Monday 17 June 2013

Babak Cinta 9

“OM!!!” Jerit Kak Maria, Marisa, Sarina dan Fifi perlahan. Aku pejam mata. Kepala dah jatuh sedikit. Kenapa aku selalu kena macam ni?

“Dah nak dekat pukul dua ni, dah boleh ready masuk kerjakan?” Fahin secara halus menghalau ahli Caca Marba yang lain.

“Ya OM. Kami pergi ready sekarang jugak!” Kelam kabut empat manusia itu cuba menembusi pintu lobi hotel. Aku pun nak join jugak. Buat bodoh ajelah. Baru satu langkah berjalan ke depan tidak semena-mena aku kembali ke belakang sebab Fahin dah tarik beg tanganku. Kali ini aku sudah berdiri berdepan dengan Fahin. Matilah aku! Kepala masih jatuh, tak sanggup nak pandang wajah Fahin yang entah macam mana rupa dia sekarang. Tak pernah aku rasa macam tak nak lepas tengok kasut dia yang hitam berkilat tu.

“Sampai bila you nak tunduk macam tu? Senyap macam tu? Tak nak jawab soalan I tadi?” Ini betul-betul angin punya soalan ni. Nada Fahin tanya soalan sebijik dengan nada yang dia guna untuk Rujhan tadi. Sumpah aku tak tahu nak handle Fahin macam mana sekarang. Otak aku betul-betul kosong, lidah aku betul-betul kelu.

“I jawab soalan you lepas ni boleh? Dah nak pukul dua, I tak solat Zohor lagi ni,” Aku memberanikan hati memberi alasan. Fahin senyap. Berani tak berani aku angkat muka nak intai dia. Pandangan kami bertemu. Lama dia tenung aku sebelum dia mengangguk.

“Okey, you pergi solat dulu,” Hampir terlopong mulut aku bila Fahin jawab macam tu. Ya, kali ni aku boleh cakap yang Fahin hari ni sangat baik! Selamat aku! Aku nak senyum tapi rasa tak boleh sebab walaupun Fahin baik tapi wajah dia? Kalau orang lain tengok pun tak berani nak senyum. Aku kembali berpaling untuk menarik pintu lobi apabila suara Fahin kembali menerjah pendengaranku.

“Jangan harap you boleh lepas daripada I,” Fahin hantar ayat ugutan. Aku buat pekak sambil memecut langkah ke surau hotel.

Selepas menunaikan solat Zohor aku berdoa seperti biasa tetapi inilah kali pertama aku berdoa dengan memasukkan nama Fahin sekali ke dalam doa aku.

“Ya Allah, aku mohon padaMu, Kau lembutkanlah hati Muhammad Fahin Bin Nazim untuk menerima pinta maaf dariku. Kau sejukkanlah hati dia sesejuk manusia yang tenang hatinya. Aku mohon padaMu. Amin.

Tenang sedikit hatiku selepas beribadat. Perancanganku selepas ini ingin berkurung sekali lagi dalam pejabat sampai balik. Buat-buat tak ingat pada kejadian dekat pintu lobi tadi adalah lebih baik. Selagi boleh elak, aku elak. Tunggu Fahin sekat aku, baru aku buka mulut. Mana tahu dengan skill mengelak aku ni, lama-lama Fahin pun boleh terlupa semua tu? Hurmm, baik sangatlah Fahin nak lupa semua tu dalam sekelip mata.

Pintu kayu pejabat aku tolak perlahan sambil menjenguk ke dalam. Fahin tidak kelihatan di ruang itu. Mungkin dalam bilik dia? Alhamdulillah. Satu permulaan yang baik untuk aktiviti elak mengelak. Langkah dipercepatkan sebelum aku bertembung dengan orang yang tidak diingini.  

“Cik Naurah,” Aku tidak jadi memulas tombol pintu bilik. Waktu macam ni jugaklah dia nak panggil aku.

“Apa?” Soalku tidak senang. Mata sekejap-sekejap menjeling pintu bilik sebelah. Buatnya Fahin keluar tiba-tiba dari bilik dia tak ke gila aku dibuatnya.

“Erm, nak masuk bilik ke?”

“MasyaAllah Fifi, Fifi tak ada soalan lain ke nak tanya saya? Tak nampak saya nak bukak pintu bilik saya ni? Dahlah, jangan tanya soalan bodoh macam tu lagi,” Aku mendengus geram sebelum memulas tombol pintu

“Err, Cik Naurah,”

“Ya Allah apa dia lagi?” Soalku dalam nada geram tetapi perlahan. Mampus aku kalau Fahin dengar aku menjerit dalam office. Menyusahkan orang betullah. Dahlah tadi dia pergi bocorkan kejadian memalukan dalam bilik mesyuarat.

