Sunday 2 June 2013

Babak Cinta 5

Nasi goreng tomyam dalam pinggan tidak berapa berjaya menarik seleraku tengah hari ini. Pertama sebab  emosiku masih terganggu dengan kisah hidup Kak Salmah dan kedua sebab aku sekarang sedang makan menghadap Fahin. Lelaki itu kelihatan begitu berselera menjamah hidangan nasi putih berlaukkan daging masak lada hitam. Datuk Kamal yang hanya memesan air batu campur special juga kelihatan sangat berselera. Orang lelaki memang macam ni ke? Tak sensitif? Makan apalah Kak Salmah tengah hari ni? Waktu aku keluar dari bilik mesyuarat tadi kelibat Kak Salmah sudah tidak kelihatan di ruang menunggu. Keluhan terlepas tanpa sedar.

“Naurah masih fikirkan pasal Kak Salmah ke?” Tegur Datuk Kamal yang duduk menghadap aku dan Fahin. Senyuman paksa aku pamerkan

“Entah kenapa dengan emosi saya ni Datuk, terlebih sensitif sikit hari ni. Yalah macam-macam hal berlaku, hal Kak Salmah tu satu hal. Itu tak masuk lagi kes yang pagi tadi,” Jelasku panjang lebar.

“Kenapa dengan pagi tadi?” Datuk Kamal mula berminat untuk mengambil tahu kisah pekerjanya yang tak berapa nak penting untuk dia kisahkan.

“Entah orang gila mana tak faham bahasa,” Bidasku sambil menjeling Fahin.

“Uhuk..uhuk..,” Fahin sudah tersedak. Huh, terasalah tu.

Datuk Kamal ketawa senang. Aku dengan Fahin memandangnya dengan pandangan tak faham. Dia gelakkan Fahin yang tersedak ke?

“Ini mesti orang gila tu Fahin kan?” Tebak Datuk Kamal yang masih ketawa.

“Uhuk…uhuk..,” Sekali lagi Fahin terbatuk. Kalut tangannya mencapai gelas minuman untuk melegakan tekak.

“Macam mana Datuk tahu?” Secara tidak langsung aku mengiyakan soalan Datuk Kamal sebentar tadi.

“Naurah..,” Fahin kelihatan sudah terbantut seleranya. Pandangannya tajam melihatku. Haa, tahu pulak dia nak  marah orang, waktu kenakan aku pagi tadi dia tak fikir pulak marah dan takut aku ni. Datuk Kamal melepaskan straw besar yang digunakan untuk menyedut air batu campur. Dia bergilir memandang aku dan Fahin.

“Macamlah saya tak kenal kamu berdua. Walaupun Naurah dan Fahin cuba sorokkan daripada saya atau seluruh warga hotel ni, kami semua tahu baik kamu berdua tu macam mana,” Datuk Kamal menghadiahkan senyuman.

Spontan mataku bertemu dengan mata Fahin sebelum kami sama-sama memandang Datuk Kamal. Apa maksud Datuk Kamal? Apa mereka semua tahu aku bergaduh dengan Fahin? Spontan mataku melihat meja kaunter coffee house. Aisya dan Kirana yang sedang bertugas di situ sibuk senyum sambil berbisik. Kadang-kadang mereka memandang ke sini. Kalau betullah apa yang Datuk Kamal cakapkan tadi, aku boleh teka mereka berkelakuan sebegitu sebab terkejut melihat aku dengan Fahin boleh makan berhadap. Kalau silap tekaan Datuk Kamal aku anggap mereka berdua spesies Fifi.

“Saya tak ada masalah Datuk. Kalau yang bermasalah pun orang tu lah,” Susah nak percaya tapi itulah kenyataan yang Fahin keluarkan. Mulut dia ni?

“I pun tak ada masalah. You yang bermasalah,” Balasku tidak mahu mengaku kalah. Dalam sekelip mata aku lihat Fahin seperti sedang menahan geram. Macam manalah budak-budak spesies Fifi boleh cakap dia ni baik, penyayang, tak cepat melatah? Aku acah satu ayat aje dah berterabur semua sifat yang mereka senaraikan. Porahhh!

