atas
bawah sebelum mengajukan soalan berani mati. Lantak kaulah Fahin oi.
“You
ni ada masalah otak ke? Kadang-kadang you kenakan I hingga buat I naik gila
tapi ada satu masa tu you buat-buat mesra dengan I sampai buat I terfikir, you
ni memang baik atau you buat semua itu dengan niat yang tersembunyi?” Isi hujah
dibentangkan dengan jelas dan padat sekali. Wajah Fahin? Oh my! Merah ke merah
jambu ni? Sentaplah tu.
“Dah
habis fikir? You rasa I ni macam mana?” Porahhh..orang tanya dia, dia tanya
orang.
“Mestilah
I fikir you ada masalah otak. Tak nak pergi buat check up? I boleh temankan,”
“Huh,
lawak sangatlah tu. Macam ni lah Cik Naurah, daripada you temankan I pergi
check up otak I, lebih baik you tu pergi check up hati you. Bersihkan segala
kotoran syak wasangka you pada I. Lagipun sampai bila you nak pandang I dari sudut
negatif aje? Takkanlah sebab I kenakan you pasal anak Paloma hari tu sampai
mati you nak boikot I? Lagipun I dah mintak maafkan?”
Oh
no! Fahin’s attack!
“I…,”
Hish, kenapa kau gagap pulak ni?
“Jujur
I tanya you, you selesa hidup macam ni?” Bila aku dah tergagap-gagap, cepat aje
dia ambil peluang. Kenapa suasana macam serius tiba-tiba ni?
“Maksud
you?”
“Berdendam
dengan I,” Amboi, kejamnya ayat! Dia ingat aku ni jahat sangat ke? Aku jahat
sikit aje, itu pun dengan Paloma.
“Siapa
kata I berdendam dengan you?”
“I
yang cakap. Kenapa? Salah?”
“I
tak berdendam dengan you lah,”
“Habis
tu kenapa kita tak macam orang lain?” Aik? Apasal lain macam aje soalan dia ni?
“You
nak macam mana lagi?” Tekanku geram. Blur sekejap. Apa hubungan aku dengan dia
tak sama dengan hubungan aku dengan orang lain? Dia dengan orang lain tu bukan
ke sama-sama manusia?
“Hah
tengok? I jamin kalau dengan orang lain you tak akan geram macam ni kan? Tapi
kalau dengan I?” Fahin sudah bangun berdiri menghadapku. Aku undur selangkah.
Tak boleh main jauh-jauh sikit ke?
“Okey,
I tak berdendam dengan you Encik Fahin. Puas hati?” Sudahnya aku menyerah kalah
sambil angkat tangan. Kalau ada bendera putih, dengan bendera tu jugak aku
angkat.
“Kenapa
I rasa macam kurang ikhlas ayat you tu? Macam terpaksa aje. Siap tanya I puas
hati atau tak lagi,” Aku ketap bibir. Eei, aku cubit-cubit jugak mulut mamat
ni. Ada aje buah fikiran dia nak corner soalan. Nak suruh aku nyanyi lagu
Dendam Terlerai dulu baru nak percaya? Maaflah aku tak boleh tarik pitch
tinggi-tinggi.
“Hish,
susahlah cakap dengan you ni,”
“You
yang buat keadaan jadi susah,”
“Eei,
dahlah. Cukuplah cakap pasal ni. I pergi dulu,” Aku mahu berundur tetapi kerusi
aku tadi buat jahat pada tuan dia. Disebabkan perlanggaran itu, sekali lagi aku
terpelecok. Tak sempat nak bergantung dah.
“Naurah!”
Waktu aku sudah pasrah nak jatuh tiba-tiba suara Fahin datang menyapa. Bukan
suara aje malah tangan dia turut memberi reaksi apabila melihat aku yang sudah
mahu tersungkur. Aku pandang dia, dia pandang aku. Selepas dua saat, kami
seolah-olah dua magnet yang sama kutub. Saling menolak. Waktu Fahin tarik aku
tadi, kami macam magnet yang berlainan kutub. Gila! Gila!
“OM
ada orang nak…,” Suara Fifi mati di situ. Fifi memandang aku dan Fahin silih
berganti. Aku telan liur. Dia nampak ke?
“Fifi!”
Seakan kebetulan apabila aku dan Fahin menyebut nama Fifi serentak sebelum
pandangan kami bertaut. Zassss!!! Aku alih pandang.
“Ya,
saya Fifi. Saya ada terlepas apa-apa ke?” Soal Fifi dengan wajah blur. Hish
otak budak ni! Macam tahu-tahu aje. Aku pantas menggeleng.
“Awak
cari OM kan? Ambiklah, saya dah habis discuss dengan dia. Pergi dulu,” Tanpa
berpaling melihat Fahin aku pantas berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Sambil
berjalan aku ketuk kepala dengan fail. Bodoh kau Rara! Kenapa kau boleh ter…hish,
rasa macam nak hantuk kepala kat dinding biar hilang ingatan sehari ni.
