“OM!!!”
Jerit Kak Maria, Marisa, Sarina dan Fifi perlahan. Aku pejam mata. Kepala dah
jatuh sedikit. Kenapa aku selalu kena macam ni?
“Dah
nak dekat pukul dua ni, dah boleh ready masuk kerjakan?” Fahin secara halus
menghalau ahli Caca Marba yang lain.
“Ya
OM. Kami pergi ready sekarang jugak!” Kelam kabut empat manusia itu cuba
menembusi pintu lobi hotel. Aku pun nak join jugak. Buat bodoh ajelah. Baru
satu langkah berjalan ke depan tidak semena-mena aku kembali ke belakang sebab
Fahin dah tarik beg tanganku. Kali ini aku sudah berdiri berdepan dengan Fahin.
Matilah aku! Kepala masih jatuh, tak sanggup nak pandang wajah Fahin yang entah
macam mana rupa dia sekarang. Tak pernah aku rasa macam tak nak lepas tengok
kasut dia yang hitam berkilat tu.
“Sampai
bila you nak tunduk macam tu? Senyap macam tu? Tak nak jawab soalan I tadi?”
Ini betul-betul angin punya soalan ni. Nada Fahin tanya soalan sebijik dengan
nada yang dia guna untuk Rujhan tadi. Sumpah aku tak tahu nak handle Fahin
macam mana sekarang. Otak aku betul-betul kosong, lidah aku betul-betul kelu.
“I
jawab soalan you lepas ni boleh? Dah nak pukul dua, I tak solat Zohor lagi ni,”
Aku memberanikan hati memberi alasan. Fahin senyap. Berani tak berani aku
angkat muka nak intai dia. Pandangan kami bertemu. Lama dia tenung aku sebelum
dia mengangguk.
“Okey,
you pergi solat dulu,” Hampir terlopong mulut aku bila Fahin jawab macam tu.
Ya, kali ni aku boleh cakap yang Fahin hari ni sangat baik! Selamat aku! Aku
nak senyum tapi rasa tak boleh sebab walaupun Fahin baik tapi wajah dia? Kalau
orang lain tengok pun tak berani nak senyum. Aku kembali berpaling untuk
menarik pintu lobi apabila suara Fahin kembali menerjah pendengaranku.
“Jangan
harap you boleh lepas daripada I,” Fahin hantar ayat ugutan. Aku buat pekak
sambil memecut langkah ke surau hotel.
Selepas
menunaikan solat Zohor aku berdoa seperti biasa tetapi inilah kali pertama aku
berdoa dengan memasukkan nama Fahin sekali ke dalam doa aku.
“Ya
Allah, aku mohon padaMu, Kau lembutkanlah hati Muhammad Fahin Bin Nazim untuk
menerima pinta maaf dariku. Kau sejukkanlah hati dia sesejuk manusia yang
tenang hatinya. Aku mohon padaMu. Amin.
Tenang
sedikit hatiku selepas beribadat. Perancanganku selepas ini ingin berkurung
sekali lagi dalam pejabat sampai balik. Buat-buat tak ingat pada kejadian dekat
pintu lobi tadi adalah lebih baik. Selagi boleh elak, aku elak. Tunggu Fahin
sekat aku, baru aku buka mulut. Mana tahu dengan skill mengelak aku ni,
lama-lama Fahin pun boleh terlupa semua tu? Hurmm, baik sangatlah Fahin nak
lupa semua tu dalam sekelip mata.
Pintu
kayu pejabat aku tolak perlahan sambil menjenguk ke dalam. Fahin tidak
kelihatan di ruang itu. Mungkin dalam bilik dia? Alhamdulillah. Satu permulaan
yang baik untuk aktiviti elak mengelak. Langkah dipercepatkan sebelum aku
bertembung dengan orang yang tidak diingini.
“Cik
Naurah,” Aku tidak jadi memulas tombol pintu bilik. Waktu macam ni jugaklah dia
nak panggil aku.
“Apa?”
Soalku tidak senang. Mata sekejap-sekejap menjeling pintu bilik sebelah.
Buatnya Fahin keluar tiba-tiba dari bilik dia tak ke gila aku dibuatnya.
“Erm,
nak masuk bilik ke?”
“MasyaAllah
Fifi, Fifi tak ada soalan lain ke nak tanya saya? Tak nampak saya nak bukak
pintu bilik saya ni? Dahlah, jangan tanya soalan bodoh macam tu lagi,” Aku mendengus
geram sebelum memulas tombol pintu
“Err,
Cik Naurah,”
“Ya
Allah apa dia lagi?” Soalku dalam nada geram tetapi perlahan. Mampus aku kalau
Fahin dengar aku menjerit dalam office. Menyusahkan orang betullah. Dahlah tadi
dia pergi bocorkan kejadian memalukan dalam bilik mesyuarat.