Datuk Kamal tergelak sambil bertepuk tangan. Geli hati benar aku tengok.

“Sudahlah. Tak payah nak menuding jari siapa bermasalah, yang penting sekarang saya nampak kamu berdua memang bermasalah,”

Aduh, inilah orang kata, ikutkan hati, mati! Kan dah tertangkap?

“Sebenarnya bukan macam tu Datuk..,” Aku hilang kata-kata. Tidak tahu untuk memberi alasan kerana aku susah nak menipu kalau perkara yang melibatkan Fahin. Sekali aku rasa aku tak suka dia, memang aku tak suka, tak ada tapi tapi lagi dah. Tanggapan Datuk Kamal perlu diubah biarpun tanggapan dia betul seratus peratus.

“Naurah jangan risau, saya tak salahkan sesiapa tapi saya nak ingatkan. Fahin dengan Naurah merupakan orang penting hotel kita. Segala tindak-tanduk kamu berdua pasti menjadi perhatian semua warga hotel. Saya tak naklah nanti orang bercakap tentang kamu berdua, nak nak pulak bercakap benda yang tidak sedap didengar. Kalau kamu berdua yang sepatutnya menjadi role model warga Perwira tiba-tiba dikatakan bermasalah dan tidak boleh duduk berbincang, nanti anak-anak buah yang lain pun ikut bermasalah,” Amboi, takkanlah sampai macam tu sekali staf-staf lain berpaparazzi?

“Taklah sampai macam tu Datuk. Kami masih boleh bekerjasama,” Fahin cuba bersuara membela diri. Dalam pada itu matanya sibuk juga menjeling aku supaya bertindak. Aku apa lagi…

“Ya Datuk. Memang kadang-kadang nampak macam tak ngam tapi tugas kami tetap menjadi keutamaan,” Aku tersengih. Datuk Kamal mencebik. Nampak sangat dia seperti tak nak percaya dengan jaminan kami berdua.

“Pulak dah? Baguslah kalau macam tu. Saya tak nak nanti perang FN kedua mengganas. Cukup-cukuplah yang dulu tu,”

Apakah ini? Cuba bayangkan Datuk Kamal pun tahu pasal perang FN? Pandangan dialihkan pada wajah Fahin. Lelaki itu seperti kurang faham dengan ayat Datuk Kamal. Erm..dia tak tahu lagilah tu. Melihatkan Fahin diam, aku pun turut diam. Kang kalau aku menyampuk, ada pulak yang dia tak puas hati.

“Datuk, ada panggilan untuk Datuk yang disambungkan ke front desk,” Tiba-tiba muncul Arif yang bertugas ni front office menegur Datuk Kamal. Tanpa berlengah Datuk Kamal terus bangun.

“Okeylah. Saya terpaksa pergi,” Aku melepaskan nafas kelegaan. Lega! Tak payah nak berpura-pura baik dengan Fahin depan dia.

“Kirana!” Panggil Datuk Kamal. Cepat sahaja Kirana melangkah ke sini.

“Ya Datuk,”

“Pastikan OM dengan Cik Naurah tinggalkan coffee house apabila licin pinggan nasi mereka berdua. Faham?” Aku terngadah. Lagi sekali, apakah ini?

“Faham Datuk!” Kirana sudah tersenyum. Datuk Kamal kembali berpaling melihat aku dan Fahin. Dia tersenyum lebar.

“Bukan apa, saya belanjakan? Kecil hati saya kalau kamu berdua tak habiskan makanan tu. Lagipun saya nak sahkan aje kenyataan kamu berdua tadi yang berbunyi ‘kami masih boleh bekerjasama’. I have to go now. Enjoy your lunch date,”

Datuk Kamal berlalu pergi digantikan dengan Kirana yang tercegat tidak jauh dari meja aku. Jujur sangat budak ni. Tanpa mempedulikan Fahin dan Kirana aku tunduk menghabiskan nasi yang masih berbaki banyak dalam pinggan kaca putih.