Pintu
kayu pejabat aku tolak dengan fikiran yang masih serabut. Semakin bertambahlah
masalah aku dengan dia.
“Cik
Naurah,” Lisa yang duduk paling dekat dengan pintu pejabat menegurku. Aku berhenti
di hadapan partition dia.
“Kenapa?”
Soalku tak ada mood.
“Tu,
ada tetamu!” Mulut Lisa terjuih ke arah ruang menunggu. Aku berpaling.
Kelihatan seorang perempuan cantik, menarik, tertarik, kau memang anggun,
sedang menunggu di situ. Tak kenal pun!
“Dia
nak jumpa saya ke?”
“Taklah,
dia tunggu OM,” Jawab Lisa dengan nada selamba. Automatik darahku menyirap
naik.
“Habis
tu buat apa awak bagitahu saya? Saya ni ada iras muka OM ke?” Automatik suasana
pejabat senyap sunyi. Hilang sudah suara staf yang tadinya ada berbunyi
sikit-sikit. Lisa terlopong memandangku. Perlahan-lahan aku berpaling, lapan
orang staf yang lain turut memandangku termasuklah perempuan yang sedang
menunggu di ruang menunggu itu. Lantas aku jatuhkan pandangan. Maknanya aku
menjeritlah tadikan?
“Maafkan
saya Cik Naurah,” Wajah Lisa dah lain macam. Aku cepat-cepat mencapai
tangannya.
“It’s
okay. Saya stress tadi. Baru lepas habis meeting. Maafkan saya tapi saya nak
ingatkan lain kali jangan buat macam ni lagi okey,” Aku turunkan nasihat
diiringi dengan senyuman mengancam, bibir tersenyum menandakan mesra, mata
terjegil menandakan amaran. Lisa tersenyum seraya mengangguk yakin.
“Saya
janji!”
“Good!”
Tidak
semena-mena pintu pejabat ditolak dari luar. Muncul Fahin dan Fifi di situ.
“Hah,
OM! Cik Rujhan sedang menunggu,” Lisa kenyit mata pada aku. Aku mencebik. Dah
rosak agaknya mata budak ni. Tanpa mempedulikan suasana pejabat yang suram aku
mengatur langkah ke bilik.
Baru
nak tutup pintu tiba-tiba satu suara dingin menyapa telingaku.
“Kenapa
datang sini?”
Aku
tak jadi tutup pintu. Kenapa suara dia macam nak makan orang?
“Rujhan
datang sini sebab nak jumpa abang,” Jawab perempuan itu sayu. Fahin kelihatan
mendengus sebelum berpaling untuk ke biliknya. Aku cepat-cepat rapatkan pintu bilik.
Erm, memang sah! Si Fahin ni suka sangat cari gaduh dengan orang. Tengoklah
tadi tu, bukan nak sambut tetamu dengan elok. Ditayang muka ketat dia tu.
Rujhan? Siapa perempuan tu? Abang? Siapa perempuan tu pada Fahin? Ini yang buat
darah CSI aku berdenyut ni.
Wow,makin menarik ni! Terbayang Fifi yg bakal bergosip sakan pasni dgn ahli mesyuarat tingkap.. sy syak Fifi sempat tgk aksi sebabak Rara ngn Fahin kan? Hihihi.. Err,Rujhan? Hanif? Double wow! Hahahaha
ReplyDeleteErmmm...mesti hanif akan jadi pesaing Fahin..kikiki
ReplyDeleteYe dak cik writer...??
tak abis lagi rupanya perang FN..ada je kan yang tak kena antara Rara & Fahin
ReplyDeletedok tunggu kehadiran Hanif..mana tau masa tu baru Fahin buka mata
Hahaha. Kelakar lah FN nie.
ReplyDeleteharap2 fahin tak buat hakak curang dgn tuan ray... hekhek...
ReplyDeletepasti gamat ahli2 caca marba tu xora :)aish..kena tny fifi tu cmno..ki3..rujhan n hanif? kenalah FN nanti ;)
ReplyDeletehikhik..skt tekak lg ke kak? adalah probability dlm 90%..ngeh3
huhu..mmg tak akan habis...skrg ni 2-2-2 masih tak bukak mata sha ;p
cik nony..moh ler kita gelak sama2 :)
erk kakizz...molekul2 curang ada berdenyut2 tak? Habislah T.Ray..ngeh3
hanif? fahin? amboi, pusing-pusing lima hurup tu je ye. hahaha.
ReplyDeletethanks for this entri. mau lagi! ;-)
haha..nurul..saya pun baru perasan yg nama dua makhluk tu main pusing2 huruf jer..adeh..klako!
ReplyDeleteWelcome :) nnti sy update :)
Wow ada org k 3 dan k 4 la. Huiiiish ! Interesting. Fufufufu
ReplyDeleteAigooo ~ kjap lg riuh la caca marba tu. Hailah, ksiaan rara. Huhuhu