“Erm..masuklah,” Aku pandang Fifi dengan rasa tidak percaya. Grrr..sabar ajelah Naurah. Nasib baik aku nak cepat sekarang kalau tak aku pulas jugak telinga budak ni kang. Selepas menutup pintu bilik aku bersandar sambil menghembus nafas. Lega! Selamat aku untuk jangka masa sekarang.

“Hah, tu kenapa pulak? Melepas perasaan ke apa?” Terlepas beg tanganku disergah Fahin. Macam tak percaya bila tengok dia duduk menyandar tenang di kerusi empuk aku. Macam mana boleh tak perasan tadi?

“Apa you buat dalam bilik I?” Soalan ‘apa you buat atas kerusi I’ tu aku tahan dulu. Fahin senyum senget sambil tangannya bermain dengan sebatang pen.

“Urusan kita belum habis lagi tadi. Tak ingat? Atau you pura-pura buat tak ingat?” Sinis pandangan dia padaku. Kan aku dah kata? Ingatan dia memang tip top. Tindak balas dia memang laju. Pukul satu empat puluh lima petang aku buat salah, pukul dua lima minit petang aku dah nak kena jatuh hukuman.

Aku ketap bibir sambil tunduk mencapai beg tangan di atas lantai. Patutlah Fifi macam nak tak nak bagi aku masuk bilik tadi. Ada King Kong dalam bilik aku rupanya. Dengan langkah yang tidak bersemangat aku berjalan dan duduk di hadapannya. Disebabkan perasaan bersalah aku rela dia duduk kat tempat aku dan aku duduk kat tempat yang sepatutnya dia duduk.

“Salah ke apa yang I cakap tadi?” Soalku.

“Memang salah! You dah fitnah I!”

“Jadi I silap?”

“You tak faham apa I cakap tadi?”

Susah bercakap dengan Fahin. Semua soalan aku dibalasnya dengan soalan. Nak sangat suruh aku sedar betapa bodohnya aku sebab bertanya soalan sama berulang kali.

“I bukan sengaja nak fitnah ke apa, tadi tu I cuma terdesak cakap pasal semua tu,” Selagi boleh corner, aku corner. Ikutlah masuk simpang mana sekalipun asal aku lepas.

“Siapa yang desak you? Empat orang kawan baik you tu?”

Aik, tahu pulak dia.

“Ya, dia cakap yang bukan-bukan tentang kita. Itu yang I geram sampai terkeluar semua benda tu,”

“Apa yang diorang cakap tentang kita sampai you terdesak sangat tuduh I macam tu?” Fahin berkerut kening tidak jelas dengan kenyataanku.

“Diorang cakap..kita…,” Kelu jadinya lidah aku. Macam tak kena pulak nak mengadu pada Fahin sebab isu ini sedikit memalukan.

“Kita..,”

“Kita apa?” Rengusnya geram.

“Kita couple!” Automatik aku melatah sambil buat isyarat kedua-dua jari telunjuk didekatkan.

“Apa?”

Memang dah agak reaksi dia akan jadi macam ni. Buat-buat pekak ke apa?

“You heard me,”

“But why?”

“Keadaan tak memihak pada kita. Lunch di coffee house, masuk office sekali dan kejadian kat bilik mesyuarat pagi tadi,”

“Nonsense!”

Aku terdiam. Nonsense dia cakap? Aduh, kenapa macam tersakit pulak hati aku ni? Kalau ya pun nak cakap betapa tak logiknya spekulasi ahli Caca Marba janganlah sampai cakap perkataan tu. Rasa terhina pun ada. Teruk sangat ke aku ni sampai macam tu sekali reaksi dia pada pendedahan hal ni. Aku cuba bertenang. Perkataan tadi cuba dihapuskan dari fikiran. 

“Kan? Tak masuk akal langsung. Dah berapa kali I cuba terangkan pada diorang tapi diorang dok usik jugak sampai I naik geram. Itu yang I cakap macam tu,”

“Geram sampai you fitnah I?” Tajam pandangan matanya menikamku.

“You tak boleh salahkan I tau, memang semua ni dah jadi macam satu kebetulan,”

“Apa yang kebetulannya?”

“Banyak sangat, contohnya macam tadi waktu lunch, I lunch sebelah meja you jadi I terdengar semua perbualan you dengan dia,”

Sumpah aku tak tipu. Lain terus wajah Fahin lepas tu. Fahin berdehem.

“You dengar semua?”