By the way, you tahu pasal perang FN? What was that?

Aku senyum senget.

“Takkanlah orang macam you tak tahu apa maksud perang FN?” Hek eleh Rara, pagi tadi bukan ke kau pun blur tak faham benda tu masa Fifi buat kenyataan mengejut?

“Kenapa? You tahu?” Soalnya lagi

Aku angguk bangga. Tak pernah aku rasa hebat macam sekarang. Pertama kalinya aku di depan mendahului Fahin. Rasa gembira sangat dapat tengok muka Fahin yang tak faham apa-apa tu.

“Pelik. Betul you tak tahu?” Acahku senang hati. Fahin angkat bahu.

“Nak pelik apanya kalau I tak tahu pasal tu? I tanya you sebab I tahu you ni suka bergosip dengan budak-budak office tu, macam orang tak ada kerja. I tak ada masa nak buang masa macam you,”

Ya ampun, mulut dia ni. Aku kembali meletakkan sudu di pinggan. Tengoklah tu, selamba aje dia makan nasi lepas dia sindir aku. Selera dia makin bertambah, selera aku entah ke mana. Kecik besar aje aku nampak lelaki berkemeja hitam di hadapanku sekarang.

“Terus terang aje dengan I, you tak puas hati dengan I kan? You marah sebab I buang Paloma kan? Sebab tu dari kelmarin lagi you tak puas-puas asyik kenakan I. Mengaku ajelah,” Hilang terus topik perang FN, biar dia buang masa cari tahu sendiri apa maksud perang FN tu, tak kuasa aku nak bagi penjelasan percuma. 

Fahin senyap memandangku sambil mulutnya masih lagi mengunyah nasi. Lambat gila nak tunggu dia telan nasi. Daripada aku main sakit hati dengan dia, lebih baik aku bukak sesi luahan tak puas hati. Inilah kali pertama aku buat perbicaraan lisan dengan dia setelah sekian lama aku dengan dia dok guna bahasa tubuh sahaja meluahkan perasaan tak puas hati.

“Siapa yang marah sekarang? I? You nampak I macam tengah marah ke sekarang?”

“You jangan nak ubah topik. Cuba bagi pada I satu alasan paling logik kenapa you hantar gambar pada I semalam dan kenapa you kenakan I pagi tadi? I dah bagitahu you awal-awal yang I tak boleh tengok benda tu,”

“Benda apa?”

Memang dia ni sengaja

“Benda yang you sengaja bagi I tengok tu lah,”

“Diorang ada nama okey!”

“Oh, dah bagi nama dah?” Alahai, bertuahnya Paloma and family.

“Kenapa? Tak percaya? Kalau nak harapkan you? Tak bernama agaknya diorang,” Aku tahan migrain. Lama-lama berbual dengan Fahin, boleh buat kepala aku pecah!

“So what kalau I tak bagi nama? You nak marah I? Atau you nak benci I?” Kalau tak cover suara harusnya bergema satu coffee house ni. Biar terkejut semua manusia dalam Hotel Perwira ni. Aku nak tengok setakat mana dia boleh bertahan lepas aku buat kenyataan kejam tadi.

Fahin tersenyum selepas menarik nafas panjang. Dengan kata nama lain gaya dia sekarang seperti seorang yang sedang menahan sabar. Atau tahan marah?

“I bukan macam you yang suka marah dan benci orang senang-senang macam tu,” Ujar Fahin tak berperasaan. Lagi! Lagi! Suka sangat kutuk aku!

“You memang sengaja nak cari pasalkan?” Seperti biasa, aku jugak yang akan sakit hati akhirnya.

“Siapa yang mula dulu? Bukan you ke?”

“I?” Aku tuding sudu pada diri sendiri.

