Bukan aku kata tapi
orang lain yang kata bahawa kadang-kadang bila seorang lelaki atau perempuan
itu berperangai pelik dengan pasangan berlainan jantina, itu bermakna mereka
sedang cuba melakukan sesuatu di luar pengetahuan pasangan mereka. Apa
sebenarnya yang mereka nak?
“Kak Rara!” Si kecil
Asmahani berusia enam tahun berlari ke arahku. Aku yang sedang berkira-kira
mahu menuang kopi ke dalam cawan baba terus tak jadi tuang.
“As, bila masuk pagar
rumah jiran kita kena cakap apa?”
“Assalamualaikum Kak
Rara, baba, ibu,” Senang hati aku melihat Asmahani bersalam dengan baba dan ibu
sebelum mencapai tanganku. Asmahani,
anak tunggal Kak Jane dengan Abang Jamal yang tinggal di rumah sebelah selalu
sangat datang bertandang ke sini.