“Ya, dari awal sampai akhir,”

Kali ni Fahin diam. Entah apa yang dia fikirkan sekarang aku tak boleh nak agak. Bila dia senyap macam tu aku kembali menyambung

“Satu lagi waktu I keluar dari kereta I ternampak Pet Pet dalam kereta you,”

“So?”

“Kalau boleh I tahu, you ni sebenarnya dah kahwin dan ada anak ke?”

“You ingat dengan semua kebetulan tu, I ni suami orang? Bapa budak? Naurah…Naurah, cubalah matang sikit, patutnya you tanya I dulu bukan suka hati buat kesimpulan sendiri,” Keluh Fahin sambil kepalanya tergeleng. Aku pula yang rasa lain macam bila dah berdepan dengan Fahin versi tolak ansur ni. Ingatkan dia nak marah aku dah tadi.

“Jadi you tak kahwin lagi?”

“Kalau I kahwin, you orang pertama akan dapat kad jemputan I,” Ceh, macamlah aku nak pergi sangat majlis kahwin dia tu.

“Habis tu Pet Pet milik siapa? Dan siapa Rujhan dalam hidup you?” Aku angkat kening mencabar dia menyatakan kebenaran. Fahin yang tadi enak berpeluk tubuh mula bangun daripada kerusi. Dia berjalan terus ke arahku.

“Naurah,” Panggilnya perlahan. Aku lantas mendongak mencari mata Fahin yang kini sedang berdiri di hadapanku. Fahin senyum. Aku buat-buat tak nampak.

“You jealous dengan Rujhan?”

Aku terlopong. Simpang malaikat empat puluh empat. Aku cubit jugak mulut merah kau tu Fahin!

“I jealous? I jealous sebab you? Please Fahin. Jangan buat I geli hati,” Di akhir kata aku buat-buat gelak.

“You geli hati ke hati you bergetar tengok I dengan Rujhan?” Bisik Fahin lagi sambil sedikit menunduk. Eh, dia ni dah lebih ni.

“You ni kan..,”

“Apa?” Sergah Fahin memotong ayatku.

Terkebil-kebil aku membalas pandangan matanya. Tidak semena-mena…

“Am I interrupting both of you?” Serentak kami berpaling, Datuk Kamal sedang tersenyum di muka pintu bilikku. Serentak itu juga aku menepuk tangan Fahin yang sedang memegang pemegang kerusi. Sejak bila tangan dia ada kat situ aku pun tak sedar. Pandai betul Fahin buat magik.

“Datuk!” Panggil Fahin.

“Masuklah!” Ajakku pula. Aku dan Fahin macam dah bertukar jadi guest assistant pulak. Datuk Kamal angkat sebelah tangan.

“Tak apa. Saya nak jumpa Fahin tapi Fifi cakap Fahin ada kat sini, itu yang saya masuk. Saya tunggu bilik sebelah ya?” Ujar Datuk Kamal sebelum mula berpaling.

“Datuk!” Datuk Kamal tak jadi berpaling. Dua pasang mata sedang memandangku sekarang.

“Ya Naurah?”

“Err, Datuk, kadang-kadang kita tak boleh percaya dengan apa yang mata kita tengok,” Sesiapa pun boleh salah faham kalau tengok aksi aku dengan Fahin tadi. Datuk Kamal tergelak perlahan. Sampai ke tidak maksud aku tu?

“Ya, tapi kita kena ingat jugak yang kadang-kadang mata kita pun tak pandai menipu,” Hai la, dalam tu maksud Datuk Kamal sampai aku tak faham apa yang dia nak sampaikan. Melihatkan wajah Datuk Kamal yang selamba, aku cuba tenangkan hati. Orang yang lebih tua macam Datuk Kamal tak akan sama fikirannya dengan ahli Caca Marba yang otak mentah. InsyaAllah semuanya dalam kawalan.

“Apa lagi dok tercegat kat sini? Datuk dah tunggu tu,” Tanpa membuang masa walau sesaat aku terus menghalau Fahin. Buat panas hati aje tengok muka dia kat bilik ni.

“I nak you settle kan hal ni secepat mungkin. Kalau I dapat tahu orang bercakap pasal I berkaitan dengan fitnah you tu, siap you,” Fahin mula memberi amaran. Tidak cukup dengan ayat ancaman, dia turut menghantar pandangan seolah-olah ingin menyampaikan rasa hatinya yang tengah menggelegak seperti air mendidih seratus darjah selsius.

“Apa you nak buat?” Langkah Fahin terhenti. Dia berpaling melihatku yang masih pegun di tepi kerusi. Pandangannya kali ini berubah sinis.