“Erm..masuklah,”
Aku pandang Fifi dengan rasa tidak percaya. Grrr..sabar ajelah Naurah. Nasib
baik aku nak cepat sekarang kalau tak aku pulas jugak telinga budak ni kang.
Selepas menutup pintu bilik aku bersandar sambil menghembus nafas. Lega!
Selamat aku untuk jangka masa sekarang.
“Hah,
tu kenapa pulak? Melepas perasaan ke apa?” Terlepas beg tanganku disergah
Fahin. Macam tak percaya bila tengok dia duduk menyandar tenang di kerusi empuk
aku. Macam mana boleh tak perasan tadi?
“Apa
you buat dalam bilik I?” Soalan ‘apa you buat atas kerusi I’ tu aku tahan dulu.
Fahin senyum senget sambil tangannya bermain dengan sebatang pen.
“Urusan
kita belum habis lagi tadi. Tak ingat? Atau you pura-pura buat tak ingat?”
Sinis pandangan dia padaku. Kan aku dah kata? Ingatan dia memang tip top. Tindak
balas dia memang laju. Pukul satu empat puluh lima petang aku buat salah, pukul
dua lima minit petang aku dah nak kena jatuh hukuman.
Aku
ketap bibir sambil tunduk mencapai beg tangan di atas lantai. Patutlah Fifi
macam nak tak nak bagi aku masuk bilik tadi. Ada King Kong dalam bilik aku
rupanya. Dengan langkah yang tidak bersemangat aku berjalan dan duduk di
hadapannya. Disebabkan perasaan bersalah aku rela dia duduk kat tempat aku dan
aku duduk kat tempat yang sepatutnya dia duduk.
“Salah
ke apa yang I cakap tadi?” Soalku.
“Memang
salah! You dah fitnah I!”
“Jadi
I silap?”
“You
tak faham apa I cakap tadi?”
Susah
bercakap dengan Fahin. Semua soalan aku dibalasnya dengan soalan. Nak sangat
suruh aku sedar betapa bodohnya aku sebab bertanya soalan sama berulang kali.
“I
bukan sengaja nak fitnah ke apa, tadi tu I cuma terdesak cakap pasal semua tu,”
Selagi boleh corner, aku corner. Ikutlah masuk simpang mana sekalipun asal aku
lepas.
“Siapa
yang desak you? Empat orang kawan baik you tu?”
Aik,
tahu pulak dia.
“Ya,
dia cakap yang bukan-bukan tentang kita. Itu yang I geram sampai terkeluar
semua benda tu,”
“Apa
yang diorang cakap tentang kita sampai you terdesak sangat tuduh I macam tu?”
Fahin berkerut kening tidak jelas dengan kenyataanku.
“Diorang
cakap..kita…,” Kelu jadinya lidah aku. Macam tak kena pulak nak mengadu pada
Fahin sebab isu ini sedikit memalukan.
“Kita..,”
“Kita
apa?” Rengusnya geram.
“Kita
couple!” Automatik aku melatah sambil buat isyarat kedua-dua jari telunjuk
didekatkan.
“Apa?”
Memang
dah agak reaksi dia akan jadi macam ni. Buat-buat pekak ke apa?
“You
heard me,”
“But
why?”
“Keadaan
tak memihak pada kita. Lunch di coffee house, masuk office sekali dan kejadian
kat bilik mesyuarat pagi tadi,”
“Nonsense!”
Aku
terdiam. Nonsense dia cakap? Aduh, kenapa macam tersakit pulak hati aku ni?
Kalau ya pun nak cakap betapa tak logiknya spekulasi ahli Caca Marba janganlah
sampai cakap perkataan tu. Rasa terhina pun ada. Teruk sangat ke aku ni sampai
macam tu sekali reaksi dia pada pendedahan hal ni. Aku cuba bertenang.
Perkataan tadi cuba dihapuskan dari fikiran.
“Kan?
Tak masuk akal langsung. Dah berapa kali I cuba terangkan pada diorang tapi
diorang dok usik jugak sampai I naik geram. Itu yang I cakap macam tu,”
“Geram
sampai you fitnah I?” Tajam pandangan matanya menikamku.
“You
tak boleh salahkan I tau, memang semua ni dah jadi macam satu kebetulan,”
“Apa
yang kebetulannya?”
“Banyak
sangat, contohnya macam tadi waktu lunch, I lunch sebelah meja you jadi I
terdengar semua perbualan you dengan dia,”
Sumpah
aku tak tipu. Lain terus wajah Fahin lepas tu. Fahin berdehem.
“You
dengar semua?”