“Yes. You! You cakap benda yang bukan-bukan pada Datuk tadi sampai dia hampir syak sesuatu yang tak kena,”

“Eh, hello, kalau bukan you yang cari pasal dengan I pagi tadi, I tak akan cakap macam tu dengan Datuk tau,”

“Hah elok sangatlah tu. Perangai macam budak-budak. Kenapa you tak buat luahan perasaan pada semua staf hotel ni? Biar semua orang tahu,”

Aku tergelak. Ala-ala gelak sindir sikit.

“You cabar I?”

Fahin buat muka terkejut.

“Eh, you rasa tercabar ke? Go ahead! I don’t care,”

“Okey. You tunggu ajelah, I akan pastikan tanggapan staf hotel terhadap you selama ni silap! Biar diorang tahu macam mana sebenarnya perangai OM Hotel Perwira yang mereka sanjungi sangat ni,”

Orang lain kalau bagi amaran tuding jari telunjuk pada muka tapi aku tuding guna sudu. Nak aje aku ketuk-ketuk dahi Fahin dengan sudu di tangan ni. Dah sipi-sipi dah ni. Fahin menjauhkan sedikit wajahnya ke belakang sebelum perlahan-lahan tangannya mencapai sudu. Tanpa amaran, dia melagakan sudunya dengan suduku menghasilkan satu bunyi dentingan

Ting! Dah macam bunyi loceng isyarat orang nak bergusti. Macam WWF tu.

“I’ll wait for it,” Dia senyum senget. Wah, wah! Makin tercabar aku dibuatnya! Kalaulah aku ni Stone Cold ke The Undertaker ke atau The Rock sekalipun, dah lama aku smackdown mamat ni tapi masalahnya sekarang aku hanyalah seorang yang bernama Naurah. Apa lagi aku boleh buat? Aku jeling dia sebelum bangun. Dah malas nak makan menghadap dia ni. Oh hati kenapa kau sakit yang teramat sangat? Baru melangkah dua tapak Kirana dah datang menghadang jalan. Aduh, masalah! Amanah bebenor budak Kirana ni.

“Eh, Cik Naurah tak boleh pergi selagi tak habis makan,”

“Fine! Saya akan habiskan kat office,” Aku berpaling ingin mencapai pinggan.

“Erk…tak boleh Cik Naurah. Peraturan hotel kita memang tidak membenarkan pinggan, gelas dan segala perkakas makanan dibawa keluar dari coffee house. Cik Naurah tak ingat?” Terkelip-kelip mata Kirana memandangku.

“Sejak bila pulak ada peraturan tu? Siapa yang pandai-pandai cipta peraturan tu?” Kalau dapat orang tu aku baiki jugak wayar dalam kepala dia.  Terlebih wayar ke apa? Dulu elok aje aku bawa keluar pinggan dari coffee house masuk dalam pantry kat office?

“Dah lama Cik Naurah. Bukan ke OM yang buat semua peraturan tu, Cik Naurah tak tahu?” Aku jeling Fahin dengan ekor mata. Cis! Dia sedang menyuap nasi sambil tersenyum. Sinis! Kalau Fahin ni bukan masalah terlebih wayar tapi tak cukup wayar.

“Kalau macam tu tolong masukkan dalam bekas, biar saya makan kat pantry office,”

Arahku pula.Kirana menggeleng kepala.

“Tak boleh Cik Naurah. Nanti Datuk marahkan saya. Saya nak kerja lama lagi kat sini. Tolonglah saya Cik Naurah,” Kirana dah buat muka Chibi Maruko Chan. MasyaAllah, kesian sangatlah! Tak tahan aku melihatnya. Sudahnya aku berpaling dan kembali melabuhkan duduk.

“Makanlah,” Tiba-tiba suara lelaki itu mencelah.

“Tak ada selera I nak makan depan you,”

“You kena makan jugak untuk tambah tenaga. Nanti you nak berjuang hancurkan reputasi I dimata staf hotel ni kan? Makanlah,” Dia pujuk aku makan ke ni? Lembut semacam ayat.