“I akan pastikan semua orang tahu you jealous dengan Rujhan disebabkan I,”

“Apa???” Adakah dia juga cuba mencipta satu fitnah di sini? Bersoraklah ahli Caca Marba kalau Fahin berani buat apa yang dia cakap. Gila ke apa?

“Fahin!” Fahin buat-buat tak dengar. Selamba aje dia berjalan keluar dari pintu. Apalah nasibku dalam satu hari ni ada saja benda tak kena dan semuanya berkaitan dengan Fahin. Memang lelaki itu selalu bagi tekanan dan gangguan pada aku. Mental harassment betullah!

Iphone dalam beg tangan dicapai. Aku mula menaip di laman group Caca Marba

PERHATIAN! APA YANG NAURAH CAKAP PASAL OM DAH KAHWIN TADI ADALAH SATU PENIPUAN! OM MASIH BUJANG! KAJIAN GAGAL SERATUS PERATUS. SILA ABAIKAN SEMUA ITU DAN TOLONG JANGAN SEBARKAN DIKHUATIRI MENJADI BUAH MULUT ORANG LALU SAMPAI KE PENGETAHUAN OM DAN MAMPUSLAH NAURAH! HELP ME! TOLONG BAGI KERJASAMA SEMUA YA?

Capital letter aku taip semua ayat. Kalau tak faham jugak tak tahulah aku. Tak sampai seminit berdecit bunyi isyarat balas. Tangkas sekali ahli Caca Marba bagi respon.

Mak Oprah: Alhamdulillah. Memang akak tak percaya pun semua alasan Naurah tu.

Inamorata: Yes!! OM masih teruna!

Mary: I’m happy for both of you!

Fifi: Memang dah agak dah. Ini mesti merajuk dengan OM pasal Cik Rujhan tadi.

Tergeleng-geleng kepalaku membaca setiap komen balas mereka. Kalau dah rosak, sampai ke sudahlah rosaknya mindset diorang. Upahlah mekanik hebat macam mana sekalipun diorang tak boleh repair fikiran ahli Caca Marba yang senak otak tu. Buat masa sekarang biarlah diorang sengal dulu. Nanti ada masa, aku ajak Fahin pergi fire diorang. Fahin pun dah tahu mereka macam mana, senanglah kerja aku nanti.


13 comments:

  1. Fahin sebenarnya suka dengan Naurah kan....
    Naurah cuba buat x tahu ja dengan Fahin tu dalam 2 hari.... Ingat Naurah hadap sangat muka si Fahin yang perasan tu...hehehe

    ReplyDelete
  2. hmm sha pun rasa fahin suka dengan rara ni.. sometimes guys suka je buat gitu sebab nak attract attention..

    :) sha akan tunggu & lihat camne la babak cinta FN

    ReplyDelete
  3. fikir yg same jugak...fahin saje nk bg rara gabra..meantime dia suke tgk rara gelabah..hikhik

    kite nak sambungan ..makin syok plak

    -yoozara-

    ReplyDelete
  4. Tq Kak Sue, Sha, Baby Mio n yoozara sbb sudi bagi pendapat tentang apa yg ada dlm hati si Fahin tu..hehehe..pendapat anda mungkin akan sedikit mempengaruhi plot citer ni..TQ :)

    ReplyDelete
  5. ERmm..
    Kenapa Fahin ni lambat benau..cer cepat cakap yg dia suka kat rara..

    Akk pulak yg tersengih lebih ni..hihi (tetibe gelak gatai)

    ReplyDelete
  6. Nak laaagiiiiii.. :)

    ReplyDelete
  7. Haha..amboi kak..nak lagi tu..ntahlah Fahin tu lombap..ki3

    ReplyDelete
  8. Ehhh, bila update ni?? Haha.. terlambat pulak baca. btw, rasa mcm Fahin suka Rara tp tgh tggu watak Hanif muncul ni. huhu. baru makin meriah.. kikiki

    ReplyDelete
  9. hi3..tgh hari kelmarin :)hoo..rileks2..org penting akan muncul tak lama lg utk memeriahkan diorg

    ReplyDelete
  10. Erkk, org penting?? Jgn ckp itu hero pulak.. hehe. tp kan sy perasan Rara ni cepat gelabah jugak bila berdepan dgn Fahin ye.. hehehe.. cer suruh Rara berlagak cool skit pasni.. hihi

    ReplyDelete
  11. Haha..penting la jgk utk menambahkan perisa biar ckp 5 rencah 5 rasa..aah..gelabah..nnti I ingatkan dia spy cool ckit

    ReplyDelete
  12. Oops ! Datuk dah mai dah. Asal datuk ni sllu dtg d saat2 yg sgt tepat eh? Tip top lah ss ! Terbaek (y)

    ReplyDelete