“Ya,
dari awal sampai akhir,”
Kali
ni Fahin diam. Entah apa yang dia fikirkan sekarang aku tak boleh nak agak.
Bila dia senyap macam tu aku kembali menyambung
“Satu
lagi waktu I keluar dari kereta I ternampak Pet Pet dalam kereta you,”
“So?”
“Kalau
boleh I tahu, you ni sebenarnya dah kahwin dan ada anak ke?”
“You
ingat dengan semua kebetulan tu, I ni suami orang? Bapa budak? Naurah…Naurah,
cubalah matang sikit, patutnya you tanya I dulu bukan suka hati buat kesimpulan
sendiri,” Keluh Fahin sambil kepalanya tergeleng. Aku pula yang rasa lain macam
bila dah berdepan dengan Fahin versi tolak ansur ni. Ingatkan dia nak marah aku
dah tadi.
“Jadi
you tak kahwin lagi?”
“Kalau
I kahwin, you orang pertama akan dapat kad jemputan I,” Ceh, macamlah aku nak
pergi sangat majlis kahwin dia tu.
“Habis
tu Pet Pet milik siapa? Dan siapa Rujhan dalam hidup you?” Aku angkat kening
mencabar dia menyatakan kebenaran. Fahin yang tadi enak berpeluk tubuh mula
bangun daripada kerusi. Dia berjalan terus ke arahku.
“Naurah,”
Panggilnya perlahan. Aku lantas mendongak mencari mata Fahin yang kini sedang
berdiri di hadapanku. Fahin senyum. Aku buat-buat tak nampak.
“You
jealous dengan Rujhan?”
Aku
terlopong. Simpang malaikat empat puluh empat. Aku cubit jugak mulut merah kau
tu Fahin!
“I
jealous? I jealous sebab you? Please Fahin. Jangan buat I geli hati,” Di akhir
kata aku buat-buat gelak.
“You
geli hati ke hati you bergetar tengok I dengan Rujhan?” Bisik Fahin lagi sambil
sedikit menunduk. Eh, dia ni dah lebih ni.
“You
ni kan..,”
“Apa?”
Sergah Fahin memotong ayatku.
Terkebil-kebil
aku membalas pandangan matanya. Tidak semena-mena…
“Am
I interrupting both of you?” Serentak kami berpaling, Datuk Kamal sedang
tersenyum di muka pintu bilikku. Serentak itu juga aku menepuk tangan Fahin
yang sedang memegang pemegang kerusi. Sejak bila tangan dia ada kat situ aku
pun tak sedar. Pandai betul Fahin buat magik.
“Datuk!”
Panggil Fahin.
“Masuklah!”
Ajakku pula. Aku dan Fahin macam dah bertukar jadi guest assistant pulak. Datuk
Kamal angkat sebelah tangan.
“Tak
apa. Saya nak jumpa Fahin tapi Fifi cakap Fahin ada kat sini, itu yang saya
masuk. Saya tunggu bilik sebelah ya?” Ujar Datuk Kamal sebelum mula berpaling.
“Datuk!”
Datuk Kamal tak jadi berpaling. Dua pasang mata sedang memandangku sekarang.
“Ya
Naurah?”
“Err,
Datuk, kadang-kadang kita tak boleh percaya dengan apa yang mata kita tengok,”
Sesiapa pun boleh salah faham kalau tengok aksi aku dengan Fahin tadi. Datuk
Kamal tergelak perlahan. Sampai ke tidak maksud aku tu?
“Ya,
tapi kita kena ingat jugak yang kadang-kadang mata kita pun tak pandai menipu,”
Hai la, dalam tu maksud Datuk Kamal sampai aku tak faham apa yang dia nak
sampaikan. Melihatkan wajah Datuk Kamal yang selamba, aku cuba tenangkan hati.
Orang yang lebih tua macam Datuk Kamal tak akan sama fikirannya dengan ahli
Caca Marba yang otak mentah. InsyaAllah semuanya dalam kawalan.
“Apa
lagi dok tercegat kat sini? Datuk dah tunggu tu,” Tanpa membuang masa walau
sesaat aku terus menghalau Fahin. Buat panas hati aje tengok muka dia kat bilik
ni.
“I
nak you settle kan hal ni secepat mungkin. Kalau I dapat tahu orang bercakap
pasal I berkaitan dengan fitnah you tu, siap you,” Fahin mula memberi amaran.
Tidak cukup dengan ayat ancaman, dia turut menghantar pandangan seolah-olah
ingin menyampaikan rasa hatinya yang tengah menggelegak seperti air mendidih
seratus darjah selsius.
“Apa
you nak buat?” Langkah Fahin terhenti. Dia berpaling melihatku yang masih pegun
di tepi kerusi. Pandangannya kali ini berubah sinis.