Sungguh aku hilang kata-kata untuk membalas ayat Fahin. Kenapa dia bercakap macam orang yang tak berperasaan? Dia tak gentar ke dengar aku ugut nak rosakkan nama dia? Paling kurang pun dia rasa menyampah dan tak boleh pandang wajah aku tapi Fahin yang duduk kat depan aku ni lain benar perwatakan dia. Siap bagi aku semangat untuk jatuhkan dia. Memang sah otak dia kurang wayar ni.

“You ni tak ada perasaan ke?” Soalku lurus. Malas nak ambik jalan bengkang bengkok bila bercakap dengan Fahin sekarang.

“Kenapa?”

“You tahu I ada niat buruk pada you tapi you masih murah hati bagi I semangat? Does it make sense?”

“You heard me,” Ujar Fahin sambil angkat kening.

Aku mengeluh perlahan. Lelah bercakap dengan dia. Gelas tinggi yang berhias dengan payung plastik kecil aku capai. Fresh orange disisip perlahan. Kami berdua senyap. Sedikit sebanyak perasaan serabut mula bergerak pergi. Lagu yang kedengaran sayup-sayup di ruang coffee house menjadi halwa telinga kami. Fahin masih menyuap makanan. Aku pula cuba menelan. Punyalah payah kalau main paksa macam ni.

“Susah betul you ni kan? Nak suruh makan biar habis satu pinggan pun susah ke?”Aku tersentak. Pandangan yang pada mulanya difokus pada pinggan beralih ke wajah Fahin. Lelaki itu sedang mengelap mulutnya menggunakan napkin putih yang tersedia. Pinggannya dah licin. Dia cepat makan ke atau aku yang banyak termenung?

Malas menjawab soalannya aku kembali tunduk menguis nasi goreng tomyam dalam pinggan. Soalan yang tak serupa soalan. Sakit hati aje aku dengar.

“Kalau you tak puas hati sangat pasal pagi tadi, okey I minta maaf. Sekarang habiskan nasi tu,”

“Macam tak ikhlas aje?” Aku jeling Fahin. Fahin senyum.

“Mana boleh nak ikhlas sangat, nanti you besar kepala. I buat semua ni supaya lain kali you tak akan main-main lagi dengan Paloma dan keturunannya,” Jelas Fahin sambil menyandar tenang di kerusi.

“You ugut I?” Maknanya untuk lain kali pun dia akan terus bersedia dengan senjata ni?

“Terserah you lah nak anggap macam mana,” Ujar Fahin seraya bangun berdiri. Tangannya mencapai kot yang disangkut di kerusi lantas di sangkut di lengannya.

Nampak gayanya sampai bila-bila aku tak akan selamat kalau macam ni lah perjanjian Fahin padaku.

“By the way Cik Naurah, I harap you makan nasi ni sampai habis okey. Ini salah satu cara untuk kita bersimpati dengan nasib orang yang kurang baik contohnya Kak Salmah tadi tu. Menangis saja tak akan selesaikan masalah. You sepatutnya bersyukur dapat makan rezeki yang Allah bagi pada kita hari ni. Ramai lagi orang di luar sana yang terkial-kial mencari sesuap nasi. Bukan you yang beli tapi orang yang belanja. Bukan ke nikmat namanya tu?”

Aku hanya mampu memandangnya. Tidak semena-mena sayu pulak hati ini. Ada benarnya kata Fahin. Aku terlalu senang dengan apa yang aku dapat sehingga aku lupa untuk bersyukur dan meletakkan diriku pada tempat orang yang tidak bernasib baik sepertiku.