“I
akan pastikan semua orang tahu you jealous dengan Rujhan disebabkan I,”
“Apa???”
Adakah dia juga cuba mencipta satu fitnah di sini? Bersoraklah ahli Caca Marba
kalau Fahin berani buat apa yang dia cakap. Gila ke apa?
“Fahin!”
Fahin buat-buat tak dengar. Selamba aje dia berjalan keluar dari pintu. Apalah
nasibku dalam satu hari ni ada saja benda tak kena dan semuanya berkaitan
dengan Fahin. Memang lelaki itu selalu bagi tekanan dan gangguan pada aku.
Mental harassment betullah!
Iphone
dalam beg tangan dicapai. Aku mula menaip di laman group Caca Marba
PERHATIAN!
APA YANG NAURAH CAKAP PASAL OM DAH KAHWIN TADI ADALAH SATU PENIPUAN! OM MASIH
BUJANG! KAJIAN GAGAL SERATUS PERATUS. SILA ABAIKAN SEMUA ITU DAN TOLONG JANGAN
SEBARKAN DIKHUATIRI MENJADI BUAH MULUT ORANG LALU SAMPAI KE PENGETAHUAN OM DAN
MAMPUSLAH NAURAH! HELP ME! TOLONG BAGI KERJASAMA SEMUA YA?
Capital
letter aku taip semua ayat. Kalau tak faham jugak tak tahulah aku. Tak sampai
seminit berdecit bunyi isyarat balas. Tangkas sekali ahli Caca Marba bagi
respon.
Mak
Oprah: Alhamdulillah. Memang akak tak percaya pun semua alasan Naurah tu.
Inamorata:
Yes!! OM masih teruna!
Mary:
I’m happy for both of you!
Fifi:
Memang dah agak dah. Ini mesti merajuk dengan OM pasal Cik Rujhan tadi.
Tergeleng-geleng
kepalaku membaca setiap komen balas mereka. Kalau dah rosak, sampai ke sudahlah
rosaknya mindset diorang. Upahlah mekanik hebat macam mana sekalipun diorang
tak boleh repair fikiran ahli Caca Marba yang senak otak tu. Buat masa sekarang
biarlah diorang sengal dulu. Nanti ada masa, aku ajak Fahin pergi fire diorang.
Fahin pun dah tahu mereka macam mana, senanglah kerja aku nanti.
Fahin sebenarnya suka dengan Naurah kan....
ReplyDeleteNaurah cuba buat x tahu ja dengan Fahin tu dalam 2 hari.... Ingat Naurah hadap sangat muka si Fahin yang perasan tu...hehehe
hmm sha pun rasa fahin suka dengan rara ni.. sometimes guys suka je buat gitu sebab nak attract attention..
ReplyDelete:) sha akan tunggu & lihat camne la babak cinta FN
BEST...
ReplyDeletefikir yg same jugak...fahin saje nk bg rara gabra..meantime dia suke tgk rara gelabah..hikhik
ReplyDeletekite nak sambungan ..makin syok plak
-yoozara-
Tq Kak Sue, Sha, Baby Mio n yoozara sbb sudi bagi pendapat tentang apa yg ada dlm hati si Fahin tu..hehehe..pendapat anda mungkin akan sedikit mempengaruhi plot citer ni..TQ :)
ReplyDeleteERmm..
ReplyDeleteKenapa Fahin ni lambat benau..cer cepat cakap yg dia suka kat rara..
Akk pulak yg tersengih lebih ni..hihi (tetibe gelak gatai)
Nak laaagiiiiii.. :)
ReplyDeleteHaha..amboi kak..nak lagi tu..ntahlah Fahin tu lombap..ki3
ReplyDeleteEhhh, bila update ni?? Haha.. terlambat pulak baca. btw, rasa mcm Fahin suka Rara tp tgh tggu watak Hanif muncul ni. huhu. baru makin meriah.. kikiki
ReplyDeletehi3..tgh hari kelmarin :)hoo..rileks2..org penting akan muncul tak lama lg utk memeriahkan diorg
ReplyDeleteErkk, org penting?? Jgn ckp itu hero pulak.. hehe. tp kan sy perasan Rara ni cepat gelabah jugak bila berdepan dgn Fahin ye.. hehehe.. cer suruh Rara berlagak cool skit pasni.. hihi
ReplyDeleteHaha..penting la jgk utk menambahkan perisa biar ckp 5 rencah 5 rasa..aah..gelabah..nnti I ingatkan dia spy cool ckit
ReplyDeleteOops ! Datuk dah mai dah. Asal datuk ni sllu dtg d saat2 yg sgt tepat eh? Tip top lah ss ! Terbaek (y)
ReplyDelete