“Huh, mesti you meluat dengar ceramah I ni kan? I pergi dulu jadi you makanlah dengan aman ya? Mana tahu selera you datang tiba-tiba,”

Fahin terus melangkah pergi dan sebelum itu sempat juga dia bercakap dengan Kirana. Entah apa yang dibualkan sampai merah muka budak itu dibuatnya. Kirana melangkah ke kaunter. Aku tunduk melihat pinggan nasi. Perlahan-lahan aku suap. Sesudu. Dua sudu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi Iphone yang diletakkan di tepi pinggan menandakan mesej WhatsApp diterima. Fahin. Aku klik icon view. Fahin sengaja mendera aku. Berkecai perasaanku melihat imej yang dihantar Fahin. Gambar seorang budak kecil menerima suapan air yang diletakkan dalam tudung bekas air yang kecil. Aku membaca pesanan Fahin kemudiannya

‘Semoga gambar ni dapat menyedarkan diri kita supaya bersyukur dengan apa yang kita ada, sesungguhnya nikmat itu datangnya dari Allah. Peringatan untuk you dengan I, no hard feeling! Enjoy your lunch’

Fahin, sampai ke lubuk hati yang paling dalam dia buat aku terasa…

Bersambung lagi....

~Gambar yang Fahin whatsapp pada Naurah~




15 comments:

  1. baik fahin ni..tetibe melting..kikiki -- gatai no..:)

    ReplyDelete
  2. @Fatonah Rahim
    Baik ke kak? Hihi...takpe kak gatai sekali sekala..ekekeke :)

    ReplyDelete
  3. Fahin ni baik tapi kadang2 mcm kejam pn ada dgn Rara. ermm.. better Rara elakkan bertikam lidah dgn Fahin.. lancarkan perang dingin ke..haha.. tgk apa reaksi Fahin pulak..

    ReplyDelete
  4. keras lawannya lembut..jika fahin & Naurah sama2 nak menang, memang masalahnya tak akan selesai. jadi salah sorang kena berlembut tapi siapa?

    comelnya makan beradap FN hihihikk

    ReplyDelete
  5. @!x0r@
    hihi..waaa..bila pakar mula bersuara..noted. elakkan bertikam lidah? Rara cakap let me see..hi..tq xora ;)

    ReplyDelete
  6. @Sha
    haa...bila seorg lg pakar mula berbicara..salah seorg kena berlembut? Fahin pulak ckp let me see..ekeke..tq Sha ;) Comel..huhu

    ReplyDelete
  7. hihikkk

    ok i'l be waiting..next n3 dalam penantian ni..

    ReplyDelete
  8. Rasa sedihlah plok tengok gambar kat bawah tu.

    ReplyDelete
  9. salam. hai :-)
    cuma nak cakap, awak penulis kegemaran saya yang seterusnya. penulisan yang cukup santai, cukup perisa... ah, kalau dah suka tu tak payah bagi banyak sebab. cukup dengan suka gila sampai rasa nak joget je. keep it up! ;-)

    ReplyDelete
  10. @auni
    Wassalam auni..hai (^_^)
    Luahan auni buat saya rasa nak joget jugak..hi3..terima kasih sbb sudi menjenguk n membaca story2 kat blog ni n sudi beramah mesra di sini :) Bak kata Fahin, syukur Alhamdulillah. Thanks :)

    ReplyDelete
  11. Aiseh, sblm blk keja td ada drop komen tp sy tershut down pc awal ke..huu..pagi tadi nk drop komen tp hp lak jem. X lps nk klik button submit. Uhukk..bnyk sgguh halangan.

    Rara jangan terpengaruh ngn emosi sgt ye.. xbagus..takut nnt org mudah amik kesempatan pulak.

    ReplyDelete
  12. @!x0r@
    syukur akhirnya dpt jgk xora drop komen mlm ni lps melalui pahit getir onak duri..(okay, hiperbola)bw bersabor cik xora kita ya

    aah lah taip pny taip bila bc blk br prasan Rara ni emo...take note cik rara yer

    ReplyDelete
  13. Peergh ! Baik punya big boss. Apesal ai x tw mgenai temuduga tu eh? Kn best kalau ai leh kje kat situ. Kekekee amboii fahin ! Mmg pedas kta2 dy ni. Menusuk. #peminat tegar rara. Kikiki

    ReplyDelete
  14. haaa..bertambah dah sorang peminat tegar Rara..hi2...enjoy marathon ni ya ina :)

    ReplyDelete